10 Minyak Bijan Terbaik di Malaysia 2023

Minyak bijan adalah minyak sayuran yang boleh dimakan dan ia berasal daripada biji bijan. Selain digunakan sebagai minyak masak, ia digunakan sebagai penambah rasa dalam banyak masakan, mempunyai aroma dan rasa pedas yang tersendiri. Minyak bijan mempunyai khasiat tersendiri seperti tinggi antioksidan, mempunyai ciri anti-radang yang kuat dan baik untuk jantung anda.

Selain itu, minyak bijan juga serng digunakan dalam banyak masakan. Jika anda hendak tahu, minyak bijan adalah antara bahan dapur ruji yang perlu ada di pantri dapur anda. Untuk mengetahui minyak bijan mana yang terbaik untuk anda, anda boleh teruskan membaca artikel ini. Kami ada menghimpunkan senarai minyak bijan terbaik di Malaysia khusus buat anda.

Di manakah saya boleh mendapatkan minyak bijan?

Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan minyak bijan di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan minyak bijan, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, minyak bijan seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!

Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih minyak bijan?

Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli minyak bijan ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis minyak bijan yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Semakan tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.

10 Minyak Bijan Terbaik di Malaysia 2023

Advertise With My Weekend Plan

1. Knife Pure Sesame Oil

Knife Pure Sesame Oil
Kredit Gambar: Tesco

Minyak Bijan Tulen Knife merupakan minyak bijan yang diekstrak secara tekanan daripada biji bijan yang dipanggang perlahan pada suhu rendah. Ia diproses dalam keadaan bersih dan ketat. Minyak bijan ini berwarna ambar yang jelas dan mempunyai aroma yang menyelerakan. Sesekali, ia terasa seperti kacang panggang. Cubalah minyak bijan ini ke dalam masakan anda.

Bahan-bahan: Minyak Bijan Tulen

Negara Pengeluar: Jepun

Saiz: 140 ml

Harga: RM 6.45

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Nona Sesame Oil

Nona Sesame Oil
Kredit Gambar: Shopee

Minyak Bijan Nona sering digunakan sebagai minyak masak atau juga sebagai sentuhan terakhir pada hidangan. Minyak ini mampu meningkatkan aroma dalam masakan kerana ia mempunyai aroma dan rasa pedas yang sangat tersendiri.

Bahan-bahan: Minyak Bijan

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 140 ml

Harga: RM 7.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Haday Sesame Oil

Haday Sesame Oil
Kredit Gambar: Shopee

Minyak bijan ini berbeza dengan minyak bijan yang lain di pasaran kerana ia mempunyai 100% rasa bijan segar. Apa kata anda cuba masak ayam minyak bijan, mi minyak bijan atau apa-apa hidangan berasaskan bijan dan nikmatinya secara maksimum dengan minyak bijan ini. Pasti melazatkan makanan anda.

Bahan-bahan: Minyak bijan

Negara Pengeluar: China

Saiz: 150 ml

Harga: RM 7.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Taste-Me STH Sesame Oil

Taste Me STH Sesame Oil
Kredit Gambar: Shopee

Minyak bijan ini diperbuat daripada biji bijan, dan merupakan salah satu alternatif paling sihat untuk minyak sayuran biasa. Kaya dengan vitamin E dan vitamin K, sebatian organik, dan komponen bermanfaat lain, minyak bijan ini adalah cara terbaik untuk mengenyangkan perut anda sambil menjaga kesihatan!

Bahan-bahan: Minyak Bijan

Negara Pengeluar: Malaysia 

Saiz: 190 ml

Harga: RM 9.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. LSH Pure Black Sesame Oil

LSH Pure Black Sesame Oil
Kredit Gambar: Shopee

LSH 100% Minyak Bijan Hitam Tulen mempunyai aroma dan rasa yang kuat. Oleh itu, ia memberikan anda penjimatan yang hebat kerana anda hanya perlu menggunakannya sedikit setiap kali anda memasak. Gunakannya sebagai perasa untuk meningkatkan rasa hidangan yang anda sediakan. Selain itu, ia juga bagus untuk memperkayakan rasa perapan dan sos anda.

