Senaman merujuk kepada aktiviti pergerakan badan yang dilakukan secara berulang-kali dan terancang. Ia bertujuan untuk mengekalkan atau meningkatkan komponen kecergasan fizikal. Selain menjaga pemakanan, kebanyakan pakar kesihatan juga menyarankan kita untuk memperuntukkan masa sekurang-kurangnya 30 minit dengan kekerapan 3 kali seminggu untuk bersenam.
Untuk bersenam, anda tidak semestinya perlu ke gimnasium atau keluar berjoging di taman atau tasik. Hal ini kerana terdapat pelbagai kaedah yang boleh dilakukan untuk bersenam di rumah. Antara kaedah yang boleh dilakukan adalah dengan menggunakan pull-up bar. Pull-up bar bukan sahaja praktikal digunakan di rumah malah ia juga mempunyai reka bentuk boleh lipat yang memudahkannya dibawa atau disimpan di mana sahaja. Berikut adalah 8 pull-up bar terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia.
Bagaimana hendak memilih pull-up bar yang terbaik?
Tidak dinafikan memilih pull-up bar yang sesuai dengan anda boleh mengelirukan terutamanya jika anda seorang amatur. Oleh itu, sebelum anda membuat pembelian atau pilihan, terdapat beberapa perkara penting yang anda perlu mengambil kira seperti jenis, bahan dan harga pull-up bar tersebut.
1. Jenis
Anda perlulah mengetahui jenis pull-up bar yang anda ingin beli bagi memudahkan anda untuk melakukan sebarang pencarian dan pembelian.
2. Bahan
Memilih pull-up bar dengan bahan yang betul adalah penting untuk mendapatkan pull-up bar yang berkualiti dan tahan lasak. Pull-up bar perlulah diperbuat daripada bahan tahan lama seperti keluli dan besi supaya ia boleh digunakan dalam jangka masa yang lama.
3. Harga
Pull-up bar boleh menelan kos yang agak tinggi. Jadi, adalah lebih baik untuk sentiasa merujuk kepada belanjawan anda supaya tidak membazir.
8 Pull-Up Bar Terbaik di Malaysia 2023
1. Single Bar

Single Bar ini didatangkan dengan kepanjangan yang boleh dilaraskan mengikut saiz pintu anda. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan span tebal berkualiti tinggi pada bahagian pemegang bagi memastikan cengkaman tangan anda tidak licin. Selain itu, ia juga diperbuat daripada keluli tahan karat yang menjadikannya tahan lasak dan tahan lama. Ia juga mampu menampung berat sehingga 100 kg.
Spesifikasi:
- Bahan: Keluli
- Panjang: 62 cm – 100 cm
- Beban Maksimum: 100 kg
Kelebihan:
✅ Proses pemasangan mudah
✅ Cengkaman selesa
Harga: RM20.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Brilliant White Chin Up Bar

Brilliant White Chin Up Bar ini didatangkan dengan ciri ketahanan tambahan, di mana ia boleh dipasangkan pada dinding. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan 3 laras cengkaman yang boleh dilaraskan mengikut kehendak anda. Pull-up bar ini ini juga mempunyai saiz yang ideal untuk diletakkan di pelbagai ruangan rumah.
Spesifikasi:
- Bahan: Keluli
- Panjang: 94 cm
- Beban Maksimum: 280 kg
Kelebihan:
✅ Mampu menampung berat sehingga 280 kg
✅ Cengkaman selesa
Harga: RM39.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Chin Up Bar with Sandbag Hook

Chin Up Bar with Sandbag Hook menawarkan 1 set pull-up bar dan cangkuk beg pasir bagi membolehkan anda menggantung beg pasir anda. Secara tidak langsung, ia sesuai digunakan ketika melakukan latihan pertahanan diri. Selain itu, pull-up bar ini juga dilengkapi dengan span serta ciri antigelincir untuk menghalang anda daripada tergelincir semasa anda melakukan senaman.
Spesifikasi:
- Bahan: Keluli
- Panjang: 94 cm
- Beban Maksimum: 200 kg
Kelebihan:
✅ Cangkuk beg pasir
✅ Cengkaman selesa
Harga: RM49.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Upper Body Workout Bar

