Pencetak 3D menggunakan CAD untuk membina objek 3D daripada pelbagai bahan seperti plastik cair atau serbuk. Pencetak ini tersedia dalam pelbagai bentuk dan saiz, yakni daripada peranti yang boleh dimuatkan di atas meja sehinggalah kepada model berskala besar yang digunakan untuk membina rumah bercetak 3D. Bertentangan dengan kotak ajaib yang digambarkan dalam rancangan sci-fi, pencetak 3D dan pencetak inkjet 2D tradisional beroperasi dengan cara yang serupa, yakni dengan menggunakan kaedah lapisan untuk menghasilkan objek yang dikehendaki. Mereka membina dari bawah ke atas dan menyusun lapisan demi lapisan sehingga objek tersebut menjadi sepertimana yang direka.
Jadi, bagaimana anda boleh menentukan sama ada pencetak 3D sesuai untuk keperluan anda? Mudah sahaja, anda hanya perlu periksa spesifikasi dan ciri pencetak 3D tersebut. Tidak kira sama ada pencetak ialah model desktop padat atau mesin perindustrian berskala besar, adalah penting untuk mempertimbangkan keupayaan dan keperluannya. Kami telah mengumpulkan 8 pencetak 3D terbaik di Malaysia untuk anda. Anda boleh membelinya dengan mudah dari platform dalam talian seperti Shopee atau Lazada. Di samping itu, anda juga boleh menemuinya di beberapa kedai komputer. Berikut ialah 8 pencetak 3D terbaik di Malaysia.
Bolehkan Pencetak 3D Mencetak Logam?
Secara teorinya, sebarang logam boleh digunakan untuk percetakan 3D selagi ia tersedia dalam bentuk serbuk yang sesuai. Walau bagaimanapun, bahan yang mudah menyala dan tidak lebur pada suhu tinggi tidak boleh diproses dengan selamat melalui teknik pensinteran atau lebur. Namun begitu, ia boleh digunakan apabila dipicit keluar melalui muncung untuk pencetakan 3D.
Adakah Membeli Pencetak 3D Dapat Menguntungkan Anda?
Percetakan 3D boleh menjadi usaha yang menguntungkan kerana ia merupakan industri yang berkembang pesat dan banyak perniagaan berjaya dalam bidang ini. Teknologi ini semakin popular dan membawa kepada peningkatan permintaan untuk perkhidmatan percetakan 3D. Adalah menguntungkan untuk membeli pencetak 3D jika anda bekerja dalam industri berkaitan.
8 Pencetak 3D Terbaik di Malaysia 2023
1. Creality Ender 3 V2 Neo New Upgraded DIY Printer
Ender-3 V2 3D-Printer menampilkan papan senyap 32-bit dan pemacu TMC2208 untuk pencetakan yang lebih senyap berbanding dengan pendahulunya. Model yang dinaik taraf ini memiliki ruang cetakan kaca Carborundum untuk lekatan yang lebih baik dan permukaan yang lebih rata. Selain itu, ia juga mempunyai ‘belt tensioner’ untuk paksi X dan Y bagi pelarasan yang mudah dan cetakan yang lebih baik.
Spesifikasi:
- Kuasa Input: 115/230V
- Teknologi Molding: FDM
- Saiz Cetakan: 220 x 220 x 250mm
Kelebihan:
✅’Up-to-date firmware’
✅Lekatan yang lebih baik
✅Menambahkan ‘belt tensioner’
Harga: RM1,067.00 – RM1,349.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Creality Ender 3 MAX NEO Large Print Size CR-Touch Dual Z-axis DIY Printer
Naik taraf pencetakan 3D anda dengan Ender-3 Max Neo 3D-Printer yang menawarkan kesediaan dwi paksi Z, perataan automatik, skrin berwarna dan kawasan cetakan 300 x 300 x 320 mm yang besar. Model ini juga termasuk ruang cetakan kaca Carborundum, ekstruder semua logam, dan sistem ‘linear pulley’ yang lancar dan stabil. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan ‘filament break sensor’ untuk prestasi percetakan yang optimal.
Spesifikasi:
- Kuasa Input: 115/230V
- Teknologi Molding: FDM
- Saiz Cetakan: 300 mm x 300 mm x 320 mm
Kelebihan:
✅Skrin berwarna
✅Dwi paksi Z sedia
✅’Filament Break Sensor’
Harga: RM1,749.00 – RM1,849.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Creality CR-6 SE New Upgraded DIY Printer
CR-6 SE 3D Printer daripada Creality menampilkan sensor berasaskan daya baharu untuk ‘bed levelling’ yang mudah, dwi paksi Z untuk paksi Z yang tepat dan ‘filament break sensor’. CR-6 SE mempunyai ruang cetakan kaca Carborundum dan ‘belt tensioner’ untuk paksi X dan Y. Pencetak ini memastikan alatan anda teratur dan mudah diakses dengan kotak alat terbina dalam.
