8 Minyak Wangi W.Dressroom Terbaik di Malaysia 2025

W.Dressroom merupakan jenama minyak wangi Korea Selatan yang terkenal dengan kualiti dan wangian eksklusif yang ditawarkan. Minyak wangi ini dicipta dan dilancarkan oleh pereka fesyen terkenal Korea Selatan iaitu Choi Bum Suk. Choi Bum Suk menyatakan bahawa misi penciptaan minyak wangi ini adalah untuk membantu mereka yang mempunyai masalah bau badan agar tampil dengan lebih berkeyakinan. 

Untuk mencipta pelbagai bauan yang menawan dan eksklusif, Choi Bum Suk telah melakukan 30 ujian bagi setiap produk dan membeli lebih daripada 100 produk jenama berbeza untuk dianalisis dan dibandingkan. W.Dressroom didatangkan dengan pelbagai koleksi mengikut musim yang boleh anda pilih berdasarkan cita rasa anda. Berikut adalah 8 minyak wangi W.Dressroom terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia.

Mengapa Anda Perlu Mencuba Minyak Wangi W.Dressroom?

Minyak wangi W.Dressroom ini bukan sahaja telah terjual lebih daripada 200k unit, malah ia juga menjadi pilihan sebilangan artis popular seperti Jungkook (BTS), V (BTS), S.Coups (SEVENTEEN), Na Jaemin (NCT) dan ramai lagi. Secara tidak langsung, hal ini telah membuktikan bahawa kualiti yang ditawarkan sangat bagus. Selain itu, aspek harga yang mampu milik, mudah alih, dan pelbagai bauan merupakan antara sebab lain kenapa anda perlu memiliki minyak wangi W.Dressroom ini.

1. Mampu milik

Minyak wangi W.Dressroom diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi yang dijual pada harga yang berpatutan. Minyak wangi ini bukan sahaja mampu milik, malah ia juga mempunyai tahap ketahanan sehingga 7 jam. 

2. Mudah alih

Minyak wangi ini didatangkan dengan reka bentuk yang kecil dan ringan bagi membolehkan anda membawanya ke mana sahaja. 

3. Pelbagai bauan

W.Dressroom telah melancarkan pelbagai bauan daripada wangian buah-buahan, bunga dan musky sekali gus membolehkan anda memilih bauan berdasarkan personaliti dan cita rasa anda.

8 Minyak Wangi W.Dressroom Terbaik di Malaysia 2023

1. W.Dressroom Perfume No.97 April Cotton

W.Dressroom Perfume No. April Cotton
Kredit gambar: BEAUTYSTALL

W.Dressroom Perfume No.97 April Cotton merupakan antara wangian yang terlaris di pasaran. Minyak wangi ini didatangkan dengan aroma manis ‘musky’ yang menjadikannya sesuai untuk anda yang gemar dengan bauan segar dan lembut. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan agen menyahbau sekali gus membolehkan anda menggunakannya selepas bersukan. 

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Air, etanol, agen antibakteria, pewangi, alkohol terproksilasi etoksilasi (kurang daripada 5%), isopropylidene gliserol
  • Isi padu: 70 ml

Kelebihan:

Bau yang segar dan lembut
Kecil dan ringan

Harga: RM13.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

2. W.Dressroom Perfume No.49 Peach Blossom

W.Dressroom Perfume No. Peach Blossom
Kredit gambar: BEAUTYSTALL

W.Dressroom Perfume No.49 Peach Blossom diinspirasikan daripada bau buah pic. Minyak wangi ini sesuai untuk anda yang menggemari bauan segar dan manis. Bukan itu sahaja, ia juga sesuai digunakan ketika majlis makan malam, parti, atau sebarang majlis ekoran baunya yang lembut dan tahan lama. Selain itu, reka bentuknya yang kecil membolehkannya digunakan di mana-mana sahaja. 

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Air, etanol, agen antibakteria, pewangi, alkohol terproksilasi etoksilasi (kurang daripada 5%), isopropylidene gliserol
  • Isi padu: 70 ml

Kelebihan:

Uniseks
Mempunyai bau pic yang manis

Harga: RM13.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

3. W.Dressroom Perfume No.45 Morning Rain

W.Dressroom Perfume No. Morning Rain
Kredit gambar: BEAUTYSTALL

Jika anda sedang mencari minyak wangi dengan bauan yang segar seperti embun pagi, maka W.Dressroom Perfume No.45 Morning Rain ini terbaik untuk anda. Ia menawarkan bau yang agak maskulin dan keras sekali gus menjadikannya sesuai untuk anda yang ingin menyerlahkan lagi keyakinan diri. 

