Prun adalah snek sihat yang sangat baik! Untuk pengetahuan anda, prun berbeza dengan kismis. Ya, mereka kelihatan sama, tetapi mereka datang daripada buah-buahan yang berbeza. Prun adalah plum kering manakala kismis adalah kismis kering. Prun bersaiz lebih besar manakala kismis lebih kecil.
Antara kebaikan buah prun ialah ia merupakan sumber zat besi yang baik. Selain itu, ia membantu untuk mengekalkan irama jantung, impuls saraf dan pengecutan otot. Selain itu, ia membantu membina otot dan tulang anda kerana dalam prun terkandung mineral yang dipanggil boron. Akhir sekali, prun membantu penghadaman kerana mempunyai kandungan serat yang tinggi.
Di Manakah Saya Boleh Mendapatkan Prun?
Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan prun di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan prun, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, prun seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!
Apakah Yang Perlu Diperhatikan Semasa Memilih Prun?
Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli prun ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis prun yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Semakan tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.
10 Prun Terbaik Di Malaysia 2023
1. Sunsweet Pitted Prunes

Sunsweet Pitted Prunes adalah cara alam semula jadi yang sempurna untuk nutrien dan rasa yang lazat. Produk ini menawarkan serat daripada buah dengan hanya 100 kalori sahaja bagi setiap hidangan. Ia juga mempunyai indeks glisemik yang rendah, yang bermaksud ia membuatkan anda berasa kenyang lebih lama. Selain daripada itu, ia adalah 100% buah tanpa bahan pengawet. Oleh itu, ini adalah cara terbaik untuk menambah nutrisi buah-buahan kepada bijirin, yogurt, salad dan sos yang lazat.
Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
Saiz: 100 g, 200 g, 340 g
Harga: RM14.85 (340 g pek)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Signature Snack California Pitted Prune

Anda sedang mencari snek masam manis untuk dimakan? Pilihlah California Pitted Prunes! California Pitted Prunes telah pun diadu untuk kemudahan snek anda dan ia tidak mengandungi bahan pengawet. Snek Khas California Pitted Prunes mengandungi banyak serat. Ia juga sesuai untuk mengekalkan diet seimbang dan mengelakkan rasa lapar. Makanan ringan ini mempunyai rasa manis yang halus.
Negara Pengeluar: California
Saiz: 280 g pek
Harga: RM12.14
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Yusuf Taiyoob Pitted Prunes

Yusuf Taiyoob Pitted Prunes mengandungi nilai pemakanan fitonutrien yang lebih dikenali sebagai fenol. Banyak kajian menunjukkan bahawa fitonutrien boleh membantu melindungi sel-sel badan daripada kerosakan yang disebabkan oleh tindak balas lemak tepu dalam saluran badan. Selain itu, produk ini mengandungi serat yang tinggi yang mana ia akan mengekalkan paras gula dalam darah pada standard yang optimum.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 280 g pek
Harga: RM11.32
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. The Hive Pitted Prunes

Hive Pitted Prunes ialah snek lazat, sihat dan tinggi kandungan kalium! Plum kering biasanya dimakan secara terus, tetapi anda boleh pertimbangkan untuk mencuba cara menikmati prun versi baru. Prun ini lazat, tanpa biji dan sesuai digunakan sebagai snek mahupun bahan masakan.
Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
Saiz: 100 g, 300 g
Harga: RM10.25 (300 g pek)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Healthy Baker Premium Chewy Prune

Healthy Baker Premium Chewy Prunes berasal dari Amerika Syarikat. Teksturnya kenyal, manis secara semula jadi dan tanpa gula. Ia juga bukan GMO dan bebas pengawet. Selain itu, produk ini tidak mempunyai biji, jadi ia boleh dimakan serta-merta.
Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
Saiz: 500 g, 1 kg
Harga: RM16.90 (500 g pek)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Tenten Pitted Prunes

Tenten Pitted Prunes menawarkan pelbagai manfaat kesihatan apabila dimakan, seperti membantu penghadaman kerana ia mengandungi serat yang tinggi dan juga boleh mencegah buasir yang disebabkan oleh sembelit. Ia juga dilihat tinggi dengan potassium, vitamin, zat besi dan membantu dalam menguatkan tulang.
Negara Pengeluar: Tidak dinyatakan
Saiz: 200 g, 260 g
Harga: RM9.20
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Golden Eagle Pitted Prunes

Golden Eagle Pitted Prunes ialah buah kering yang sihat, sesuai untuk dijadikan snek atau ditambah ke dalam makanan dan pencuci mulut anda. Hanya beberapa buah prun ini sudah cukup untuk membekalkan banyak nutrien termasuk serat, vitamin dan mineral kepada badan anda! Miliki prun ini untuk mulakan cara hidup yang lebih sihat.
Negara Pengeluar: China
Saiz: 300 g
Harga: RM10.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Lohas Organic Dried Prunes

Faedah pengambilan produk ini ialah ia bertindak sebagai sumber Vitamin A yang baik dan penting untuk penglihatan yang lebih sihat. Ia juga tinggi antioksidan, melegakan sembelit, menggalakkan pertumbuhan rambut dan menawarkan perlindungan terhadap osteoporosis. Ini kerana produk ini mempunyai banyak serat dan bebas gluten.
Negara Pengeluar: Chile
Saiz: 200 g
Harga: RM8.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. Love Earth Organic Dried Prunes

Prun Kering Organik daripada Love Earth ialah sumber yang baik bagi kedua-dua serat tidak larut dan larut, serta menawarkan jumlah kalium dan vitamin yang tinggi apabila dimakan. Ia juga merupakan sumber zat besi yang baik, yang boleh membantu dalam mengurangkan tahap kolesterol dan tekanan darah.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 180 g
Harga: RM13.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. Mariani Probiotic Prunes

Prun Probiotik Mariani membekalkan mikroorganisma aktif 10 kali lebih cekap daripada yogurt hanya dalam satu hidangan sehari! Prun Probiotik Mariani adalah bebas lemak, bebas gluten dan bebas gula, jadi ia tidak akan membuatkan anda berasa kembung. Mariani Probiotic Prunes memberi anda kelebihan probiotik tanpa menambah pil lain pada rutin biasa anda.
Negara Pengeluar: California
Saiz: 198 g
Harga: RM18.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.