Kiwi kaya dengan Vitamin C. Ia mengandungi 2 kali lebih banyak vitamin C daripada oren dan limau, yang boleh membantu meningkatkan sistem imun anda. Kiwi juga merupakan buah yang boleh menyembuhkan kulit yang rosak.
Minuman kiwi ini termasuklah soda berperisa kiwi, jus, susu, dan sebagainya. Jika anda mencari minuman yang sihat dan rendah kalori, anda boleh mengambil minuman ini sebagai hidangan sampingan atau sarapan pagi anda. Kiwi merupakan buah yang boleh dijumpai di pasaran secara meluas. Oleh itu, jika anda ingin mencari minuman kiwi ini, ia senang didapati di pasaran.
Di manakah saya boleh mendapatkan minuman kiwi?
Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan minuman kiwi di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan minuman kiwi, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, minuman kiwi seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!
Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih minuman kiwi?
Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli minuman kiwi ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis minuman kiwi yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Semakan tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.
10 Minuman Kiwi Terbaik di Malaysia 2025
1. Nutrifres Kiwi Fruit Juice Concentrate

Jus Kiwi pekat ini diperbuat daripada puri Kiwi asli, yang mempunyai aroma yang manis dan wangi. Oleh kerana produk ini mengandungi vitamin dan mineral, pelbagai jenis minuman, sos, topping dan inti yang sihat boleh dibuat menggunakan puri jus buah ini.
Bahan-bahan: Gula kon, ekstrak buah kiwi, yang mengandungi kawal selia keasidan, pengemulsi, penstabil, bahan perasa, pengawet dan bahan pewarna yang dibenarkan.
Saiz: 1000 g
Harga: RM10.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. YECO Probiotics Juice Drink Fruit Juice (Kiwi)

Jus Minuman Yeco Probiotics Jus Buah ini mengandungi prebiotik yang boleh memberi banyak manfaat kepada badan anda. Ia juga mempunyai rasa manis dan seimbang dengan tekstur yang licin dan berkrim. Minuman prebiotik ini terdapat dalam perisa kiwi, mangga, manggis, markisa dan strawberi.
Bahan-bahan: Air tulen, sirap fruktosa, gula pasir putih, jus kiwi pekat, jus epal yang ditapai, krimer bukan tenusu, stok penapaian bakteria asid laktik kefir yang sangat pekat, bahan tambahan makanan dan perisa makanan.
Saiz: 488 ml
Harga: RM2.68
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Latina Juice Drink Can Kiwi

Minumlah jus segar ini untuk menikmati hari yang ceria. Anda boleh dapati jus ini merupakan kegemaran ramai dan mudah didapati di pasaran. Rasanya enak dan lazat. Cubalah.
Bahan-bahan: Air, gula, jus kiwi, asid sitrik, asid askorbik, kalium acesulfame, aspartam, sucralose, rasa kiwi dan warna (E102, E133, E150d).
Saiz: 330 ml
Harga: RM2.30
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. MONIN Puree Kiwi Fruit Mix

Manis, masam dan enak. Itulah yang dapat dinyatakan selepas anda meminum minuman ini. Selain menjadi kegemaran kanak-kanak, ia juga menjadi pilihan para remaja. Kongsi keseronokan dan rasa enak Le Fruit de MONIN Kiwi dalam minuman sejuk, teh ais, smoothie dan soda. Atau anda boleh menikmatinya sewaktu cuaca panas di rumah anda.
Bahan-bahan: Gula, puri kiwi, perasa asli, asid: asid sitrik, warna: E161b, E133, biji kiwi, pemekat: pektin, pengawet: E202. Mengandungi 50.1% puri kiwi.
Saiz: 500 ml, 1 L
Harga: RM36.90 – RM54.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Glinter Sparkling Beverage (Kiwi Flavour)

Glinter Kiwi ialah air soda berperisa kiwi yang dibuat oleh Glinter. Ia dibuat di Malaysia untuk pelbagai negara. Rasailah kelazatan minuman ringan ini. Ia sesuai diminum pada waktu santai anda bersama keluarga mahupun rakan-rakan.
Bahan-bahan: Air, Fruktosa, CO2, Aspartam, Asid Malik, Kalium Acesulfame, Natrium Sitrat, Asid Sitrik, Perisa Kiwi Tiruan dan Kalium Sorbat (<1%).
Saiz: 350 ml
Harga: RM3.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Kagome Ehime Kiwi Mix

