8 Pelindung Alas Meja Terbaik di Malaysia 2023

Adakah anda ingin memastikan meja makan anda sentiasa kemas dan bersih?Anda rimas melihat permukaan meja anda kotor dan terdapat kesan calar padanya? Apa kata anda menggunakan alas meja? Kini terdapat pelbagai jenis pelindung alas meja di pasaran yang boleh anda pilih. Ada yang bercorak, lutsinar, tebal, nipis ataupun terdiri daripada kain mahupun plastik. Apa yang penting, pelindung alas meja yang digunakan dapat melindungi meja makan anda daripada kotoran dan kesan calar yang berlaku sewaktu anda menggunakan meja makan.  

Tidak dapat dinafikan sekarang yang ramai orang menggunakan pelindung alas meja sebagai hiasan. Jadi, untuk mencari pelindung alas meja yang sesuai dan tahan lama, anda perlu mengetahui kehendak dan gaya anda sewaktu membuat pemilihan pelindung alas meja.

Bagaimanakah memilih pelindung alas meja yang sesuai?

Untuk memilih pelindung alas meja yang sesuai, anda perlu mempertimbangkan beberapa faktor seperti bajet, bentuk dan saiz, material yang digunakan dan banyak lagi. Berikut adalah tip memilih pelindung alas meja yang boleh anda pertimbangkan:

1. Bentuk dan saiz

Saiz dan bentuk pelindung alas meja adalah penting. Anda patut memilih yang sesuai dengan ukuran meja anda.

2. Suasana ruang / majlis

Anda boleh membeli pelindung alas meja yang sesuai dengan nada bilik atau acara yang anda adakan. Sebagai contoh, kain linen yang dijadikan alas meja boleh mempengaruhi kualiti bilik dan acara yang diadakan pada waktu itu.

3. Material

Anda boleh memilih kain linen sebagai pelindung alas meja anda. Ataupun pelindung alas meja yang bersifat pakai buang. Kain linen sebagai pelindung alas meja lebih sesuai digunakan sebagai hiasan kerana memiliki pelbagai corak, manakala pelindung alas meja yang bersifat pakai buang lebih sesuai digunakan untuk acara santai kerana ia boleh dibuang selepas menggunakannya.

4. Pembersihan

Jika anda menggunakan pelindung alas meja yang boleh diguna semula, anda boleh membersihkannya dengan mudah. Manakala pelindung alas meja yang bersifat pakai buang lebih sesuai digunakan dalam acara kasual dan on-the-go.

5. Harga

Cari pelindung alas meja yang sepadan dengan bajet, gaya serta konsep anda!

8 Pelindung Alas Meja Terbaik di Malaysia 2023

1. PEVA Plastic Table Cover 

PEVA Plastic Table Cover
Kredit Gambar: Shopee

PEVA Plastic Table Cover merupakan salah satu pelindung meja terlaris di pasaran. Ia praktikal untuk setiap keluarga kerana ia kalis air dan kalis minyak sekaligus memudahkan kerja pembersihan anda sekiranya permukaan pelindung meja ini kotor.

Spesifikasi:

  • Material: Cotton and linen
  • Warna: Putih, Kelabu, Biru, Merah jambu, Coffee
  • Negara Pengeluar: China 
  • Saiz: 137 cm x 90cm / 137 x 180cm

Kelebihan:

Tahan lama
Kalis air dan kalis minyak
Senang dibersihkan
Selamat digunakan
Berpatutan

Harga: *RM2.68 to RM13.25 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Soft Glass PVC Table Cloth

Soft Glass PVC Table Cloth
Kredit Gambar: Shopee

Soft Glass PVC Table Cloth ini didatangkan dengan 3 variasi pilihan iaitu Matt PVC Lutsinar, Matt PVC Material, dan corak Bunga. Anda boleh menggunakannya dengan selamat kerana pelindung alas meja ini tebal, kalis air, kalis minyak dan tahan calar. Gunakannya tanpa berasa bimbang!

