8 Pemain Kaset Terbaik di Malaysia 2023

Beberapa dekad yang lalu, cakera padat dan kaset merupakan alat utama yang digunakan untuk mendengar atau merakamkan lagu. Namun oleh kerana evolusi teknologi, pemain kaset dan cakera padat kini jarang ditemui. Pemain kaset pernah menjadi komponen audio yang penting untuk generasi lalu sebelum kewujudan platform muzik dalam talian, seperti Spotify dan Apple Music. 

Walaupun begitu, bagi peminat barangan antik dan vintaj, anda tidak perlu risau kerana pemain kaset masih boleh didapati di pasaran. Jadi, ini adalah 8 pemain kaset terbaik yang masih boleh anda dapati di Malaysia. 

Bagaimana hendak memilih kaset player yang sesuai?

Memilih pemain kaset yang sesuai untuk anda boleh mengelirukan ekoran terdapat banyak aspek yang perlu dipertimbangkan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa aspek utama yang perlu difokuskan semasa memilih pemain kaset iaitu output audio, input bateri dan warna pemain kaset. 

  1. Output audio

Output audio merupakan elemen penting dalam mencari pemain kaset yang terbaik. Sebahagian pemain kaset mempunyai saluran output audio yang berbeza seperti pembesar suara, fon telinga, atau kedua-duanya sekali. Ini memberikan anda pilihan untuk memilih mengikut citarasa tersendiri.

  1. Input bateri

Kebanyakan pemain kaset berfungsi menggunakan bateri agar lebih kompak dan mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Terdapat juga pemain kaset yang bergantung sepenuhnya pada kord ataupun wayar. Jadi, anda perlu memilih versi yang paling sesuai dengan citarasa anda.

  1. Warna

Memandangkan anda akan menggunakan pemain kaset secara berterusan. Adalah penting untuk memilih warna yang digemari oleh anda.

8 Pemain Kaset Terbaik di Malaysia 2023

1. Super USB Cassette Capture

Super USB Cassette Capture
Kredit Gambar: Shopee

Super USB Cassette Capture didatangkan dengan penyambung USB yang membolehkan anda untuk memuat naik atau menukar fail ke bentuk MP3. Selain itu, reka bentuknya yang ringkas dan ringan memudahkan anda untuk menyimpannya serta boleh dibawa ke mana sahaja. Tambahan pula, pemain ini dipasarkan dengan 1 warna sahaja.

Specifications:

  • Jenis bateri: AA
  • USB: 2.0
  • Picu fon kepala: Ya
  • Warna: Perak

Kelebihan:

Mac OS compatible
Boleh beroperasi menggunakan bateri atau USB.

Harga: RM57.56

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

2. Retekess TR606 Cassette Playback

Retekess TR Cassette Playback
Kredit Gambar: Shopee

Retekess TR606 Cassette Playback merupakan pemain kaset 2 dalam 1, iaitu anda boleh memainkan lagu daripada pita dan juga boleh dijadikan sebagai radio. Pemain kaset ini didatangkan dalam reka bentuk yang kecil dan padat membolehkan anda untuk membawanya ke mana sahaja. Bukan itu sahaja, pemain kaset ini juga boleh beroperasi tanpa menggunakan elektrik. Pemain kaset ini dipasarkan dalam 1 pilihan warna sahaja.

Spesifikasi:

  • Jenis bateri: AA
  • USB: Tiada
  • Picu fon kepala: Ya
  • Warna: Putih

Kelebihan:

Pembesar suara
Boleh dijadikan radio.

