NASA umum Musytari paling hampir dengan Bumi pada hari ini!

Pada hari ini, iaitu 26 September 2022, anda berpeluang melihat fenomena yang paling jarang berlaku dalam tempoh 59 tahun ini. Apakah fenomena itu? Fenomena yang dimaksudkan ialah ‘pertentangan’ yang berlaku antara Planet Musytari, Bumi dan Matahari. Ini bermaksud anda boleh melihat Planet Musytari dengan jelas pada malam ini.

Menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Planet Musytari akan berada dalam kedudukan yang paling hampir dengan Bumi pada 26 September 2022, iaitu hari ini. Itulah yang dilaporkan oleh laman berita Wion News pada minggu lepas.

Menerusi perkongsikan video Tiktok daripada @Spacedollah, fenomena ini perlu ditonton oleh penduduk bumi kerana ia adalah satu fenomena yang sangat jarang berlaku dan dijangka fenomena ini bakal berlaku lagi pada tahun 2129. Berikut adalah video yang dikongsikan oleh beliau:

@spacedollah

Emergency update! Esok malam korang akan nampak planet Jupiter / Musytari dekat langit! Siapkan diri dengan handphone/binocular & telescope masing-masing! 26 SEP 2022! 🔭🧑🏽‍🚀 #jupiter #musytari #astrology #sistemsuria #space #aliens #makhlukastral #makhlukasing #rocket #alamsemesta #matahari #bulan #malaysia #bintang #fy #fyp #fypシ #fypage

♬ Cornfield Chase – Dorian Marko

Fenomena ‘pertentangan’ ini berlaku apabila Planet Musytari terbit di timur semasa Matahari terbenam di barat. Keadaan ini meletakkan Planet Musytari dan Matahari berada di sisi bertentangan dengan Bumi. Dikhabarkan, ‘pertentangan’ ini berlaku sekali dalam 13 bulan, yakni planet ini akan kelihatan lebih besar dan lebih cerah daripada mana-mana masa lain dalam tempoh setahun. Namun fenomena pada hari ini lain daripada yang lain. Menerusi binokular atau teleskop, anda boleh melihat jalur-jalur dan bulan yang ada di Planet Musytari!

Pada hari ini, Planet Musytari akan membuat pendekatan paling hampir dengan Bumi dalam tempoh 59 tahun. Baik Bumi mahupun Planet Musytari tidak mengorbit Matahari dalam bulatan sempurna. Jadi, ini bermakna kedua-dua planet akan melepasi antara satu sama lain pada jarak yang berbeza sepanjang tahun. Pendekatan yang paling hampir antara Planet Musytari dan bumi adalah jarang berlaku sewaktu ‘pertentangan’ sehingga menjadikan hari ini sesuatu yang wajib disaksikan oleh anda.

Jupiter closest approach
Kredit Gambar: indianexpress.com

Pada masa itu, Planet Musytari akan berada kira-kira 590 juta kilometer dari Bumi. Pada jarak yang paling jauh pula, Planet Musytari berada lebih 965 juta kilometer dari Bumi. Menurut NASA, kali terakhir fenomena ‘pertentangan’ yang paling hampir ini berlaku adalah pada tahun 1963. Hebat, bukan?

jupiter
Kredit Gambar: tiktok.com/@spacedollah

 Rata-rata komen netizen teruja dengan fenomena ini dan menunggu waktu untuk menyaksikan sendiri fenomena yang ajaib ini. Menurut komen Spacedollah, waktu jelas yang boleh dilihat fenomena ‘pertentangan’ ini adalah sekitar jam 1.30 pagi sehingga 4.30 pagi pada 27 September. Komen daripada life_who pula berkata planet Musytari yang jauh pun boleh dilihat dengan mata kasar, tetapi jodoh di bumi masih belum dijumpai.

Memandangkan fenomena ini berlaku setiap 59 tahun, apa kata anda luangkan sedikit masa dan menyaksikan keajaiban alam ini? Rasanya rugi kalau anda lepaskan peluang yang sangat jarang ini. Apa komen anda?

Sumber: tiktok.com/@spacedollah / indianexpress.com  /  kosmo.com.my

Apa pendapat anda? Dah baca, share dan like, ok!

Perhatian: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Jadi, segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close