Seramik merupakan pilihan yang lebih baik untuk mug kerana ia kehilangan haba pada kadar yang lebih perlahan berbanding dengan kaca. Selain itu, ia mesra alam, lebih murah, lebih mudah diakses dan selamat untuk penggunaan microwave. Mug seramik ini biasanya datang dalam bentuk yang lebih besar supaya anda tidak perlu mengisi semula minuman anda dengan kerap.
Mug seramik juga sesuai digunakan untuk minuman panas dan sejuk. Ia tidak meninggalkan bau seramik pada mug, tidak seperti cawan logam yang cenderung untuk meninggalkan bau logam sewaktu anda menggunakannya. Mug seramik juga mempunyai pelbagai bentuk dan warna yang menarik untuk dipilih. Anda boleh menikmati minuman sambil bergaya dengan mug seramik anda. Berikut adalah 9 mug seramik terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia pada tahun 2023.
Bagaimanakah menentukan mug seramik yang sesuai?
Sepertimana yang diperkatakan tadi, mug seramik ini mempunyai banyak pilihan di pasaran. Jadi, ia mudah didapati di mana-mana kedai peralatan dapur. Anda boleh memilih mug seramik ini untuk dipadankan dengan aksesori hiasan rumah anda sekaligus menonjolkan gaya estetik yang terdapat dalam ruangan anda. Anda perlu mempertimbangkan harga, rekaan dan juga saiz bagi memilih mug seramik supaya ia bersesuaian dengan anda.
1. Harga
Walaupun terdapat banyak pilihan di pasaran, perkara yang paling penting untuk anda pertimbangkan ialah harga mug seramik tersebut. Bagi mengelakkan pembaziran, anda perlu menetapkan bajet yang tetap untuk membeli barangan ini.
2. Reka Bentuk
Terdapat pelbagai bentuk mug seramik yang terdapat di pasaran. Anda boleh melihat pelbagai corak dan warna yang dipamerkan untuk dijadikan hiasan dan kegunaan seharian anda. Walau apapun, anda perlu mengetahui gaya dan kesukaan anda terlebih dahulu sebelum memilih mug seramik.
3. Saiz
Selain reka bentuk dan warna yang menarik, mug seramik juga didatangkan dalam pelbagai saiz untuk memenuhi selera anda. Jika anda seorang yang kuat meminum air, maka mug seramik bersaiz besar disyorkan untuk anda. Ini kerana, anda tidak perlu mengisi air terlalu kerap setiap kali menggunakannya kerana ia memiliki kapasiti yang besar.
9 Mug Seramik Terbaik di Malaysia 2023
1. Marble Ceramic Mug

Marble Ceramic Mug ini mempunyai ciri rekaan yang kesat sekaligus mengurangkan kebarangkalian untuk tergelincir jatuh apabila anda memegangnya.Selain itu, terdapat rekaan mug berbentuk berlian yang didatangkan dengan sudu dan penutup mug yang boleh anda beli dan dijadikan set hadiah kepada rakan anda.
Spesifikasi:
- Material: Seramik
- Warna: Merah jambu, kelabu, biru, ungu
- Kapasiti: 430 ml
Kelebihan:
✅ Kapasiti besar
✅ Kesat
✅ 2 corak untuk dipilih
Harga: RM12.90 – RM14.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Nordic Matte Ceramic Mug

Nordic Matte Ceramic Mug menawarkan anda pelbagai warna yang menarik untuk dipilih. Mug ini mempunyai kemasan matte bagi mengurangkan gelinciran yang mungkin berlaku semasa anda memegangnya. Pemegangnya yang cukup besar membolehkan anda memegang cawan dengan selesa dan kemas.
Spesifikasi:
- Material: Seramik
- Warna: Merah jambu, hitam, merah, putih, biru, hijau
- Kapasiti: 380 ml
Kelebihan:
✅ Kemasan Matte
✅ Pemegang besar
✅ Pelbagai warna untuk dipilih
Harga: RM10.88
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Colour Contrast Ceramic Mug with Spoon & Lid

Colour Contrast Ceramic Mug ini datang bersama sudu kecil berwarna emas dan penutup mug yang sepadan. Dengan adanya sudu kecil ini, anda dapat mengacau minuman anda dengan mudah. Selain itu, penutup mug yang dibekalkan juga dapat memudahkan anda untuk menutup mug supaya sebarang habuk atau kotoran tidak termasuk ke dalam minuman anda.
Spesifikasi:
- Material: Seramik
- Warna: Biru, merah, hijau
- Kapasiti: 430 ml
Kelebihan:
✅ 2 ton
✅ Didatangkan dengan sudu dan penutup
✅ Kapasiti besar
Harga: RM20.90 – RM21.09
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Ceramic Mug with Bamboo Lid & Handle

