8 Pelapik Kerusi Terbaik di Malaysia 2025

Sekarang ini, ramai orang yang menghabiskan masa dengan duduk di kerusi sewaktu bekerja dalam tempoh masa yang lama, tidak kiralah sama ada di pejabat mahupun di rumah. Jadi, hal ini meyebabkan permukaan kerusi busuk dan rosak kerana tekanan duduk yang lama. Ramai akan berasa tidak selesa dan sukar untuk menumpukan perhatian semasa bekerja disebabkan hal ini. Tambahan pula, membeli kerusi baru bukanlah satu langkah yang bijak dan menjimatkan wang.

Jadi, kita harus menggunakan pelapik kerusi untuk mengurangkan sakit belakang atau menyelesakan postur duduk kita. Selain itu, ia boleh melindungi permukaan kerusi dengan baik bagi mengelakkan sebarang kerosakan. Pelapik kerusi lembut dan licin dapat memberikan  keselesaan semasa anda duduk. Berikut ialah senarai 8 pelapik kerusi terbaik di Malaysia 2025.

6 Cara untuk Gunakan Pelapik Kerusi Dengan Selesa dan Bergaya:

  1. Letak pelapik kerusi di kerusi pejabat

Anda boleh meletakkan pelapik kerusi pada kerusi kerja anda. Anda boleh menggunakannya untuk bersandar. Pelapik kerusi ini terdapat dalam pelbagai warna dan corak. Ia bukan sahaja akan meningkatkan rupa ruang kerja anda, tetapi juga akan memberikan anda keselesaan semasa bekerja.

2. Letak pelapik kerusi di kerusi meja makan

Adalah bagus untuk meletakkan pelapik kerusi di atas kerusi makan kerana ia boleh memberikan keselesaan kepada anda dan keluarga. Selain itu, ia juga dapat mencantikkan ruang makan sambil menjadikan ruang makan anda selesa.

3. Letak pelapik kerusi pada bahagian belakang kerusi

Anda boleh meletakkan pelapik kerusi untuk belakang kerusi agar ia dapat membuatkan anda berasa lebih selesa terutamanya apabila duduk di atas kerusi rotan. Anda hanya perlu memastikan pelapik kerusi tersebut mempunyai saiz dan kusyen yang sesuai.

4. Meningkatkan kecantikan rumah Enhance the beauty of home

Anda boleh menggunakan pelapik kerusi untuk menghiasi rumah. Jangan ragu untuk memilih warna yang anda suka kerana anda boleh padankannya dengan perabot lain untuk mencipta pemandangan yang menarik dalam rumah anda.

5. Letak pelapik pada kerusi ganti

Anda boleh meletakkan pelapik kerusi cantik di atas kerusi ganti yang sudah lama tidak digunakan untuk memberinya penampilan yang baharu. Selain itu, anda juga boleh menceriakan ruangan anda dengan pelapik kerusi tersebut.

6. Bawa pelapik untuk aktiviti luar

Anda boleh membawa pelapik kerusi untuk aktiviti luar. Anda boleh meletakkannya di atas kerusi rehat atau di atas rumput bagi memberikan anda keselesaan yang terbaik. Pada masa yang sama, ia kelihatan bergaya dan boleh mengelakkan daripada sebarang kotoran pada pakaian anda.

Pendek kata, pelapik kerusi adalah praktikal untuk semua orang. Ia memberikan keselesaan semasa kita duduk dan menghalang permukaan kerusi daripada rosak. Oleh itu, ia berguna dan baik untuk kesihatan. Anda juga boleh menjimatkan wang daripada terpaksa mengeluarkan kos penyelenggaraan untuk membaiki kerusi.

