7 Penyejuk CPU Terbaik di Malaysia 2025

Penyejuk CPU ialah alat yang membantu mengawal suhu unit pemprosesan pusat (CPU) komputer. Ia berfungsi dengan menghilangkan haba yang dihasilkan oleh CPU semasa beroperasi. Penyejuk CPU datang dalam pelbagai bentuk dan saiz. Ia penting bagi mana-mana komputer untuk permainan intensif, penyuntingan video atau persembahan 3D.

Ketika CPU beroperasi pada suhu tinggi, ia boleh menyebabkan ketidakstabilan dan mengurangkan jangka hayat komponen. Penyejuk CPU membantu mengekalkan suhu dalam had yang selamat, mencegah kerosakan dan memastikan prestasi optimum. Selain menyejukkan CPU, beberapa penyejuk CPU juga menyediakan operasi yang lebih senyap dan estetika yang lebih baik untuk komputer anda. Memilih penyejuk CPU yang sesuai untuk keperluan dan bajet anda adalah penting kerana begitu banyak pilihan yang berbeza yang terdapat di pasaran.  Berikut adalah 7 penyejuk CPU terbaik di Malaysia.

Apakah Kesannya Jika Thermal Paste Digunakan Semasa Memasang CPU Cooler?

‘Thermal paste’ adalah keperluan untuk memasang penyejuk CPU. Ia juga membantu dalam ‘plugging’ jurang kecil antara CPU dan penyejuk bagi meningkatkan pemindahan haba dan keberkesanan penyejukan. Jika penyejuk CPU anda belum mempunyai ‘thermal paste’, anda perlu melakukannya sendiri.

Bagaimanakah CPU Saya Perlu Dikekalkan?

Adalah lebih baik untuk membersihkan habuk dan serpihan secara rutin yang terhimpun pada penyejuk dan kipasnya untuk memastikan CPU anda lebih sejuk. Berus lembut atau udara termampat mungkin digunakan untuk tujuan ini. Adalah penting untuk memantau suhu CPU anda dan memastikan penyejuk berfungsi dengan baik. Gantikan ‘thermal paste’ yang lebih sejuk atau gunakan semula jika anda mengesan sebarang masalah, seperti bunyi atau suhu yang meningkat.

7 Penyejuk CPU Terbaik di Malaysia 2025

1. Jonsbo CR1200 LGA1700

Jonsbo-CR-LGA
Kredit Gambar: Shopee

Penyejuk CPU Jonsbo CR1200 LGA1700 mempunyai antara muka kipas 3-pin dengan sokongan untuk kepala 4-pin papan induk. Ia dilengkapi dengan kesan pencahayaan automatik dan dua paip haba untuk penyejukan yang cekap. Selain itu, ‘Hydraulic bearing’ menyediakan operasi yang tenang dan ketahanan yang lebih lama.

Spesifikasi:

  • Tempoh Waranti: 1 tahun
  • Keserasian:
    Untuk Platform Intel : LGA 1150/1151/1155/1156/1200/ LGA1700,
    Untuk Platform AMD: AM5/AM4/AM3+/AM3/AM2+/AM2/FM2/FM2/FM1
  • Saiz: 310 g

Kelebihan:

Pencahayaan automatik
Mudah dipasang
15-36 CFM isipadu udara

Harga: RM35.00

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

2. Jonsbo CR1400

Jonsbo-CR
Kredit Gambar: Shopee

Penyejuk CPU ‘single-tower’ dari Jonsbo yang dipanggil CR1400 ini menggunakan empat paip haba untuk mendapat gabungan yang baik antara kecekapan dan prestasi. Ia juga dibuat untuk memberikan banyak tekanan udara yang menjadikannya sempurna untuk menyejukkan CPU yang kuat. Selain itu, ia mempunyai bilah kipas yang boleh ditanggalkan. Hal ini menjadikannya pilihan yang boleh dipercayai dan tahan lama untuk menyejukkan PC anda.

Spesifikasi:

  • Tempoh Waranti: 2 tahun
  • Keserasian:
    Untuk Platform Intel : LGA 1150/1151/1155/1156/1200 /LGA 1700 (ke-12),
    Untuk Platform AMD : AM5/AM4/AM3+/AM3/AM2+/AM2/FM2+/FM2/FM1
  • Saiz: 450 g

Kelebihan:

Empat paip haba
Bilah kipas boleh tanggal
Tahan lama

Harga: RM15.00 – RM58.00

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

3. Cooler Master i30 CPU Cooler

Cooler-Master-i-CPU-Cooler
Kredit Gambar: Shopee

Cooler Master i30 CPU Cooler ialah penyelesaian penyejukan berprestasi tinggi. Ia sesuai untuk antaramuka dan casis Intel LGA 115X dengan ketinggian ruang dalaman melebihi 60 mm. Selain itu, sirip aluminiumnya memberikan prestasi pelesapan haba yang sangat baik  manakala kipas diameter 92 mm memastikan penyejukan yang cekap dan tahan lama dengan jumlah udara yang besar dan bunyi yang rendah.