Mug seramik ini dilengkapi dengan penutup dan pemegang buluh yang menarik! Ia mempunyai pemegang buluh yang cukup besar bagi memastikan pegangang anda selesa walaupun dalam masa yang lama. Rekaan penutup mug daripada buluh ini dilihat sepadan dengan mug seramik yang dipamerkan sekaligus ia menonjolkan nilai estetik yang ada padanya. Oh ya,apabila anda membeli mug ini, anda akan mendapati satu sudu tersedia bersamanya!
Spesifikasi:
- Material: Seramik
- Warna: Hitam, putih
- Kapasiti: 400 ml
Kelebihan:
✅ Penutup dan pemegang mug diperbuat daripada buluh
✅ Rekaan menarik
✅ Kapasiti besar
Harga: RM14.50 – RM19.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Simple Ceramic Mug

Simple Ceramic Mug ini mempunyai kapasiti yang agak kecil berbanding dengan mug seramik yang lain. Ia sesuai untuk seseorang yang lebih suka akan mengekalkan kesegaran minuman mereka serta menghabiskan minuman mereka dengan cepat.
Spesifikasi:
- Material: Seramik, Porselin
- Warna: Kelabu, Navy Blue, Water Blue, Hijau, Merah Jambu
- Kapasiti: 290 ml
Kelebihan:
✅ Pelbagai warna
✅ Ringkas
Harga: RM7.88
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Splashed Inks Ceramic Mug

Splash Inks Ceramic Mug ini sangat sesuai untuk dijadikan hadiah buat orang tersayang. Anda juga boleh menghadiahkan mug ini kepada diri anda! Mug seramik ini mempunyai pemegang yang lebih tebal daripada mug seramik biasa yang didapati di pasaran. Tujuannya supaya anda dapat memegang mug ini dengan selesa dan kemas walaupun untuk masa yang lama.Paling menarik, ia juga boleh menjadi hiasan bilik tidur yang cantik.
Spesifikasi:
- Material: Seramik, Porselin
- Rekaan: White Ink Dots, Milk Tea Colour, Milk Tea Grid
- Kapasiti: 300 ml
Kelebihan:
✅ Mempunyai 3 rekaan untuk dipilih
✅ Pemegang yang tebal
✅ Unik
Harga: RM19.90 – RM25.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Space-Themed Ceramic Mug with Spoon & Lid

Space-Themed Ceramic Mug ini berbentuk bulat dan didatangkan bersama sudu serta penutup mug. Anda tidak perlu membelinya secara berasingan kerana ia didatangkan dalam satu set. Paling unik, sudu yang didatangkan bersama mug ini mempunyai penghujung yang berbentuk angkasawan! Reka bentuk mug ini sememangnya menarik dan boleh dijadikan hadiah buat mereka yang tersayang.
Spesifikasi:
- Material: Seramik
- Warna: Putih, merah jambu, biru gelap, sky blue
- Kapasiti: 350 ml
Kelebihan:
✅ Bertemakan angkasa
✅ Bulat
✅ Unik
Harga: RM24.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Ancient Greek Ceramic Mug

Mug seramik ini merupakan salah satu mug yang paling menarik pernah ditemui. Reka bentuk 3D Apollo David yang terkenal ini sesuai buat mereka yang suka akan sejarah. Sebenarnya, rekaan 3D Apollo David ini seringkali menjadi perhiasan kerana nilai estetiknya. Mug ini juga besar dan boleh menampung minuman yang banyak. Jika anda ingin mencuba gaya mug yang unik, apa kata anda bermula dengan mug seramik ini?
Spesifikasi:
- Material: Seramik
- Warna: Putih, Navy, Kuning
- Kapasiti: 450 ml
Kelebihan:
✅ Bentuk luaran 3D
✅ Kapasiti besar
✅ Unik
Harga: RM34.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. Thick Handle Ceramic Mug

Mug seramik ini mempunyai rekaan pemegang yang tebal bagi memudahkan anda memegangnya. Walaupun reka bentuknya kosong, tetapi ia nampak minimalis dan anggun.Mug ini sesuai bagi mereka yang mengawal pengambilan gula dalam minuman mereka. Selain itu, mug seramik ini didatangkan dengan kemasan matte yang mengelakkannya daripada tergelincir.
Spesifikasi:
- Material: Seramik
- Warna: Kelabu, coklat
- Kapasiti: 200 ml
Kelebihan:
✅ Pemegang tebal
✅ Didatangkan dalam 2 warna
✅ Kemasan Matte
Harga: RM15.80
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.