Dengan memanfaatkan kemudahan pencetak label mudah alih, anda mempunyai keupayaan untuk mencipta label bagi bekas penyimpanan, ruang peti sejuk, pantri anda, malah melabelkan kord, peralatan dan alatan anda. Seperti yang dijelaskan oleh penganjur profesional Laura Bostrom dari Everyday Order, “Label makers are essential in designating a home for items.” Malah, beliau secara rutinnya menggabungkan penggunaan label semasa merapikan barang untuk pelanggan dan mencadangkannya kepada sesiapa di luar sana yang mahu menwujudkan sistem yang cekap.
Untuk membantu anda mencari pilihan yang sempurna, kami menemui 7 pencetak label mudah alih untuk rumah anda. Dari sini, kami menilainya dari segi reka bentuk, pencetakan tag, ciri yang terdapat padanya, manual untuk memasangnya, fungsi dan juga harga yang ditawarkan. Berikut adalah 7 pencetak label mudah alih terbaik di Malaysia.
Bagaimana Mencari Pencetak Label Mudah Alih Terbaik di Malaysia?
Terdapat 3 langkah penting untuk mempertimbangkan alat ini sebelum membelinya:
1. Fahami Keperluan Anda
Mula-mula, anda mesti mengenal pasti perkara yang anda perlukan daripada pencetak label mudah alih. Keperluan boleh berbeza dengan ketara dan ia bergantung pada penggunaan anda. Sebagai contoh, jika anda bercadang untuk menggunakannya dalam tetapan komersial, anda mungkin memerlukan pencetak dengan kelajuan pencetakan yang tinggi dan pelbagai pilihan sambungan seperti Wi-Fi atau Bluetooth. Anda juga perlu mengambil kira jenis dan saiz label yang akan anda cetak, keserasian dengan peranti yang anda gunakan dan sebarang ciri khusus lain yang mungkin anda perlukan.
2. Lakukan Penyelidikan dengan Teliti
Sebaik sahaja anda mengetahui perkara yang anda cari, langkah seterusnya adalah menyelidik jenama dan model yang berbeza. Lawati laman web rasmi mereka kemudian bandingkan ciri, spesifikasi dan harga pelbagai model. Perhatikan faktor seperti resolusi cetakan, saiz label maksimum yang boleh dikendalikan oleh pencetak, kelajuan pencetakan, pilihan sambungan, jangka hayat bateri dan kemudahan penggunaan secara keseluruhannya.
3. Semak Ulasan Pelanggan
Akhir sekali, sentiasa semak ulasan dan penilaian pelanggan pada pelbagai platform. Ulasan daripada pengguna sebenar boleh memberikan pandangan berharga tentang prestasi, kebolehpercayaan dan kebolehgunaan pencetak yang anda inginkan. Ini boleh termasuk laman web e-dagang, forum teknologi dan platform semakan lain. Ingat, produk dengan bilangan ulasan dan penilaian positif yang lebih tinggi biasanya lebih dipercayai.
7 Pencetak Label Mudah Alih Terbaik di Malaysia 2025
1. Brother P-Touch PT-H110 Portable Handheld Label Maker Printer

Temui kaedah melabel yang mudah dengan PT-H110. Inilah penyelesaian muktamad anda untuk pelabelan yang cekap dan komprehensif di sekitar pejabat atau ruang kerja anda. Peranti ini dilengkapi dengan kekunci satu-sentuhan yang menjadikan penciptaan label lebih senang. Ini kerana ia dilengkapi dengan papan kekunci QWERTY yang mudah ditaip. Ia menawarkan kapasiti untuk mencetak sehingga 2 baris pada lebar pita berlamina TZe sehingga 12 mm pada kelajuan cetakan pantas 20 mm sesaat. Tambahan pula, dengan 12 reka bentuk mod Deco khusus untuk pita 12 mm, PT-H110 memastikan pelbagai pilihan gaya tersedia untuk keperluan melabel anda.
Spesifikasi:
- Batteri: 6 X AAA Bateri Alkali (LR03)
- Lebar Kertas: Sehingga 12 mm
Kelebihan:
✅Ringan
✅Ada keyboard QWERTY
✅Lebih 250 simbol
Harga: RM135.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Brother P-Touch PT-D210 Portable Label Maker Printer

