Apple baru sahaja mengadakan acara terbesar tahun ini, penuh dengan pelancaran dan kemas kini yang menarik untuk iPhone baru, Apple Watch, dan AirPods. Sama ada anda peminat teknologi atau sekadar pengguna yang suka gadget terkini, pasti ada sesuatu yang menarik untuk anda. Jom kita tengok sorotan utama!
iPhone 16 Pro: Kualiti Hebat dan Rekaan Premium
Memperkenalkan iPhone 16 Pro, bukan sekadar telefon pintar, tapi gajet yang penuh kuasa. Dengan cip A18 Pro yang canggih serta dibina dengan Apple Intelligence, iPhone ni datang dengan kemasan titanium, bingkai lebih nipis, dan paparan lebih besar. Memang premium habis!
Untuk penggemar fotografi, iPhone 16 Pro adalah pilihan yang sempurna. Ia dilengkapi dengan 7 lensa pro, membolehkan anda ambil gambar dari sudut lebar dengan kamera 48MP Ultra Wide sehinggalah 5x zoom Telephoto yang lebih terperinci. Rakaman video pun hebat, dengan Dolby Vision 4K dan slow-motion yang sinematik. Dan jangan lupa, fungsi Audio Mix membolehkan anda asingkan suara dalam video – sesuai untuk content creator!
iPhone 16: Pengalaman Harian yang Lebih Pintar

Bagi yang mencari telefon harian yang hebat, iPhone 16 adalah pilihan terbaik. Dengan cip A18 dan Apple Intelligence, ia menjanjikan prestasi yang pantas dan lancar. Ada juga butang Action yang boleh diubahsuai untuk kegunaan peribadi. Nak ambil gambar makro yang power? Kamera Fusion 48MP ada untuk anda!
Satu lagi ciri best adalah Visual Intelligence. Hanya arahkan kamera ke restoran dan terus dapatkan info macam menu, rating, dan waktu operasi. Dan, pilihan warna yang fresh pastikan anda dapat iPhone yang sesuai dengan gaya anda.
Apple Watch Series 10: Paling Nipis, Berkuasa Tinggi Dan Bergaya

Untuk anda yang aktif, Apple Watch Series 10 adalah pilihan yang wajib ada. Ini adalah Apple Watch paling nipis dengan paparan terbesar. Paling best, ia juga mengecas lebih pantas! Pilihan warna pun mantap, dengan kemasan titanium Natural, Gold, dan Dark Slate Grey, serta Jet Black aluminium yang cukup elegan.
Bagi mereka yang pentingkan kesihatan, kini ada ciri notifikasi Sleep Apnoea untuk pantau tidur anda. Bukan sekadar jam tangan, Apple Watch ni macam monitor kesihatan mini yang sentiasa jaga kesejahteraan anda.
Apple Watch Ultra 2: Jam Tangan Lasak Untuk Pengguna Aktif

Bagi mereka yang suka aktiviti lasak, Apple Watch Ultra 2 adalah pilihan yang tepat. Tahan lasak dan dilengkapi dengan kemasan titanium hitam, jam tangan ni memang direka untuk mereka yang suka adventure – hiking, diving, atau apa saja yang mencabar!
AirPods 4, AirPods Max dan AirPods Pro 2: Audio Berkualiti Tinggi


Peminat muzik akan suka AirPods 4 dengan ciri Active Noise Cancellation yang memastikan pengalaman mendengar yang lebih immersive. AirPods Max juga kini datang dengan USB-C dan lima warna menarik – lebih stylish, lebih praktikal.


