Kredit gambar: Shopee
Terdapat pelbagai jenis sos yang didatangkan di dalam botol bagi memudahkannya dibawa ke mana sahaja. Walau bagaimanapun, ia agak menjengkelkan dan sukar untuk menuangkan sos kerana sos akan tersekat atau sukar untuk dikeluarkan daripada botol terutamanya apabila ia sudah tinggal sedikit.
Adakah anda mengalami masalah yang sama seperti di atas? Mungkin sudah tiba masanya untuk anda mempertimbangkan pam sos. Pam sos merupakan perkakas yang digunakan untuk memudahkan pengambilan sos tanpa perlu menuangnya. Berikut adalah 8 pam sos terbaik di Malaysia 2023.
3 Faedah Penggunaan Pam Sos:
1. Penjimatan Masa:
Pam sos boleh menjimatkan tenaga dan masa anda. Hal ini kerana, ia boleh mengalirkan sos dengan mudah dan cepat dengan hanya menekan bahagian atas pam sahaja.
2. Mudah alih:
Pam sos boleh dibawa ke mana sahaja ekoran saiznya yang ringan serta boleh dipadankan dengan kebanyakan botol sos. Anda boleh menggunakannya semasa melancong, berkhemah dan berkelah.
3. Boleh diguna semula
Pam sos boleh dibasuh dan tidak mudah pecah. Anda boleh mencucinya dengan mudah dan menyimpannya untuk kegunaan akan datang ekoran ia boleh diguna semula dan mesra alam.
8 Pam Sos Terbaik di Malaysia 2023
1. MONSTER Pressure Pump Head

Pam ini diperbuat daripada polipropilena yang menjadikannya tahan lama dan fleksibel. Ia boleh digunakan pada semua jenis botol sos cili mahupun tomato. Selain itu, ia juga didatangkan dengan reka bentuk yang ringkas sekali gus memudahkannya dipasang dan dikendalikan. Bukan itu sahaja, pam ini juga sesuai untuk seisi keluarga.
Spesifikasi:
- Bahan: Polipropilena
- Warna: Hitam, Putih
- Saiz: 36.5 cm x 26.5 cm
Kelebihan:
✅ Boleh digunakan pada semua jenis botol sos
✅ Penyedut boleh dipotong
✅ Kemasan yang ketat tanpa kebocoran
✅ Mudah untuk dipasang dan dikendalikan
✅ Sesuai untuk seisi keluarga
Harga: *RM1.85 – RM37.33
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. {BC} Bottle Sauce Pump Head

Pam sos ini mempunyai tiub penyedut yang boleh dipotong berdasarkan ketinggian botol bagi memudahkan sos dikeluarkan. Tambahan pula, ia didatangkan dengan reka bentuk ‘snap-on’ yang dilengkapi dengan ciri penutup kedap udara bagi mengelakkan sebarang kebocoran dan berlaku tumpahan. Ia juga boleh digunakan pada botol sos Tiram (770 g), botol sos Maggi, Life, Lee Kum Kee, Heinz dan banyak lagi.
Spesifikasi:
- Bahan: Polipropilena
- Warna: Hitam, Putih
- Saiz:
- Kecil: Diameter 2.8 cm
- Besar: Diameter 3.4 cm
- Tiub Penyedut: 23.5 cm (boleh dipotong)
- Pakej: 1 x Pam, 2 x Tiub Penyedut
Kelebihan:
✅ Boleh dibasuh
✅ Boleh diguna semula, selamat dan sihat
✅ Tiub penyedut boleh dipotong
✅ Tidak toksik dan tidak berbau (boleh diguna semula)
✅ Reka bentuk ‘snap-on’
✅ Penutup ketat (tiada kebocoran)
✅ Mudah untuk dipasang dan dikendalikan
✅ Sesuai untuk pelbagai jenis botol
✅ ‘Moisture sealing’
Harga: *RM1.52 – RM2.97
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Mario [1Pcs] Oyster Sauce Pump Head

Pam ini didatangkan dengan tiub penyedut yang boleh dipotong mengikut saiz botol. Ia diperbuat daripada bahan yang tidak mengandungi toksik sekali gus menjadikannya mesra alam dan boleh diguna semula. Selain itu, pam ini juga mempunyai reka bentuk yang kukuh dan tidak mudah jatuh.
Spesifikasi:
- Bahan: Polipropilena
- Warna: Hijau, Kelabu, Merah
- Negara Pengeluar: China
- Saiz: 29 mm – 34 mm (maksimum)
- Jaminan: 1 bulan
Kelebihan:
✅ Kukuh dan tahan lama
✅ Tiub penyedut boleh dilaras dan dipotong
✅ Mesra alam
✅ Sesuai untuk semua jenis botol sos
Harga: *RM9.90 – RM26.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. MONIN Sauce Pump

