11 Minuman Sarang Burung Terbaik di Malaysia 2023

Minuman sarang burung adalah minuman yang berkhasiat dan kaya dengan nutrien. Ia diperbuat daripada sarang burung tulen dan juga bernilai. Biasanya, sarang burung akan dimasak menjadi sup dan memerlukan masa yang lebih panjang untuk memasaknya.

Oleh sebab itu, minuman sarang burung muncul di pasaran dan menjadi sangat popular kerana ia senang diminum dan anda boleh meminumnya pada bila-bila masa. Minuman berkhasiat ini memberi banyak manfaat kepada kesihatan dan kecantikan luaran anda jika ia diambil secara berterusan. Berikut adalah 11 minuman sarang burung yang terbaik di Malaysia untuk anda dapatkan.

Bolehkah Anda Mengambil Minuman Sarang Burung Pada Setiap Hari?

Ya! Minuman ini selamat untuk ditambah dalam pengambilan makanan anda pada setiap hari. Minuman ini kaya dengan glikoprotein, kolagen, asid amino, antioksidan, hormon dan mineral lain yang boleh memberi manfaat kepada kesihatan anda. Minuman ini boleh diambil secara sejuk atau suam, bergantung pada cita rasa anda.

Apakah Manfaat Mengambil Minuman Sarang Burung?

Sebotol minuman sarang burung pada setiap hari boleh mengubah badan dan penampilan anda. Minuman ini boleh meningkatkan sistem imum dan meremajakan kulit anda. Ia juga memberi tenaga dan nutrien yang mencukupi untuk badan anda.

11 Minuman Sarang Burung Terbaik di Malaysia 2023

The Yanwo Super Alive
Kredit Gambar: The Yanwo

YANWO SUPER 8 – ALIVE adalah minuman sarang burung hebat dengan 8 bahan makanan super yang bebeza. Setiap ramuan membawa manfaat kesihatan kepada tubuh kita. Selain ia bagus untuk kulit dan paru-paru, minuman ini juga memberi tenaga kepada mereka yang mengambilnya. Minuman ini sesuai untuk semua peringkat umur dan vegetarian. YANWO boleh dijadikan hadiah yang hebat untuk rakan dan keluarga anda. Minuman ini adalah anugerah kesihatan dan kemewahan yang tidak ternilai! Jadi, tunjukkanlah keprihatinan anda dengan menghadiahkan minuman sihat ini kepada mereka.

Spesifikasi:

  • Saiz: 7 botol/ kotak. Setiap botol mengandungi 70 ml.
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Bahan: Sarang Burung, Madu Linden, Cendawan Tigermilk, Habbatus Sauda, Jujube Korea, Ginseng Merah Korea, Delima, Gula Peach

Instagram: https://www.instagram.com/theyanwo/

Facebook: https://www.facebook.com/THEYANWO/

Harga: RM 288.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Ecolite Bird Nest Drink

Ecolite Collagen Birds Nest Drink
Kredit Gambar: Ecolite

Ecolite Bird Nest Drink tidak mengandungi bahan pengawet tiruan atau pewarna tambahan. Ia adalah produk semula jadi, dan proses pemendapan boleh berlaku dengan melibatkan variasi warna serta rasa pada minuman ini. Selain itu, minuman sarang burung ini juga terdapat dalam variasi lain seperti Ecolite Red Dates dan Ecolite Longan.

Spesifikasi:

  • Bahan: Larutan Gula Batu, Kolagen, Sarang Burung, Penstabil yang dibenarkan
  • Saiz: 250 ml
  • Perisa: Original, Longan, Red Dates

Kelebihan:

Tanpa pewarna
Mudah didapati di kedai

Harga: RM 5.30

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Pure Blyss Bird Nest Drink

Pure Blyss Bird Nests Drink with Honey
Kredit Gambar: Shopee

Pure Blyss Bird Nest Drink diperbuat daripada 7% sarang burung tanpa pewarna tiruan, perasa dan pengawet. Jadi, anda boleh merasa perisa asli sarang burung pada harga yang berpatutan. Minuman ini boleh diambil pada setiap hari untuk mendapatkan hasil yang berkesan. Selain itu, ia sesuai untuk lelaki, warga emas dan wanita hamil. Minuman ini halal dan didatangkan dengan 2 perisa lazat seperti madu dan ginseng.

