Masih menggunakan pouch untuk menyimpan koleksi solekan anda? Pernahkah anda menghadapi kesukaran untuk mencari alat solekan anda? Jika ya, sudah tiba masanya untuk anda menggunakan organizer kosmetik! Organizer kosmetik sangat berguna untuk anda yang gemar mengumpul produk mekap!
Organizer berfungsi untuk menyimpan dan menyusun barang kosmetik anda dengan penggunaan ruang yang kecil. Ia didatangkan dengan beberapa bahagian, menjadikannya mudah untuk menyusun kosmetik mengikut keutamaan anda. Berikut adalah senarai 8 Organizer Kosmetik terbaik di Malaysia 2023.
Perlukah anda mendapatkan Organizer kosmetik?
Anda mungkin tertanya-tanya, “Adakah saya perlu membelanjakan wang untuk organizer kosmetik?” Jawapannya adalah ya. Penggunaan organizer bukan sahaja menampakkan meja anda kemas malah ia juga boleh menjimatkan masa dan ruang.
1. Jimat masa
Organizer kosmetik dapat menjimatkan masa anda. Hal ini kerana apabila anda meletakkan alat kosmetik di tempat yang betul, anda akan mudah menjumpainya sekaligus menjimatkan masa.
2. Jimat ruang
Organizer kosmetik akan membantu anda memastikan produk kosmetik anda berada dalam keadaan kemas dan teratur. Selain berfungsi dalam menyusun alat kosmetik, ia juga boleh menjimatkan ruang di meja solek anda.
8 Organizer kosmetik Terbaik di Malaysia 2023
1. HIGHTUNE Cosmetic Storage Drawer

HIGHTUNE Cosmetic Storage Drawer ini sesuai untuk anda yang ingin menyimpan kedua-dua barangan penjagaan kulit dan kosmetik. Organizer ini didatangkan dengan bahagian penyimpanan 3 tingkat beserta laci. Selain itu, ia juga diperbuat daripada bahan kalis habuk dan kalis air. Organizer ini juga mempunyai kualiti yang tinggi selain dijual pada harga yang berpatutan.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik PP
Warna: Biru, putih, merah jambu. hijau - Negara Pengeluar: Malaysia
Kelebihan:
✅ Kapasiti besar
✅ Tiada had ketinggian untuk botol tinggi
✅ Harga mampu milik
✅ Praktikal
Harga: RM8.80
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. HIGHTUNE Makeup Storage Diamond Pattern

HIGHTUNE Makeup Storage Diamond Pattern ialah Organizer kosmetik dengan kapasiti besar serta dilengkapi dengan putaran 360 darjah. Hal ini membolehkan anda mencapai alat kosmetik anda dengan mudah. Selain itu, organizer ini didatangkan dengan 1 pilihan warna sahaja.
Spesifikasi:
- Bahan: PS
- Warna: lutsinar
- Negara pengeluar: Malaysia
Kelebihan:
✅ Boleh berputar 360 darjah
✅ Jaminan 6 bulan
✅ Cantik
✅ Material kukuh
Harga: RM29.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Cosmetic Drawer Organizer

Organizer Kosmetik ini sesuai untuk anda yang ingin menyimpan alat kosmetik anda di dalam laci. Organizer ini juga mempunyai bahagian penyimpanan yang dipasarkan secara berasingan yang membolehkan anda membeli mengikut kuantiti yang anda inginkan. Selain itu, ia juga didatangkan dengan pelbagai pilihan saiz yang boleh anda pilih mengikut jenis produk anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik
- Warna: Lutsinar
- Negara Pengeluar: China
Kelebihan:
✅ Didatangkan dalam pelbagai saiz
✅ Boleh dibasuh
✅ Bahan tahan lasak
✅ Kapasiti besar
Harga: RM3.30 – RM10.30
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. BSB Cosmetic Storage Box

