Pencuci tangan antibakteria merupakan item penting yang perlu dimiliki di setiap isi rumah, ruang pejabat mahupun kawasan awam. Pencuci tangan antibakteria amat berkesan dalam menghapuskan virus dan kuman yang berbahaya kepada kesihatan anda. Mencuci tangan dengan betul dapat mengawal dan mengurangkan penyebaran penyakit kerana tangan merupakan pengantara utama kuman disebarkan. Oleh itu, mencuci tangan dengan pencuci antibakteria amat digalakkan.
Pencuci tangan antibakteria didatangkan dalam pelbagai saiz dan wangian yang boleh anda pilih berdasarkan keutamaan dan keperluan anda. Berikut adalah 8 pencuci tangan antibakteria terbaik yang anda boleh dapatkan untuk diri anda dan keluarga anda di Malaysia.
Bagaimana hendak memilih pencuci tangan antibakteria yang terbaik?
Memandangkan produk kebersihan telah menjadi salah satu keperluan masyarakat, banyak jenama telah mengambil peluang untuk mencipta pencuci tangan antibakteria mereka sendiri. Jadi untuk memilih pencuci tangan yang terbaik, anda perlulah mempertimbangkan aspek harga, isi padu dan jangka hayat pencuci tangan antibakteria sebelum membuat pembelian.
1. Harga
Amat penting untuk membeli produk mengikut kemampuan anda, jadi adalah lebih baik untuk sentiasa merujuk kepada belanjawan anda untuk mengelakkan perbelanjaan secara berlebihan.
2. Isi padu
Anda harus membeli produk dalam kuantiti dan isi padu yang mencukupi supaya anda tidak perlu membelinya lagi dalam masa yang terdekat. Mengira kekerapan dan jumlah orang yang menggunakan pencuci tangan amat penting kerana ia dapat membantu anda melakukan pembelian untuk jangka masa panjang.
3. Jangka hayat
Anda disarankan untuk memilih pencuci tangan dengan jangka hayat yang lama bagi membolehkannya digunakan dalam tempoh masa yang lama.
8 Pencuci Tangan Antibakteria Terbaik di Malaysia 2023
1. Antabax Antibacterial Hand Wash

Antabax Antibacterial Hand Wash ini telah diuji secara dermatologi dan berkesan menghapuskan 99.9% kuman dan bakteria. Pencuci tangan antibakteria ini diformulasikan dengan ‘Micro Moisture Serum’ bagi mengekalkan kelembapan kulit serta menyegarkan kulit. Selain itu, ia juga dapat memulihkan pelindung semula jadi kulit anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Air, Sodium Laureth Sulphate, Cocamidopropyl Betaine, Sodium Lauroamphoacetate, Sodium Lactate, Acrylates Copolymer, Styrene/ acrylates Copolymer, Gliserin, Farnesol, Phenoxyethanol, Fragrance, Citric Acid, Peg-45m Extract, Niacin Acid, Peg-45m Calcium Pantothenate, Sodium Ascorbyl Phosphate, Pyridoxine Hci, Tocopheryl Acetate, Tetrasodium Edta, Sodium Chloride, Methylchloroisothiazolinone, Methylisothiazolinone
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: 400 ml
Kelebihan:
✅ Selamat untuk bayi
✅ Hypoalergik
✅ Sesuai untuk kegunaan harian
Harga: RM6.95
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Hygienix Antibacterial Hand Soap Gel

Hygienix Antibakteria Hand Soap Gel ini diformulasikan dengan 100% bahan aktif semula jadi yang berkesan dalam melindungi tangan anda daripada virus dan bakteria tanpa menyebabkan sebarang kerengsaan. Gel pencuci tangan antibakteria ini mengandungi garam laut yang berfungsi untuk menenangkan kulit secara semula jadi serta mengelakkan kulit menjadi kering.
Spesifikasi:
- Bahan: Air, Sodium Laureth Sulphate, Cocamide Methyl MEA, Gliserin, Natrium Klorida, Pewangi, Maris Sal, Ekstrak Alga, Ekstrak Fucus Vesiculosus, o-Cymen-5-ol, Propylene Glycol, Ethylhexylglycerin, Octenidine Acid HCl Disodium EDTA, Methylchloroisothiazolinone, Methylisothiazolinone, CI 42090
- Negara Pengeluar: India
- Saiz: 250 ml
Kelebihan:
✅ 100% bahan semulajadi
✅ Menenangkan kulit
✅ Tekstur gel
Harga: RM5.30
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Lifebuoy Antibacterial Hand Wash Active Fresh

