Kini kebanyakan pengguna memilih untuk menggunakan iPad berbanding komputer riba. Hal ini kerana iPad bukan sahaja didatangkan dengan reka bentuk mudah alih malah ia juga dilengkapi dengan pelbagai spesifikasi yang setanding dengan komputer riba. Bukan itu sahaja, iPad juga dilengkapi dengan RAM yang berkuasa tinggi dan mampu menyelesaikan pelbagai tugasan tanpa sebarang ‘lagging’. iPad juga kini didatangkan dengan pelbagai kelengkapan seperti tetikus dan papan kekunci bagi memudahkan anda menulis dan menaip. Berikut adalah 9 papan kekunci iPad terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia.
Bagaimana hendak memilih papan kekunci iPad yang sesuai?
Terdapat pelbagai pilihan papan kekunci iPad yang boleh didapati di kedai fizikal dan dalam talian sehingga membuatkan anda keliru untuk membuat pilihan? Jangan bimbang, dengan mengetahui belanjawan, fungsi dan reka bentuk papan kekunci boleh membantu anda dalam mencari papan kekunci iPad yang terbaik.
1. Belanjawan
Papan kekunci iPad yang berjenama biasanya dijual pada harga yang lebih tinggi berbanding dengan yang tidak berjenama. Oleh itu, anda disarankan untuk merancang perbelanjaan anda sebelum melakukan pembelian untuk mengelakkan pembaziran berlaku.
2. Fungsi
Setiap papan kekunci iPad dilengkapi dengan ciri tetapan dan fungsi yang berbeza. Sebagai contoh, terdapat papan kekunci yang didatangkan bersama ‘trackpad’ dan sambungan USB, namun terdapat juga papan kekunci yang didatangkan tanpa sebarang tetapan tambahan. Jadi anda disyorkan untuk menentukan ciri tetapan yang anda inginkan sebelum membuat pembelian.
3. Reka Bentuk
Papan kekunci iPad boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan warna bagi membolehkan anda memilih papan kekunci mengikut kehendak dan cita rasa anda.
9 Papan Kekunci iPad Terbaik di Malaysia 2023
1. Apple Magic Keyboard

Apple Magic Keyboard ini didatangkan dengan reka bentuk premium, minimalis dan bergaya secara tidak langsung membuatkan iPad anda kelihatan elegan dan kemas. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan ‘trackpad’, sambungan USB dan pemegang iPad yang boleh dilaraskan mengikut keselesaan anda. Papan kekunci ini memberikan anda kualiti penaipan premium yang responsif tanpa sebarang ‘lag’.
Spesifikasi:
- Berat: 601 g
- Sesuai untuk: iPad Pro 11 inci (3rd generation) dan iPad Air (5th generation)
- Tahun keluaran: 2020
Kelebihan:
✅ Papan kekunci (berlampu)
✅ Dilengkapi “trackpad”
✅ Boleh Dilipat
Harga: RM1349
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Logitech Combo Touch

Jika anda sedang mencari papan kunci serba guna untuk iPad anda, maka Logitech Combo Touch ini sesuai untuk anda. Papan kekunci ini didatangkan dalam reka bentuk ‘sleek’ serta dilengkapi dengan 4 mod penggunaan iaitu mod menaip, melakar, membaca dan menonton. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai ‘trackpad’ yang cekap dan responsif tanpa sebarang ‘lag’.
Spesifikasi:
- Berat: 780 g
- Sesuai untuk: iPad Pro 12.9 inci (5th gen), iPad Pro 11 inci (1st, 2nd, 3rd gen), iPad Air (4th & 5th gen)
- Tahun keluaran: 2020
Kelebihan:
✅ Papan kekunci (berlampu)
✅ Dilengkapi “trackpad”
✅ Papan kekunci boleh ditanggal
Harga: RM899
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Logitech Rugged Folio

Papan kekunci ini mempunyai reka bentuk yang kecil, padat dan anggun. Papan kekunci ini didatangkan dengan saiz 30 peratus lebih nipis berbanding papan kekunci iPad standard sekali gus ia dapat memudahkan anda untuk membawanya ke mana sahaja. Ia juga diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi yang menjadikannya tahan lasak dan tahan lama.
Spesifikasi:
- Berat: 590 g
- Sesuai untuk: iPad (7th, 8th and 9th gen)
- Tahun keluaran: 2019
Kelebihan:
✅ Reka bentuk nipis
✅ Kalis habuk
Harga: RM599
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Logitech Folio Touch

