8 Pembekal Alat Ganti Mercedes-Benz Terbaik di Malaysia 2024

Jika anda memakai kereta Mercedes-Benz, pasti anda tahu adalah penting bagi mendapatkan alat ganti kereta yang tulen dan berkualiti lebih-lebih lagi pelbagai komponen digunakan untuk menghasilkan kenderaan ini. Daripada bahagian enjin yang rumit sehinggalah kepada komponen penting seperti tayar dan sistem brek, setiap bahagian memainkan peranan penting dalam memastikan prestasi kereta yang optimum. Pencarian alat ganti yang sesuai bagi menggantikan alat yang rosak semestinya merupakan tugas yang sukar kerana ia memerlukan pengetahuan yang mendalam tentang kenderaan ini. Hal ini kerana ia mempunyai bahagian teknikal yang rumit dan berbeza dalam pemanduan dinamik, keselamatan dan kecekapan bahan api.

Dalam artikel ini, anda boleh menemui pembekal alat ganti Mercedes-Benz yang terbaik di Malaysia pada tahun 2024. Sama ada anda ingin mencari komponen enjin, alat ganti atau set tayar baharu, senarai pembekal yang kami kongsikan ini pasti akan memenuhi setiap keperluan anda. Setiap pembekal dinilai dari pelbagai aspek seperti rangkaian produk yang ditawarkan, kualiti alat ganti, perkhidmatan pelanggan dan banyak lagi. Semua ini adalah untuk memastikan anda mendapat yang terbaik untuk keperluan dan pemanduan mewah anda. Jadi, inilah pembekal alat ganti Mercedez-Benz terbaik di Malaysia 2024. 

Bagaimanakah Anda Menentukan Sesuatu Alat Ganti Itu Sesuai Dengan Mercedes-Benz Anda?

Untuk menentukan keserasian, adalah penting bagi anda memberikan maklumat yang tepat tentang kereta Mercedes-Benz anda seperti model, tahun pengeluaran dan nombor bahagian tertentu jika ada. Semua ini dapat membantu pembekal mencari alat ganti yang sesuai dengan kereta mewah anda.

Apakah Jenis Alat Ganti Yang Dibekalkan Untuk Mercedes-Benz?

Pelbagai alat ganti tersedia untuk Mercedes-Benz seperti komponen enjin, bahagian elektrik, bahagian suspensi, bahagian badan, brek, penapis dan banyak lagi.

Baca Lagi:

  1. 10 Agensi Kereta Sewa Terbaik di Malaysia 2024
  2. 10 Perkhidmatan Kereta Sewa Terbaik di Selangor 2024
  3. 10 Perkhidmatan Kereta Sewa Terbaik di Kuching 2024
  4. 10 Perkhidmatan Kereta Sewa Terbaik di Kota Kinabalu 2024

8 Pembekal Alat Ganti Mercedes-Benz Terbaik di Malaysia 2024

Advertise With My Weekend Plan

1. Stuttgart Parts Centre (HQ)

Stuttgart-Parts-Centre-HQ
Kredit Gambar: Stuttgart Parts Centre (HQ)
Stuttgart-Parts-Centre-HQ-
Kredit Gambar: Adrian Lim

Stuttgart Parts Centre adalah pembekal utama yang menawarkan pelbagai alat ganti kereta tulen untuk jenama seperti BMW, MINI, Mercedes-Benz dan banyak lagi. Syarikat ini terkenal dengan perkhidmatan pelanggan mereka yang cemerlang. Mereka juga mempunyai rangkaian luas alat ganti Mercedes-Benz untuk memastikan pelanggan menemui apa yang mereka perlukan. Selain itu, mereka menawarkan kemudahan penghantaran ke lokasi yang anda tentukan selepas pesanan.

Waktu Operasi 
9:00 pagi – 6:00 petang (Isnin – Jumaat)
9:00 pagi – 4:30 petang (Sabtu)
Tutup (Ahad)

Alamat29, 31 & 33, Jalan SS 26/13, Taman Mayang Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor

No. Telefon03-7803 9438

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/stuttgartparts/

semak laman web di sini

2. Merc Auto Parts Sdn. Bhd.

Merc-Auto-Parts-Sdn.-Bhd.
Kredit Gambar: Merc Auto Parts Sdn. Bhd.
Merc-Auto-Parts-Sdn.-Bhd.-
Kredit Gambar: NEWPAGES

Merc Auto Parts Sdn. Bhd. merupakan pembekal alat ganti Mercedes-Benz yang boleh dipercayai sejak 1999. Mereka terkenal dengan inventori yang lengkap, boleh dipercayai dan memberi harga yang berpatutan. Mereka telah mengekalkan standard perkhidmatan yang tinggi, sekali gus menjadikan mereka pilihan bagi pemilik Mercedes-Benz yang mencari alat ganti yang berkualiti.

Waktu Operasi 
9:00 pagi – 5:00 petang (Isnin – Jumaat)
9:00 pagi – 4:30 petang (Sabtu)
Tutup (Ahad)

Alamat587, 3 3/4 Miles, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur

No. Telefon03-6252 2243

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/mercautoparts/

3. King Hup Motors Sdn. Bhd. – Automotive Spare Parts Mercedes Benz Stockist

King-Hup-Motors-Sdn.-Bhd.-Automotive-Spare-Parts-Mercedes-Benz-Stockist
Kredit Gambar: King Hup Motors Sdn. Bhd. – Automotive Spare Parts Mercedes Benz Stockist
King-Hup-Motors-Sdn.-Bhd.-Automotive-Spare-Parts-Mercedes-Benz-Stockist
Kredit Gambar: King Hup Motors – Mercedes Autoparts Specialist Since 1978

King Hup Motors Sdn. Bhd. mempunyai sejarah yang hebat dalam sektor automotif. Setelah dipilih dan dianugerahkan gelaran Stokis Sah Mercedes-Benz pada tahun yang sama, mereka telah memperoleh penghormatan sebagai salah satu Stokis Sah Mercedes Benz yang paling lama berkhidmat di Malaysia. Mereka juga merupakan pengedar sah untuk pelbagai jenis jenama asli dan OEM yang sangat dipercayai.