8 Pelapik Kerusi Terbaik di Malaysia 2025

1. JUSTINA CHAIR PAD

JUSTINA CHAIR PAD
Kredit Gambar: IKEA

Pelapik kerusi ini diperbuat daripada busa Poliuretana yang memberikan keselesaan yang hebat dan sokongan yang tahan lama kepada anda. Pengikat cangkuk dan gelungnya memastikan pelapik kerusi ini tetap di tempatnya. Pelapik kerusi ini mempunyai dua sisi yang sama supaya ia boleh diterbalikkan untuk pemakaian yang sekata. Anda boleh menggunakan mesin basuh untuk mencucinya juga. Ia sesuai dengan kerusi STEFAN, IVAR, dan JOKKMOKK.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kapas (Outer Fabric), Polyurethane foam 20 kg/cu.m. (Isi)
  • Warna: Kelabu, Natural, Hijau, Biru Gelap/ Jalur, Merah, Merah Jambu
  • Negara Pengeluar: Sweden
  • Saiz: Lebar Minimum: 35 cm / Lebar Maksimum: 42 cm / Kedalaman: 40 cm / Tebal: 4.0 cm

Kelebihan:

Bahan berkualiti tinggi
Pengikat cangkuk dan gelung
Dua sisi yang sama
Boleh dibasuh

Harga: RM24.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Wenbo Chair Pad

Wenbo Chair Pad
Kredit Gambar: Shopee

Pelapik kerusi ini boleh meningkatkan dan menambah baik reka bentuk gaya hidup rumah anda. Ia tahan lama, sekali gus tidak pudar dengan cepat walau terdedah dalam semua keadaan cuaca. Anda boleh menggunakannya untuk pejabat, ruang tamu, ruang belajar dan banyak lagi. Selain itu, ia mudah dijaga. Anda boleh membersihkannya dengan ringan atau mencucinya dengan tangan bersama detergen lembut dan air sejuk bagi mengekalkan kualiti fabrik kusyennya.

Spesifikasi:

  • Bahan: 100% polyester fiber filling
  • Corak: Coffee Grid, Dark Blue Grid, Grey Grid, Black Grid, Yellow Line, Paris Tower, Flamingo, Fish, Leaf, Star
  • Saiz:  40 cm x 40 cm x 5 cm (ukuran mungkin berbeza sehingga 2 cm)

Kelebihan:

Tahan cuaca
Tidak pudar di bawah cahaya matahari
Jahitan kemas
Penjagaan yang mudah

Harga: RM6.10-RM19.66 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. FALIFAP Round Garden Chair Pads

FALIFAP Round Garden Chair Pads
Kredit Gambar: SeeTracker

Pelapik kerusi ini diperbuat daripada span dan poliester berkualiti tinggi. Ia moden dan halus dalam reka bentuk. Selain itu, ia mempunyai dua tali pada sisi dengan diameter 30 cm, dan empat tali pada setiap sisi dengan diameter 38 cm.

Spesifikasi:

  • Bahan: Span dan poliester
  • Warna: Ungu, Dark Coffee, Kelabu Cerah, Wine Red, Biru Langit, Navy Blue, Beige, Coklat, Kuning, Hijau, Oren, Kelabu Gelap, Hijau Cerah 
  • Saiz:  Diameter 30 cm / Diameter 38 cm

Kelebihan:

Berkualiti tinggi
Bergaya
Selesa dan mudah alih

Harga: RM5.18 – RM5.67 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. RuangKu Chair Pad

RuangKu Chair Pad
Kredit Gambar: Shopee

Pelapik kerusi ini merupakan pelapik kerusi Velvet. Ia sesuai untuk khemah, kereta, katil, sofa, tempat duduk dan bangku. Selain itu, ia mesra alam dan lembut. Pelapik kerusi ini perlu dicuci dengan tangan. Pelapik kerusi ini kelihatan mewah dan juga bergaya jadi anda boleh menggunakannya di mana sahaja untuk menjadikan suasana sekitar menarik dan mewah.