Lifebuoy Antibacterial Hand Wash Active Fresh ini akan melindungi anda dan orang yang tersayang daripada jangkitan dan virus. Pencuci tangan ini tidak akan membuatkan tangan anda kering kerana ia mengandungi ‘silver active’ yang membantu mengekalkan lembapan pada tangan. Selain itu, botolnya juga boleh dikitar semua sekali gus menjadikannya produk mesra alam.
Spesifikasi:
- Bahan: Air, Asid Myristic, Asid Laurik, Kalium Hidroksida, Kalium Klorida, Asid Palmitik, Sodium Laureth Sulphate, Glycol Distearate, Minyak wangi, Cocamidopropyl Betaine, Gliserin, Hydroxypropyl Methylcellulose, Sodium Chloride, Tetranicdrodium Carbonate, Potassodium Carbonate, Potassodium BTA Asid, Asid Stearik, Asid Sitrik, Natrium Benzoat, Menthol, Methylisothiazolinone, Terpineol, Triclocarban, Kopolimer VP/VA, Timol, Potassium Sulphate, Pentasodium Pentetate, Silver Oxide, Sodium Hydroxide, Trisodium NTA, CI 42090
- Negara Pengeluar: United Kingdom
- Saiz: 200 ml
Kelebihan:
✅ 100% boleh dikitar semula
✅ Tidak mengeringkan tangan
✅ Bau segar
Harga: RM6.20
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Walch Antibacterial Hand Wash

Walch Antibacterial Hand Wash ini membersihkan kulit anda dengan lembut dan mendalam daripada sebarang kotoran, gris dan bakteria tanpa menyebabkan sebarang kerengsaan atau ruam. Pencuci tangan antibakteria ini didatangkan dalam 3 variasi iaitu melembapkan, menyegarkan dan sensitif bagi membolehkan anda memilih pencuci tangan yang sesuai dengan keperluan dan jenis kulit anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Sodium Laureth Sulphate, Sodium Dodecyl Sulphate, Fragrance; Pewangi/Pewangi, C12-13 Alkyl Lactate, Decyl Glucoside, Citric Acid, Disodium EDTA, Disodium Laureth Sulfosuccinate, Gliserin, Gliserol, Lauryl Glucoside, Polysorbate 20, Air
- Negara Pengeluar: Jerman
- Saiz: 525 ml
Kelebihan:
✅ Lembut pada kulit
✅ Pembersihan yang mendalam
✅ Segar dan menenangkan
Harga: RM6.20
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Alpro Pharmacy Handguard Antibacterial Hand Wash

Alpro Pharmacy Handguard Antibacterial Hand Wash mempunyai pH 5.5 yang sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai kulit sensitif dan mudah kering. Pencuci tangan antibakteria ini berkesan dalam menghapuskan dan membunuh 99.9% kuman. Ia juga didatangkan dalam 2 bauan yang menyenangkan iaitu bergamot dan rosemary yang boleh anda pilih berdasarkan cita rasa anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Aqua, Sodium Laureth Sulphate, Cocamidopropyl Betaine, Cocamide DEA, Gliserin, PEG-120 Methyl Glucose Dioleate, Benzalkonium Chloride, Pewangi, Citric Acid, Tetrasodium EDTA, Methylchloroisothiazolinone, Methylisothiazolinone
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: 500 ml
Kelebihan:
✅ 2 bauan yang menyenangkan
✅ pH 5.5
✅ Lembut pada kulit
Harga: RM7.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Watsons Antibacterial Wild Berry Foaming Hand Wash

Watsons Antibacterial Wild Wild Berry Foaming Hand Wash ini mengandungi asid salisilik dan ekstrak daun sirih piper yang membantu dalam menyuburkan kulit serta meningkatkan perlindungan kulit terhadap bakteria dan virus. Pencuci ini mempunyai tekstur yang ringan yang menjadikannya sesuai untuk digunakan oleh kanak-kanak dan individu yang mempunyai kulit sensitif atau ekzema. Ia juga didatangkan dengan bauan buah beri yang segar.
Spesifikasi:
- Bahan: Sodium Laureth Sulphate, Sodium Dodecyl Sulphate, Pewangi, C12-13 Alkyl Lactate, Decyl Glucoside, Citric Acid, Disodium EDTA, Disodium Laureth Sulfosuccinate, Gliserin, Gliserol, Lauryl Glucoside, Polysorbate 20, Air, Salicylic Acid, Ekstrak Daun Sirih Piper
- Negara Pengeluar: Jerman
- Saiz: 525 ml
Kelebihan:
✅ Menyuburkan kulit
✅ Tekstur ringan
✅ Bau buah beri segar
Harga: RM9.40
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Kundal Antibacterial Hand Wash in Cherry Blossom

