10 Monitor Bajet Terbaik di Malaysia 2023

Monitor merupakan peranti elektrik yang terdiri daripada skrin yang memaparkan maklumat  dalam bentuk imej atau teks. Ia terdiri daripada paparan visual, litar, rangka yang lazimnya diperbuat daripada keluli, plastik atau aluminium serta bekalan kuasa. Monitor bajet kebiasaanya mempunyai resolusi FHD 1920 x 1080 yang membolehkan anda menonton filem atau bermain permainan video tanpa kesan kabur. Setiap monitor mempunyai fungsi dan cara beroperasi yang berbeza bergantung kepada tujuan penggunaannya. Oleh itu, anda haruslah mengambil kira aspek yang ditawarkan supaya anda memperoleh monitor yang sesuai dengan kehendak anda. 

Kebanyakan monitor di pasaran hari ini dijual dengan harga yang agak mahal. Walau bagaimanapun, masih terdapat monitor bajet dengan ciri luar biasa yang direka khusus untuk mereka yang mempunyai bajet yang sedikit. Berikut adalah 10 monitor bajet terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia.

Bagaimana hendak mencari monitor bajet yang terbaik?

Mencari monitor yang terbaik bukanlah mudah terutamanya jika anda mempunyai bajet yang sedikit. Namun, dengan menetapkan tujuan penggunaan, bajet dan membandingkan spesifikasi yang ditawarkan oleh setiap monitor boleh membantu anda dalam mencari monitor bajet yang sesuai mengikut gaya hidup anda.

Apakah Faedah Mempunyai Monitor?

Terdapat banyak faedah yang boleh anda perolehi sekiranya anda memiliki monitor. Ia bukan sahaja dapat membantu anda dalam melaksanakan tugasan anda malah ia juga boleh menjimatkan anda. Sebagai contoh, jika anda seorang ‘gamer’ dengan menggunakan monitor, anda tidak perlu lagi membeli set komputer gamer yang boleh mencecah harga ribuan ringgit. Hal ini kerana spesifikasi yang ditawarkan oleh monitor setanding dengan keupayaan PC dan laptop. 

10 Monitor Bajet Terbaik di Malaysia 2023

1. VIEWSONIC VA2432-H Monitor

VIEWSONIC VA H Monitor
Kredit gambar: ViewSonic

ViewSonic VA2432-h didatangkan dengan monitor IPS full HD 24 inci serta input HDMI dan VGA sesuai untuk kegunaan perniagaan atau di rumah. Dengan teknologi IPS SuperClear® dan resolusi full HD, anda akan mendapat imej yang jelas dan terperinci daripada pelbagai sudut tontonan. Selain itu, monitor ini mempunyai reka bentuk bezel tanpa bingkai 3 sisi. VA2432-h memberikan anda pengalaman tontonan yang lancar. Bukan itu sahaja, monitor ini juga dilengkapi dengan Teknologi ‘Eye-Care’ dan mod energy-saving Eco membantu mengurangkan tekanan pada mata anda.

Spesifikasi:

  • Skrin Paparan: 24 inci
  • Resolusi: 1920 x 1080
  • Jenis Resolusi: Full HD
  • Berat: 2.7 kg

Kelebihan:

Teknologi ‘Eye-Care’ dan mod energy-saving Eco
Boleh dipasang di dinding


Harga: RM469.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Samsung LF24T350FHEXXM Monitor

Samsung LFTFHEXXM Monitor
Kredit gambar: Samsung

Samsung LF24T350FHEXXM Monitor menampilkan reka bentuk minimalis dengan paparan  3 sisi, menjadikannya sesuai untuk sebarang kegunaan termasuklah permainan video. Monitor ini dilengkapi dengan teknologi eco-friendly membolehkan anda melaraskan tahap kecerahan skrin mengikut keselesaan anda. Bukan itu sahaja, monitor ini boleh diletakkan di atas meja kerja anda atau digantung di dinding.

Spesifikasi:

  • Skrin Paparan: 24 inci
  • Resolusi: 1920 x 1080
  • Jenis Resolusi: full HD
  • Berat: 2.7 kg (Dengan stand), 2.4 kg (Tanpa stand)

Kelebihan:

Pemandangan yang selesa
Paparan 3-sisi


Harga: RM465.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

3. Armaggeddon Pixxel+PF24HD Monitor

Armaggeddon PixxelPFHD Monitor
Kredit gambar: Shopee

Jika anda sedang mencari monitor bajet dengan spesifikasi yang sesuai untuk permainan video, Armaggeddon Pixxel+PF24HD pilihan terbaik untuk anda. Monitor ini didatangkan dengan reka bentuk tanpa bingkai dengan skrin paparan rata 24 inci serta dilengkapi panel VA. Selain itu, monitor ini juga mempunyai resolusi full HD, port HDMI serta masa tindak balas 1ms memberikan anda pengalaman permainan yang lancar.

Spesifikasi:

  • Skrin Paparan: 24 inci
  • Resolusi: 1920 x 1080
  • Jenis Resolusi: Full HD
  • Berat: 2.9 kg

Kelebihan:

Skrin anti-silau
Model terkini


Harga: RM459.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. BenQ GW2283 Monitor

BenQ GW Monitor
Kredit gambar: BenQ

BenQ GW2283 Monitor mempunyai reka bentuk skrin paparan  21.5 inci beserta pembesar suara ‘built-in’, menjadikannya sesuai untuk permainan video. Ia dilengkapi dengan teknologi ‘Eye-Care’ yang membantu melindungi mata anda daripada tekanan. Selain itu monitor ini juga didatangkan dengan teknologi Low Blue Light, Flicker-Free, Brightness Intelligence, dan Brightness Intelligence Plus yang berfungsi untuk melaraskan kecerahan skrin dan suhu warna secara automatik mengikut cuaca persekitaran anda.