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Air, etanol, agen antibakteria, pewangi, alkohol terpropoksilasi etoksilasi (kurang daripada 5%), gliserol isopropylidene
  • Isi padu: 70 ml

Kelebihan:

Mempunyai bau yang segar
Antibakteria

Harga: RM13.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

4. W.Dressroom Perfume No.20 Spring Blossom (Limited Edition)

W.Dressroom Perfume No. Spring Blossom Limited Edition
Kredit gambar: BEAUTYSTALL

W.Dressroom Perfume No.20 Spring Blossom merupakan bauan edisi terhad yang dikeluarkan pada musim luruh sahaja. Ia menawarkan bau yang ringan dan manis serta sesuai digunakan ketika anda berada di tempat yang sejuk atau ketika anda tidak menghasilkan peluh yang banyak. Hal ini kerana, bau minyak wangi ini akan cepat hilang sekiranya anda berada di tempat yang panas dan berpeluh.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Air, etanol, agen antibakteria, pewangi, alkohol terproksilasi etoksilasi (kurang daripada 5%), isopropylidene gliserol
  • Isi padu: 70 ml

Kelebihan:

Haruman buah dan bunga
Edisi Terhad

Harga: RM13.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

5. W.Dressroom Perfume No.82 Inje (Limited Edition)

W.Dressroom Perfume No. Inje Limited Edition
Kredit gambar: BEAUTYSTALL

W.Dressroom Perfume No.82 Inje merupakan bauan edisi terhad yang didatangkan dengan 2 ciri istimewa, di mana ia boleh digunakan sebagai minyak wangi dan pewangi rumah. Minyak wangi ini menawarkan bauan ‘musky’ dan ‘woody’ sekali gus menjadikannya sesuai untuk digunakan sebagai minyak wangi harian. 

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Air, etanol, agen antibakteria, pewangi, alkohol terproksilasi etoksilasi (kurang daripada 5%), gliserol isopropylidene
  • Isi padu: 70 ml

Kelebihan:

Bau ‘musky’ hutan
Edisi Terhad

Harga: RM13.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

6. W.Dressroom Perfume No.64 Lovely Rose

W.Dressroom Perfume No. Lovely Rose
Kredit gambar: BEAUTYSTALL

W.Dressroom Perfume No.64 Lovely Rose ini sangat ideal untuk anda yang sedang mencari minyak wangi dengan haruman yang eksklusif dan menawan pada harga yang berpatutan. Minyak wangi ini menawarkan bauan lembut bunga ros dan ‘musky’. Selain itu, ia juga sesuai digunakan untuk semua jenis majlis. 

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Air, etanol, agen antibakteria, pewangi, alkohol terproksilasi etoksilasi (kurang daripada 5%), gliserol isopropylidene
  • Isi padu: 70 ml

Kelebihan:

Mempunyai bau bunga dan musky yang mempesonakan
Feminin dan sensual

Harga: RM13.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

7. W.Dressroom Perfume No.98 Secret Musk

W.Dressroom Perfume No. Secret Musk
Kredit gambar: BEAUTYSTALL

Jika anda sedang mencari minyak wangi dengan bauan segar alam semula jadi untuk dijadikan hadiah kepada orang tersayang, maka minyak wangi ini pilihan yang tepat untuk anda. Bukan itu sahaja, W.Dressroom Perfume No.98 Secret Musk ini juga boleh dipakai oleh lelaki dan perempuan serta sesuai untuk majlis kasual dan harian. 

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Air, etanol, agen antibakteria, pewangi, alkohol terpropoksilasi etoksilasi (kurang daripada 5%), isopropylidene gliserol
  • Isi padu: 70 ml

Kelebihan:

Mempunyai bau bunga dan musky yang mempesonakan
Uniseks

Harga: RM13.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

8. W.Dressroom Perfume No.12 Very Berry

W.Dressroom Perfume No. Very Berry
Kredit gambar: BEAUTYSTALL

W.Dressroom Perfume No.12 Very Berry merupakan antara minyak wangi keluaran W.Dressroom yang terkenal terutamanya dalam kalangan remaja. Hal ini kerana, ia menawarkan bauan beri manis yang feminin dan ‘sweet’. Tambahan pula, minyak wangi ini mampu bertahan sehingga 6 jam walaupun anda berpeluh dan berada di tempat yang panas. 

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Air, etanol, agen antibakteria, pewangi, alkohol terpropoksilasi etoksilasi (kurang daripada 5%), gliserol isopropylidene
  • Isi padu: 70 ml

Kelebihan:

Diperkaya dengan pati beri
Mempunyai bau yang menyegarkan

Harga: RM13.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close