Harga: RM87.99

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

3. Transparent Cassette Player

Transparent Cassette Player
Kredit Gambar: Shopee

Pemain Kaset ini didatangkan dengan reka bentuk yang ringkas dan feminin. Dilengkapi dengan penutup lutsinar serta penyambung USB memudahkannya untuk disimpan dan dibawa ke mana sahaja. Selain itu, pemain kaset ini didatangkan dengan 2 pilihan warna asas untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Jenis bateri: AA
  • USB: 2.0
  • Picu fon kepala: Ya
  • Warna: Biru, kelabu

Kelebihan:

Penutup lutsinar
Picu fon kepala

Harga: RM87.99

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

4. Portable Personal Walkman

Portable Personal Walkman
Kredit Gambar: Shopee

Jika anda mencari pemain kaset yang boleh disambung dengan fon telinga wireless, Portable Personal Walkman adalah pilihan terbaik untuk anda. Didatangkan dalam reka bentuk yang compact memudahkan anda untuk memegang dan membawanya ke mana sahaja.

Spesifikasi:

  • Jenis bateri: AA
  • USB: 2.0
  • Bicu fon kepala: Ya
  • Warna tersedia: Putih biru

Kelebihan:

Bluetooth Automatik
Picu fon kepala
Sumber kuasa fleksibel

Harga: RM82.64

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

5. Golon Radio Cassette

Golon Radio Cassette
Kredit Gambar: Shopee

Golon Radio Cassette boleh digunakan sebagai pemain kaset dan radio analog. Pemain kaset ini mempunyai ciri henti automatik di mana jika anda tertidur atau berhenti mendengar secara tiba-tiba, ia akan berhenti memutarkan lagu.

Spesifikasi:

  • Jenis bateri: D
  • USB: Tiada
  • Picu fon kepala: Ya
  • Warna: Hitam

Kelebihan:

Slot kad SD
Boleh tukar menjadi radio

Harga: RM99.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

6. Tonivent Transparent Cassette Player

Tonivent Transparent Cassette Player
Kredit Gambar: Shopee

Tonivent Transparent Cassette Player boleh juga digunakan sebagai walkman kerana ia membolehkan anda memainkan muzik di mana-mana sahaja. Ia juga dilengkapi dengan fungsi Bluetooth dan boleh menghantar muzik ke penerima Bluetooth yang lain, seperti komputer riba, radio kereta dan telefon mudah alih. Selain itu, Ia juga mempunyai fungsi auto-rewind yang memutarkan pita kembali sebaik sahaja anda selesai mendengar.

Spesifikasi:

  • Jenis bateri: AA
  • USB: Tiada
  • Picu Fon kepala: Ya
  • Warna: Lutsinar

Kelebihan:

Bluetooth
Boleh ditukar kepada radio
Fungsi auto-rewind

Harga: RM92.17

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

7. Retekess TR624 Transparent Portable Radio

Retekess TR Transparent Portable Radio
Kredit Gambar: Shopee

The Retekess TR624 Transparent Portable Radio menawarkan reka bentuk yang unik serta dilengkapi dengan penutup lutsinar penuh yang membolehkan anda melihat komponen elektrik di bahagian dalam pemain kaset ini. Pemain kaset ini didatangkan dengan 1 pilihan warna sahaja.

Spesifikasi:

  • Jenis bateri: AAA
  • USB: Tiada
  • Picu fon kepala: Ya
  • Warna tersedia: Lutsinar

Kelebihan:

Penutup lutsinar
Didatangkan dengan fon kepala

Harga: RM27.99

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

8. WINTECH SCT-R225K Compact Radio

WINTECH SCT RK Compact Radio
Kredit Gambar: Shopee

Pemain kaset ini bukan sahaja boleh memutarkan lagu dari pita malah ia juga boleh merakam bunyi. Mempunyai reka bentuk yang klasik membolehkan anda untuk menjadikannya sebagai hadiah kepada rakan-rakan atau ahli keluarga anda.

Spesifikasi:

  • Jenis bateri: AAA
  • USB: 2.0
  • Picu fon kepala: Ya
  • Warna: Hitam

Kelebihan:

Slot Micro SD
Boleh ditukar kepada Radio
Perakam

Harga: RM272.30

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close