Kundal Antibacterial Hand Wash in Cherry Blossom ini mengandungi 15% Dryopteris Crassirhizoma iaitu bahan antibakteria yang mampu menghapuskan bakteria dan kuman berbahaya dengan berkesan. Selain itu, ia juga diformulasikan dengan madu organik, macadamia dan Aloe Vera untuk meningkatkan kelembapan pada tangan anda serta membaiki sebarang kerosakan kulit.
Spesifikasi:
- Bahan: Ekstrak Daun Aloe Barbadensis, Air, Natrium C14-16 Olefin Sulfonat, Disodium Laureth Sulfosuksinat, Gliserin, Natrium Klorida, Propilena Glikol Laurate, Natrium Cocoyl Glutamat, Teh-Cocoyl Glutamat, Butilena Glikol, Betaine, Terobati. Natrium Hyaluronate, Dextrin, Hydroxypropyl Methylcellulose, Arginine, Kalsium Karbonat, Heksanediol, Caprylyl Glycol, Polyquaternium-10, Xanthan Gum, Asid Sitrik, Disodium EDTA, Ekstrak Madu, Ekstrak Biji Macadamia Ternifolia, Ekstrak Leontopodium Alpinum Ca, Ekstrak Biji Kalium, Leontopodium Alpinum Ekstrak Daun, Ekstrak Buah Citrus Limon, Ekstrak Hamamelis Virginiana, Ekstrak Portulaca Oleracea, Ekstrak Centella Asiatica, Ekstrak Rosmarinus Officinalis, Ekstrak Inti Avena Sativa, Ekstrak Akar Glycyrrhiza Glabra, Ekstrak Biji Adansonia Digitata, Ekstrak Daun Salvia Officinalis, Ekstrak Buah Euterpe Oleracea Ekstrak Buah Idaeus, Ekstrak Bunga Camellia Japonica, Ekstrak Mawar, Arnica Mo Ekstrak Bunga ntana, Ekstrak Bunga Anthemis Nobilis, Ekstrak Buah Callicarpa Japonica, Ekstrak Kontroversi Cornus, Minyak Cocos Nucifera, Minyak Biji Camellia Japonica, Minyak Biji Simmondsia Chinensis, Pewangi
- Negara Pengeluar: Korea Selatan
- Saiz: 500 ml
Kelebihan:
✅ Meningkatkan kelembapan kulit
✅ Membaiki sebarang kerosakan kulit
✅ Bebas daripada 7 jenis bahan paraben
Harga: RM17.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Follow Me Antibacterial Hand Wash

Follow Me Antibacterial Hand Wash diperkaya dengan ekstrak mentol yang memberikan rasa sejuk pada tangan selepas dicuci. Pencuci tangan antibakteria ini juga mempunyai pH 5.5 sekali gus menjadikannya mesra kulit dan tidak merengsakan. Ia didatangkan dalam 3 variasi iaitu ‘family care’, ‘active care’ dan ‘natural care’. Selain itu, ia juga tidak akan mengeringkan tangan anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Air, Sodium Laureth Sulphate, Cocamidopropyl Betaine, Cocamide DEA, Lauryl Glucoside, Fragrance, PEG-7 Glyceryl Cocoate, Sodium Chloride, Panthenol, Polyquaternium-10, Triclosan, Vaccinium Myrtillus Fruit/Leaf Extract, SacSugar Officinarum ) Ekstrak, Ekstrak Acer Saccharum (Maple Gula), Ekstrak Buah Citrus Aurantium Dulcis (Oren), Ekstrak Buah Citrus Medica Limonum (Lemon), Asid Sitrik, Methylchloroisothiazolinone, Methylisothiazolinone, CI 19140
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: 450 ml
Kelebihan:
✅ 3 variasi pencuci tangan
✅ Ekstrak Menthol
✅ pH 5.5
Harga: RM5.88
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.