Spesifikasi:

  • Bahan: Sarang Burung, Kulat Putih, Gula Batu
  • Saiz: 70 ml
  • Perisa: Madu, Ginseng

Kelebihan:

Halal
Bebas daripada perisa tambahan

Harga: RM 4.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. FG WALET Collagen Plus Bird’s Nest Drinks

FG WALET Collagen Plus Birds Nest Drinks
Kredit Gambar: FG WALET Bird’s Nest

FG Walet Bird Nest Drink dengan Longan dan Madu sesuai untuk kulit. Minuman ini memberi tenaga dan kesan penyejukan pada anda secara semula jadi. Ia juga boleh menjadi penggalak untuk aktiviti penyusuan bagi wanita hamil. Terdapat pelbagai variasi minuman sarang burung daripada jenama ini seperti wolfberry, kurma merah, aloe vera, gula batu, Kacip Fatimah dan banyak lagi. Setiap perisa mempunyai manfaat kesihatan yang sendiri, jadi anda boleh memilih mengikut cita rasa anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Sarang Burung, Gula Batu
  • Saiz: 250 ml
  • Perisa: Madu & Longan, Wolfberry & Kurma Merah, Aloe Vera & Gula Batu, Luo Han Guo, Kacip Fatimah, Tongkat Ali

Kelebihan:

Meningkatkan penghasilan susu badan
Pelbagai rasa

Harga: RM 12.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Happy Health Bird’s Nest Drink

Happy Health Birds Nest Drink
Kredit Gambar: Shopee

Happy Health Bird’s Nest Drink adalah minuman sarang burung ‘homegrown’ yang dibuat menggunakan sarang burung tulen, kulat putih, ginseng Amerika dan gula batu. Minuman ini menggunakan teknologi canggih dan resipi tradisional bagi menghasilkan ekstrak tulen dan rasa yang asli. Jadi, anda boleh minumnya secara sejuk atau panas mengikut kehendak anda.

Spesifikasi:

  • Bahan:  Sarang Burung, Kulat Putih, Ginseng Amerika, Gula Batu
  • Saiz: 70 ml x 6 botol
  • Perisa: Asli

Kelebihan:

 Rasa asli
 Jenama Malaysia

Harga: RM 28.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Kinohimitsu Birds Nest With American Ginseng

Kinohimitsu Birds Nest with American Ginseng White Fungus and Rock Sugar
Kredit Gambar: Shopee

Kinohimitsu Bird’s Nest dibuat daripada Ginseng Amerika, kulat putih dan gula batu untuk menghasilkan sarang burung yang berkualiti tinggi. Setiap bahagian sarang burung dibersihkan dengan teliti tanpa agen pemutih. Selain itu, minuman ini bebas daripada bahan pengawet, pewarna buatan atau perasa tiruan. Minuman ini boleh menjadi hadiah terbaik kerana ia merupakan salah satu hidangan teristimewa di dunia.

Spesifikasi:

  • Bahan: Larutan Gula Batu, Sarang Burung, Kulat Putih, Ginseng Amerika
  • Saiz: 75 ml x 6 botol
  • Perisa: Asli

Kelebihan:

 Hadiah yang bagus
 Boleh didapat di Watsons

Harga: RM 45.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Annona Bird’s Nest Drink 

Annona Birds Nest Drink
Kredit Gambar: Shopee

Annona Bird’s Nest Drink mempunyai banyak manfaat dari segi kesihatan seperti mengurangkan kesan nikotin, memulihkan penyakit kronik dan menguatkan paru-paru bayi di dalam kandungan si ibu. Selain itu, minuman ini sesuai diambil oleh orang dewasa dan kanak-kanak. Minuman sarang burung ini juga membantu mengekalkan kesihatan dari dalam dan kecantikan luaran anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Sarang Burung, Ginseng Amerika, Kulat Putih, Gula Batu
  • Saiz: 70 ml x 3 botol
  • Perisa: Asli

Kelebihan:

 Sesuai untuk semua peringkat umur
 Rasa yang sedap

Harga: RM 20.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. NH Birds Nest with Aloe Vera

