10 Pakar Kabinet Dapur Terbaik di Malaysia 2023

Walaupun kabinet dua tona mungkin bukan pilihan yang sering dipilih, namun ia boleh menambah kedalaman, ilusi dan variasi halus pada dapur anda. Perkakasan kabinet dapur yang unik akan memainkan peranan penting dalam memperibadikan dapur anda. Ia bukan sahaja boleh menjadikan ruang anda unik, tetapi ia juga boleh menguatkan gaya reka bentuk yang anda inginkan. Jika anda fikir dapur mempunyai warna ungu berani, apa kata anda sediakan skema warna yang lebih berani daripada itu jika anda inginkannya.

Kuning terang, oren dan merah menjadi semakin popular apabila pemilik rumah berusaha untuk menambahkan percikan warna pada dapur mereka. Sebaliknya, rupa kabinet yang hangat dan kedesaan yang menekankan butiran kayu berupaya mewujudkan suasana yang menarik. Bahan campuran menjadi semakin popular dalam segala-galanya, yakni daripada tangga sehinggalah kepada kabinet dapur. Lihat 10 pakar kabinet dapur terbaik ini di Malaysia pada tahun 2023.

Apakah Gaya Kabinet Popular yang Boleh Dipertimbangkan?

  1. Kabinet Glass-Front

Ia boleh  digunakan untuk memaparkan koleksi hidangan, gelas atau barang hiasan yang cantik. Anda akan mendapat butiran bergaya yang anda suka sambil menyembunyikan barangan harian anda dengan selamat di sebalik pintu yang kukuh.

  1. Kabinet Pintu Slab

Kabinet panel rata lebih mudah dijaga dan dibersihkan berbanding dengan gaya kabinet lain. Selain itu, ia tidak mempunyai celahan atau butiran yang berupaya untuk menarik habuk atau gris semasa anda memasak.

  1. Kabinet Pintu Tradisional

Kabinet tradisional boleh menjadi pilihan yang bagus jika anda menyukai estetika yang lebih formal dan berharap dapat memasukkan butiran berinspirasikan perabot seperti kaki hiasan dan corbel ke dalam ruang anda.

10 Pakar Kabinet Dapur Terbaik di Malaysia 2023

Advertise With My Weekend Plan

1. View In Cabinet Sdn Bhd

View-In-Cabinet-Sdn-Bhd
Kredit Gambar: View In Cabinet Design Sdn Bhd
View-In-Cabinet-Sdn-Bhd-
Kredit Gambar: View In Cabinet Design Sdn Bhd

View In Cabinet Design Sdn Bhd mengkhusus dalam kabinet dapur, reka bentuk almari pakaian, kabinet terbina dalam dan reka bentuk dalaman. Pejabat utama mereka terletak di Kuala Lumpur (KL), Malaysia. Mereka menyediakan pelbagai perkhidmatan pembinaan pada harga yang kompetitif, termasuk pengubahsuaian, penambahan, dan reka bentuk kabinet terbina dalam yang inovatif.

Mereka berbangga dalam menyediakan idea dan produk reka bentuk dapur yang luar biasa untuk dapur idaman anda. View In Cabinet Design Sdn Bhd merupakan salah satu pembekal kabinet dapur kos rendah di Malaysia.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 6:00 petang (Setiap hari)

AlamatNo 12, 14, Jalan 9/155, Bukit Jalil Light Integrated Business Park, 58200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/vicabinet/ 

Instagram: https://www.instagram.com/viewincabinetsdnbhd/?hl=en 

semak laman web di sini

2. AZR Kitchen Cabinet Sdn. Bhd.

AZR-Kitchen-Cabinet-Sdn.-Bhd.-
Kredit Gambar: AZR Kitchen Cabinet & Wardrobe
AZR-Kitchen-Cabinet-Sdn.-Bhd.-
Kredit Gambar: AZR Kitchen Cabinet & Wardrobe

AZR Kitchen Cabinet Sdn. Bhd. adalah firma reka bentuk dalaman yang berperkhidmatan penuh dan kilang kabinet. Tugas mereka adalah untuk mengubah ruang biasa menjadi sesuatu yang luar biasa dengan nilai estetikanya. Mereka menyediakan harga kabinet kos rendah untuk pelbagai bahan dan pilihan reka bentuk. Mereka pakar dalam pembuatan kabinet dapur, almari pakaian dan kabinet terbina dalam yang dibuat khas.

