200 Nama Islam untuk Anak Perempuan

Anda bakal menjadi ibu bapa? Tahniah kami ucapkan. Tanggungjawab sebagai ibu bapa bukannya mudah. Anda ingin memberikan yang terbaik untuk anak anda dari setiap aspek kehidupan, termasuklah memberi nama yang baik. Setiap ibu bapa pasti mahukan nama anak yang indah dan baik maksudnya.

Sebenarnya, pemberian nama yang baik dan cantik maksudnya adalah satu anugerah atau hadiah pertama yang ibu bapa berikan kepada anak mereka sebaik sahaja mereka berjumpa. Rasa kasih sayang yang melimpah ruah menyebabkan ibu bapa berusaha memberikan yang terbaik untuk anak mereka walaupun seawal dalam kandungan.

Mengapakah anda perlu memberi nama yang baik untuk anda anda?

Sebenarnya, pemilihan nama sangat penting dalam pembinaan keluarga. Nama itulah yang akan digunakan sebagai panggilan terhadap  individu sepanjang hayatnya. Jika namanya baik, maka dipercayai baiklah akhlaknya. Nama juga dikatakan boleh mempengaruhi sifat seseorang individu. Jadi untuk menjadi individu yang berguna, ia haruslah bermula daripada nama. Berikut kami kongsikan senarai nama Islam untuk anak perempuan.