Kagome Ehime Kiwi Mix ialah 100% jus sayuran dan buah-buahan yang menggunakan buah kiwi dari wilayah Ehime. Minuman ini mempunyai aroma yang menyegarkan serta rasa masam manis. Anda boleh mendapatkan banyak vitamin C daripada minuman ini. Disyorkan apabila anda ingin menyegarkan diri tatkala bersarapan pagi atau di waktu santai anda.
Bahan-bahan: Sayur-sayuran (lobak merah, lada benggala, bayam, asparagus, komatsuna, watercross, labu, kubis merah, brokoli, pucuk brusset, bit meja, perilla merah, saderi, salad, kubis cina, kangkung, pasli, terung, bawang, lobak jepun , kubis), buah-buahan (epal, nanas, buah kiwi, lemon), asid sitrik, rasa semula jadi, dan vitamin c.
Saiz: 195 ml
Harga: RM5.32
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Anmuxi Greek Yogurt Kiwi

Yogurt Anmushi ini pekat dan sangat lazat! Ia dapat meningkatkan sistem imun anda untuk membantu mengekalkan kesihatan badan. Produk ini lazat dan menyihatkan. Yogurt adalah makanan berprotein tinggi. Ia membantu mencegah cirit-birit, merawat sembelit kronik.
Bahan-bahan: Susu mentah, gula, serbuk protein whey, bahan tambahan makanan (asid fosfatidik distarch asetilasi, pektin, agar-agar, diacetyl tartaric acid mono-diglyceride, gellan gum, perisa makanan), Lactobacillus bulgaricus, L. Streptococcus thermophilus.
Saiz: 230 g
Harga: RM4.95
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. D’Reena Kiwifruit Juice

Minuman Buah Kiwi D’reena dengan Pulp memberikan anda rasa buah asli. Ia kaya dengan nutrien penting dan rasa tropika. Selain keseronokan merasai alam semula jadi, D’reena ialah teman terbaik anda di mana-mana sahaja acara yang diadakan. Ia boleh dihidangkan pada bila-bila masa, di mana sahaja untuk rasa lazat yang optimum.
Bahan-bahan: Air, pekat buah kiwi & 26% pulpa buah kiwi, gula, pengatur keasidan (E330), rasa buah kiwi, pemanis (E950, E951), pewarna (E102, E133) dan asid benzoik (E210).
Saiz: 240 ml
Harga: RM2.49
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. Hurix’s Glukusking- Kiwi

HURIX’S Glukusking-Kiwi ialah gabungan dextrose monohydrate dan serbuk jus kiwi eksotik yang menggembirakan selera anda. HURIX’S Glukusking-Kiwi ialah makanan tambahan tanpa bahan pengawet, pewarna tiruan dan gula pasir.
Bahan-bahan: Dextrose Monohydrate, Serbuk Jus Kiwi, Asid Sitrik, Kalsium Rumpai Laut, Natrium Sitrat, Asid Askorbik dan Vitamin D3.
Saiz: 30 g x 12
Harga: RM51.60
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. Lactel Bliss Low Fat Yogurt Drink Kiwi

Minuman Yogurt Rendah Lemak Lactel Bliss® dibuat dengan jus buah-buahan sebenar. Ia memberikan anda minuman yang menyegarkan dan lazat yang baik untuk perut anda. Kultur Hidup (Lactobacillus acidophilus, Bifidobacterium lactis & Streptococcus Thermophilus) adalah bakteria baik dalam minuman yogurt anda.
Bahan-bahan: Gula, Pepejal Susu (Susu Lembu), Campuran Jus Buah [Kiwi (5%) Pewarna, Perisa, Potassium Sorbat], Penstabil, Serat Jagung Larut, Asid Sitrik, Perisa, Kultur Hidup Campuran (Streptococcus Thermophilus, Bifidobacterium Lactobacterium Acidophilus), Mengandungi Penstabil sebagai Perapi Makanan yang Dibenarkan, Mengandungi Pewarna dan Perisa yang Dibenarkan, Semua Bahan Tambahan adalah dari Asal Tumbuhan atau Sintetik.
Saiz: 700 g
Harga: RM5.40
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.