Dengan sulaman kening, anda boleh menjimatkan masa untuk dandanan kening harian, seperti mengisi kawasan yang jarang atau membentuk kening dengan solekan. Juga, setelah kening disulam, ia memerlukan penyelenggaraan yang minimum.
Oleh itu, jika anda ingin mencapai kening yang lebih penuh, jelas dan meningkatkan penampilan anda, baca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai 10 perkhidmatan sulaman kening terbaik di KL dan Selangor.
Bolehkah Anda Memilih Wanra Untuk Sulaman Kening Anda?
Ya, mengenai sulaman kening, anda boleh memilih warna berdasarkan pilihan anda dan rupa yang diingini. Pemilihan biasanya termasuk rangkaian warna yang hampir padan dengan warna rambut semula jadi, sekali gus membolehkan anda mencapai hasil yang lebih realistik dan neutral.
Mengapa Anda Perlu Memilih Pakar Kecantikan Yang Berlesen Dan Berpengalaman?
Memilih pakar kecantikan yang berlesen dan berpengalaman adalah penting kerana mereka akan mengikut amalan kebersihan yang betul. Ini termasuk menggunakan jarum dan alatan steril, membersihkan kawasan kerja, dan mengekalkan persekitaran yang bersih dan selamat.
Apakah Penjagaan Selepas Rawatan Sulaman Kening?
Untuk menjaga sulaman kening, pastikan kawasan itu bersih. Anda boleh gunakan pembersih yang lembut untuk membersihkan bahagian kening. Elakkan kelembapan berlebihan dan jangan menguntil kudis. Gunakan produk penjagaan selepas diarahkan, serta elakkan solekan dan aktiviti yang boleh menyebabkan anda berpeluh atau geseran pada bahagian kening. Selain itu, anda perlu melindungi kening anda daripada terdedah kepada matahari dengan penggunaan sunscreen.
Baca Lagi:
- Perkhidmatan Sulaman Kening di Pulau Pinang
- Perkhidmatan Sulaman Kening di Johor
10 Perkhidmatan Sulaman Kening Terbaik di KL & Selangor 2023
1. Eyedo Eyebrow Specialist
Eyedo Eyebrow Specialist merupakan sebuah kedai sulaman kening terkemuka yang mempunyai 5,000 pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatannya. Mereka pakar dalam teknik micro-blading atau Hair Stroke yang tepat, mengaplikasikannya secara manual untuk hasil yang paling semula jadi. Kebanggaan mereka terletak pada kualiti luar biasa bagi setiap rawatan yang mereka tawarkan. Alami kesenian Eyedo dan dapatkan kening yang cantik tanpa cela.
Waktu Operasi: 11:00 pagi – 6:00 petang (Setiap hari)
Alamat: No. 2, D-18-5, Menara Suezcap Tower 1, KL Gateway, Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur
No. Telefon: 016-221 1479
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/eyedospmu/
Instagram: https://www.instagram.com/eyedospmu/?hl=en
semak laman web di sini2. Bowbowbrow Petaling Utama
Bowbowbrow adalah kedai sulaman kening luar biasa yang menawarkan perkhidmatan yang mesra dan profesional. Kakitangan mereka akan menjawab semua pertanyaan anda. Suasana di kedai ini selesa dan akan membuatkan anda berasa santai semasa menerima rawatan. Bowbowbrow sangat sesuai untuk mereka yang pertama kali mahu melakukan sulaman kening. Hal ini kerana juruteknik, pakar kecantikan dan peruding rias mereka berpengetahuan. Kedai ini disyorkan kepada anda yang ingin mendapatkan rawatan sulaman kening yang memuaskan.
Waktu Operasi:
10:30 pagi – 7:30 petang (Isnin – Jumaat)
9:30 pagi – 6:30 petang (Hari minggu)
Alamat: 31-G, Jalan PJS 1/50, Taman Petaling Utama, 46000 Petaling Jaya, Selangor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/bowbowbrow/?locale=ms_MY
Instagram: https://www.instagram.com/bowbowbrow/?hl=en
semak laman web di sini3. Crissbrow Embroidery Art & Academy
Crissbrow Embroidery Art & Academy menawarkan bilah mikro yang mudah dan sesuai untuk mereka yang mahukan kening asli dan penuh. Hasil rawatan biasanya bertahan 1-3 tahun dan pelanggan menerima perkhidmatan mereka yang cemerlang dengan puas hati. Prosedur ini menggunakan bahan yang selamat sekali gus memberikan pengalaman yang menarik untuk anda. Nikmati faedah yang mereka tawarkan seperti anda dapat menjimatkan masa dan wang untuk solekan dan mencapai penampilan yang muda dengan rawatan ini.
Alamat: 70A, Jalan SS 2/60, SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor
No. Telefon: 012-232 4116
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/crissbrowembroideryart/
Instagram: https://www.instagram.com/crissbrow_academy/?hl=en
semak laman web di sini4. Dash
DASH menawarkan persekitaran yang selesa dan menenangkan di mana pakar kecantikan profesional yang berpengalaman akan memanjakan anda. Terkenal dengan perkhidmatan terbaik, pasukan mereka ynag berbakat akan memberikan penjagaan yang luar biasa kepada anda. Sulaman kening di DASH melibatkan sapuan halus seperti bulu yang mengikut corak pertumbuhan rambut semula jadi bagi menghasilkan rupa yang luar biasa dan asli. Percayai mereka untuk memenuhi semua keperluan kecantikan anda dan rasai sendiri perkhidmatan cemerlang mereka.