200 Nama Islam untuk Anak Perempuan

HURUF A

1. Alesha Zahra

Bunga mawar yang dilindungi Allah

2. Alia Shakila Zanita

Anak yang cantik, lembut dan berbudi bahasa

3. Afina Mawaddah

Anak perempuan yang mudah memaafkan dan penuh kasih

4. Annisa Nadhira

 Anak perempuan yang wajahnya selalu berseri dan gembira

5. Adiba Afsheen Myesha

Anak perempuan yang cerdas dan sentiasa bersinar seperti bintang di langit

6. Akifah Hasna Kamila

Perempuan yang cantik, sempurna dan rajin beriktikaf

7. Akifah Nailah

Perempuan yang rajin beriktikaf dan suka memberi

8. Adzkiya Naila Taleetha

Wanita muda yang cerdas dan berjaya

9. Ainiya Faida Azmi

Anak yang memiliki ketegaran hati dan bermanfaat, seperti pepohon rimbun

10. Aina Talita Zahran

Mata seorang gadis yang berkilauan

11. Afifa Fitiya

Anak perempuan yang suci dan memiliki harga diri

12. Ainun Mahya

Mata yang bersinar

13. Aisha Farhana

Anak perempuan yang hidup dan gembira

14. Annisa Faiha

Anak perempuan yang mempunyai banyak kelebihan

15. Ariqa Fatina

Anak perempuan yang baik budinya dan menarik hati

16. Atika Zahra Ratifah

Anak perempuan yang berakhlak baik, pemurah dan berseri

17. Atiqah Fairuz Khalisa

Anak perempuan yang cantik bagaikan permata

18. Aulia Izzatunisa

Anak perempuan yang penuh rasa kecintaan dan kemuliaan

19. Athifa Farihan Warda

Anak perempuan yang gembira seperti mawar

20. Atika Balqis Azizah

Ratu mulia yang pemurah

HURUF B

21. Balqis Adzra

Ratu yang terhormat

22. Bahiya Atiqa Faiha

Anak perempuan yang cantik, indah dan banyak kelebihan

23. Baiti Durriya

Rumahku ialah cahaya seperti mutiara

24. Badriya Shaliha

Anak perempuan yang cantik dan solehah

25. Basima Shalihah

Senyuman anak perempuan yang soleha

26. Baiduri Bahiah

Permata yang berseri

27. Bilqis Ufaira

Ratu yang berani

28. Buraira Balqis Faiha

Ratu yang mempunyai banyak kelebihan

29. Busyra Fitriyani

Khabar gembira daripada anak perempuan yang suci

30. Bilqis Faiha Rifda

Ratu yang banyak kelebihan dan memberi pertolongan

HURUF C

31. Callista Balqis Maharani

Perempuan yang cantik seperti Ratu Balqis

HURUF D

32. Dhiya Kharya

Wanita yang bercahaya bersih seperti bulan

33. Dary Arrifda

Anak perempuan yang memberi pertolongan

34. Diana Syauqiah

Anak perempuan yang bagaikan agama yang dirindukan

35. Dary Azzalfa

Anak perempuan yang seperti permukaan mutiara yang lembut

36. Diana Duriyatul Janna

Agama bercahaya seperti mutiara syurga

37. Duratul Hikmah

Mutiara Hikmah

38. Duratul Jinan

Mutiara syurga

39. Durratul Annasiha

Mutiara nasihat

40. Dzakira Aftani

Anak perempuan yang mempunyai ingatan mengagumkan

HURUF F

41. Fadya Jamil Anida

Seruan yang indah dan menyelamatkan

42. Faiha Nada Zalfa

Anak perempuan yang bagaikan embun di kulit mutiara yang banyak kelebihannya

43. Faiza Alya Aziza

Pemenang yang tinggi dan mulia

44. Fajra Nada Nadifa

Anak perempuan yang seperti embun pagi yang bersih

45. Faida Annaila

Pemberian yang bermanfaat

46. Fakhira Salwa Nabila

Burung puyuh yang bagus dan cerdik

47. Farhana Raqwani

Kemajuan yang menggembirakan

48. Farah Azhar

Anak perempuan yang seperti bunga dan kesenangan

49. Fany Azhar Aziza

Bunga yang fana dan mulia

50. Faridah Kamila

Anak perempuan yang bagaikan permata mahal dan sempurna

51. Fauzia Rafifa

Anak perempuan yang berakhlak baik dan merupakan kemenangan yang gemilang

52. Fadhiyah Syafiqah

Perempuan yang penuh belas kasihan serta yang dapat menyelamatkan

53. Fadhiyah Jalilah

Perempuan agung yang menyelamatkan

54. Farida Fakhriyah

Wanita yang mandiri dan menonjol

HURUF G

55. Gina Qalbul Karimah

Perempuan yang kaya hati dan mulia

56. Giralda Kaulah Nuha

Perempuan yang dikurniakan keberkatan akal dan kecerdasan

57. Ghaziya Hafiza

Anak perempuan pejuang yang menjaga kesuciannya

58. Ghadah Rahimah

Wanita yang lembut dan pengasih

59. Ghaliyatul Hayah

Hidup yang bermakna

60. Gina Ulya Syarifah

Perempuan berbudi luhur dan bermartabat

HURUF H

61. Halwa Inayah Raqiqah

Perempuan yang prihatin, manis dan lemah-lembut

62. Hafiza Khaira Lubna

Kebaikan dan kecerdasan yang terpelihara kesuciannya

63. Hamda Sakhia

Anak perempuan yang selalu bersyukut dan murah hati

64. Haifa Aish Faiha

Anak perempuan yang ramping dan banyak kelebihan

65. Hana Khairunnisa

Sebaik-baik anak perempuan yang berbahagia

66. Hanifa Rasyida

Muslimah yang teguh dan tegar

67. Haura Nazifa

Anak perempuan yang berkulit putih dan bersih

68. Hasna Nabila

Anak perempuan yang cantik dan cerdik

69. Hania Syakira

Ucapan selamat dan rasa syukur

70. Hana Aish Salma

Anak perempuan yang bahagia dan selamat

71. Husnia Rani Zahra

Bunga yang indah dan mempesona 

HURUF I

72. Inayah Fadiyah Istiqomah

Perempuan yang suka menyelamatkan dengan hati tulus dan selalu di jalan kebenaran

