10 Produk Penjagaan Kulit Wardah Terbaik di Malaysia 2023

Wardah merupakan jenama kecantikan yang berasal dari Indonesia. Jenama ini terkenal sebagai jenama kosmetik halal yang turut mencipta nama di pasaran antarabangsa. Ia menawarkan pelbagai set penjagaan kulit pada harga yang berpatutan. Berdasarkan kualiti produk yang ditawarkan,  tidak hairanlah jika jenama ini sering kali menerima ulasan positif daripada pelanggan.

Produk penjagaan kulit Wardah ini mudah untuk diakses di pelbagai lokasi ‘drugstore’ dan farmasi yang membolehkan anda menilai secara fizikal ciri-ciri yang anda inginkan. Berikut adalah 10 produk penjagaan kulit Wardah terbaik di Malaysia.

Apakah 5 Jenis Kulit Asas?

Amat penting untuk anda memahami jenis kulit anda bagi membolehkan anda melakukan rutin penjagaan kulit yang betul. Terdapat 5 jenis kulit asas yang boleh didapati iaitu jenis kulit berminyak, kering, sensitif, kombinasi dan normal. 

Bagaimana Hendak Menentukan Jenis Kulit Anda?

Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menentukan jenis kulit yang anda miliki. Salah satu cara yang paling mudah adalah dengan menekan ‘blotting paper’ yang bersih pada beberapa bahagian muka anda. Selepas itu, pegang helaian tersebut di bawah lampu untuk melihat kesan minyak. Jika ‘blotting paper’ anda dipenuhi dengan kesan minyak, ia bermakna kulit anda lebih cenderung kepada jenis kulit berminyak.

10 Produk Penjagaan Kulit Wardah Terbaik di Malaysia 2023

Advertise With My Weekend Plan

1. Wardah Lightening Face Toner

Wardah Lightening Face Toner
Kredit gambar: Watsons

Wardah Lightening Face Toner merupakan salah satu toner muka yang popular dan dijual pada harga berpatutan. Toner Wardah ini sesuai untuk anda yang mempunyai kulit kusam, tona kulit tidak sekata dan mampu mengecilkan liang pori. Selain itu, ia mengandungi vitamin E yang berfungsi sebagai antioksidan untuk melindungi kulit wajah anda daripada radikal bebas.

Spesifikasi:

  • Bahan: Aqua, Triethanolamine, Glycolic Acid, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Phenoxyethanol, Trideceth-9, Niacinamide, Fragrance, Ethylhexylglycerin, Propylene Glycol, Polysorbate 20, Tocopheryl Acetate, Ulva Laclycerr Glycol Ekstrak Akar, Potassium Sorbate, Sodium Benzoate.
  • Isi padu: 125 ml

Kelebihan:

Mudah untuk didapati di kedai fizikal mahupun dalam talian
Formulasi efektif

Harga: RM8.01

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Wardah Lightening Micellar Gentle Face Wash

Wardah Lightening Micellar Gentle Face Wash
Kredit gambar: Watsons

Wardah Lightening Micellar Gentle Face Wash dihasilkan dengan teknologi ‘micellar’ untuk membersih secara mendalam, menanggalkan mekap jenis ‘waterproof’ serta membersihkan liang pori yang tersumbat akibat sisa kotoran solekan, minyak dan habuk. Ia juga mengandungi formula ‘pH-balanced’ yang dapat mengimbangi tahap pH semula jadi kulit serta mengekalkan kelembapan semula jadi kulit. Pencuci muka ini boleh digunakan untuk semua jenis kulit.

Spesifikasi:

  • Bahan: Aqua, Gliserin, Cocamidopropyl Betaine, Cocamide DEA, Sodium Laureth Sulfate, PEG-3 Distearate, Sodium Chloride, Potassium Laureth Phosphate, Sodium Methyl Cocoyl Taurate, Sodium Lauroyl Sarcosinate, Niacinamide, Glycyrrhiza Fragrice , Propylene Glycol, Phenoxyethanol, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Ethylhexylglycerin, Triethanolamine, Citric Acid
  • Isi padu: 100 ml

Kelebihan:

Mengekalkan kelembapan kulit
Lembut pada kulit

Harga: RM8.64

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Wardah Lightening Gentle Exfoliator

Wardah Lightening Gentle Exfoliator
Kredit gambar: Wardah

Anda mempunyai sel kulit mati yang terkumpul di muka? Jangan risau! Wardah Lightening Gentle Exfoliator ini sesuai untuk anda. Ia mengandungi ciri ‘microfoliant’ yang berfungsi untuk membersihkan dan menghilangkan kekusaman secara intensif dan lembut. Hasilnya, kulit akan jadi lebih cerah, sihat serta masalah kulit berminyak juga berkurangan tanpa menyebabkan sebarang iritasi pada kulit.

