8 Pad Tetikus Terbaik di Malaysia 2025

Kebanyakan kita sering terlepas pandang dengan penggunaan pad tetikus semasa menggunakan PC atau komputer riba. Adakah anda tahu bahawa penggunaan pad tetikus banyak faedahnya? Penggunaan pas tetikus bukan sahaja dapat meningkatkan ketepatan pada kursor tetikus anda, malah ia juga dapat memberikan keselesaan pada tangan anda.  

Pad tetikus didatangkan dalam pelbagai saiz dan warna yang boleh dipilih berdasarkan pilihan dan keperluan peribadi anda. Pad tetikus yang baik tidak akan mudah koyak dan boleh digunakan untuk jangka masa yang lama. Berikut adalah 8 pad tetikus terbaik di Malaysia. 

3 Sebab Mengapa Anda Perlu Menggunakan Pad Tetikus: 

Walaupun pad tetikus jarang digunakan, namun masih terdapat banyak sebab mengapa anda perlu mula menggunakan pad tetikus. Antara sebabnya adalah seperti berikut:

1. Melindungi meja anda: 

Penggunaan pad tetikus dapat melindungi meja anda daripada sebarang hakisan dan calar. Hal ini kerana, penggunaan tetikus yang kerap tanpa menggunakan pad akan mewujudkan geseran pada meja sehingga boleh menyebabkan meja terhakis sekali gus menurunkan kualiti meja.  

2. Selesa: 

Kebanyakan pad tetikus didatangkan dengan tempat sokongan pergelangan tangan bagi menjamin keselesaan tangan anda sewaktu menggunakan tetikus. 

3. Pastikan tetikus anda bersih: 

Menggunakan tetikus di atas permukaan yang kasar seperti meja bukan sahaja akan merosakkan meja malah ia juga boleh menghakis getah tetikus anda serta terdedah kepada kotoran. Hal ini sekali gus akan merendahkan ketepatan tetikus anda. Oleh itu, penggunaan pad tetikus amat digalakkan untuk memastikan tetikus anda bersih. 

8 Pad Tetikus Terbaik di Malaysia 2023

1. Leather Mousepad

Leather Mousepad
Kredit gambar: Shopee

Pad tetikus ini diperbuat daripada kulit berkualiti tinggi yang bukan sahaja tahan lama, tetapi juga kalis air. Ia didatangkan dalam saiz sederhana yang boleh diletakkan di atas meja anda dengan sempurna. Hal ini sekali gus membolehkan tetikus anda bergerak dengan lancar. Pad ini dipasarkan dalam pelbagai warna menarik untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kulit 
  • Saiz: 21 cm x 23 cm 
  • Berat: Tidak dinyatakan
  • Negara Pengeluar: Malaysia 
  • Warna: Biru Langit, Merah, Hitam, Kelabu, Biru Laut, Merah Jambu, Hijau Tua, Coklat, Hitam, Ungu, Perak

Kelebihan:

Berkualiti tinggi, binaan tahan lasak
Kalis air
Tebal (2 cm)

Harga: RM4.80

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Big Size Gaming World Map Keyboard Mouse Pad

Big Size Gaming World Map Keyboard Mouse Pad
Kredit gambar: Shopee

Pad tetikus ini didatangkan dalam saiz besar yang boleh memuatkan papan kekunci dan tetikus anda dengan baik. Ia mempunyai reka bentuk peta dunia yang bergaya dan unik serta selesa untuk digunakan. Bukan itu sahaja, pad ini juga diperbuat daripada getah yang menjadikannya antigelincir. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Getah, Fabrik
  • Saiz: 70 cm x 30 cm, 80 cm x 40 cm
  • Negara Pengeluar: Malaysia 

Kelebihan:

Reka bentuk unik
Berkualiti tinggi
Antigelincir

Harga: RM4.30 (70 x 30 cm) | RM7.80 (80 x 40 cm)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Large Leather Mouse Pad

Large Leather Mouse Pad
Kredit gambar: AliExpress

Jika anda sedang mencari pad tetikus dengan pelbagai fungsi, maka pad tetikus ini pilihan terbaik untuk anda. Pad ini bukan sahaja boleh digunakan sebagai pad tetikus, malah ia juga boleh digunakan sebagai alas meja. Pad ini didatangkan dalam pelbagai saiz dan warna yang boleh anda pilih berdasarkan cita rasa anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kulit PU 
  • Saiz: 60 cm x 30 cm, 70 cm x 35 cm, 80 cm x 40 cm, 90 cm x 45 cm 
  • Negara Pengeluar: China 
  • Warna: Mocha Green, Kelabu, Hijau Pekat, Hitam, Biru Langit, Merah Jambu, Coklat, Ungu, Navy 

Kelebihan:

Kalis air
Anti calar
Meliputi kawasan yang luas
Boleh digunakan sebagai alas meja