73. Ilmi Suhaima

Anak perempuan yang mempunyai ilmu tentang keberuntungan

74. Iffa Astila Rahma

Anak perempuan yang miliki keturunan baik, rasa hormat dan kasih sayang

75. Iftina Assyabiya Rafifa

Gadis kecil yang berakhlak baik dan mengagumkan

76. Ima Shabirah

Pemimin yang sabar

77. Innaya Azmi Athifa

Anak perempuan yang memiliki perhatian, keteguhan hati dan perasaan

78. Insyira Fauzia

Kegembiraan atas kemenangan yang gemilang

79. Innaya Rafa

Anak perempuan yang miliki perlindungan yang tinggi

80. Iza Najda

Anak perempuan yang miliki keberanian dan kehormatan diri

HURUF J

81. Jihan Farahah

Perempuan yang megah dan penuh kegembiraan

82. Jannah Syauqiah

Wanita yang dirindukan syurga

83. Jalila Diyanatuha

Wanita yang mulia dengan agamanya

84. Julwa Jumanatul Rayah

Wanita cerdas yang menjadi mutiara kehidupan

85. Jamilah Rafif Lutfia

Anak perempuan yang cantik, lembut dan berakhlak baik

86. Jauza Jahira

Anak perempuan yang diibaratkan seperti buah kenari yang berkilauan

87. Juhaina Zakiya

Anak perempuan yang diibaratkan seperti kebun subur

88. Jauhara Zahrani

Anak perempuan yang bagaikan permata berkilauan

HURUF K

89. Khaulah Syakirah

Wanita yang bersyukur, seperti Khaula, iaitu nama seorang sahabat

90. Kamila Adila

Wanita yang sempurna dan mendapat keadilan atau kurniaan Allah

91. Kamilia Ulfa

Persahabatan yang sempurna

92. Khaira Talita Rumi

Gadis yang baik hati, laksana seorang penyair

93. Kalila Rifda

Anak perempuan yang lemah lembut dan memberi pertolongan

94. Karima Haura Zuhda

Anak perempuan yang berkulit putih dan rendah hati

95. Khadziya Nisrina

Bunga mawar putih yang harum baunya

96. Khairunnisa Salsabila

Sebaik-baiknya wanita seperti mata air syurga

97. Khansa Sabiha

Semoga seperti pejuang muslimah yang wajahnya berseri

98. Khatami Shahira

Mata air terakhir

99. Khalifa Sakhi

Anak perempuan sebagai pemimpin

100. Khazana Ridha Naila

Anak perempuan yang suka memberi hartanya dengan ikhlas

HURUF L

101. Latifa Qotrunnada

Anak perempuan yang lembut seperti titisan embun

102. Lujna Kamila

Bukit datar yang ditumbuhi pepohon yang subur

103. Laila Faiha

Malam yang memiliki banyak kelebihan

104. Luqyana Farha

Perjumpaan yang menggembirakan

105. Luthfia Nisrina

Gadis yang lembut bagaikan mawar putih

106. Luthfia Zahra Talita

Gadis yang lemah-lembut dan selalu berseri-seri

HURUF M

107. Mahdiyatu Syauqiya

Anak perempuan yang selalu  mendapatkan hidayah

108. Mahira Hasna Kamila

Kepandaian dan kecantikan yang sempurna

109. Maryam Khalisa

Anak perempuan istimewa yang taat dan pandai enjaga kehormatan diri

110. Makailah Jihan Fakhirah

Perempuan terhormat dan baik, pemberian daripada Allah

111. Mawaddatul Shifwa

Kasih sayang seorang sahabat akrab

112. Mardiyatul El-Hazima

Anak perempuan yang teliti dan mendapat keredaan Allah

113. Maisyarah Salsabila

Ketenangan mata air syurga

114. Muazara Ulfa

Anak perempuan yang mendapat pertolongan daripada persahabatan

115. Mufida Salsabila

Anak perempuan yang bermanfaat dan bagaikan mata air syurga

HURUF N

116. Najma Adiba Orlin