Spesifikasi:

  • Bahan: Aqua, Sodium Laureth Sulphate, Niacinamide, PEG-3 Distearate, Silika Terhidrat, Gliserin, Acrylates Copolymer, Hydroxyethylcellulose, Cocamidopropyl Betaine, Phenoxyethanol, Sodium Lauroyl Sarcosinate, Sodium Chloride, Ethylglycerindium Fraxyl, Ethylglycerin Glycol, Disodium Phosphate, Polysorbate 60, Glycyrrhiza Glabra (root) Extract, Sodium Phosphate, CI 74160
  • Isi padu: 50 ml

Kelebihan:

Menanggalkan sebum tambahan
Membersihkan liang pori secara intensif

Harga: RM5.31

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Wardah C-Defense Face Mist

Wardah C Defense Face Mist
Kredit gambar: Watsons

Wardah C-Defense Face Mist ini mengandungi vitamin C Hi-Grade dan faktor pelembap semula jadi yang dapat melembapkan kulit serta memulihkan keanjalan kulit wajah. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dengan formula khas untuk membuatkan wajah kelihatan lebih ‘glowing’. Jadi anda boleh perolehi kulit yang ‘glowing’ dalam sekelip mata.

Spesifikasi:

  • Bahan: Aqua, Propanediol, 3-O-Ethyl Ascorbic Acid, Sodium PCA, Allantoin, Disodium EDTA, Phenoxyethanol, Chlorphenesin, Trideceth-9, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Gliserin, Pewangi, Polysorbate Acid 20
  • Isi padu: 55 ml

Kelebihan:

Menganjalkan kulit
Mengekalkan kelembapan wajah

Harga: RM11.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Wardah Acnederm Pore Refining Toner

Wardah Acnederm Pore Refining Toner
Kredit gambar: Shopee

Pemakaian toner amat penting kerana ia boleh membantu menghilangkan kotoran yang terdapat pada liang pori walaupun selepas mencuci muka. Toner ini mengandungi ekstrak Aloe Vera yang berfungsi untuk menyegarkan kulit wajah serta memberikan kesan lembapan sepanjang hari. Wardah Acnederm Pore Refining ini berkesan mengatasi masalah kulit berminyak.

Spesifikasi:

  • Bahan: Aqua, Propylene Glycol, Gliserin, Zink Glukonat, Phenoxyethanol, Butylene Glycol, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Trideceth-9, Ekstrak Aloe Vera (Daun), Disodium EDTA, Ethylhexylglycerin, Lac26te, Menthylglycerin, Lac26. -Buteth-26, Polysorbate 20, Hammamelis Virginiana (Witch Hazel) Extract, Potassium Sorbate, Sodium Benzoate
  • Isi padu: 100 ml

Kelebihan:

Mengecilkan liang pori
Menyegarkan

Harga: RM9.69

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Wardah Acnederm Acne Spot Treatment Gel 

Wardah Acnederm Acne Spot Treatment Gel
Kredit gambar: Shopee

Wardah Acnederm Acne Spot Treatment diformulasikan dengan ‘Dermatreat actives’ dan ekstrak ‘willowherb’ untuk rawatan jerawat dan pencegahan jerawat. Ia juga diperkaya dengan BHA dan 7 ekstrak tumbuhan yang membantu untuk memudarkan parut jerawat. Gel ini sesuai digunakan pada kulit normal, berminyak, kombinasi dan berjerawat ekoran ia mudah meresap ke dalam kulit dan tak melekit.

Spesifikasi:

  • Bahan: Aqua, Propylene Glycol, Gliserin, Zink Glukonat, Phenoxyethanol, Butylene Glycol, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Trideceth-9, Ekstrak Aloe Vera (Daun), Disodium EDTA, Ethylhexylglycerin, Lac26te, Menthylglycerin, Lac26. -Buteth-26, Polysorbate 20, Hammamelis Virginiana (Witch Hazel) Extract, Potassium Sorbate, Sodium Benzoate
  • Isi padu: 15 ml

Kelebihan:

Merawat jerawat
Memudarkan parut jerawat

Harga: RM7.40

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Wardah Lightening Whip Facial Foam Facial Cleanser

Wardah Lightening Whip Facial Foam Facial Cleanser
Kredit gambar: Watsons

Wardah Lightening Whip Facial Foam Facial Cleanser mempunyai buih 5 kali lebih lembut berbanding pencuci muka yang lain sekali gus menjadikannya sesuai untuk semua jenis kulit. Ia dirumus dengan Niacinamide yang telah terbukti secara klinikal dapat mencerahkan dan melicinkan kulit. Ia juga membantu dalam mengekalkan tahap kelembapan kulit serta menjadikan kulit lebih sihat dan berseri.