Yang paling menarik, AirPods Pro 2 kini mempunyai ciri kesihatan pendengaran yang power, termasuk ujian pendengaran, perlindungan pendengaran aktif, dan keupayaan untuk menjadi alat bantu dengar gred klinikal. Dengan Active Noise Cancellation Pro, AirPods Pro 2 memang mengubah definisi fon kepala yang hebat.
Daripada iPhone 16 Pro yang menakjubkan hingga AirPods Pro 2 yang penuh inovasi, Apple terus menetapkan standard tinggi untuk teknologi terkini. Sama ada anda nak upgrade telefon, track kecergasan dengan Apple Watch, atau menikmati pengalaman audio terbaik, produk terbaru Apple memang ada sesuatu untuk semua orang.
Untuk pasaran Malaysia, pra-pesanan untuk keempat-empat model akan dibuka pada 13 September 2024, jam 8.00 malam. Sementara itu, jualan pertama akan bermula pada 20 September 2024

Panduan Harga Lengkap untuk iPhone 16 dan Produk Apple Baharu
Sebagai rujukan, berikut ialah senarai lengkap harga yang ditawarkan untuk semua model dalam iPhone 16 dan barisan produk Apple yang lain:
| Produk | Variasi | Harga (RM) |
| iPhone 16 | 128GB | 3,999 |
| 256GB | 4,499 | |
| 512GB | 5,499 | |
| iPhone 16 Plus | 128GB | 4,499 |
| 256GB | 4,999 | |
| 512GB | 5,999 | |
| iPhone 16 Pro | 128GB | 4,999 |
| 256GB | 5,499 | |
| 512GB | 6,499 | |
| 1TB | 7,499 | |
| iPhone 16 Pro Max | 256GB | 5,999 |
| 512GB | 6,999 | |
| 1TB | 7,999 | |
| Apple Watch Series 10 | GPS | 1,799 |
| GPS + CELLULAR | 1,799 | |
| TITANIUM | 3,299 | |
| Apple Watch Ultra 2 | – | 3,799 |
| AirPods 4 | AirPods 4 | 599 |
| AirPods 4 + ANC | 829 | |
| AirPods Max | – | 2,499 |
| AirPods Pro 2 | – | 1,099 |
Tingkatkan Peranti Apple Anda: Tukar Beli dan Penjimatan Besar
Berfikir untuk menaik taraf peranti Apple anda? Manfaatkan program tukar beli Apple untuk menjimatkan sehingga RM 4,750 pada iPhone baharu atau sehingga RM 2,400 pada Apple Watch baharu.
Nilai Tukar Beli iPhone
- iPhone 15 Pro Max: Sehingga RM 4,750
- iPhone 15 Pro: Sehinga RM 4,150
- iPhone 15 Plus: Sehingga RM 3,500
- iPhone 15: Sehingga RM 2,950
- iPhone 14 Pro Max: Sehingga RM 3,450
- iPhone 14 Pro: Sehingga RM 3,050
- iPhone 14 Plus: Sehingga RM 2,300
- iPhone 14: Sehingga RM 2,150
- iPhone SE (3rd generation): Sehingga RM 800
Malah model lama seperti iPhone 7 Plus boleh mencecah sehingga RM 250.
Nilai Tukar Beli Apple Watch
- Apple Watch Ultra 2: Sehingga RM 2,400
- Apple Watch Series 9: Sehingga RM 1,900
- Apple Watch Ultra: Sehingga RM 1,700
- Apple Watch Series 8: Sehingga RM 1,150
- Apple Watch SE (2nd generation): Sehingga RM 500
Apple Watch versi lama seperti Apple Watch Siri 5 boleh tukar beli dengan Apple sehingga RM 250.
Bagaimana Ia Berfungsi
- Semak Nilai Peranti Anda: Lawati halaman pertukaran masuk Apple untuk anggaran.
- Persediaan dan Pertukaran: Pastikan peranti anda sedia untuk tukar beli dan gunakan kredit untuk pembelian baharu anda.
Naik taraf hari ini dan nikmati penjimatan sambil menyumbang kepada masa depan yang mampan. Untuk butiran lanjut, lawati halaman Apple Trade-in.
Sumber: Wiser.my, Apple Official, Apple Trade-In, dan Apple Youtube