Logitech Folio Touch ini mempunyai ciri yang agak sama seperti Logitech Rugged Folio, namun papan kekunci ini dilengkapi dengan ‘trackpad’ dan pencahayaan yang boleh dilaraskan sekali gus ia dapat memudahkan anda untuk menaip dalam keadaan gelap. Papan kekunci ini dipasarkan dengan 1 pilihan warna sahaja.
Spesifikasi:
- Berat: 642 g
- Sesuai untuk: iPad Air (4th and 5th generation)
- Tahun keluaran: 2020
Kelebihan:
✅ Papan kekunci (berlampu)
✅ Dilengkapi “trackpad”
Harga: RM729
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. iClever BK08 Foldable Keyboard

Papan kekunci ini didatangkan dengan reka bentuk unik yang boleh dilipat kepada saiz yang lebih kecil. Secara tidak langsung hal ini membolehkan anda membawanya ke mana sahaja. Selain daripada iPad, ia juga boleh disambungkan kepada komputer riba, telefon pintar dan tablet anda. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai jaminan selama 1 tahun.
Spesifikasi:
- Berat: 300 g
- Sesuai untuk: Semua model iPad, Semua peranti pintar
- Tahun keluaran: 2017
Kelebihan:
✅ Boleh dilipat
✅ Ringan
✅ Dilengkapi “trackpad”
Harga: RM230
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Logitech K380 Multi-Device Bluetooth Keyboard

Selain daripada papan kekunci jenis ‘sleek’, anda juga boleh menggunakan papan kekunci tanpa wayar untuk iPad anda. Logitech K380 Multi-Device Bluetooth Keyboard ini didatangkan dengan saiz kecil, padat dan ringan yang menjadikannya ideal untuk digunakan pada iPad anda. Papan kekunci ini juga dilengkapi dengan reka bentuk ergonomik untuk memberikan keselesaan tambahan ketika anda menaip. Ia juga didatangkan dengan 4 pilihan warna untuk anda pilih.
Spesifikasi:
- Berat: 423 g
- Sesuai untuk: Semua model iPad
- Tahun keluaran: 2015
Kelebihan:
✅ Reka bentuk padat
✅ Ringan
✅ Mampu Mili
Harga: RM149
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Logitech Slim Folio

Logitech Slim Folio ini sesuai untuk anda yang sedang mencari papan kekunci iPad dengan reka bentuk yang kukuh dan ringkas. Papan kekunci ini dilengkapi dengan ‘case’ penuh bagi memberikan perlindungan tambahan kepada iPad anda. Ia boleh disambungkan kepada ipad anda dengan menggunakan sistem ‘bluetooth’.
Spesifikasi:
- Berat: 490 g
- Sesuai untuk: iPad (7th, 8th and 9th gen)
- Tahun keluaran: 2019
Kelebihan:
✅ Ringan
✅ Dilengkapi ‘case’ penuh
Harga: RM449
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. ZAGG Pro Keys

Jika anda sedang mencari papan kekunci dengan kualiti premium pada harga yang berpatutan, maka ZAGG Pro Keys ini terbaik untuk anda. Papan kekunci ini dilengkapi dengan ‘trackpad’, sistem ‘backlit’ dan ruang untuk meletakkan pen ‘stylus’ anda. Bukan itu sahaja, papan kekunci ini juga boleh ditanggalkan dan dilaraskan mengikut keselesaan anda.
Spesifikasi:
- Berat: 672 g
- Sesuai untuk: Semua model iPad
- Tahun keluaran: 2020
Kelebihan:
✅ Papan kekunci ‘backlit’
✅ Dilengkapi “trackpad”
✅ Mampu Milik
Harga: RM449
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. Apple Smart Keyboard Folio

Apple Smart Keyboard Folio ini didatangkan dengan ‘case’ lengkap bagi melindungi iPad anda daripada sebarang calar. Papan kekunci ini mempunyai reka bentuk yang boleh dilaraskan kepada 2 sudut tontonan. Bukan itu sahaja, ia juga hanya setebal 4 mm sekali gus menjadikannya ringan dan mudah alih.
Spesifikasi:
- Berat: 590 g
- Sesuai untuk: iPad Pro 11 inci (3rd generation) dan iPad Air (5th generation)
- Tahun keluaran: 2020
Kelebihan:
✅ 2 sudut tontonan
✅ Ringan
Harga: RM769
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.