NH Birds Nest with Aloe Vera
Kredit Gambar: Big Care Mart

NH Birds Nest with Aloe Vera mengandungi kulat putih, gula batu, aloe vera, dan ginseng liar. Semua bahan ini boleh meningkatkan nutrien dalam minuman sarang burung ini. Selain itu, ia adalah minuman berkhasiat yang boleh diambil pada bila-bila masa. Setiap teguk minuman ini akan memberikan anda rasa yang sungguh asli dan lazat. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Air yang ditapis, Kulat Putih, Gula Batu, Sarang Burung, Aloe Vera, Ginseng Liar
  • Saiz: 180 ml x 6 botol
  • Perisa: Asli

Kelebihan:

Kaya dengan khasiat
Kuantiti yang banyak

Harga: RM 39.80

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. BRAND’S Bird’s Nest Sugar Free 

BRANDS Birds Nest Sugar Free
Kredit Gambar: BRAND’S

Brand’s Bird’s Nest Sugar-Free ini menggabungkan kaedah tradisional dan teknologi moden untuk menghasilkan minuman sarang burung yang premium dan berkualiti tinggi. Ia menghasilkan 100% sarang burung asli dengan menggunakan kaedah ‘stringent production’. Kaedah ini hanya menggunakan pemanis semula jadi untuk menonjolkan rasa asli sarang burung. Minuman ini bebas daripada bahan pengawet tambahan, pewarna buatan dan perasa tiruan.

Spesifikasi:

  • Bahan: Sarang Burung, Sorbitol, Xylitol, Penstabil
  • Saiz: 70 ml x 6 botol
  • Perisa: Tanpa gula

Kelebihan:

Kualiti premium
100% sarang burung asli

Harga: RM 113.30

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. SARANGYAN Collagen Bird’s Nest Drink 

SARANGYAN Collagen Birds Nest Drink
Kredit Gambar: Shopee

SARANGYAN Collagen Bird’s Nest Drink mengandungi Mitogenic Stimulation dan Epidermic Growth Factor. Kedua-dua ciri ini membantu dalam menggalakkan pertumbuhan sel dan menguatkan sistem imun. Selain itu, minuman ini berkhasiat, serta dapat mengembalikan stamina dan tenaga anda setelah seharian penat bekerja. Ia juga dapat melegakan otot-otot anda yang tegang. Setiap botol megandungi 180 ml kebaikan sarang burung yang lazat ini.

Spesifikasi:

  • Bahan: Sarang burung
  • Saiz: 180 ml x 4 botol
  • Perisa: Asli

Kelebihan:

Menghilangkan keletihan
Kuantiti yang banyak

Harga: RM 53.35

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

11. Swiftlet Fortune Classic Ready-to-Drink Bird Nest Gift Set

Swiftlet-Fortune-Classic-Ready-to-Drink-Bird-Nest-Gift-Set
Kredit Gambar: Swiftlet Fortune

Classic Ready-to-Drink Bird Nest Gift Set by Swiftlet Fortune menawarkan minuman yang menarik dan berkhasiat yang dihasilkan daripada sarang burung premium. Minuman berkhasiat ini dibuat daripada 3 bahan, iaitu sarang burung, gula dan air RO. Ia adalah pilihan minuman yang semula jadi dan sihat. Selain itu, ia bebas daripada pengawet tambahan dan pewarna tiruan. Minuman ini boleh dijadikan hidangan yang mewah kerana menawarkan pelbagai manfaat kesihatan. Rasanya lazat dan menyegarkan. Minuman ini mempunyai ciri anti-penuaan, meremajakan tisu kulit, menyihatkan paru-paru, dan meningkatkan sistem pernafasan. Ia juga membaiki sistem penghadaman, membekalkan anda tenaga sepanjang hari dan memberikan manfaat kepada wanita hamil dan bayinya.

Spesifikasi:

  • Bahan: Sarang Burung, Gula Batu, Air RO
  • Saiz: 60 ml 
  • Perisa: Standard

Kelebihan:

Anti-penuaan dan meremajakan tisu kulit
Menyihatkan paru-paru dan meningkatkan sistem pernafasan
Memperbaiki penghadaman dan membekalkan tenaga
Memberi manfaat kepada kesihatan ibu hamil dan bayi
Menguatkan imuniti

Harga: RM 198.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

semak harga di laman web

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close