Spesifikasi:

  • Material: Transparent PVC Material, Matt PVC Material, Corak bunga
  • Warna: Lutsinar
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: 60×60, 60×100, 60×120, 60×140, 60×180 cm, 70×70, 70×120, 70×130, 70×140, 70×160, 70×180 cm, 80×80, 80×120, 80×130, 80×140, 80×150, 80×160, 80×180 cm, 90×90, 90×120, 90×140, 90×150, 90×160, 90×180, 90×200 cm, 100×100, 100×200, 120×120, 120×240, 130×130, 130×240 cm, 140×140, 150×150 cm, and Saiz Custom

Kelebihan:

Tahan lama
Berkualiti tinggi
Kalis air dan kalis minyak
Tahan lasak
Bagus untuk persekitaran
Senang untuk dicuci
Berpatutan

Harga: *RM15.00 – RM88.17

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. PVC Crystal Clear Plastic Table Cloth 137 cm long

PVC Crystal Clear Plastic Table Cloth cm long
Kredit Gambar: Shopee

PVC Crystal Clear Plastic Table Cloth ini tebal dan lutsinar. Ketebalan dan fungsi kalis airnya boleh memelihara meja anda daripada calar dan tumpahan makanan. Ia mudah dibersihkan dan sesuai untuk sebarang jenis meja.

Spesifikasi:

  • Material: PVC
  • Warna: Lutsinar
  • Negara Pengeluar: Tidak dinyatakan
  • Saiz: (Ketebalan: 0.15 mm, 0.20 mm, 0.25 mm, 0.35 mm), (Panjang: 0.5 meter, 1 meter)

Kelebihan:

Tahan lama
Pelbagai fungsi
Tebak dan kalis air
Perlindungan yang maksimum
Senang dibersihkan
Senang digunakan
Berpatutan

Harga: *RM5.00 – RM13.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Waterproof Spot Printed Tablecloth

Waterproof Spot Printed Tablecloth
Kredit Gambar: Shopee

Waterproof Spot Printed Tablecloth ini merupakan pelindung meja yang anti-kedut dan anti-kecut. Anda boleh menggunakannya di dalam atau di luar rumah untuk mengalas meja sewaktu beraktiviti seperti perhimpunan, parti atau perayaan. Tambahan pula, ia mempunyai vogue yang hebat kerana keanggunan dan coraknya yang mewah. Selain itu, ia mudah dibersihkan. Anda hanya perlu membasuhnya secara manual dengan menggunakan air sejuk, kemudian menjemurnya sehingga kering.

Spesifikasi:

  • Material: Fabrik kalis air
  • Corak: Peacock White Lotus, Bohemia, Exotic Smile, Exotic Green Qiang, Happy Orchard Khaki, Happy days blue, Blue Green Lotus, Bright Lotus.
  • Negara Pengeluar: Tidak dinyatakan
  • Saiz: 140 cm x 180 cm (4-6 tempat duduk), 140 cm x 200 cm (6 tempat duduk), 140 cm x 220 cm, 140 cm x 240 cm, 140 cm x 260 cm (8-10 tempat duduk), 140 cm x 300 cm

Kelebihan:

Tahan lama
Boleh digunakan sebagai alas ketika mengeringkan pinggan mangkuk
Baik untuk penyimpanan dan pembersihan
Selamat digunakan
Berpatutan

Harga: *RM42.00 – RM69.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. One-Time Use Plastic Table Cover 

One Time Use Plastic Table Cover
Kredit Gambar: Shopee

One-Time Use Plastic Table Cover ini berkualiti tinggi untuk anda gunakan dalam aktiviti harian anda. Ia didatangkan dengan pelbagai warna yang cantik dan tanpa corak. Selain itu, pelindung meja ini kalis air dan kalis minyak, sesuai digunakan di dalam ataupun luar rumah untuk aktiviti yang melibatkan majlis atau jamuan makan.