Upper Body Workout Bar mempunyai ciri yang sama seperti set pull-up bar yang biasa, namun ia didatangkan dengan reka bentuk melengkung. Hal ini bagi memudahkan anda untuk menggunakannya di mana sahaja. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan ciri antigelincir dan serap hentakan sekali gus menjadikannya tahan lasak. Ia juga boleh menampung berat sehingga 135 kg.
Spesifikasi:
- Bahan: Keluli
- Panjang: 95 cm
- Beban Maksimum: 135 kg
Kelebihan:
✅ Reka bentuk melengkung
✅ Cengkaman selesa
Harga: RM30.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Multi-Function Stand Bar

Multi-Function Stand Bar ini didatangkan dengan reka bentuk yang ringkas dan stabil serta mampu menampung berat sehingga 400 kg. Pull-up bar ini sesuai untuk digunakan ketika melakukan senaman ‘bicep’, ‘abs’, dan ‘trisep’. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai pemegang dan tapak antigelincir yang memberikan anda cengkaman dan kawalan yang kukuh ketika menggunakannya.
Spesifikasi:
- Bahan: Keluli
- Panjang: 98 cm
- Beban Maksimum: 400 kg
Kelebihan:
✅ Reka bentuk stabil
✅ Proses pemasangan mudah
Harga: RM198.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. OneTwoFit Doorway Pull Up Bar

OneTwoFit Doorway Pull Up Bar ini merupakan antara pull-up bar yang digemari pengguna, ekoran reka bentuknya yang ringkas dan mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Ia didatangkan dengan kawasan cengkaman yang agak besar serta dilengkapi dengan pelapik antigelincir bagi memberikan keselamatan tambahan semasa anda menggunakannya. Tambahan pula, pull-up bar ini juga mempunyai panjang yang boleh dilaraskan mengikut keselesaan anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Keluli, kromium
- Panjang: 67 cm – 100 cm
- Beban Maksimum: 150 kg
Kelebihan:
✅ Mampu menampung berat sehingga 150 kg
✅ Proses pemasangan mudah
✅ Mudah alih
Harga: RM59.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Xtreme Total Upper Body Bar

Xtreme Total Upper Body Bar ini diperbuat daripada keluli tahan karat yang menjadikannya tahan lasak dan tahan lama serta mampu menampung berat sehingga 135 kg. Ia juga dilengkapi dengan span pada bahagian pemegang bagi memberikan keselesaan ketika anda bersenam. Bukan itu sahaja, pull-up bar ini juga sesuai digunakan sebagai ‘stand’ untuk senaman ‘dip’ dan ‘push-up’.
Spesifikasi:
- Bahan: Keluli
- Panjang: 130 cm
- Beban Maksimum: 135 kg
Kelebihan:
✅ Cengkaman selesa
✅ Boleh digunakan untuk pelbagai senaman
Harga: RM39.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. 2 in 1 Wall Mounted Pull Up Bar

2 in 1 Wall Mounted Pull Up Bar ini mempunyai dengan reka bentuk unik yang membolehkan anda menggunakan 2 peralatan yang berbeza dalam 1 set ‘bar’. Ia dilengkapi dengan 8 ‘hand placements’, 2 ‘forearm placements’, penyandar dan cangkuk. Selain itu, ia juga didatangkan dengan ciri ergonomik sekali gus memudahkan proses pemasangannya.
Spesifikasi:
- Bahan: Keluli
- Panjang: 120 cm
- Beban Maksimum: 300 kg
Kelebihan:
✅ Cengkaman selesa
✅ Boleh digunakan untuk pelbagai senaman
✅ Peralatan 2 dalam 1
Harga: RM169.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.