Waktu Operasi: 9:00 pagi – 7:00 petang (Setiap hari)
Alamat: Lot B-1-01, The Hub SS2, 19 Jalan Sentral, Jalan Harapan, Seksyen 19, 46300 Petaling Jaya, Selangor
No. Telefon: 03-7932 0210
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/dashartistrymy/
Instagram: https://www.instagram.com/dashartistry/?hl=en
semak laman web di sini5. V’Brow Happiness
V’Brow Happiness merupakan kedai sulaman kening yang terkenal, dan pelanggan menerima penjagaan rapi daripada juruteknik kening mereka. Mereka menawarkan nasihat berharga semasa sesi reka bentuk kening dengan sabar dan profesional. Proses ini tidak menyakitkan, dan pelanggan gembira dengan perkhidmatan tersebut. Tambahan pula, kebersihan kedai ini menjadikannya destinasi yang sangat disyorkan untuk anda mendapatkan perkhidmatan sulaman kening.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 6:00 petang (Jumaat – Rabu), Tutup (Khamis)
Alamat: No.19, 1st Floor, Jalan SS 2/64, SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor
No. Telefon: 017-346 2017
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/vbrowhappiness/
Instagram: https://www.instagram.com/vbrowhappiness/?hl=en
semak laman web di sini6. Facelab Embroidery
Facelab Embroidery merupakan kedai sulaman kening yang menawarkan perkhidmatan yang luar biasa. Dengan kesabaran dan kepakaran mereka, juruteknik kening meluangkan masa untuk melukis dan membentuk kening anda dengan sempurna. Kakitangan yang mesra dan kemahiran membentuk kening yang terkemuka menjadikan pengalaman sulaman kening anda menyeronokkan. Pasukan ini berusaha lebih keras dengan menyediakan arahan penjagaan selepas rawatan yang teliti. Bahkan, mereka menyediakan kad peringatan yang lengkap untuk para pelanggan. Percayai Facelab untuk pengalaman sulaman kening yang menarik.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 7:30 petang (Setiap hari)
Alamat: KA1-2-11, 39, Jalan Kuchai Maju 13, Kuchai Avenue, 58200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No. Telefon: 018-570 1051
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Instagram: https://www.instagram.com/facelab.embroidery/?hl=en
7. Queen Touch Saloon
Sulaman kening di Queen Touch Saloon sungguh menggembirakan, berkat kepakaran juruteknik kening mereka yang pakar. Hasil kerja tangan halus mereka memastikan kening yang direka sesuai bagi meningkatkan kecantikan semula jadi anda. Manjakan diri anda dengan rawatan wajah yang indah di samping perkhidmatan sulaman kening. Paling menarik, harga yang berpatutan menjadikan kedai ini sebagai pilihan yang tidak dapat dinafikan.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 8:00 malam (Setiap hari)
Alamat: 3, B-4-1-1 block B, 50, Jalan Semarak Api 2, Diamond Square, 53000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No. Telefon: 018-280 2188
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100064239606441
semak laman web di sini8. The Signature CallieBrow
Manjakan diri anda dengan seni sulaman kening dan dapatkan hasil yang menakjubkan di The Signature CallieBrow. Juruteknik kening mereka profesional, teliti dan berdedikasi dalam memastikan setiap kening diukur, dilukis dan direka dengan sempurna. Walaupun jadual mereka sibuk, tumpuan mereka kekal untuk menyediakan perkhidmatan yang luar biasa kepada setiap pelanggan. Alami kepakaran mereka dan sertai ramai pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan ini. Oleh sebab itu, ramai yang mengesyorkan perkhidmatan sulaman kening mereka.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 5:00 petang (Setiap hari)
Alamat: D-1-10 Plaza Arkadia, Desa Parkcity, 52200 Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan
No. Telefon: 011-3123 6078
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/TheSignatureCallieBrow/
Instagram: https://www.instagram.com/the_signature_callie_brow/?hl=en
9. 1312FAB Eyebrow Expert
1312FAB Eyebrow Expert mempunyai misi untuk melayani pelanggan berharga mereka dengan sepenuh hati serta akan membantu mereka menjadi versi diri mereka yang kebih hebat dan luar biasa. Impian mereka adalah untuk menjadi tempat yang paling luar biasa bagi perkhidmatan solekan ‘semi-permanent’ untuk kening serta menjadi akademi terbaik untuk melatih juruteknik kecantikan yang pakar.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 7:00 petang (Setiap hari)
Alamat: 188, Jln Kuching, Taman Wahyu, 51200 Batu Cave, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No. Telefon: 010-922 6821
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/1312fab/
Instagram: https://www.instagram.com/1312fab.eyebrow_academy/?hl=en
semak laman web di sini10. M Beaute Studio Since 2005
Di M Beaute Studio Since 2005, anda boleh menemui perkhidmatan sulaman kening luar biasa yang disediakan oleh pakar kecantikan sulaman kening yang berbakat dan berdedikasi. Alami perubahan semula jadi kening anda yang menawan. Kini, anda tidak lagi perlu bersolek. Saksikan kemahiran pakar kecantikan mereka dalam membentuk semula kening dan menutup dakwat tatu yang lalu bagi menghasilkan rupa baharu yang menakjubkan. Juga, dengarkan nasihat profesional dan perkhidmatan ikhlas mereka tanpa rasa tertekan untuk penjagaan kening yang sihat dan berpanjangan.
Alamat: 40-2, Jalan 27/70a, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No. Telefon: 017-989 8850
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/mbeautesince2005/
Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di Sini】
Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di Sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.