10 Restoran Bufet Halal Terbaik di Melaka 2023

Melaka merupakan salah satu negeri di Malaysia yang terletak di Wilayah Selatan Semenanjung Tanah Melayu. Ia terletak bersebelahan dengan Selat Melaka. Walaupun Melaka mempunyai majoriti penduduk Islam namun masih terdapat makanan tidak halal yang turut dihidangkan di beberapa restoran bufet di Melaka. Oleh itu, jika anda seorang Muslim, anda perlu meneliti status halal restoran tersebut sebelum anda berkunjung ke sana.

Tidak dinafikan untuk mencari restoran bufet yang diiktiraf halal di Melaka agak mencabar. Oleh itu, untuk membantu anda, di sini kami senaraikan 10 bufet halal terbaik yang boleh anda kunjungi di Melaka. 

Apakah Perbezaan Antara Restoran Bufet dan Restoran Standard?

Terdapat 3 perbezaan utama yang dapat dilihat di antara restoran bufet dan restoran standard. Perbezaan yang pertama ialah gaya penyajian. Seterusnya, penetapan harga dan yang terakhir ialah jenis bufet.

  1. Gaya penyajian

Di restoran bufet, pengunjung bebas untuk memilih makanan mengikut pilihan mereka. Sebaliknya, restoran standard pula hanya menawarkan hidangan ‘ala carte’ yang akan dihidangkan oleh pelayan ke meja pelanggan. 

  1. Harga 

Kebanyakan restoran bufet mengenakan harga tetap mengikut pakej. Manakala, restoran standard biasanya akan mengira harga makanan berdasarkan menu yang dipesan. 

  1. Jenis bufet

Setiap restoran bufet menawarkan jenis masakan bufet yang berbeza kepada pelanggan berdasarkan kepakaran masing-masing. Manakala, untuk restoran standard, mereka menghidangkan pelbagai jenis masakan dalam satu masa. 

10 Restoran Bufet Halal Terbaik di Melaka 2023

1. Bica & Co Courtyard Cafe

Bica Co Courtyard Cafe
Kredit gambar: TripAdvisor
Bica Co Courtyard Cafe
Kredit gambar: Agoda

Bica & Co Courtyard Cafe merupakan antara restoran bufet yang diperakui halal. Ia terletak di tingkat satu Hotel Rosa Malacca. Restoran ini menawarkan pelbagai jenis set hidangan yang berasaskan daging, pastri dan makanan laut. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menempah ruangan di restoran ini untuk sebarang anjuran majlis. Ia juga sering menjadi lokasi bergambar untuk Instagram ekoran suasananya yang elegan dan bergaya.

Waktu operasi:
11:45 pagi – 10:00 malam (Isnin – Khamis)
11.45 pagi – 11:00 malam (Jumaat – Ahad)

Alamat: 12, Jalan Parameswara, Kampung Bandar Hilir, Melaka

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Review: Di Sini

LAMAN WEB

2. The Pines Melaka

The Pines Melaka
Kredit gambar: Pines Melaka
The Pines Melaka
Kredit gambar: Pines Melaka

The Pines Melaka merupakan sebuah lagi restoran bufet halal yang terkenal di Melaka. Restoran ini terkenal dengan hidangan bufetnya yang sihat dan pelbagai. Bukan itu sahaja, mereka juga telah mendapat pelbagai ulasan positif mengenai kualiti makanannya yang terbaik serta kakitangannya yang ramah. Selain itu, restoran ini turut menawarkan pelbagai jenis bufet sarapan pagi pada harga yang berpatutan.  

Waktu Operasi: 24 Jam (Setiap Hari) 

Alamat: 33, Jalan Tun Sri Lanang, 75100 Melaka

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/thepines.melaka/

LAMAN WEB

3. Ibis Kampung Restaurant by Ibis Melaka

Ibis Kampung Restaurant by Ibis Melaka
Kredit gambar: FoodAdvisor
Ibis Kampung Restaurant by Ibis Melaka
Kredit gambar: 24-7 Risto

Ibis Kampung Restaurant by Ibis Melaka menawarkan 2 jenis hidangan bufet iaitu hidangan ‘ala carte’ dan ‘All-You-Can-Eat’ bufet yang boleh anda pilih semasa waktu makan tengah hari dan makan malam. Selain itu, menu kanak-kanak juga turut disediakan di restoran ini. Bukan itu sahaja, restoran ini juga terkenal dengan rekaan hiasannya yang minimalis serta suasana yang selesa dan nyaman. 