Perkhidmatan mereka sesuai untuk tetapan kediaman, komersil dan bilik pameran. Reka bentuk mereka sesuai dengan trend semasa. Mereka menawarkan nasihat reka bentuk kabinet dapur, sebut harga, dan juga lawatan tapak secara percuma untuk mengukur ruang kabinet anda.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 6:00 petang (Selasa – Ahad)

Alamat7, Jalan Raja Lumu 35/132, Jalan Bukit Kemuning, Seksyen 35, 40470 Shah Alam, Selangor 

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/AZRKitchenSdnBhd/ 

Instagram: https://www.instagram.com/kabinet.dapur.wardrobe/?hl=en 

semak laman web di sini

3. Sephora Kitchen

Sephora-Kitchen
Kredit Gambar: Sephora Kitchen
AZR-Kitchen-Cabinet-Sdn.-Bhd.--
Kredit Gambar: Sephora Kitchen

Kecintaan kepada reka bentuk dapur yang cantik dan berfungsi mendorong Sephora Kitchen untuk mendirikan syarikat ini. Dari konsep hingga siap, mereka akan mereka bentuk dapur berfungsi dengan estetika yang menarik, kefungsian yang cekap, bahan canggih, ruang yang mencukupi, dan, yang paling penting, niat untuk menjadikan rumah anda sebagai rumah yang selesa. Mereka sentiasa bersedia untuk memberikan reka bentuk yang sangat baik kepada pelanggan mereka.

Dapur buatan tangan mereka mempunyai seni bina yang berbeza, serta nilai estetika bersahaja yang dipengaruhi oleh reka bentuk kontemporari dan nilai keluarga. Keghairahan mereka adalah untuk menyediakan dapur yang berkualiti tinggi dan berfungsi dengan perkhidmatan peribadi yang luar biasa. Dapur custom mereka mempunyai rupa seni bina yang diilhamkan oleh gaya moden dan nilai kekeluargaan.

Waktu Operasi: 
10:00 pagi – 7:00 petang (Isnin – Jumaat)
10:00 pagi – 6:00 petang (Sabtu)
1:00 petang – 5:00 petang (Ahad)

Alamat1-22, Gardens Ville, Sungai Ara, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/sephorakitchen/ 

Instagram: https://www.instagram.com/sephora_kitchen_concept/?hl=en 

semak laman web di sini

4. Homa Kitchen – Uptown Damansara Showroom 

Homa-Kitchen-Uptown-Damansara-Showroom-
Kredit Gambar: HOMA Kitchen
Homa-Kitchen-Uptown-Damansara-Showroom-
Kredit Gambar: HOMA Kitchen

Turnkey Solutions (Design and Build) adalah antara perkhidmatan yang disediakan oleh Homa Kitchen. Selain itu, mereka juga menyediakan perkhidmatan reka bentuk dalaman, perancangan ruang, visualisasi 3D, pentadbiran kontrak, penyeliaan dan pengurusan projek. Bergantung pada permintaan pelanggan, mereka menawarkan reka bentuk 2D dan 3D secara percuma untuk pengubahsuaian kecil. Temui dapur dan pilihan yang hebat, sama ada modern, urban, mewah, keluarga, Nordic, desa, atau Tiny House untuk penuhi gaya anda.

Benarkan mereka memberi inspirasi kepada anda dan mengetahui lebih lanjut tentang perabot dapur mereka yang unik. Apabila mereka bentuk dapur, mereka akan mempertimbangkan persekitaran di mana ia akan diletak, dan memberi perhatian kepada butiran kecil supaya ia selaras dengan penggunaannya dalam kehidupan anda.

Waktu Operasi: 
10:00 pagi – 7:00 petang (Isnin – Jumaat)
10:00 pagi – 6:00 petang (Sabtu – Ahad)

AlamatNo.22, Jalan SS21/1, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/HOMAKITCHEN/ 

Instagram: https://www.instagram.com/myhomakitchen/ 

semak laman web di sini

5. Intech Kitchen Sdn Bhd

Intech-Kitchen-Sdn-Bhd--
Kredit Gambar: Intech Kitchen Sdn Bhd
Intech-Kitchen-Sdn-Bhd
Kredit Gambar: Intech Kitchen Sdn Bhd

Intech Kitchen Sdn Bhd merupakan perniagaan yang dikendalikan oleh keluarga yang mengkhusus dalam mencipta, mengeluarkan serta memasang kabinet dapur dan almari pakaian yang berkualiti tinggi. Reputasi mereka sebagai salah satu pengeluar kabinet Malaysia mendahului mereka, berkat ketukangan yang sempurna selama bertahun-tahun dan kemasan yang teliti.

