8 Rak Squat Terbaik di Malaysia 2023

Senaman squat telah menjadi salah satu senaman asas jika anda ingin mencantikkan bahagian bawah badan anda. Squat mempunyai pelbagai kesan positif terhadap pertumbuhan otot anda termasuklah melancarkan aliran testosteron yang berfungsi untuk mempercepatkan proses pertumbuhan otot. Walau bagaimanapun, melakukan squat tanpa sebarang alat sokongan boleh mendatangkan bahaya terutamanya jika anda melakukan squat bersama alat senaman yang berat. 

Oleh itu, penggunaan rak squat sangat digalakkan semasa melakukan senaman squat. Ia bukan sahaja dapat menjamin keselamatan anda, malah ia juga dapat mengelakkan sebarang kecederaan. Berikut adalah 8 rak squat terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia. 

Bagaimana hendak memilih rak squat yang terbaik?

Memilih rak squat yang berkualiti adalah penting kerana ia berfungsi sebagai alat perlindungan dan sokongan ketika anda melakukan senaman squat. Oleh itu, anda disarankan untuk menyemak bahan, beban maksimum dan harga rak sebelum membuat pembelian. 

  1. Bahan

Memilih rak squat dengan bahan yang betul adalah penting untuk mendapatkan rak squat yang berkualiti dan tahan lasak. Rak squat perlulah diperbuat daripada bahan tahan lama seperti keluli dan besi supaya ia boleh digunakan dalam jangka masa yang lama.

  1. Beban Maksimum

Rak squat biasanya didatangkan dalam bentuk kompak dan mempunyai tahap ketahanan yang berbeza bergantung kepada jenama. Oleh itu, anda perlu memastikan bahawa berat anda tidak melebihi beban maksimum rak squat yang anda ingin beli.

  1. Harga

Biasanya, harga peralatan gim boleh menjadi sangat mahal bergantung pada jenis dan jenama. Jadi, anda disarankan untuk mempertimbangkan dan menetapkan bajet supaya tidak berbelanja secara berlebihan.

8 Rak Squat Terbaik di Malaysia 2023

1. Adjustable Squat Rack

Adjustable Squat Rack
Kredit gambar: Shopee

Adjustable Squat Rack ini didatangkan dengan tahap ketinggian dan kelebaran yang boleh dilaraskan mengikut jenis senaman yang anda ingin lakukan. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan tapak berbentuk H bagi memberikan kestabilan dan kekukuhan tambahan. Anda juga boleh menjadikan rak ini sebagai ‘pull-up bar’ ekoran ia boleh menampung berat sehingga 150 kg. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli
  • Ketinggian: 80 cm – 140 cm
  • Berat: 12 kg
  • Beban Maksimum: 150 kg

Kelebihan:

Ketinggian boleh laras
Kelebaran rak boleh laras

Harga: RM179.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

2. Multi-Function Squat Rack

Multi Function Squat Rack
Kredit gambar: Shopee

Multi-Function Squat Rack ini mempunyai kunci keselamatan pada setiap lubang pelarasan bagi memberikan keselamatan dan kestabilan tambahan ketika anda melakukan senaman squat. Selain itu, ia juga diperbuat daripada keluli tahan karat yang menjadikannya tahan lasak dan tahan lama. Ia juga mampu menampung berat sehingga 200 kg. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli tahan karat
  • Ketinggian: 115 cm
  • Berat: 14.5 kg
  • Beban Maksimum: 200 kg

Kelebihan:

Ketinggian boleh laras
Kelebaran rak tetap
Stabil dan kukuh

Harga: RM239.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

3. BPS 2021 Squat Rack

BPS Squat Rack
Kredit gambar: Amazon

BPS 2021 Squat Rack dilengkapi dengan span tebal berkualiti tinggi pada bahagian pemegang bagi memastikan cengkaman tangan anda tidak licin. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai tahap ketinggian dan kelebaran yang boleh dilaraskan mengikut keselesaan anda. Selain itu, rak squat ini juga didatangkan dengan penutup kaki antigelincir bagi melindungi lantai anda daripada calar.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli tahan karat
  • Ketinggian: 80 cm – 140 cm
  • Berat: 14.5 kg
  • Beban Maksimum: 300 kg

