8 Mi Kari Terbaik di Ipoh 2025

Mi Kari merupakan salah satu makanan yang popular di Malaysia. Ia sesuai dimakan ketika waktu sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Memandangkan Mi Kari telah menjadi makanan tradisi negara kita, sudah pasti setiap negeri mempunyai versi Mi Kari yang tersendiri. Kebiasaannya Mi Kari akan dicampur dengan beberapa bahan seperti kerang, udang segar, ayam, dan daging bagi menaikkan lagi rasa kari tersebut. Namun, campuran bahan tersebut bergantung kepada cita rasa masing-masing. Berikut adalah 8 Mi Kari terbaik di Ipoh. 

Apakah Variasi Mi Kari Yang Terdapat di Ipoh?

Terdapat pelbagai variasi Mi Kari di Malaysia antaranya ialah Mi Kari dengan kuah merah-oren, kuah kuning-oren/ putih dan tanpa kuah. Mi Kari yang terdapat di Ipoh selalunya mempunyai kuah merah-oren. Bagi anda yang mempunyai tahap ketahanan pedas yang tinggi atau gemar dengan masakan pedas, anda disyorkan untuk mencuba Mi Kari yang berkuah merah-oren. Manakala, jika anda tidak tahan pedas, anda boleh mencuba Mi Kari putih. Hal ini kerana Mi Kari putih mengandungi santan yang membantu dalam mengurangkan kepedasan.

8 Mi Kari Terbaik di Ipoh 2025

1. Keng Nam

Keng Nam
Kredit gambar: Johor Kaki
Keng Nam
Kredit gambar: Johor Kaki

Mi Kari Keng Nam didatangkan dengan tekstur kuah yang sangat pekat dan pedas. Ia juga menawarkan pelbagai pilihan Mi Kari dengan bahan yang berbeza yang boleh anda pilih berdasarkan cita rasa anda. Antara Mi Kari yang popular di gerai ini ialah Mi Kari Char Siew dan Mi Kari Ayam Kukus. Bukan itu sahaja, gerai ini sering dipenuhi pelanggan. Jadi, atur waktu anda dengan baik sebelum datang ke sini.

Waktu Operasi:
7:30 pagi – 11:45 pagi (Jumaat – Rabu)
Ditutup pada hari Khamis

Alamat: 127, Jalan Raja Ekram, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak.

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

semak laman web di sini

2. Restoran Moon De Moon

Moon De Moon
Kredit gambar: Bangsar Babe
Moon De Moon
Kredit gambar: Bangsar Babe

Restoran Moon De Moon menawarkan 2 jenis Mi Kari iaitu Mi Kari berkuah dan Mi Kari kering. Jika anda mudah kenyang, anda disarankan untuk memilih Mi Kari kering. Hal ini kerana kuah kari yang ditawarkan agak pekat dan berkrim. Restoran ini bukan sahaja terkenal dengan Mi Kari, malah ia juga terkenal dengan hidangan Ayam Hor Fun.

Waktu Operasi:
7:30 pagi – 1:00 petang (Rabu – Ahad)
Ditutup pada hari Isnin dan Selasa

Alamat: 148, Hala Wah Keong, Taman Mirindi, 31400 Ipoh, Perak.

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

3. Yee Fatt Dry Curry Noodles

Yee Fatt Dry Curry Noodles
Kredit gambar: HazelDiary
Yee Fatt Dry Curry Noodles
Kredit gambar: yumtummy28_

Yee Fatt Dry Curry Noodles merupakan antara gerai yang wajib anda kunjungi terutamanya jika anda peminat Mi Kari kering. Gerai ini terletak di Jalan Kampar, Ipoh. Sesuai dengan namanya, gerai Yee Fatt ini merupakan pakar dalam menghasilkan Mi Kari kering. Selain daripada Mi Kari, anda juga boleh mencuba Teh Telur Herba dan Pulut Ayam. 

Waktu Operasi:
7:30 pagi – 2:00 petang (Selasa – Ahad)
Ditutup pada hari Isnin

Alamat: 39, Jalan Kampar, 31650 Ipoh, Perak.

