Pop, pop, pop! Momen ASMR yang akan anda nikmati apabila anda menunggu popcorn anda siap dihidangkan di pawagam. Tetapi tunggu, siapa yang perlu pergi ke pawagam hanya untuk menikmati semangkuk popcorn? Sungguh renyah, bukan? Tahukah anda bahawa popcorn adalah snek kegemaran yang ramai sukai tatkala menonton filem?
Hari ini, popcorn boleh dibeli hampir di mana-mana sahaja. Popcorn adalah makanan ringan yang penuh keriangan. Selain itu, ia juga mempunyai banyak perisa yang boleh anda pilih. Anda boleh membeli popcorn di gerai atau kedai yang terpilih tanpa perlu ke pawagam! Mudah, bukan?Jadi, apa kata anda teruskan membaca artikel ini kerana kami ada sediakan senarai popcorn karemel terbaik untuk dinikmati di Malaysia.
Di manakah saya boleh mendapatkan popcorn karamel?
Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan popcorn karamel di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan popcorn karamel, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya atau pusat beli-belah. Selain itu, popcorn karamel seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!
Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih popcorn karamel?
Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli popcorn karamel ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis popcorn karamel yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Semakan tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.
10 Popcorn Karamel Terbaik di Malaysia 2025
1. Supremeo Caramel Butter Popcorn

Rasa popcorn yang asli dan klasik memang sedap, tetapi menambah karamel pada adunan ini benar-benar memberi kesan yang unik kepada kita. Rasa manis dari karamel mengimbangi rasa popcorn yang terkenal sehingga menjadikannya lebih enak! Cubalah hari ini!
Bahan-bahan: Gula tebu perang, sirap glukosa, mentega susu lembu, isirung jagung bukan gmo, (serbuk koko tulen), dekstrosa, garam laut, lesitin soya, soda penaik, kalium sorbat, natrium benzoat, natrium metabisulfit, hidroksianisol butilasi. Mengandungi kacang, kacang soya, produk susu. Mengandungi nutrien, pengawet dan antioksidan yang dibenarkan. Mengandungi pengemulsi dan agen anti-buih sebagai perapi makanan yang dibenarkan. Mengandungi sulfur dioksida.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 240 g
Harga: RM 14.27 (Shopee) | RM 13.00 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Uncle Lim Caramel Popcorn

Uncle Lim dan cara kerja kerasnya benar-benar membuahkan hasil kerana popcorn karamel ini sukar untuk ditolak! Pembungkusan yang ringkas memudahkan anda menikmati hidangan manis ini di mana sahaja anda berada terutamanya semasa anda dalam perjalanan! Ia juga boleh dibawa sebagai snek untuk menjadi pencuci mulut anda selepas anda selesai menjamu selera.
Bahan-bahan: Karamel, Mentega, Minyak kelapa, Gula dan Garam
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: Besar
Harga: RM 15.00 (Shopee) | RM 7.00 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Eureka Caramel Flavour Popcorn Snack

Manis dan rangup adalah kombo yang bagus untuk ada dalam kebanyakan makanan. Snek popcorn berperisa karamel Eureka ini mempunyai gabungan kedua-dua rasa. Nikmati rasa snek popcorn berperisa karamel yang sedap ini pada bila-bila masa bersama keluarga mahupun rakan-rakan anda.
Bahan-bahan: Jagung, Gula, Karamel, Esen Vanila, soda penaik mentega, mengandungi perasa yang dibenarkan, garam dan minyak kelapa sawit
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 80 g
Harga: RM 5.80 (Shopee) | RM 6.50 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Mama Premium Caramel Popcorn

Nikmati Mama Premiuam Caramel Popcorn bersama keluarga dan rakan-rakan anda. Ia bukan sahaja manis tetapi memiliki rasa karamel yang lazat. Keseimbangan antara rasa manis popcorn dan rasa karamel benar-benar mengujakan. Datang dan cubalah popcorn ini hari ini!
Bahan-bahan: Gula tebu perang, sirap glukosa, mentega susu lembu, isirung jagung bukan gmo, (serbuk koko tulen), dekstrosa, garam laut.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 50 g
Harga: RM 15.00 (Shopee) | RM 10.90 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Eng’s Popcorn Fully Coated Caramel