Harga: RM4.80 to RM19.90 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. LEAVEN RGB Lighting Gaming Mouse Pad

LEAVEN RGB Lighting Gaming Mouse Pad
Kredit gambar: Shopee

Pad tetikus ini tidak seperti pad tetikus biasa kerana ia mempunyai pencahayaan RGB yang membolehkan anda melakukan kerja dalam gelap. Bagi cara penggunaannya pula, anda hanya perlu menyambungkan usb ke dalam slot. Selain itu, ia juga mempunyai pad getah pada bahagian bawah untuk mengelakkannya daripada tergelincir. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Getah, Fabrik
  • Saiz: 30 cm x 35 cm (kecil), 80 cm x 30 cm (besar), 90 cm x 40 cm (ekstra besar) 
  • Negara Pengeluar: Malaysia 

Kelebihan:

Mempunyai lampu
Reka bentuk unik
Pad antigelincir
Kalis air
Mudah untuk digunakan

Harga: RM14.80 to RM29.80 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. ANTI SKID Wrist Rest Support Ergonomic Mouse Pad

ANTI SKID Wrist Rest Support Ergonomic Mouse Pad
Kredit gambar: Shopee

Pernahkah anda berasa lenguh atau tidak selesa sewaktu menggunakan tetikus ekoran pergelangan anda tidak mempunyai tempat sokongan? Cubalah pad tetikus ergonomik ini. Pad ini dilengkapi dengan ‘padding’ tebal bagi membolehkan anda meletakkan pergelangan tangan anda dengan selesa semasa menggunakan tetikus. Ia juga didatangkan dalam pelbagai warna untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: EVA 
  • Saiz: 23 sm x 18 sm x 1.7 sm  
  • Negara Pengeluar: Malaysia 
  • Warna: Hitam, Hijau, Ungu, Kelabu, Biru, Biru Langit, Merah Jambu, Merah, Jingga 

Kelebihan:

Reka bentuk ergonomik
Sokongan pergelangan tangan
Pelapik tebal
Selesa
Pad tidak licin

Harga: RM5.80 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. MYRON Home Office Keyboard

MYRON Home Office Keyboard
Kredit gambar: Shopee

MYRON Home Office Keyboard Pad ini menawarkan 2 item iaitu pad papan kekunci dan pad tetikus dalam satu pembelian. Pad ini diperbuat daripada ‘memory foam’ bagi memberikan keselesaan yang maksimum sewaktu anda menaip dan menggunakan tetikus. Ia didatangkan dalam 2 reka bentuk serta 5 warna yang boleh anda pilih berdasarkan cita rasa anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Memory Foam 
  • Saiz: 24 cm x 20 cm x 2 cm (pad tetikus), 37 cm x 8 cm x 2 cm (pad papan kekunci) 
  • Negara Pengeluar: China 
  • Warna: Hitam, Coklat, Merah Jambu, Kelabu, Putih

Kelebihan:

Berkualiti tinggi
Kalis air
Tahan lama
Reka bentuk yang unik

Harga: RM40.18 (mouse pad) | RM41.20 (keyboard pad) 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Round Mouse Pad

Round Mouse Pad
Kredit gambar: Shopee

Tidak seperti kebanyakan pad tetikus, pad ini didatangkan dalam bentuk bulat! Pad ini sesuai untuk anda yang menggemari gaya ringkas dan minimalis. Selain itu, pad ini diperbuat daripada kulit PU yang menjadikannya tahan lasak, kalis air dan antigelincir. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Kulit PU 
  • Saiz: 25 cm x 25 cm 
  • Negara Pengeluar: Malaysia 
  • Warna: Kelabu, Biru Laut, Hitam, Cyan, Hijau Mocha, Biru, Merah Jambu, Biru Langit, Coklat

Kelebihan:

Reka bentuk unik
Kalis air
Anti calar
Tahan lama

Harga: RM6.50 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Square Game Computer Mouse

Square Game Computer Mouse
Kredit gambar: Shopee

Jika anda sedang mencari pad tetikus bersaiz besar dengan sokongan pergelangan tangan, maka pad ini pilihan terbaik untuk anda. Pad tetikus ini dilengkapi dengan span tebal pada bahagian sokongan pergelangan tangan bagi memberikan keselesaan semasa anda menggunakan tetikus. Ia juga diperbuat daripada bahan EVA berkualiti tinggi yang menjadikannya kalis air dan tahan lama. 

Spesifikasi:

  • Bahan: EVA 
  • Saiz: 21 cm x 23 cm x 2 cm 
  • Negara Pengeluar: China 
  • Warna: Oren, Hitam, Biru, Hijau, Merah, Biru Langit, Ungu 

Kelebihan:

Kualiti tinggi
Kusyen tebal
Reka bentuk antigelincir

Harga: RM5.29 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close