MONIN Sauce Pump ini hanya boleh digunakan pada produk keluaran MONIN sahaja. Ia didatangkan dengan reka bentuk ergonomik, di mana tiub penyedutnya boleh dilaraskan tanpa perlu dipotong. Selain itu, ia juga dapat mengalirkan sos dengan lancar serta boleh digunakan dalam jangka masa yang lama.
Spesifikasi:
- Bahan: Polipropilena (PP), Polietilena (PE), Keluli tahan karat
- Warna: Hitam & Putih
- Negara Pengeluar: China
- Berat: 62.5 g (+/- 1)
- Saiz: 15 ml
Kelebihan & Keburukan:
✅ Ringan dan tahan lama
✅ Sesuai dengan produk MONIN
✅ Mesra alam dan praktikal
✅ Tidak mudah pecah
❌ Hanya boleh digunakan untuk produk MONIN sahaja
Harga: *17.00 – RM30.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Thevatipoem Dispenser Head Bottle Pump

Thevatipoem Dispenser Head Bottle Pump ini boleh digunakan pada semua jenis botol sos. Pam sos ini mempunyai permukaan yang licin dan selesa apabila ditekan. Selain itu, ia diperbuat daripada polipropilena dan polietilena yang menjadikannya tahan lama, tahan lasak, anti bau dan ringan. Hal ini sekali gus membolehkannya dibawa ke mana sahaja.
Spesifikasi:
- Bahan: Polipropilena, Polietilena
- Warna: Perak, Emas, Putih
- Saiz: 22.5 cm – 23.5 cm
- Pakej: 1x pam botol
Kelebihan:
✅ Ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja
✅ Mudah alih
✅ Mempunyai tiub penyedut yang panjang
✅ Sesuai untuk semua jenis botol sos
Harga: *RM 9.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Stainless Steel Oil Bottle Sauce Pump

Pam sos ini didatangkan dengan penutup jenis ‘snap’ yang mempunyai pelbagai fungsi serta mudah untuk dikendalikan. Pam ini juga diperbuat daripada polipropilena dan keluli yang menjadikannya tahan karat dan tahan lama. Selain itu, ia juga didatangkan dalam 2 warna asas iaitu putih dan hitam yang boleh anda pilih berdasarkan cita rasa anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Polipropilena + Keluli tahan karat
- Warna: Hitam, Putih
- Saiz: 22 cm/ 8.66 inci
- Pakej: 1 X Pam Sos Keluli Tahan Karat
Kelebihan:
✅ Ringan dan mudah alih
✅ Boleh dibasuh dan boleh digunakan semula
✅ Tahan lasak
✅ Tebal dan tahan karat
✅ Mudah untuk dikendalikan
✅ Sesuai untuk semua jenis botol sos
✅ Mengandungi ‘moisture seal’
Harga: *RM5.91 – RM5.23
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Davinci Gourmet Pump for Sauce 30ml

Davinci Gourmet Pump for Sauce 30 ml ini sering digunakan di restoran dan kafe ekoran reka bentuknya yang ringkas dan tahan lasak. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan skala pengukuran pada bahagian penyedut bagi memudahkan anda melihat isi padu sos. Pam ini hanya dipasarkan dalam 1 warna sahaja.
Spesifikasi:
- Bahan: Polipropilena
- Warna: Hitam
- Saiz: 30 ml
- Berat: 30 g
- Pakej: 1 x Davinci Gourmet Pump (botol tidak disertakan)
Kelebihan:
✅ Mempunyai skala pengukuran
✅ Mudah alih serta mudah untuk digunakan
✅ Boleh di ‘twist’ dengan mudah
Harga: *RM19 – RM22
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Little Penguin Oyster Sauce Strong Sealing Pump Head

Pam sos ini didatangkan dengan tiub penyedut yang boleh dipotong dan ditanggalkan mengikut kehendak anda. Ia juga diperbuat daripada polipropilena yang menjadikannya tahan lasak serta mudah untuk dibersihkan. Bukan itu sahaja, pam ini juga dilengkapi dengan penutup kedap udara bagi mengelakkan sebarang tumpahan. Ia juga mempunyai reka bentuk yang ringan sekali gus memudahkannya untuk dibawa ke mana sahaja.
Spesifikasi:
- Bahan: Polipropilena
- Warna: Hitam, Putih, Jingga
- Saiz:
- (Kecil): 2.4 cm – 2.7 cm (Anggaran)
- (Besar): 2.8 cm – 3.2 cm ( Anggaran)
- Pakej: 1 x Pam sos, 2 x tiub penyedut
Kelebihan:
✅ Bentuk Penguin
✅ ‘Accurate portion’
✅ Tiub penyedut boleh dipotong dan boleh ditanggalkan
✅ Menjimatkan tenaga dan masa
✅ Boleh diguna semula dan praktikal
✅ Mesra alam
✅ Mudah dibawa ke mana sahaja
✅ Selamat untuk digunakan
✅ Sesuai untuk sos tiram
Harga: *RM7.76
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.