Kelebihan:

Tahap ketinggian boleh laras
Kelebaran rak boleh laras
Stabil

Harga: RM237.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

4. Barbell Stand 5541

Barbell Stand
Kredit gambar: Shopee

Barbell Stand 5541 diperbuat daripada keluli tahan karat dan tahan lasak. Ia disalut dengan cat berkualiti tinggi bagi mengelakkan karat serta membolehkannya digunakan dalam jangka masa yang lama. Rak squat ini juga sesuai untuk digunakan ketika melakukan senaman ‘bicep’, ‘abs’ dan ‘trisep’. Ia juga boleh menampung berat sehingga 300 kg.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli tahan karat
  • Ketinggian: 70 cm – 150 cm
  • Berat: 14.5 kg
  • Beban Maksimum: 300 kg

Kelebihan:

Tahap ketinggian boleh laras
Proses pemasangan mudah
Sangat stabil

Harga: RM360.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

5. Heavy Duty Barbell Stand

Heavy Duty Barbell Stand
Kredit gambar: Shopee

Heavy Duty Barbell Stand merupakan antara rak squat yang digemari pengguna ekoran reka bentuknya yang ringkas sekali gus memudahkan proses pemasangannya. Ia juga mempunyai tahap ketinggian dan kelebaran yang boleh dilaraskan untuk memudahkan anda semasa bersenam. Selain itu, rak squat ini diperbuat daripada keluli tahan karat serta mampu menampung berat sehingga 250 kg. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli tahan karat
  • Ketinggian: 50 – 80 cm
  • Berat: 13 kg
  • Beban Maksimum: 250 kg

Kelebihan:

Tahap ketinggian boleh laras
Kelebaran rak boleh laras

Harga: RM199.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

6. OneTwoFit Weightlifting Squat Rack

OneTwoFit Weightlifting Squat Rack
Kredit gambar: Shopee

Pada pandangan pertama, OneTwoFit Weightlifting Squat Rack ini kelihatan seperti bangku yang dilengkapi dengan ‘barbell stand’. Walau bagaimanapun, ia juga boleh diubah dan digunakan sebagai rak squat. Rak ini sesuai digunakan untuk senaman perut. Tambahan pula, ia didatangkan dengan tapak antigelincir bagi memberikan keselamatan tambahan semasa anda menggunakannya. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli tahan karat, kulit PU, foam
  • Ketinggian: 120 cm
  • Berat: 15 kg
  • Berat maksimum: 200 kg

Kelebihan:

Boleh tukar menjadi bangku

Harga: RM239.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

7. CAP Barbell Power Rack

CAP Barbell Power Rack
Kredit gambar: Shopee

Barbell Power Rack ini dilengkapi dengan sistem keselamatan seperti keluli tolok 12 dan 14, jahitan berkualiti tinggi serta plat pelekap dengan ‘gusset mini’ bagi memberikan kestabilan tambahan. Rak squat ini sangat ideal untuk anda yang baru menceburi bidang bina otot. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai reka bentuk pemegang ergonomik bagi memberikan anda sokongan tambahan semasa menggunakannya.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli tahan karat
  • Ketinggian: 215 cm
  • Beban Maksimum: 150 kg

Kelebihan:

Mempunyai tahap ketinggian tambahan
Mempunyai salutan premium
Sangat stabil

Harga: RM542.20

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

8. MIKING Power Station

MIKING Power Station
Kredit gambar: Shopee

MIKING Power Station merupakan peralatan senaman yang membolehkan anda melakukan pelbagai senaman seperti  tekan tubi, ‘deadlift’, ‘squat’ dan banyak lagi dalam satu masa. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai pemegang dan tapak antigelincir yang memberikan anda cengkaman dan kawalan yang kukuh ketika menggunakannya.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli gred tinggi
  • Ketinggian: 220 cm
  • Berat: 35 kg
  • Beban Maksimum: 200 kg

Kelebihan:

Tahap ketinggian boleh laras
Lebih kukuh
Boleh dijadikan ‘pull-up bar’

Harga: RM580.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close