Bahan yang mereka gunakan adalah pelbagai, tahan lama, mudah diselenggara dan berkualiti tinggi. Selain itu, mereka secara konsistennya menghasilkan sistem yang menarik secara visual dan sangat berfungsi. Mereka mempunyai pintu kayu Nyatoh pepejal, permukaan melamin atau kaca, dan segala-galanya untuk keperluan anda. Bahan untuk ‘tabletop’ datang dalam pelbagai gaya, iaitu daripada kayu klasik sehinggalah kepada kuarza eksotik.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 5:00 petang (Setiap hari)

Alamat47-47A, Jalan Mega 1a, Taman Industri Mega, 43500 Semenyih, Selangor 

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/IntechKitchenSdnBhd 

Instagram: https://www.instagram.com/intechkitchen_cabinet/?hl=en 

semak laman web di sini

6. M&J Kitchen Plaza Arkadia

MJ-Kitchen-Plaza-Arkadia--
Kredit Gambar: M&J Kitchen
MJ-Kitchen-Plaza-Arkadia-
Kredit Gambar: M&J Kitchen

M&J Kitchen memfokus pada elemen reka bentuk yang inovatif, trend popular dan reka bentuk kabinet stensil untuk memberikan rumah anda personaliti yang moden, ringkas dan bergaya. Mereka telah bekerja dalam industri ini untuk seketika dan terus memberikan yang terbaik dan terkini untuk anda. Selain itu, mereka juga miliki pasukan kakitangan teknikal yang berkemahiran tinggi dan berkelayakan untuk memenuhi keperluan anda.

Untuk menjamin kerja berstandard tinggi, projek mereka mesti disiapkan dengan cepat, berkesan dan cekap. Mereka menitikberatkan akan keperluan, gaya dan belanjawan perumahan pelanggan mereka yang sentiasa berubah. Mereka juga berorientasikan pelanggan dan berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang cemerlang kepada anda.

Waktu Operasi: 9:30 pagi – 6:30 petang (Setiap hari)

AlamatB-2-13A, Plaza Arkadia , 3, Jalan Intisari Perdana, Desa Parkcity, 52200 Kuala Lumpur 

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/mnjkitchencabinet/ 

Instagram: https://www.instagram.com/mnj_kitchenmalaysia 

semak laman web di sini

7. Bleno Kitchen Balakong

Bleno-Kitchen-
Kredit Gambar: BLENO Kitchen – Pakar Kabinet Dapur Aluminium
Bleno-Kitchen-Balakong
Kredit Gambar: BLENO Kitchen – Pakar Kabinet Dapur Aluminium

Jaminan kualiti dan kepuasan pelanggan adalah keutamaan di Bleno Kitchen. Dengan pemilihan bahan secara teliti, mereka menggunakan teknik pembuatan yang berkesan, mengupah pemasang yang berkelayakan, dan menawarkan sokongan pelanggan yang berpengetahuan bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama yang boleh dipercayai.

Pasukan pakar kabinet dapur aluminium Bleno mempunyai asas teknikal yang kukuh dan pemahaman yang mendalaman tentang kabinet. Dengan pengalaman bertahun-tahun dalam pemasangan kabinet, kakitangan teknikal mereka berpengetahuan dan mahir mengendalikan sebarang kerja. Mereka percaya satu-satunya cara untuk terus mendahului arah aliran pasaran yang berubah dengan pantas adalah dengan menyediakan produk dan perkhidmatan termaju yang memenuhi keperluan pelanggan.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 6:00 petang (Setiap hari)

AlamatNo. 2A, 2, Jalan Perindustrian BJ2T 2, Kawasan Perindustrian Balakong Jaya, 43300 Balakong, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/blenodapuraluminium/ 

Instagram: https://www.instagram.com/bleno_aluminiumkitchen/?hl=en 

semak laman web di sini

8. Oriss Kitchen Sutera 

Oriss-Kitchen-Sutera-
Kredit Gambar: Oriss Kitchen
Oriss-Kitchen-Sutera-
Kredit Gambar: Oriss Kitchen

Daripada tradisional sehinggalah kepada kontemporari, Oriss Kitchen Sutera (Oriss) menawarkan banyak pilihan almari pakaian dan kabinet dapur untuk anda. Untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna pada hari ini, mereka mengikuti arah aliran pasaran yang sentiasa berubah dengan teliti. Oleh sebab itu, mereka mempunyai gabungan gaya, warna dan kemasan terbaik yang direka khas untuk kefungsian, ergonomik dan estetika.