Spesifikasi:

  • Bahan: 100% kapas tahan lama
  • Warna: Biru, Kelabu Gelap, Hijau, Coklat Cerah, Kelabu Cerah, Merah Jambu, Merah, Kuning
  • Saiz:  41 cm x 41 cm

Kelebihan:

Mesra alam
Lembut dan licin
Boleh dibasuh dan tahan lama
❌ Tidak boleh dibasuh menggunakan mesin basuh
❌ Tidak boleh menyeterika
❌ Tiada boleh meluntur

Harga: RM15.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Tatami Chair Pad

Tatami Chair Pad
Kredit Gambar: Shopee

Tatami Chair Pad selesa dan lembut. Ia boleh diletakkan di belakang anda atau dijadikan bantal peluk. Pelapik kerusi ini kebanyakannya sesuai untuk semua kerusi dan bagus untuk tujuan hiasan. Anda boleh menggunakannya untuk ruang tamu, bilik tidur, teres, kerusi berjemur dan lain-lain.

Spesifikasi:

  • Bahan: Corduroy Cover (Plush) (Bahan luar), Tahan lama & Isi kapas berkualiti (Bahan Dalam)
  • Warna: Merah, Hijau, Oren, Ungu, Biru, Rose, Kuning, Coklat
  • Saiz:  36 cm (L) x 36 cm (W) X 8 cm (H)

Kelebihan:

Serba guna
Boleh disarung dan dipeluk di lengan
Kebanyakannya sesuai untuk semua tempat duduk
Warna terang
Baik untuk hiasan

Harga: RM19.90-RM21.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. ZAPPO Chair Pad

ZAPPO Chair Pad
Kredit Gambar: Lazada

Pelapik kerusi jenis ini adalah 100% baru dan berkualiti tinggi. Ia licin dan sesuai untuk pejabat, ruang tamu, bilik belajar, dan lain-lain. Anda boleh menggunakan pelapik kerusi ini di mana sahaja untuk keselesaan anda. Selain itu, ia juga terdapat dalam pelbagai warna dan berpatutan.

Spesifikasi:

  • Bahan: Nylon +memory foam
  • Warna: Biru, Coklat, Kelabu Gelap, Kelabu Cerah, Kuning, Maroon
  • Saiz: 40 cm x 40 cm x 4 cm

Kelebihan:

Semuanya baru dan berkualiti tinggi
Baik untuk hiasan
Licin dan tahan lama

Harga: RM19.99 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. HA_Comfortable Yoga Chair Pad

HA Comfortable Yoga Chair Pad
Kredit Gambar: Shopee

Pelapik kerusi ini boleh digunakan untuk membetulkan postur badan selain boleh dijadikan alatan untuk yoga. Anda boleh menggunakan kedua-dua belah kusyen untuk menekan dari luar ke dalam. Jadi, pusat graviti bahagian pinggul akan tertumpu di dalam sekali gus menjadikan kedudukan pinggul lebih teguh dan fleksibel.

Spesifikasi:

  • Bahan: Polister, kapas
  • Warna: Biru + Merah Jambu
  • Saiz:  40 cm x 38 cm x 10 cm (Anggaran)

Kelebihan:

Selesa dan ringan
Bahan bantu yoga
Kusyen Kesihatan
Bahan lantunan rendah
Serap air yang baik
15 darjah kecenderungan
Mengelakkan kontur postur

Harga: RM15.84

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Cotonsoft Capella Chair Pad with Ribbon Tie

Cotonsoft Capella Chair Pad with Ribbon Tie
Kredit Gambar: Lazada

Cotonsoft’s Capella Chair Pad ialah satu lagi item praktikal untuk anda. Ia datang dalam dua corak dan lapan warna yang bergaya untuk rumah moden anda. Pelapik kerusi Capella ini termasuk ikatan reben untuk mengekalkannya dalam kedudukan supaya anda boleh duduk dengan selesa.

Spesifikasi:

  • Bahan: Fiber polister  + Polycotton cover.
  • Warna: Beige, Biru, Hijau, Kelabu, Merah, Kuning Navy, Surf
  • Saiz:  40 cm x 40 cm x 5 cm

Kelebihan:

Didatangkan dengan ikatan reben
Selamat digunakan
Kekalkan kedudukan pelapik kerusi

Harga: RM19.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close