Spesifikasi:

  • Material: Plastik
  • Warna: Hitam, kelabu, putih, deep blue, lake blue, biru cerah, pink cerah, ungu cerah, hijau cerah, sky blue, hijau
  • Negara Pengeluar: Tidak dinyatakan
  • Saiz: 183 cm x 137 cm

Kelebihan:

Tahan lama
Boleh digunakan sebagai alas untuk mengeringkan pinggan mangkuk
Boleh disimpan dan dibersihkan
Selamat digunakan
Berpatutan

Harga: *RM6.90-RM17.71

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Bronzing black dots tablecloth

Bronzing black dots tablecloth
Kredit Gambar: Joom

Bronzing Black Dots TableCloth ini memiliki corak yang moden dan direka dengan baik. Bentuknya adalah segi empat tepat dan sesuai untuk digunakan sama ada di dalam atau di luar rumah. Pelindung meja ini bersifat pakai buang dan mudah digunakan Ia melindungi meja anda daripada kotoran dan senang dibersihkan.

Spesifikasi:

  • Material: ABS
  • Warna: Biru, emas, hitam, merah jambu, perak, coklat, rose golden, merah
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: 274 x 137 cm

Kelebihan:

Tahan lama
Boleh digunakan sebagai alas untuk mengeringkan pinggan mangkuk
Selamat digunakan
Berpatutan

Harga: *RM5.17-RM41.92

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Nordic Cotton Daisy Macrame Tablecloth

Nordic Cotton Daisy Macrame Tablecloth
Kredit Gambar: Shopee

Nordic Cotton Daisy Macrame Tablecloth merupakan salah satu alas meja yang bergaya pada masa kini. Banyak restoran atau kafe menggunakannya untuk menghiasi meja makan selain meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka. Corak jahitan pada fabriknya yang kelihatan elegan digabungkan dengan fabrik linen kapas lembut. Selain itu, ia popular dengan ciri anti-kedut dan anti-kecut. Ia juga mudah dibasuh dan digunakan.

Spesifikasi:

  • Material: Kapas, Linen
  • Corak: Blue Daisy, Red plaid, Blue stripes
  • Negara Pengeluar: Tidak dinyatakan
  • Saiz: 60 cm x 60 cm, 90 cm x 90 cm, 100 cm x 140 cm, 140 cm x 140 cm, 140 cm x 160 cm, 140 cm x 180 cm (4-6 tempat duduk), 140 cm x 200 cm, 140 cm x 220 cm (6 tempat duduk), 140 cm x 250 cm (8-10 tempat duduk), 140 cm x 300 cm

Kelebihan:

Tahan lama
Boleh digunakan sebagai alas untuk mengeringkan pinggan mangkuk
Baik untuk penyimpanan dan pembersihan
Selamat digunakan
Berpatutan

Harga: *RM13.90 – RM115

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. EVA Non-Slip Table Cover

EVA Non Slip Table Cover
Kredit Gambar: Shopee

EVA Non-Slip Table Cover ini mudah dibersihkan, anti-kotoran dan kalis air bagi memastikan permukaan meja sentiasa bersih dan kering. Anda boleh gulung dan potong pelindung meja ini mengikut cita rasa anda. Ia juga boleh digunakan secara fleksibel kerana ia ringan dan pelbagai fungsi. Anda boleh menggunakannya untuk menutup objek di dapur, ruang tamu, bilik tidur dan banyak lagi.

Spesifikasi:

  • Material: EVA
  • Warna: Apricot, putih, kelabu, hijau, lutsinar 
  • Negara Pengeluar: Tidak dinyatakan
  • Saiz: 45 cm x 1.5 m / 45 cm x 5 m / 60 cm x 1.5 m / 60 cm x 5 m

Kelebihan:

Tahan lama dan berguna
Senang dibersihkan
Mudah
Selamat digunakan

Harga: *RM9.90 – RM38.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close