Spesifikasi:

  • Skrin Paparan: 21.5 inci
  • Resolusi: 1920 x 1080
  • Jenis Resolusi: Full HD
  • Berat: 3.7 kg

Kelebihan:

Teknologi ‘Eye-Care’
Menyediakan picu fon kepala

Harga: RM468.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. LG 24MK430H Monitor

LG MKH Monitor
Kredit gambar: LG

LG 24MK430H Monitor sesuai untuk anda yang sedang mencari monitor dengan bajet bawah RM 500. Ia direka dengan Teknologi AMD FreeSync™ dan Dynamic Action Sync  meningkatkan pengalaman anda ketika bermain permainan atau menonton video. Selain itu, ia juga mempunyai ciri penjimatan tenaga pintar di mana sebanyak 60% elektrik dapat dijimatkan berbanding monitor yang lain.

Spesifikasi:

  • Skrin Paparan: 24 inci 
  • Resolusi: 1920 x 1080
  • Jenis Resolusi: full HD
  • Berat: 3 kg (Dengan Stand), 2.8 kg (Tanpa Stand)

Kelebihan:

Penjimatan tenaga pintar
Menyediakan input/ output port HDMI


Harga: RM499.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Armaggeddon Pixxel+PF22HD Monitor

Armaggeddon PixxelPFHD Monitor
Kredit gambar: PIKOM Tech Marketplace

Monitor Armaggeddon Pixxel+PF22HD ialah monitor ultra tipis dengan skrin paparan rata 21.45 inci. Ia mempunyai resolusi full HD, memberikan pengalaman menonton yang mengasyikkan untuk anda yang gemar menonton video atau filem. Monitor ini hanya seberat 1.9 kg, memudahkan anda untuk membawanya dari satu tempat ke tempat lain. Selain itu, terdapat 2 pilihan warna asas iaitu putih dan hitam.

Spesifikasi:

  • Skrin Paparan: 21.45 inci 
  • Resolusi: 1920 x 1080
  • Jenis Resolusi: full HD
  • Berat: 1.9 kg

Kelebihan:

Ringan
Reka bentuk ultra-slim


Harga: RM409.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Lenovo L24i-30 Monitor

Lenovo Li Monitor
Kredit gambar: Lenovo

Lenovo L24i-30 Monitor ini mempunyai reka bentuk yang nipis dan langsing serta paparan tanpa sempadan 3 sisi dapat menjimatkan ruang meja anda. Ia dilengkapi dengan port HDMI yang boleh menyambungkan monitor ke pelbagai peranti lain. Bukan itu sahaja, monitor ini juga didatangkan dengan stand logam yang disertakan ruangan pemegang telefon membolehkan anda menggunakan monitor dan telefon dalam masa yang sama.

Spesifikasi:

  • Skrin Paparan: 23.8 inci
  • Resolusi: 1920 x 1080
  • Jenis Resolusi: Full HD
  • Berat: 3.82 kg

Kelebihan:

Teknologi eye care
Percuma kunci Kensington


Harga: RM409.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. HP M22f FHD Monitor

HP Mf FHD Monitor
Kredit gambar: Shopee

Monitor HP M22f FHD menampilkan teknologi IPS canggih dengan sudut tontonan ultra lebar 178 darjah. Ia juga dilengkapi dengan ciri anti-silau untuk meningkatkan keselesaan dan memberi perlindungan pada mata anda setelah melihat skrin dalam masa yang lama. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai reka bentuk moden dan nipis sekaligus melengkapkan ruang anda dengan konsep minimalis yang elegan dan kemas.

Spesifikasi:

  • Skrin Paparan: 21.5 inci 
  • Resolusi: 1920 x 1080
  • Jenis Resolusi: Full HD
  • Berat: 2.2 kg

Kelebihan:

Saiz paparan yang lebar
Menawarkan ketepatan warna


Harga: RM488.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. BuzzTech Monitor

BuzzTech Monitor
Kredit gambar: Shopee

BuzzTech Monitor dipasarkan dengan dua saiz skrin paparan untuk anda pilih. Setiap satu mempunyai resolusi tersendiri, jadi sebaiknya anda membeli monitor yang paling sesuai dengan keperluan anda. Ia dilengkapi dengan monitor LED yang sesuai digunakan untuk kerja multimedia dan pejabat. Monitor ini juga mempunyai masa tindak balas sepantas 5ms menjadikannya monitor bajet yang ideal untuk permainan video.

Spesifikasi:

  • Skrin Paparan: 19 inci, 23 inci
  • Resolusi: 1440 x 900 (19″), 1920 x 1080 FHD (23″)
  • Jenis Resolusi: Full HD
  • Berat: N/A

Kelebihan:

Anti- silau
Teknologi Low Blue Light


Harga: RM488.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. AOC 24B2XH Monitor 

AOC BXH Monitor
Kredit gambar: AOC

AOC 24B2XH merupakan salah satu monitor IPS termurah yang boleh anda gunakan untuk pelbagai kegunaan seperti kerja pejabat, penggunaan media dan juga permainan video. Monitor ini mempunyai kemasan matte di seluruh bahagian menjadikannya tahan lasak. Selain itu, ia juga mempunyai reka bentuk yang nipis dan dapat menjimatkan ruang meja anda. AOC 24B2XH ini mempunyai berat di bawah 3 kg sekaligus menjadikannya mudah alih.

Spesifikasi:

  • Skrin Paparan: 23.8 inci 
  • Resolusi: 1920 x 1080
  • Jenis Resolusi: Full HD
  • Berat: 2.7 kg

Kelebihan:

Ringan
Reka bentuk asas kukuh


Harga: RM479.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close