Mereka menggabungkan reka bentuk kabinet dapur dengan gaya yang sempurna dan kualiti yang tertinggi pada harga yang terbaik. Selain itu, mereka mempunyai perkhidmatan yang luar biasa dan ketukangan yang mahir untuk menangani keperluan dan jangkaan pelanggan mereka bagi mencipta dapur dan almari pakaian impian yang menepati cita rasa pelanggan. 

Waktu Operasi: 9:30 pagi – 5:30 petang (Setiap hari)

Alamat39B, Jalan Sutera Tanjung 8/2, Taman Sutera Utama, 81300 Skudai, Johor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/oriss.com.my/?locale=ms_MY 

Instagram: https://www.instagram.com/oriss_kitchen/ 

semak laman web di sini

9. MKA Cabinet Concept Sdn Bhd 

MKA-Cabinet-Concept-Sdn-Bhd-
Kredit Gambar: MKA Cabinet Concept
MKA-Cabinet-Concept-Sdn-Bhd--
Kredit Gambar: MKA Cabinet Concept

MKA Cabinet & Design diasaskan pada 2016. Syarikat ini mengkhusus dalam menghasilkan kabinet dan almari pakaian berasaskan kayu. Mereka berbangga dalam menyediakan kabinet custom berkualiti tinggi yang dibina untuk bertahan lama. Mereka pakar dalam pelbagai jenis kabinet, termasuklah kabinet dapur, kabinet bilik mandi, almari dan banyak lagi. Mereka akan berkerjasama dengan anda melalui keseluruhan proses reka bentuk, yakni daripada awal sehinggalah kepada pemasangan pada setiap peringkat.

Sejak permulaan mereka yang sederhana, mereka berbangga dengan profesionalisme mereka, ketukangan tulen, dan perhatian terhadap perincian. Mereka telah memperoleh reputasi yang baik dalam kalangan pelanggan mereka. Ini kerana mereka mempunyai pasukan pereka, tukang dan pemasang berbakat yang telah menumpukan hidup mereka untuk mencipta produk yang berkualiti dan berfungsi yang tiada tandingannya untuk anda.

Waktu Operasi: 
10:30 pagi – 7:00 petang (Isnin – Sabtu)
10:30 pagi – 5:30 petang (Ahad)

Alamat37, Jalan Puteri 4/6, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/mkacabinet/ 

semak laman web di sini

10. Avenue Kitchen Cabinet (Avenue Design Holding Sdn Bhd) – PJ Showroom 

Avenue-Kitchen-Cabinet-Avenue-Design-Holding-Sdn-Bhd-PJ-Showroom--
Kredit Gambar: Avenue Design Holding S/B
Avenue-Kitchen-Cabinet-Avenue-Design-Holding-Sdn-Bhd-PJ-Showroom-
Kredit Gambar: Avenue Design Holding S/B

Avenue Kitchen Cabinet merupakan kedai sehenti anda untuk kabinet dapur dan pengubahsuaian rumah. Mereka juga menawarkan kabinet dapur aluminium, kabinet TV, pengubahsuaian rumah, langsir, kertas dinding, siling plaster dan perkhidmatan pendawaian. Pakar mereka akan bekerjasama dengan pelanggan. Mereka akan mendengar dan memahami keperluan mereka untuk menyediakan perkhidmatan perundingan terbaik bagi membimbing pelanggan dalam memilih warna dan reka bentuk paling sesuai untuk rumah idaman mereka.

 Avenue Kitchen Cabinet berusaha untuk menyediakan penyelesaian secara menyeluruh dan produk berkualiti tinggi untuk memenuhi keperluan pelanggannya dengan memanfaatkan kepakarannya dalam industri hiasan rumah. Kabinet dan perabot dapur daripada Avenue Kitchen Cabinet telah menjalani pemeriksaan dan ujian kawalan kualiti yang ketat bagi memastikan ia selamat dan berkualiti tinggi.

Waktu Operasi: 11:00 pagi – 9:00 petang (Setiap hari)

AlamatLDP Furniture Mall, Lot 9, Unit 3A, Jalan SS 8/1, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/avenuedesignholding/ 

semak laman web di sini

Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda【Di Sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close