10 Penyingkir Pengilat Kuku Terbaik di Malaysia 2025

Bahan pelarut aseton merupakan antara pelarut yang paling biasa digunakan untuk menyingkirkan pengilat kuku. Pelarut ini mempunyai keupayaan untuk menanggalkan pengilat kuku dari permukaan kuku anda. Berikut adalah 10 penyingkir pengilat kuku terbaik di Malaysia yang patut dipertimbangkan.

Adakah Penyingkir Pengilat Kuku Selamat untuk Kulit?

Pengilat kuku mengandungi aseton, iaitu pelarut yang tidak toksik kepada kulit tetapi berbahaya jika ditelan. Benar, pengilat kuku selamat untuk kulit tetapi berbahaya jika anda tertelan secara tidak sengaja.

Apa yang boleh anda gunakan selain daripada Penyingkir Pengilat Kuku?

Jika anda kehabisan penyingkir pengilat kuku, cuba gosokkan alkohol atau pembersih tangan untuk menghilangkan pengilat. Apa yang anda perlukan ialah titiskan sedikit alkohol pada pad kapas sebelum menyapu secara perlahan pada kuku anda. Biarkan selama 10 saat.  Kemudian, perlahan-lahan gosokkannya untuk mengeluarkan cat kuku.

10 Penyingkir Pengilat Kuku Terbaik di Malaysia 2025

1. OBN Fruit Nail Polish Remover

OBN-Fruit-Nail-Polish-Remover
Kredit Gambar: Shopee

OBN Fruit Nail Polish Remover ialah pengilat kuku yang unik kerana ia bukan dalam bentuk cecair tetapi merupakan tisu wangi yang kecil berbentuk bulat. Setiap pek mengandungi sebanyak 32 keping tisu, manakala harganya juga berpatutan. Sangat sesuai untuk menanggalkan pengilat kuku yang berasaskan minyak.

Spesifikasi:

  • Isi padu: 32 keping

Kelebihan:

✅ Bau buah
✅ Mudah disimpan
✅ Berkesan pada pengilat kuku berasaskan minyak

Harga: RM2.00

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Super Fast Nail Polish Remover

Super-Fast-Nail-Polish-Remover
Kredit Gambar: Shopee

Super Fast Nail Polish Remover akan menanggalkan pengilat kuku anda dengan mudah dan pantas. Ia juga mudah disimpan kerana saiznya kecil. Terdapat beberapa saiz yang boleh anda pilih iaitu 55 ml dan 120 ml.

Spesifikasi:

  • Isi padu: 55 ml, 120 ml

Kelebihan:

✅ Mudah digunakan
✅ Pelbagai saiz
✅ Murah dan mudah dibawa

Harga: RM1.56 – RM4.95

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Denesy Nail Polish Remover

Denesy-Nail-Polish-Remover
Kredit Gambar: Shopee

Denesy Nail Polish Remover mempunyai isipadu 160 ml. Penanggal pengilat kuku ini mudah digunakan kerana penutupnya dapat menghalang cecair di dalam bekas ini daripada bocor.

Spesifikasi:

  • Isi padu: 60 ml

Kelebihan:

✅ Menghalang kebocoran
✅ Sesuai untuk semua
✅ Saiz sederhana besar

Harga: RM6.90 – RM15.00

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Emily Nail Enamel Remover

Emily-Nail-Enamel-Remover
Kredit Gambar: Lazada

Emily Nail Enamel Remover merupakan penyingkir pengilat kuku yang sangat baik yang boleh anda cuba. Dengan harga RM 1.40, anda boleh mendapatkan sebotol kecil penyingkir pengilat kuku 25 ml yang dapat menghilangkan serta-merta pengilat kuku.

Spesifikasi:

  • Isi padu: 25 ml

Kelebihan:

✅ Baik untuk semua pengilat kuku
✅ Mudah disimpan
✅ Harga murah

Harga: RM1.40

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Kleen Mild Nail Polish Remover

Kleen-Mild-Nail-Polish-Remover
Kredit Gambar: Shopee

Kleen Mild Nail Polish Remover ini ditingkatkan dengan niacinamide untuk menguatkan kuku anda yang rosak dan rapuh. Ia mengandungi formula ringan dengan bau segar untuk menanggalkan pengilat kuku tanpa merosakkan kuku. Namun, penanggal ini tidak sesuai untuk pengilat kuku jenis gel dan gam.