Spesifikasi:
- Kuasa Input: 115/240V
- Teknologi Molding: FDM
- Saiz Cetakan: 235 x 235 x 250 mm
Kelebihan:
✅Sistem bebas perataan pintar
✅Reka bentuk modular yang ringkas
✅’Nozzle’ baharu
Harga: RM1,647.00 – RM1,760.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. ANYCUBIC Vyper 3D Printer
Anycubic Vyper membawa kemudahan ke tahap baharu dengan ‘bed levelling’ automatik, sistem dwi skru paksi Z berketepatan tinggi untuk meningkatkan kestabilan dan pelekap berpaten untuk menghapuskan gangguan dalam paksi Z. Pencetak 3D pintar ini menawarkan pergerakan paksi Z yang lebih lancar, mengurangkan lapisan cetakan yang boleh dilihat dan mempertingkatkan ketepatan cetakan.
Spesifikasi:
- Teknologi Molding: FDM
- Saiz Cetakan: 245 x 245 x 260 mm
Kelebihan:
✅Sistem kipas berganda
✅Jumlah binaan yang besar
✅Skrin sentuh 4.3 inci
Harga: RM1,499.00 – RM1,544.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Anycubic Photon Mono- Beginner First 2K Resolution Resin 3D Printer
Mulakan perjalanan anda dalam dunia percetakan 3D resin dengan Anycubic Photon Mono- Beginner First 2K Resolution Resin 3D Printer yang sesuai untuk pemula. Pencetak yang mudah dikendalikan ini menawarkan cetakan berkualiti tinggi dan sesuai untuk perniagaan kecil. Teknologi Mono LCD Photon Mono meningkatkan kecekapan cahaya UV untuk mengurangkan masa pengawetan kepada hanya 2 saat bagi setiap lapisan.
Spesifikasi:
- Teknologi Molding: Teknologi Mono LCD
- Saiz Cetakan: 130 x 80 x 165 mm
Kelebihan:
✅3x Kelajuan Mencetak
✅Sesuai untuk Perniagaan Kecil
✅’Top Cover Safety Detection’
Harga: RM1,047.00 – RM1,578.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. MINGDA Magician X2
MINGDA MAGICIAN X2 ialah pencetak 3D yang direka untuk kemudahan dan kecekapan. Pencetak ini mempunyai perataan satu klik yang membolehkan persediaan mudah dengan hanya tiga skru pada setiap sisi bingkai Z. Alami kualiti cetakan yang lancar dan kelajuan pantas sehingga 200mm/s yang 200% lebih pantas daripada produk pesaing. MINGDA MAGICIAN X2 juga menawarkan pengesanan filamen automatik dan keupayaan cetakan bersambung untuk memastikan cetakan lancar dan tidak terganggu.
Spesifikasi:
- Saiz Cetakan: 230 x 230 x 260 mm
Kelebihan:
✅Perataan automatik satu klik
✅Hasil cetakan yang lancar
✅Skrin LCD yang mudah difahami
Harga: RM1,199.00 – RM2,999.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Artillery Sidewinder X2 3D Printer
Artillery Sidewinder X2 3D Printer menawarkan cetakan yang lebih pantas dan lancar pada kelajuan yang lebih tinggi. Pencetak ini mempunyai ‘wide-voltage heat bed’ yang eksklusif untuk pemanasan pantas dan perlindungan keselamatan daripada suhu tinggi dan litar pintas. ‘Matrix automatic bed levelling’ yang terbina dalam dapat memastikan ujian kendiri yang tepat dan menghapuskan keperluan untuk pelarasan manual.
Spesifikasi:
- Teknologi Molding: FDM
- Saiz Cetakan: 300 x 300 x 400 mm
Kelebihan:
✅‘Heat Bed Protection’ yang eksklusif
✅’Automatic Bed Leveling’
✅Sangat senyap
Harga: RM1,867.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Creality 3D LD-002H Resin 3D Printer
Teknologi LCD Mono 2K memberikan skrin LCD Monokrom 2K resolusi tinggi 6.08″ untuk Creality 3D LD-002H Resin 3D Printer. Ia meningkatkan kelajuan cetakan sehingga 3 kali dan hayat skrin sehingga 400%. Pergerakan Z tegar pepejal yang dipastikan oleh rel linear menghasilkan cetakan yang lebih baik dan lebih halus.
Spesifikasi:
- Teknologi Molding: Teknologi LCD Mono
- Saiz Cetakan: 130 x 82 x 160 mm
Kelebihan:
✅Teknologi Mono LCD 2K
✅Kurang bau resin
✅Perisian pemotong chitu yang berkuasa
Harga: RM1,057.00 – RM1,610.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.