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

4. Restoran Curry Keng 

Curry Keng
Kredit gambar: Restoran Kari Keng
Curry Keng
Kredit gambar: Restoran Kari Keng

Restoran Curry Keng merupakan antara gerai Mi Kari berkuah yang terbaik di Ipoh.  Ia telah menerima pelbagai ulasan positif mengenai suasananya yang selesa serta makanan dan minumannya yang lazat. Selain itu, gambar menu di gerai ini bukanlah sekadar ilustrasi semata kerana mereka akan menghidangkan makanan dengan porsi yang sama seperti yang ditunjukkan di dalam menu. 

Waktu Operasi: 7:30 pagi – 3:00 petang (Setiap Hari)

Alamat: 15 & 15A, Hala Pasar Baru, Taman Jubli, 30300 Ipoh, Perak.

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di sini

semak laman web di sini

5. Diamond Kopitiam

Diamond
Kredit gambar: Ipoh Echo
Diamond
Kredit gambar: Jenny C.

Diamond Kopitiam cukup terkenal dengan gaya Mi Karinya yang tersendiri. Bukan itu sahaja, jika anda menggemari masakan pedas, anda juga boleh meminta tahap kepedasan mengikut cita rasa anda. Restoran ini menawarkan harga Mi Kari yang lebih murah berbanding kedai Mi Kari yang lain ekoran ia terletak di sebuah pekan kecil di Menglembu, Ipoh. 

Waktu Operasi: 9:00 pagi – 4:30 petang (Setiap Hari)

Alamat: 30, Jalan Tranchell, Menglembu, 31450 Menglembu, Perak.

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

semak laman web di sini

6. SSF

SSF
Kredit gambar: Burpple
SSF
Kredit gambar: Burpple

Restoran SSF juga menawarkan 2 jenis Mi Kari, iaitu Mi Kari kering dan basah. Restoran ini terletak di Hala Datuk 5, Ipoh. Jumlah pelanggan yang ramai jelas membuktikan popularitinya. Bukan itu sahaja, restoran ini juga menawarkan pelbagai hidangan lazat pada harga yang berpatutan.

Waktu Operasi:
8:30 pagi – 3:00 petang (Sabtu – Khamis)
Ditutup pada hari Jumaat

Alamat: 18, Hala Datuk 5, 30000 Ipoh, Perak.

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

semak laman web di sini

7. Chuan Fatt

Chuan Fatt
Kredit gambar: FoodAdvisor
Chuan Fatt
Kredit gambar: FoodAdvisor

Adakah anda penggemar Mi Kari dengan kuah kari yang berkrim? Gerai Chuan Fatt merupakan pilihan terbaik untuk anda. Gerai ini terletak di Taman Hoover, Ipoh. Ia juga terkenal dengan hidangan Mi Kari Daging Babi Istimewa mereka. Gerai ini beroperasi seawal 7:30 pagi sekali gus menjadikannya tempat yang terbaik untuk sarapan. 

Waktu Operasi:
7:30 pagi – 2:30 petang (Selasa – Ahad)
7:30 pagi – 2:30 petang (Isnin)

Alamat: 294, Jalan Pasir Puteh, Taman Hoover, 31650 Ipoh, Perak.

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

semak laman web di sini

8. Yat Yat Seng

Yat Yat Seng
Kredit gambar: OpenRice Malaysia
Yat Yat Seng
Kredit gambar: TravelsWithSun

Restoran ini terletak di Jalan Dato Lau Pak Khuan, Ipoh. Restoran ini terkenal dengan hidangan Mi Karinya yang dikatakan sebagai Mi Kari terbaik di Ipoh. Restoran ini mula beroperasi dari 7:30 pagi hingga 2:30 petang. Anda boleh menikmati pelbagai hidangan pada harga purata serendah RM 10.00. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai ruang tempat letak kereta yang besar bagi memudahkan anda untuk berkunjung ke sana. 

Waktu Operasi: 7:30 pagi – 2:30 petang (Setiap Hari)

Alamat: 83, Jln Dato Lau Pak Khuan, Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak.

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

semak laman web di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close