Spesifikasi:

  • Tempoh Waranti: 2 tahun
  • Keserasian: Intel® LGA 1156 / 1155 / 1151 / 1150 / 1120 / soket
  • Saiz: Standard

Kelebihan:

Menghilangkan haba dengan mudah
Bunyi bising yang rendah
Isi padu udara yang besar

Harga: RM14.88

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

4. ID-Cooling Frostflow 240 XT AIO CPU Cooler

ID-Cooling-Frostflow--XT-AIO-CPU-Cooler
Kredit Gambar: Shopee

ID-Cooling Frostflow 240 XT AIO CPU Cooler mempunyai pencahayaan LED putih klasik pada pam, menambah sentuhan bergaya pada sistem anda. Penyejuk ini mempunyai asas tembaga tulen sirip mikro yang menyediakan kawasan pelepasan haba yang lebih besar untuk prestasi penyejukan yang unggul. Selain itu, ia dilengkapi dengan ‘sleeved tubing’. Radiator 240 mm tebal memastikan pelepasan haba yang sangat baik manakala kipas PWM ‘dual high static pressure’ memberikan prestasi penyejukan yang luar biasa.

Spesifikasi:

  • Tempoh Waranti: 2 tahun
  • Keserasian: Sesuai untuk soket Intel dan AMD
  • Saiz: 300 g

Kelebihan:

Melepaskan haba yang besar
Mudah digunakan
‘Sleeved tubing’

Harga: RM249.00 – RM269.00

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

5. ID-Cooling SE-224-XTS CPU Cooler

ID-Cooling-SE--XTS-CPU-Cooler
Kredit Gambar: Shopee

ID-Cooling SE-224-XTS CPU Cooler mempunyai sirip sinki haba gelombang mikro, pelekap ‘metal mecha’ dan paip haba sentuhan langsung H.D.T. 3.0 untuk pelesapan haba yang unggul. Kipas penyejukan PWM memastikan prestasi penyejukan optimum sambil mengekalkan tahap bunyi yang rendah. Penyejuk ini juga mempunyai keserasian ‘memory’ yang sempurna.

Spesifikasi:

  • Tempoh Waranti: 2 tahun
  • Keserasian: Intel LGA1700/ 1200/ 1150/ 1151/ 1155/ 1156 dan AMD AM4/AM5
  • Saiz: 650 g

Kelebihan:

Kipas penyejukan PWM
Tahap bunyi yang rendah
Pemasangan ‘metal mecha’

Harga: RM99.00

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

6. ID-Cooling SE-30 CPU Cooler

ID-Cooling-SE--CPU-Cooler
Kredit Gambar: Shopee

ID-Cooling SE-30 CPU Cooler ini mempunyai aliran udara kipas yang dinilai pada 45.8 CFM manakala tahap bunyi antara 14 ~ 25.8 dBA. Ia beroperasi pada voltan DC 12V dan mempunyai penyambung PWM 4 PIN dari jenis ‘hydraulic bearing’ untuk operasi yang lancar dan tenang.

Spesifikasi:

  • Tempoh Waranti: 2 tahun
  • Keserasian:
    Untuk Platform Intel : LGA 1150/1151/1155/1156/1200 / LGA 1700 (ke-12,13)
    Untuk Platform AMD: AM4/ AM5
  • Saiz:  750 g

Kelebihan:

Tahan lasak
Tahan lama
Mudah digunakan

Harga: RM49.00

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

7. ID-Cooling SE-914 XT ARGB

ID-Cooling-SE--XT-ARGB
Kredit Gambar: Shopee

ID-Cooling SE-914 XT ARGB ialah penyejuk CPU berprestasi tinggi dengan mempunyai ‘hydraulic bearing’ dan penyambung 4 Pin PWM/5V 3 Pin ARGB. Ia beroperasi pada voltan operasi 10.8 ~ 13.2VDC dan voltan permulaan 7VDC. Penyejuk ini juga mempunyai ‘rated current’ 0.15A dan input kuasa 1.8W.

Spesifikasi:

  • Tempoh Waranti: 2 tahun
  • Keserasian: Intel LGA2066/2011/1200/1151/1150/1155/1156, AMD AM4
  • Saiz: 750 g

Kelebihan:

Berprestasi tinggi
‘Hydraulic bearing’
Penyambung ARGB 3 Pin

Harga: RM113.00

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close