Spesifikasi:

  • Bahan: Aqua, Gliserin, Asid Myristic, Asid Laurik, Kopolimer Akrilat, Kalium Hidroksida, Kalium Cocoyl Glycinate, Asid Stearik, Butylene Glycol, PEG-8, Cocamidopropyl Betaine, Glyceryl Stearate, Potassium Cocoate/7 Potassium Cocoate, Polyquatoyl Lauroyl Glutamate, Niacinamide, Glycyrrhiza Gabra (Likuoris) Ekstrak Akar, Tocopherol, Pewangi, Allantoin, Propylene Glycol, Ethylhexylglycerin, Sodium Chloride, Phenoxyethanol, Disodium EDTA
  • Isi padu: 90 ml

Kelebihan:

Mencerahkan wajah
Membersih secara mendalam

Harga: RM10.44

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Wardah Acnederm Day Moisturizer

Wardah Acnederm Day Moisturizer
Kredit gambar: Shopee

Wardah Acnederm Day Moisturizer merupakan pelembap serba guna yang mampu menangani pelbagai masalah kulit seperti kulit kusam, berminyak dan jerawat. Bukan itu saja, pelembap ini juga dapat memberi perlindungan daripada sinaran UV serta dapat mengawal lebihan sebum pada kulit. Hal ini sekali gus menjadikan kulit kurang berminyak. Pelembap ini sesuai untuk jenis kulit berminyak dan berjerawat.

Spesifikasi:

  • Bahan: Aqua, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Propylene Glycol, 4-Methylbenzylidene Camphor, Acrylates Copolymer, Dimethicone, Polyacrylamide, Cyclopentasiloxane, Butylene Glycol, Benzyl Alcohol, Panthenol, Triethanothyl-lamine, Barthenol, Triethanothyl-lamine, Cbatylene Glycol , Ekstrak Epilobium Angustifolium, Laureth-7, Beta-Glucan, Carbomer, Pewangi, Titanium Dioksida, Tocopheryl Acetate, Dimethicone Crosspolymer, Dimethicone/​Vinyl Dimethicone Crosspolymer, Phenoxyethanol, Dimethiconol, Sodium Metabisium Sorbat, Sodium Metabisulfite, Hamas Tocopherol, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Trideceth-9, Polysorbate 20, Ci 19140, Ci 42090
  • Isi padu: 40 ml

Kelebihan:

Melembapkan kulit
Mencegah pelbagai masalah kulit

Harga: RM10.20

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Wardah Lightening Face Mist

Wardah-Lightening-Face-Mist
Kredit gambar: Shopee

Wardah Lightening Face Mist ini sangat sesuai untuk anda yang gemar melancong. Hal ini kerana, ia didatangkan dengan ciri 3 dalam 1, di mana ia boleh digunakan sebagai ‘primer’, semburan tetapan dan penghidratan kulit. Bukan itu sahaja, ia juga diperkaya dengan Niacinamide yang membantu mencerahkan kulit wajah dengan sekata. Ia juga sesuai untuk semua jenis kulit sekali gus menjadikannya salah satu ‘face mist’ yang praktikal.

Spesifikasi:

  • Bahan: Aqua, Niacinamide, Propanediol, Phenoxyethanol, Chlorphenesin, Disodium EDTA, Allantoin, Gliserin, Propylene Glycol, PVP, Glycyrrhiza Glabra (Licorice) Ekstrak Akar, Trideceth-9, Aminomethyl Propanol, Fragranated Castor-40 Oil Polysorbate 20
  • Isi padu: 60 ml

Kelebihan:

Kesan tahan lama
Melindungi kulit

Harga: RM8.10

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. Wardah C-Defense Energizing Creamy Wash

Wardah-C-Defense-Energizing-Creamy-Wash
Kredit gambar: Shopee

Wardah C -Defense Energizing Creamy Wash mampu membersihkan muka dengan lembut dan menyeluruh sekali gus melegakan wajah daripada sebarang kerengsaan. Ia juga diformulasikan dengan vitamin C dan kompleks ‘active moist’ untuk mencerahkan dan meremajakan kulit anda. Produk ini sangat sesuai untuk anda yang mengalami masalah kulit kusam dan kering.

Spesifikasi:

  • Bahan: Aqua, Gliserin, Myristic Acid, Butylene Glycol, Stearic Acid, Potassium Hydroxide, Potassium Cocoyl Glycinate, Lauric Acid, Glyceryl Stearate, PEG-3 Distearate, Olive Oil PEG-7 Ester, Fragrance, Sodium Ascorbyl Phosphanote Polyquaternium-7, Panthenol, Hydroxypropyl Methylcellulose, Ethylhexylglycerin, Disodium EDTA, Vitis Vinifera (Grape), Ekstrak Biji
  • Isi padu: 100 ml

Kelebihan:

Memberi kelembapan berpanjangan pada kulit
Membersihkan secara mendalam

Harga: RM9.69

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close