Spesifikasi:

  • Isi padu: 200 ml

Kelebihan:

✅ Bau segar
✅ Dapat menguatkan kuku
✅ Tidak merosakkan kuku

Harga: RM5.88

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Aliver Professional Magic Remover

Aliver-Professional-Magic-Remover
Kredit Gambar: Shopee

Aliver Professional Magic Remover popular kerana kesan penyingkiran yang memuaskan. Tidak seperti pengilat kuku lain, produk ini hanya memerlukan anda meletakkannya pada kuku dan biarkan seketika. Selepas beberapa saat, anda dapat melihat pengilat kuku akan mula merekah dan boleh disingkir manakala kuku mudah dibersihkan.

Spesifikasi:

  • Isi padu: 15 ml

Kelebihan:

✅ Mudah dibersihkan
✅ Menjimatkan masa
✅ Kesan yang memuaskan

Harga: RM12.90 – RM38.90

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Modelones Gel Nail Polish Remover 

Modelones-Gel-Nail-Polish-Remover
Kredit Gambar: Shopee

Modelones Gel Nail Polish Remover merupakan penyingkir pengilat kuku yang mudah digunakan. Letakkannya pada kuku dan biarkan seketika. Kemudian, anda hanya perlu menggosok atau mengupas pengilat kuku. Kaedah ini dapat menjimatkan masa dan tenaga untuk menanggalkan pengilat kuku.

Spesifikasi:

  • Isi padu: 10 ml

Kelebihan:

✅ Berkualiti tinggi
✅ Mudah digunakan
✅ Menjimatkan masa dan tenaga

Harga: RM3.90

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Revlon Cutex Ultra-Powerful Nail Polish Remover

Revlon-Cutex-Ultra-Powerful-Nail-Polish-Remover
Kredit Gambar: Shopee

Revlon Cutex Ultra-Powerful Nail Polish Remover mengandungi 98% aseton untuk memastikan penyingkiran yang cepat dan berkesan. Pengilat ini mempunyai wangian timun yang segar. Juga terdapat dalam varian lain iaitu Revlon Cutex Ultra-Powerful Nail Polish Remover.

Spesifikasi:

  • Isi padu: 200 ml

Kelebihan:

✅ Berfungsi dengan pantas
✅ Wangian timun segar
✅ Mampu menanggalkan pengilat kuku yang sukar

Harga: RM16.90

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. SILKYGIRL QuikClean Nail Polish Remover 

SILKYGIRL-QuikClean-Nail-Polish-Remover
Kredit Gambar: Silkygirl

SILKYGIRL QuikClean Nail Polish Remover mempunyai formula berkesan yang dapat menyingkir pengilat kuku dengan pantas. Diperkaya dengan Vitamin E untuk menjaga kesihatan kuku anda. Paling baik ialah penyingkir pengilat kuku ini tidak akan mengeringkan kuku dan kulit anda.

Spesifikasi:

  • Isi padu: 85 ml

Kelebihan:

✅ Tidak mengeringkan kulit dan kuku
✅ Kaya dengan Vitamin E
✅ Menanggalkan pengilat kuku perlahan-lahan

Harga: RM9.45

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. SILKYGIRL Cute Nail Extra Strength Nail Polish Remover 

SILKYGIRL-Cute-Nail-Extra-Strength-Nail-Polish-Remover
Kredit Gambar: Watsons

SILKYGIRL Cute Nail Extra Strength Nail Polish Remover merupakan pengilat kuku berpelembab yang direka untuk menghilangkan pengilat kuku dengan mudah. Penyingkir ini didatangkan dengan kandungan 200 ml, membolehkan anda menggunakannya untuk tempoh yang lama.

Spesifikasi:

  • Isi padu: 200 ml

Kelebihan:

✅ Melembabkan kuku
✅ Sesuai untuk semua jenis kuku
✅ Boleh digunakan untuk tempoh yang lama

Harga: RM14.31

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close