Brother P-Touch PT-D210 Portable Label Maker Printer adalah rakan kongsi praktikal anda dalam pembuatan label yang cekap. Peranti ini memberikan kemudahan kepada anda dengan pilihan reka bentuk font tambahan dan pad papan kekunci yang mudah dikendalikan. Ia memberi anda kebebasan untuk menyesuaikan panjang label mengikut keperluan anda. Selain itu, ia juga menawarkan pelekat kalis air untuk ketahanan dan penggunaan yang lama. Dikuasakan oleh sama ada 6 bateri AAA atau ‘power adapter’, ia direka bentuk supaya mudah digunakan dan boleh dibawa ke mana-mana. Pakej ini didatangkan lengkap dengan pita pemula pelekat laminat hitam 12 mm yang berwarna putih dengan panjang 4 meter serta P-Touch D210 Label Printer.
Spesifikasi:
- Batteri: Bateri 6 x AAA Battery atau ‘Power Adapter’
- Lebar Kertas: Sehingga 12 mm
Kelebihan:
✅Kekunci pemformatan satu sentuhan yang mudah
✅Pratonton percetakan
✅Templat yang menyeronokkan
Harga: RM175.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Brother P-Touch Label Printer PT-P300BT

Alami penciptaan label yang lancar dengan Brother P-touch CUBE Label PT-P300BT. Peranti ini menawarkan aplikasi P-touch Design&Print percuma yang serasi dengan kedua-dua peranti Apple dan Android™. Reka bentuk dan cetak label diperibadikan dengan mudah daripada telefon pintar atau tablet anda apabila ia disambungkan ke rangkaian wireless menggunakan pencetak label inovatif ini. Aplikasi P-touch Design&Print menawarkan pelbagai pilihan template pra-reka bentuk untuk kegunaan rumah dan pejabat. Anda juga boleh membuat dan menyimpan label anda sendiri dengan mudah menggunakan 450 simbol, 60+ bingkai dan pelbagai aplikasi font yang merangkumi kebanyakan Library font Google dan Apple®.
Spesifikasi:
- Batteri: Batteri AAA
- Lebar Kertas: Sehingga 12 mm
Kelebihan:
✅Reka bentuk P-touch percuma
✅Reka bentuk dan cetak label
✅Templat bagi pra reka bentuk label rumah & pejabat rumah
Harga: RM229.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. D11/D61 Portable Smart Thermal Label Printer

Alami kebebasan mencetak label dengan D11/D61 Portable Smart Thermal Label Printer yang menyokong pencetakan teks, emotikon, kod bar, kod QR dan masa. Aplikasi yang disertakan mempunyai bank bahan yang luas untuk memperkayakan proses penciptaan label anda. Ia direka bentuk untuk menyokong pencetakan berterusan bagi kumpulan kecil yang menjadikannya sangat mudah untuk pelbagai tugas. Pencetak ini dikuasakan oleh kabel USB dan boleh disambungkan dengan mudah ke mana-mana port USB, sama ada pada komputer, komputer riba, pengecas telefon mudah alih atau bank kuasa anda. Sebagai alternatif, ia juga boleh beroperasi dengan menggunakan empat bateri AAA untuk situasi apabila port USB tidak tersedia (bateri tidak disertakan).
Spesifikasi:
- Resolusi Cetakan: 203 dpi
- Batteri: 1200mAh
Kelebihan:
✅Teknologi ‘Advanced Thermal Direct’
✅Percetakan haba hingar rendah
✅Pencetakan berterusan berkapasiti besar
Harga: RM100.00 – RM 120.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. PeriPage Label Printer L1