Eng benar-benar tidak dapat menahan godaan untuk membuatkan anda menikmati snek popcorn karamelnya. Ajak rakan atau ahli keluarga anda untuk menonton filem sambil menikmati popcorn ini! Popcorn ini bukan sahaja manis, malah kaya dengan rasa karamelnya yang lazat. Kini, anda tidak lagi perlu ke pawangan untuk menikmati popcorn.
Bahan-bahan: Cendawan Afrika Selatan Premium, biji popcorn, campuran karamel, minyak.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 650 g
Harga: RM 23.40 (Shopee) | RM 18.00 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Flavyo Caramel Popcorn

Popcorn Karamel Flavyo terlalu sedap untuk ditolak. Jika anda benar-benar menikmati kemanisan dari karamel dan kerangupan dari popcorn, maka ini adalah popcorn karamel yang sesuai untuk anda! Percaya atau tidak, popcorn ini sering menjadi pilihan mereka di luar sana untuk menikmati snek yang manis dan kaya dengan karamel.
Bahan-bahan: Inti Jagung, Gula, Karamel, Minyak, Mentega
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 330 g
Harga: RM 18.00 (Shopee) | RM 25.00 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Garrett Caramel Crisp Flavor Popcorn

Rasai popcorn gourmet yang lazat! Ditubuhkan di Chicago, Amerika Syarikat, Garrett Popcorn kini terkenal di seluruh dunia dengan perisa popcorn yang lazat. Setiap beg popcorn dibuat sendiri dalam cerek tembaga lama dan menyediakan popcorn istimewa yang lazat. Selain itu, setiap beg popcorn itu juga buatan tangan yang mempunyai campuran bijirin yang istimewa.
Bahan-bahan: Gula Perang, Mentega Tanpa Masin, Popcorn, Sirap Jagung, Air, Garam, Soda Penaik (Pengagi).
Negara Pengeluar: Chicago, Amerika Syarikat
Saiz: Sederhana
Harga: RM 32.90 (Shopee) | RM 80.00 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. GPR Popcorn Golden Caramel

GPR Popcorn Golden Caramel adalah popcorn mini yang comel untuk anda dan rakan anda makan. Ia mempunyai rasa karamel yang kaya dan kemanisan yang seimbang. Datang dan nikmati kemanisan dari popcorn karamel ini hari ini! Anda boleh menikmatinya bersama keluarga mahupun rakan-rakan anda. Riangkan hari anda dengan popcorn ini!
Bahan-bahan: Jagung, Gula, Minyak Sayuran (Sawit), Marjerin, Dekstrosa, Perisa Karamel, Pewarna (Caramel E150a), Garam.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 40 g
Harga: RM 3.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. Sumo’s Caramel Popcorn

Kalau anda hendak tahu, popcorn sebenarnya merupakan antara snek yang menjadi pilihan tatkala menonton filem. Sama juga dengan Sumo Caramel Popcorn ini. Ia boleh menjadi alternatif kepada mereka yang inginkan snek yang kaya dengan karamel. Anda boleh mendapatkan popcorn ini dengan mudah di kedai atau pasar raya.
Bahan-bahan: Irung Besar Premium, Gula Karamel, Garam, Minyak Meletop.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 200 g
Harga: RM 11.11 (Shopee) | RM 47.39 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. Maison Microwave Popcorn – Caramel flavour

Maison Popcorn – Perisa Truffle ialah produk berkualiti premium yang dibuat oleh Nataïs, peneraju popcorn Eropah. Ia bebas minyak sawit dan dibuat dengan bahan-bahan asal semula jadi. Itulah yang menjadikannya popcorn gelombang mikro yang sihat, lazat dan mesra alam!
Bahan-bahan: Popcorn, Gula, Garam, Minyak Bunga Matahari, Perisa, Pengemulsi: Lesitin Bunga Matahari, Pewarna: Ekstrak Paprika, Beta Karotena.
Negara Pengeluar: Perancis
Saiz: 270 g
Harga: RM 16.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.