BSB Cosmetic Storage Box ini agak berlainan dengan organizer yang lain. Hal ini kerana, ia bukan sahaja didatangkan dengan 4 tingkat ruang penyimpanan, malah ia juga mempunyai penutup lutsinar bagi melindungi barangan anda daripada habuk. Selain itu, ia juga dipasarkan dalam dua saiz berbeza iaitu XL dan 2XL. Walaupun ia agak mahal, tetapi kualiti yang ditawarkan pasti memuaskan hati anda!
Spesifikasi:
- Bahan: ABS berkualiti tinggi
- Warna: merah jambu, putih
- Negara pengeluar: Malaysia
Kelebihan & Kelemahan:
✅ Reka bentuk anti-habuk
✅ Mudah alih (mudah dibawa ke mana-mana)
❌ Mahal
Harga: RM41.50 – RM50.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Clear Acrylic Organizer

Clear Acrylic Organizer ini boleh didapati dalam beberapa varian yang berbeza dari segi saiz dan bentuk. Organizer ini sesuai untuk menyimpan barangan kosmetik, seperti palet pembayang mata, pemerah pipi, dan bedak. Selain itu, ia juga membolehkan anda untuk menyusun barangan kosmetik mengikut kategori supaya tampak lebih kemas dan teratur.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik
- Warna: Lutsinar
- Negara pengeluar: China
Kelebihan:
✅ Pelbagai saiz
✅ Kualiti akrilik yang baik
Harga: RM11.00 – RM34.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. BINGO 16 Slot Lipstick Organizer

Jika anda mencari organizer khusus untuk menyusun lipstik anda, BINGO 16 Slot Lipstick Organizer ini terbaik untuk anda. Organizer ini dilengkapi dengan ruang penyimpanan besar yang memuatkan semua jenis lipstik. Selain itu, ia juga didatangkan dengan reka bentuk yang unik dan kukuh sekaligus melengkapkan ruang dengan konsep minimalis yang membuatkan ruang anda kelihatan elegan dan kemas.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik ABS
- Warna: Lutsinar
- Negara pengeluar: Malaysia
Kelebihan:
✅ Material berkualiti tinggi
✅ Tahan lasak
✅ Kapasiti besar
Harga: RM9.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. 3 Tier Cosmetic Organizer

Jika anda sedang mencari organizer dengan ruang penyimpanan yang terasing, organizer ini merupakan pilihan yang terbaik untuk anda. Organizer ini dilengkapi dengan 2 ruang penyimpanan besar di bahagian bawah, 6 ruang penyimpanan kecil di bahagian tengah, dan 12 + 1 ruangan penyimpanan menegak di bahagian atas. Hal ini membolehkan anda menyusun barangan kosmetik anda yang banyak dengan teratur. Organizer ini juga didatangkan dalam bentuk yang ideal untuk diletakkan di atas meja solek anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Acrylic
- Warna: Lutsinar
- Negara pengeluar: Malaysia
Kelebihan:
✅ Pelbagai ruang penyimpanan
✅ Kapasiti besar
Harga: RM45.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Creative LED & Fan Cosmetic Storage Box

Jika anda mencari Organizer kosmetik yang mempunyai pelbagai fungsi, maka Creative LED & Fan Cosmetic Storage Box ini sesuai untuk anda! Selain berfungsi sebagai Organizer kosmetik, ia turut menampilkan cermin lampu LED yang boleh diputar serta kipas di bahagian belakang. Bukan itu sahaja, terdapat juga ruang simpanan tambahan di belakang cermin. Walaupun ia agak mahal, tetapi kualiti yang ditawarkan pasti memuaskan hati anda!
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik
- Warna: Putih, merah jambu, hijau
- Negara pengeluar: Malaysia
Kelebihan:
✅ Serbaguna
✅ Kapasiti besar
✅ Penarafan tinggi oleh pembeli
✅ Dilengkapi kipas untuk mengelakkan berpeluh
Harga: RM125.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.