Perempaun yang beradap dan berpengetahuan, ibarat bintang berkilauan keemasan

117. Nuha Mardhiyyah

Anak perempuan yang selalu diberikan kemudahan dan taat kepada Allah

118. Nabila Hasna Amira

Kecerdikan dan kecantikan seorang ratu

119. Nafla Syakira

Bunga matahari yang selalu bersyukur

120. Naila Muazara Ulfa

Anak perempuan yang ramah dan suka memberi pertolongan

121. Nadhifatul Azhar

Bunga-bunga yang bersih

122. Najwa Khaira Wilda

Bisikan kebaikan daripada bidadari

123. Nisrina Arij Hisana

Mawar putih yang sangat harum dan cantik

124. Nuda Bahira Ramadani

Pelangi indah di bulan Ramadan

125. Naura Nadhifa Akmal

Bunga yang bersih dan sempurna

126. Nida Rania Fajria

Seruan yang mempesona di pagi hari

127. Nada Farah Maulida

Perempuan yang murah hati dan dilahirkan dalam kesenangan

128. Nasyama Rania Khadijah

Perempuan yang baik, menawan, menarik dan kuat

HURUF Q

129. Qanita Maisara

Anak perempuan yang selalu diberi kemudahan dan taat kepada Allah

130. Qotrunnada Salsabila

Titisan embun daripada mata air syurga

131. Qosama Afkar Bashira

Keindahan daripada fikiran yang bijaksana

132. Qafiya Nurul Jannah

Perempuan yang pandai menghormati orang lain, dan menjadi ahli syurga

133. Qamira Nur Syifa

Wanita yang berhati bersih, penuh dengan cahaya penyembuhan

HURUF R

134. Rahmah Syaffiya

Kasih sayang daripada sahabat yang tulus

135. Raisa Fakhira

Pemimpin perempuan yang membanggakan

136. Raniatu Janna

Syurga yang mempersonakan

137. Rasyidatul Marwah

Petunjuk jalan yang lurus di bukit Marwah

138. Raudhatul Jannah

Taman syurga

139. Rasyidatul Naja

Petunjuk yang menuju ke arah keselamatan

140. Rana Aqila Humaira

Wanita cantik, cerdas dan mengagumkan

141. Rasahana Shafwa Ruqayah

Wanita yang tenang dan tulus dalam cinta

142. Rabiah Quratul Aini

Perempaun yang sejuk mata memandang dan bagaikan taman yang indah

143. Rahimah Anisah

Perempuan anggun yang ramah

HURUF S

144. Salima Naziha

Perempuan yang selamat dan bersih daripada noda

145. Sakinatul Marwah

Ketenangan saat berada di bukit Marwah

146. Sahla Saifa

Anak perempuan yang mendapatkan kemudahan dan kebahagiaan

147. Salsabila Nadifa

Mata air syurga yang bersih

148. Sayyida Hakama

Pemimpin perempuan yang bijaksana

149. Sayyidatu Haiba

Pemimpin perempuan yang berwibawa

150. Salwa Zakiya

Burung puyuh yang membesar dengan baik 

151. Suhaila Ilma Nafia

Kemudahan dalam mendapatkan ilmu yang bermanfaat

152. Syaffiya Rahmah

Seorang teman yang tulus dan penuh kasih sayang

153. Syifa Sauqiya

Anak perempuan yang diibaratkan sebagai penawar rindu

154. Syawal Husnayan

Bulan Syawal yang penuh kemenangan

155. Sufi Awliya

Ahli tasawuf yang memiliki jiwa pemimpin

156. Syafeera Habibah Putri

Anak perempuan kesayangan yang cantik dan dimuliakan

157. Syakayla Laiqa Suniya

Wanita cantik dan indah bersinar

158. Syafira Nurul Husna

Perempuan yang memiliki kulit kekuningan dan memancarkan cahaya yang baik

159. Sarah Lutfiya Jamilah

Wanita yang cantik, berani dan bersemangat

HURUF T

160. Tamima Anisatul Maliha