Temui pencetak yang direka untuk melakukan proses mencetak secara berterusan dengan kapasiti yang besar. Pencetak ini membolehkan ada menyelesaikan pelbagai tugas dan mengulangi kerja cetakan dalam satu operasi. Reka bentuk PeriPage Label Printer L1 yang padat dan ringan ini memastikan ia mudah disimpan dan dibawa ke mana-mana. Ciri ini menjadikannya teman yang boleh dipercayai untuk kegunaan rumah dan pejabat. Anda boleh menjalankan tugas tanpa mengganggu orang lain kerana percetakan habanya berbunyi rendah. Pencetak ini memaparkan penampilan yang elegan dan comel. Ia digabungkan dengan fungsi pintar yang akan meningkatkan produktiviti anda dan membolehkan anda membawanya dengan yakin ke mana sahaja anda pergi.
Spesifikasi:
- Resolusi Cetakan: 203 dpi
- Batteri: Bateri 4 * AAA atau kabel USB (Bateri tidak disertakan)
- Lebar Kertas: 13.5 mm
Kelebihan:
✅Menyokong pencetakan teks, emotikon, kod bar, kod QR, masa
✅Boleh dikuasakan oleh kabel USB
✅Warna yang cantik
Harga: RM106.20
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Niimbot B21 Label Printer

Niimbot B21 Label Printer mempunyai bateri berkapasiti besar terbina dalam yang menyediakan pencetakan berterusan selama 4 jam hanya dengan sekali cas. Ia menampung kertas label sehingga 50 mm yang menawarkan penggunaan serba boleh untuk pelbagai aplikasi. Keupayaan pencetak untuk mencetak pada mana-mana komoditi atau dokumen rekod menjadikannya alat yang tidak ternilai. Ia beroperasi melalui aplikasi mesra pengguna untuk meningkatkan kemudahan penggunaan. Ciri utama pencetak ini adalah fungsi tanpa dakwat. Ini kerana, ia menggunakan kertas haba untuk label bagi menghapuskan keperluan untuk membeli dakwat tambahan. Ini bukan sahaja menjimatkan kos tetapi juga memastikan cetakan adalah jelas dan terperinci. Pencetak ini adalah gabungan yang luar biasa antara kemudahan, kecekapan dan kualiti.
Spesifikasi:
- Resolusi Cetakan: 203 dpi
- Batteri: 1200mAh
- Lebar Kertas: < 50 mm
Kelebihan:
✅Pengatur huruf APP yang percuma
✅Sokong mengimbas mesej teks telefon mudah alih
✅Menyokong tulisan pinyin
Harga: RM154.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Flash Toy Mini Portable Blue-teeth Printer

Flash Toy Mini Portable Blue-teeth Printer adalah pencetak yang berguna dan mudah alih yang direka untuk menyelaraskan pencetakan label anda dan keperluan penghantaran pakej. Melalui aplikasi intuitif ini, ia memudahkan tugas pencetakan label. Ciri menonjol Flash Toy Mini adalah keupayaan pencetakan tanpa dakwat kerana ia menggunakan teknologi terma untuk mencetak data pada kertas label bagi memastikan operasi yang cekap dan mudah. Tambahan pula, pencetak ini dilengkapi dengan ciri pengecaman alamat penerima yang unik. Sistem pintar ini menghafal alamat yang menjadikannya lebih mudah untuk mencetak label bagi kenalan yang kerap.
Spesifikasi:
- Resolusi Cetakan: 340dpi
- BatterI: 700mAh Bateri Lithium
- Lebar Kertas: 57 mm
Kelebihan:
✅Saiz kecil
✅Sesuai untuk semua lapisan masyarakat
✅Sokong fungsi cetakan imej
Harga: RM106.00 – RM165.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.