Penggunaan papan kekunci dengan kualiti terbaik adalah penting untuk memastikan ia boleh berfungsi dengan cekap ketika anda sedang bekerja mahupun sedang bermain permainan komputer. Terdapat pelbagai jenis papan kekunci berwayar yang berkualiti tinggi, namun papan kekunci tanpa wayar lebih menjadi pilihan ramai.
Hal ini kerana, papan kekunci tanpa wayar didatangkan dengan pelbagai faedah seperti menjimatkan ruang, meja kelihatan kemas serta tidak akan mengakibatkan wayar berselirat. Tahun demi tahun, papan kekunci tanpa wayar terus berkembang maju dan hampir setanding dengan beberapa papan kekunci berwayar terbaik di luar sana. Di sini kami kongsikan 8 papan kekunci tanpa wayar terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia.
Adakah berbaloi untuk membeli papan kekunci tanpa wayar?
Jika anda seorang yang kemas dan teratur serta ingin menggunakan papan kekunci anda dari jarak jauh, maka papan kekunci tanpa wayar sememangnya pilihan terbaik untuk anda.
8 Papan Kekunci Tanpa Wayar Terbaik Di Malaysia 2023
1. Logitech MK215 Wireless Keyboard

Logitech MK215 Wireless Keyboard ini mempunyai reka bentuk yang kecil, padat dan anggun. Papan kekunci ini didatangkan dengan saiz 30 peratus lebih kecil berbanding papan kekunci standard sekali gus ia dapat menjimatkan ruang pada meja kerja anda. Selain daripada komputer riba dan PC, papan kekunci ini juga boleh disambungkan kepada televisyen pintar anda.
Spesifikasi:
- Jenis Sambungan: Bluetooth, USB
- Jaminan: 1 Tahun
- Negara Pengeluar: Switzerland
Kelebihan:
✅ Saiz yang kompak
✅ Didatangkan dengan tetikus tanpa wayar
✅ Mudah untuk digunakan
✅ Boleh digunakan pada monitor dan ‘smart’ televisyen
Harga: RM69.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Alcatroz Jelly Bean A200 Wireless Keyboard

Alcatroz Keyboard ini didatangkan dengan papan kekunci bersalut UV yang tidak akan mengeluarkan sebarang bunyi serta selesa apabila ditekan. Dengan reka bentuknya yang nipis dan ringkas, sudah pasti ia dapat menarik minat orang ramai. Bukan itu sahaja, ia juga dipasarkan dengan 5 pilihan warna untuk anda pilih.
Spesifikasi:
- Jenis Sambungan: Bluetooth
- Jaminan: 2 Tahun
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Warna: Hitam, Hitam Merah, Putih, Pudina, White Peach
Kelebihan:
✅ Berkualiti tinggi, binaan tahan lama
✅ Kekunci senyap
✅ Reka bentuk nipis dan ringan
Harga: RM39.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Corsair K36 Wireless Keyboard

Papan Kekunci Tanpa Wayar Corsair K36 didatangkan dalam saiz kompak yang bukan sahaja boleh menjimatkan ruang, malah ia juga direka khusus untuk digunakan ketika bermain permainan komputer. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan sistem sokongan ‘arm place’ untuk memberikan keselesaan tambahan sewaktu anda menggunakan papan kekunci. Ia dipasarkan dengan pelbagai pilihan warna untuk dipilih.
Spesifikasi:
- Jaminan: 2 Tahun
- Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
Kelebihan:
✅ Berkualiti tinggi, binaan tahan lama
✅ Reka bentuk sandaran pergelangan tangan
✅ Kekunci dengan tindak balas pantas
Harga: RM509.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Apple Magic Keyboard

Dengan reka bentuknya yang nipis, minimalis dan bergaya secara tidak langsung membuatkan ruang anda kelihatan elegan dan kemas. Papan kekunci ini memberikan anda kualiti penaipan premium yang responsif tanpa sebarang ‘lag’. Gerakan jari anda pada setiap kekunci akan terasa ringan dan selesa. Papan kekunci ini juga boleh berfungsi dengan menggunakan bateri.
Spesifikasi:
- Saiz: 27.9 cm x 11.49 cm x 1 cm
- Berat: 231 g
- Jenis Kuasa: Bateri Double A x 2
- Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
Kelebihan:
✅ Berkualiti tinggi, binaan tahan lama
✅ Penggunaan yang selesa
✅ Direka khusus untuk pengguna Apple
✅ Ringan
Harga: RM397.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Logitech K380 Multi-Device Wireless Bluetooth Keyboard

Anda sedang mencari papan kekunci serba guna, ringan dan mudah untuk dibawa ke mana sahaja, maka papan kekunci ini terbaik untuk anda. Papan kekunci ini dilengkapi dengan reka bentuk ergonomik untuk memberikan keselesaan tambahan ketika anda menaip. Ia juga didatangkan dengan 4 pilihan warna untuk anda pilih.
Spesifikasi:
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Warna: Biru, Hitam, Off White, Merah jambu
Kelebihan:
✅ Berkualiti tinggi
✅ Ringan
✅ Reka bentuk ergonomik
Harga: RM140.00 to RM210.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Logitech MX Keys Minimist Wireless Keyboard

Papan kekunci tanpa wayar ini didatangkan dalam saiz yang kecil dan mudah alih yang membolehkan anda untuk membawanya ke mana sahaja. Setiap kekunci direka dalam reka bentuk berongga bagi membolehkannya bertindak balas dengan lancar, responsif dan efisien. Anda boleh dapatkan papan kekunci ini dalam 2 warna iaitu merah jambu dan ‘graphite’.
Spesifikasi:
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Warna: Merah jambu, Graphite
Kelebihan:
✅ Ringan
✅ Saiz mudah alih
✅ Boleh digunakan pada pelbagai peranti lain
Harga: RM489.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. RAPOO 990M Silent Multi Mode WIreless Keyboard

Papan kekunci tanpa wayar ini didatangkan dengan reka bentuk yang unik serta dilengkapi dengan sokongan ‘arm place’ pada bahagian hadapan papan kekunci. Secara tidak langsung, ia memberikan keselesaan yang optimum ketika anda bekerja. Papan kekunci ini hanya setebal 4 mm sekali gus menjadikannya ringan dan mudah alih.
Spesifikasi:
- Saiz: 4 mm (ketebalan)
- Negara Pengeluar: Malaysia
Kelebihan:
✅ Boleh digunakan dengan pelbagai peranti
✅ Ringan
✅ Mempunyai sistem sokongan ‘arm place’
Harga: RM299.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Multi Device Wireless Mechanical Keyboard

Jika anda sedang mencari papan kekunci yang mempunyai prestasi yang cukup baik untuk digunakan ketika bekerja mahupun bermain permainan komputer, maka papan kekunci ini pilihan terbaik untuk anda. Papan kekunci mekanikal tanpa wayar ini didatangkan dengan reka bentuk yang unik dan ringkas serta mempunyai kemasan keluli yang menjadikannya tahan lama dan tahan lasak. Papan kekunci ini juga dipasarkan pada harga yang berpatutan.
Spesifikasi:
- Negara Pengeluar: China
- Saiz: 28.9 cm x 10.1 cm x 3.8 cm
- Berat: 529 g
- Warna: Hitam, Putih
Kelebihan:
✅ Berkualiti tinggi, binaan tahan lama
✅ Sesuai untuk bekerja dan permainan video
Harga: RM136.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.