Waktu Operasi 
9:30 pagi – 6:00 petang (Isnin – Sabtu)
Tutup (Ahad)

Alamat109, Jln. Kuala Kangsar, Kampung Tembok, 30010 Ipoh, Perak

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/kinghup/

semak laman web di sini

4. BK Autohaus Sdn Bhd

BK-Autohaus-Sdn-Bhd
Kredit Gambar: Google
BK-Autohaus-Sdn-Bhd-
Kredit Gambar: Google

BK Autohaus Sdn Bhd menawarkan pilihan alat ganti Mercedes-Benz yang hebat pada harga yang berpatutan. Syarikat ini mempunyai pengetahuan mendalam tentang produk yang mereka jual. Kebanyakan stok mereka diperolehi dari Jerman dan mereka telah berniaga selama beberapa dekad. Mereka juga menyediakan perkhidmatan penghantaran yang mudah untuk bahagian yang anda perlukan.

Waktu Operasi 
9:00 pagi – 6:00 petang (Isnin – Sabtu)
Tutup (Ahad)

Alamat214, Jalan Mahkota, Maluri, 55100 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No. Telefon012-311 1512

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/bkautobenz/

5. B.L. Auto Supplies Sdn. Bhd.

B.L.-Auto-Supplies-Sdn.-Bhd.
Kredit Gambar: Wikimapia
B.L.-Auto-Supplies-Sdn.-Bhd.-
Kredit Gambar: B.L. Auto Supplies Sdn. Bhd. (Panel of Mercedes Car Club Malaysia MCCM) One Stop Continental Repairs

B. L. Auto Supplies Sdn. Bhd. membawa keselesaan pelanggan ke tahap yang lebih tinggi dengan perkhidmatan ‘pick-up’ yang mereka tawarkan. Mereka boleh mengambil kereta anda dari mana-mana lokasi, sekali gus menjadikan proses penyelenggaran lebih mudah. Mereka mempunyai pendekatan yang telus untuk memastikan rundingan bersama pelanggan dapat dilakukan sebelum membuat sebarang perubahan pada Mercedes-Benz mereka.

Waktu Operasi 
8:30 pagi – 6:00 petang (Isnin – Sabtu)
Tutup (Ahad)

Alamat35, Jalan Melati Utama 4, Melati Utama, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No. Telefon: 03-4106 3288

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/all.about.cars.msia/

6. Rimbunan Kuasa Sdn Bhd

Rimbunan-Kuasa-Sdn-Bhd
Kredit Gambar: Rimbunan Kuasa Sdn Bhd
Rimbunan-Kuasa-Sdn-Bhd
Kredit Gambar: Rimbunan Kuasa Sdn Bhd

Rimbunan Kuasa adalah salah satu pembekal alat ganti kereta yang paling dipercayai di Malaysia. Mereka boleh menyediakan semua yang anda perlukan untuk penyelenggaraan kereta anda secara berkala. Daripada palam pencucuh, penukaran minyak sehinggalah kepada penggantian tayar, ia menjadikan proses mengekalkan Mercedes-Benz anda dalam keadaan baik jauh lebih mudah dan cekap.

Waktu Operasi 
9:30 pagi – 6:00 petang (Isnin – Jumaat)
9:30 pagi – 5:00 petang (Sabtu)
Tutup (Ahad)

AlamatNo.16, Jalan Segambut, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No. Telefon03-4043 7688

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/rimbunankuasa

semak laman web di sini

7. MB SPARE PARTS CENTER

MB-SPARE-PARTS-CENTER
Kredit Gambar: MB SPARE PARTS center
MB-SPARE-PARTS-CENTER-
Kredit Gambar: MB SPARE PARTS center

MB SPARE PARTS CENTER mengkhusus dalam Mercedes-Benz yang diimport dan alat ganti kereta Eropah yang lain. Mereka mempunyai kakitangan yang mesra dan pakar yang berpengetahuan. Selain itu, mereka juga menawarkan harga yang berpatutan. Pusat ini dibuka 7 hari seminggu. Mereka menyediakan segala-galanya seperti ‘throttle body’, pemasangan pam vakum brek serta abah-abah kabel enjin.

Waktu Operasi 9:00 pagi – 6:00 petang (Setiap hari)

Alamat32, Jalan 6/18a, Taman Mastiara, 51200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No. Telefon 012-380 8340

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/people/MB-SPARE-PARTS-center/100054227360660/

8. E Spare Parts Sdn Bhd

E-Spare-Parts-Sdn-Bhd
Kredit Gambar: E SPARE PARTS
E-Spare-Parts-Sdn-Bhd-
Kredit Gambar: E SPARE PARTS

E SPARE PARTS SDN. BHD. beroperasi dalam jualan borong dan runcit bagi pelbagai jenis alat ganti, komponen, bekalan, alatan dan aksesori untuk kenderaan bermotor. Mereka mengalu-alukan pertanyaan dan terkenal dengan rangkaian alat ganti Mercedes-Benz mereka yang pelbagai.

Waktu Operasi 
9:30 pagi – 6:30 petang (Isnin – Sabtu)
Tutup (Ahad)

AlamatLot 94A, KM 8, Jln Ulu Klang, Kuala Ampang, 68000 Ampang, Selangor

No. Telefon017-368 8940

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/EsparepartsSdnBhd/


Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda【Di Sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close