Perempuan sempurna yang ramah dan manis

161. Thafana Nisa Kamila

Wanita baik hati yang sempurna

162. Talita Hasna Halimah

Gadis cantik yang sabar dan tawakal

163. Tasmira Kamil

Permata yang indah dan sempurna

164. Talita Hasna Humaira

Gadis cantik yang pipinya kemerah-merahan

165. Tahani Syakira

Ucapan selamat dan rasa bersyukur

166. Tasnim Thufaila

Angin yang lembut dan halus

167. Tsamara Asyifa

Anak perempuan yang bermanfaat dan penawar hati untuk kedua orang tuanya

HURUF U

168. Ummu Kultsum

Puteri Rasulullah

169. Ulya Hana Mahdiyah

Bunga cantik yang utama dan merupakan hidayah daripada Allah

170. Ulfa Aliya Fitri

Anak perempuan yang memiliki rasa persahabatan yang tinggi dan suci

171. Ulfa Khairunnisa

Sebaik-baik wanita yang ramah terhadap orang lain

172. Ufaira Nur Afifa

Anak perempuan yang berani dan memancarkan cahaya kesucian diri

173. Uzda Jamila

Anak perempuan yang memiliki kelebihan yang indah

174. Uzda Syafiyya

Kawan yang tulus dan memiliki kelebihan

HURUF W

175. Wazira Huwaida

Menteri wanita yang lemah-lembut

176. Warda Fatina

Mawar yang mengagumkan

177. Wafiyatul Warda

Mawar yang sempurna

178. Wafa Nuha Nujabah

Wanita yang mudah dicintai, cerai dan dermawan

179. Watsiqa Mazna Munia

Perempuan yang dipercauai, bersinar dan berjaya

HURUF Y

180. Yadya Azqiyatul Maulida

Perempuan pandao yang terlahir dnegan bersih dan suci

181. Yasmina Qismiya Nazifa

Suci dan berwajah cantik seperti bunga jasmin

182. Yasmin Mumtazah

Wanita istimewa laksana bunga melati

183. Yusra Sanika

Pemrepuan yang kuat pendirian, berhati lembut dan terbuka

184. Yafia Azhar

Bunga-bunga yang tinggi

185. Yasmina Khairunnisa

Wanita terbaik seperti bunga jasmin

186. Yumna Fariha

Anak perempuan yang mendapatkan keberuntungan dan bahagia

187. Yusriya Kamila

Anak perempuan yang diibaratkan kemudahan yang sempurna

HURUF Z

188. Zara Nadia Akhyar

Fajar menyingsing yang mengawal semua kebaikan

189. Zalfa Naqiyya

Permukaan mutiara yang jernih

190. Zahratul Nida

Bunga yang mempesonakan

191. Zahira Fairuz

Anak perempuan yang bercahaya bagaikan permata

192. Zahiya Kamila

Indah bagaikan pepohon hijau

193. Zahida Qalbi Nadhifa

Anak perempuan yang rendah hati dan memiliki hati bersih

194. Zahra Amira Rahmani

Anak perempuan yang diibaratkan bunga yang memimpin dengan penuh kasih sayang

195. Zafira Hasna Nafisah

Perempuan indah yang berharga dan bermurah hati

196. Zafira Ayu Lutfiya

Mutiara yang cantik dan lembut

197. Zakira Zahra

Anak perempuan cantik yang sentiasa berzikir

198. Zaina Qiana Ruqaya

Perempuan cantik dan baik hati serta mendapat keberkatan daripada Allaj

199. Zalfa Hasna

Kulit mutiara yang cantik

200. Zahra Almaira Rahman

Puteri (kerajaan) bunga yang penuh kasih sayang

Indah sungguh nama-nama di atas, bukan? Jadi, buat bakal ibu bapa, anda tidak perlu runsing lagi untuk mencari nama anak perempuan yang baik dan cantik maknanya. Semoga nama-nama indah yang kami kongsikan bersama anda ini dapat melancarkan pencarian nama anak perempuan anda.

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close