8 Pita Pembetulan Terbaik di Malaysia 2023

Pita pembetulan (Correction tape) merupakan alternatif baharu kepada cecair pembetulan yang digunakan untuk membetulkan sebarang kesilapan semasa menulis atau menaip, lazimnya sebarang alat tulis berasaskan dakwat. Tambahan pula, Ia lebih mudah digunakan berbanding dengan cecair pembetulan kerana anda tidak perlu menunggu pita untuk kering. Selain itu, ia juga mempunyai tekstur yang licin dan rata memudahkan anda untuk menulis di atasnya. 

Terdapat pelbagai jenis warna, saiz dan bentuk pita pembetulan yang boleh didapati di kebanyakan kedai alat tulis pada masa kini. Berikut adalah 8 pita pembetulan terbaik di Malaysia.

Bagaimana hendak mencari pita pembetulan yang terbaik?

Terdapat pelbagai jenis dan jenama pita pembetulan di pasaran yang boleh menjadikan anda keliru untuk memilih yang terbaik. Oleh itu, anda disarankan untuk mempertimbangkan panjang pita, jenama dan harga sebelum membuat sebarang pembelian. 

  1. Panjang Pita

Anda harus membeli produk ini mengikut panjang dan jenis pita yang betul supaya anda tidak perlu membelinya lagi dalam masa yang terdekat. Mengira kekerapan anda menggunakan pita pembetulan ini amat penting kerana ia dapat membantu anda melakukan pembelian untuk jangka masa panjang.

  1. Jenama

Memandangkan pita pembetulan telah menjadi salah satu keperluan masyarakat, banyak jenama utama telah mengambil peluang untuk mencipta pita pembetulan mereka sendiri. Membeli daripada jenama yang terkenal dan dipercayai boleh meningkatkan keyakinan anda dalam menilai kualiti produk.

  1. Belanjawan

Setiap pita pembetulan menawarkan pelbagai harga, oleh itu anda disarankan untuk membandingkan harga bagi beberapa produk terlebih dahulu. Ini juga boleh membantu anda menjimatkan wang dan berbelanja dengan bijak.

8 Pita Pembetulan Terbaik di Malaysia 2023

1. Dolphin Correction Tape

Dolphin Correction Tape
Kredit Gambar: Shopee

Dolphin Correction Tape sesuai digunakan pada pelbagai jenis permukaan kertas. Pita pembetulan ini didatangkan dengan pita sepanjang 30 meter dan dijual pada harga yang rendah menjadikannya antara produk yang berbaloi untuk dibeli. Selain itu, ia juga boleh didapati dalam 4 warna yang menarik untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Kuantiti: 30 meter
  • Warna: Hijau, Merah, Biru, Hitam

Kelebihan:

Self-adhesive
Murah

Harga: RM4.15

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

2. Pastel Correction Tape

Pastel Correction Tape
Kredit Gambar: Shopee

Pastel Correction Tape ini mempunyai 3 warna yang menarik iaitu biru, peach dan kelabu yang boleh anda pilih mengikut cita rasa anda. Pita ini didatangkan dengan reka bentuk yang ringkas dan tekstur yang agak kasar supaya ia mudah untuk digenggam sewaktu anda menggunakannya.

Spesifikasi:

  • Kuantiti: 30 meter
  • Warna: Biru, Peach, Kelabu

Kelebihan:

Murah
Tidak Licin

Harga: RM2.20

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

3. M&G Evo 30 Correction Tape

MG Evo Correction Tape
Kredit Gambar: Shopee

Pita Pembetulan M&G Evo 30 diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi menjadikannya tahan lasak dan tahan lama. Pita pembetulan ini sesuai untuk kegunaan di pejabat dan di sekolah. Dilengkapi dengan pita sepanjang 30 meter membolehkan anda untuk menggunakannya dalam jangka masa yang lama.

Spesifikasi:

  • Kuantiti: 30 meter
  • Warna: Hitam, Ungu

Kelebihan:

Tahan Lama
Serba guna

Harga: RM3.80

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

4. Niso Correction Tape

Niso Correction Tape
Kredit Gambar: Shopee

Niso Correction Tape ini sesuai untuk mereka yang mencari pita pembetulan dengan saiz yang kecil dan mudah dibawa ke mana sahaja. Pita ini didatangkan dengan pita sepanjang 6 meter serta 4 pilihan warna yang menarik untuk anda pilih. Selain itu, ia juga diperbuat daripada bahan bebas toksik.

Spesifikasi:

  • Kuantiti: 6 meter
  • Warna: Hijau, Biru, Merah Jambu

Kelebihan:

Murah
Bebas toksik

Harga: RM2.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

5. Deli Correction Tape

Deli Correction Tape
Kredit Gambar: Shopee

Deli Correction Tape mempunyai ciri ‘smooth dispensing’ yang memudahkan anda untuk menggunakannya. Reka bentuknya yang nipis menjamin keselesaan pada tangan anda walaupun selepas menggunakannya dalam masa yang lama. Pita pembetulan ini didatangkan dengan 2 pilihan warna sahaja iaitu hitam dan putih. 

Spesifikasi:

  • Kuantiti: 6 meter
  • Warna: Hitam, Putih

Kelebihan:

Mesra alam
Bebas toksik

Harga: RM3.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

6. CBE Correction Tape

CBE Correction Tape
Kredit Gambar: Shopee

CBE Correction Tape dilengkapi dengan pita sepanjang 12 meter dengan lebar 5mm, menawarkan penutupan yang maksimum sewaktu anda menggunakannya. Selain itu, ia juga diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi serta dilengkapi dengan ciri anti-gelincir untuk kelancaran tambahan.

Spesifikasi:

  • Kuantiti: 12 meter
  • Warna: Pelbagai

Kelebihan:

Anti-gelincir
Self-adhesive

Harga: RM3.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

7. Creative 2 in 1 Correction Tape

Creative in Correction Tape
Kredit Gambar: Shopee

Creative 2 in 1 Correction Tape mempunyai reka bentuk yang unik dan inovatif. Ia dilengkapi dengan pita pembetulan pada satu sisi dan pita gam pada sisi yang lain. Konsep ini bukan sahaja memudahkan anda malah ia juga dapat menjimatkan ruang di dalam bekas pensel anda. Jika anda mahukan 2 produk dalam 1 pakej yang menarik dan unik, dapatkan pita pembetulan ini sekarang!

Spesifikasi:

  • Kuantiti: 4 meter
  • Warna: Oren, Merah Jambu, Putih

Kelebihan:

Praktikal
Inovatif

Harga: RM4.20

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

8. M&G Master Clean Correction Tape

MG Master Clean Correction Tape
Kredit Gambar: Shopee

M&G Master Clean Correction Tape didatangkan dengan reka bentuk ‘refillable’ yang membolehkan anda untuk mengisi semula pita setelah habis. Selain itu, pita ini juga memberikan kelancaran dan boleh digunakan pada semua jenis kertas. Pita ini sangat sesuai untuk digunakan ketika peperiksaan atau kuiz ekoran teksturnya yang licin dan rata. Tambahan pula, setiap pek penjualan akan disertakan pita tambahan.

Spesifikasi:

  • Kuantiti: 6 meter
  • Warna: Ungu, Merah Jambu, Hijau

Kelebihan:

Pita tambahan
Mudah digunakan

Harga: RM1.43 – RM3.15

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close