Bahan-bahan: Bijan Panggang

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 630 ml

Harga: RM 13.40

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Ottogi Sesame Oil

Ottogi Sesame Oil
Kredit Gambar: Shopee

Minyak Bijan ini mempunyai aroma pedas yang mendalam. Gunakannya untuk menghiasi hidangan Korea atau perisa aromatik dalam perapan Korea. Ottogi menggunakan proses pemanasan tidak langsung untuk memanggang biji bijannya pada tahap yang betul. Biji yang dibakar ini akan ditekan dan minyaknya akan ditapis 3 kali untuk kemasan yang lebih bersih. Produk ini terdapat di hampir setiap pantri Korea Selatan.

Bahan-bahan: Minyak bijan tulen

Negara Pengeluar: Korea Selatan

Saiz: 80 ml, 160 ml

Harga: RM 15.50 (80 ml) | RM 29.00 (160 ml)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7.  Mother Brand Sesame Oil

Mother Brand Sesame Oil
Kredit Gambar: Shopee

Minyak bijan ini dihasilkan dengan menggunakan biji bijan yang berkualiti. Anda hanya perlu menambah beberapa titis minyak bijan ke dalam makanan anda dan menikmati kekayaan perisanya. Minyak bijan ini pedas dan aromatik, sememangnya sesuai untuk tujuan perapan dan perasa.

Bahan-bahan: Bijan Panggang

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 630 ml

Harga: RM 15.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Lee Kum Kee Pure Sesame Oil

Lee Kum Kee Pure Sesame Oil
Kredit Gambar: Shopee

Diperbuat daripada biji bijan panggang terpilih dan 100% tulen, minyak bijan ini adalah pilihan yang terbaik untuk anda. Minyak bijan vegan ini tidak mempunyai tambahan warna tiruan, tiada penambah rasa, tiada MSG, dan tiada pengawet. Manfaatkan sepenuhnya minyak bijan tulen ini ke dalam masakan anda. Bagus untuk perapan dan boleh dihidangkan bersama mi, sayur-sayuran, sup dan salad.

Bahan-bahan: Bijan Panggang

Negara Pengeluar: China

Saiz: 410 ml

Harga: RM 17.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Ghee Hiang Sesame Oil

Ghee Hiang Sesame Oil
Kredit Gambar: Shopee

Minyak Bijan Jenama Bayi Ghee Hiang adalah pilihan utama ibu-ibu Asia dalam penyediaan makanan berpantang mereka. Generasi ini telah membesar dengannya. Bau Minyak Bijan Jenama Bayi Ghee Hiang adalah aroma makanan yang selesa. Sama ada ia digunakan untuk mengukus, menggoreng, menumis, memerap, merebus atau sebagai sos salad segar, minyak bijan ini adalah terbaik untuk semuanya.

Bahan-bahan: Minyak Bijan

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 700 ml

Harga: RM 23.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. Kadoya Pure Japanese Sesame Oil

Kadoya Pure Japanese Sesame Oil
Kredit Gambar: Shopee

Kadoya Pure Sesame Oil telah lama menjadi produk terjual di Jepun. Ia dibuat dengan biji bijan yang dipilih dengan teliti dan mempunyai aroma panggang dan rasa tersendiri yang sesuai dengan banyak hidangan. Kadoya ialah sebuah syarikat pengeluar minyak bijan, terletak di sebuah pulau di Jepun dan mempunyai lebih daripada 150 tahun sejarah tentang produk mereka. Anda boleh makan minyak bijan ini bersama salad, sayur-sayuran kukus, sup, telur goreng, atau anda boleh memasaknya bersama ikan, daging, pasta dan nasi yang anda suka. Hanya dengan menambah beberapa titis, anda boleh merasakan aroma panggang yang kaya.

Bahan-bahan: Minyak Bijan

Negara Pengeluar:  Jepun

Saiz: 200 ml

Harga: RM 23.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close