Waktu Operasi: 8:00 pagi – 10:00 malam, 11:00 pagi – 2:00 petang (Setiap Hari)

Alamat: 249, Jalan Bendahara, Kampung Bukit China, 75100 Melaka

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Review: Di Sini

Facebook: https ://www.facebook.com/ibisMelaka/

LAMAN WEB

4. Bara Bara Api Steamboat & Grill

Bara Bara Api Steamboat Grill
Kredit gambar: Facebook BARA BARA API – Steamboat & Grill
Bara Bara Api Steamboat Grill
Kredit gambar: OpenRice Malaysia

Jika anda peminat tegar steamboat dan bufet, jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba steamboat dan bufet terbaik di Bara Bara Api Steamboat & Grill ini. Restoran ini menawarkan lebih daripada 140 jenis makanan beserta sup istimewa tanpa sebarang tambahan harga. Antara hidangan yang perlu anda cuba sekiranya berkunjung di restoran ini ialah Itik Perap, Daging Lembu Perap, Tiram, Sotong, Kerang dan banyak lagi. 

Waktu Operasi:
6:00 pagi – 11:00 malam (Isnin, Rabu – Khamis)
6:00 pagi – 12:00 pagi (Jumaat – Sabtu)
Ditutup pada hari Selasa

Alamat: Jalan Limbongan, 31, Jalan Kristal 1, Taman Limbongan Indah, 75200 Melaka

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/barabaraapisteamboatgrill/

5. Seoul Garden 

Seoul Garden
Kredit gambar: FoodAdvisor
Seoul Garden
Kredit gambar: My Blog

Tidak dinafikan bahawa makanan Korea merupakan antara hidangan yang terkenal di Malaysia. Bagi anda yang ingin menikmati bufet gaya Korea, anda boleh berkunjung ke Seoul Garden. Restoran ini terletak di Taman Costa Mahkota, Melaka. Restoran ini menawarkan pelbagai jenis set hidangan BBQ Korea yang berasaskan daging, steamboat dan makanan laut. Bukan itu sahaja, restoran ini juga telah diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Waktu Operasi:
11:30 pagi – 9:00 malam (Isnin – Selasa, Jumaat)
11:00 pagi – 8:00 malam (Rabu – Khamis, Sabtu – Ahad)  

Alamat: 1, Jln Merdeka, Taman Costa Mahkota, Melaka

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/SeoulGardenMalaysia/

LAMAN WEB

6. The Garden Terrace Kitchen  

The Garden Terrace Kitchen
Kredit gambar: Oyster Hotel Reviews
The Garden Terrace Kitchen
Kredit gambar: MakeMyTrip

Restoran bufet mewah dan estetik ini terletak di Swiss Garden Hotel Melaka. Mereka menawarkan ‘Buffet Hi-Tea’ pada setiap hari Sabtu dan Ahad dari jam 12:30 tengah hari hingga 5:30 petang. Ia mempunyai gaya hiasan yang kemas dengan jumlah tempat duduk yang mencukupi. Hal ini menjadikannya pilihan yang tepat untuk anda yang menggemari ruang yang selesa dan tidak sesak. 

Waktu Operasi: 24 Jam (Setiap Hari)

Alamat: Swiss Garden Hotel & Residences Melaka, Lot T2-4, Jalan Persisiran Bunga Raya, 75300, Melaka, Melaka, Melaka

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www .facebook.com/SwissGardenHotelMelaka/

7. Chatterz

Chatterz
Kredit gambar: Malaysian Foodie
Chatterz
Kredit gambar: Facebook Chatterz All-Day Dining

Restoran Chatterz menawarkan pelbagai pilihan hidangan bufet yang berasaskan masakan tradisional dan moden yang boleh anda pilih mengikut cita rasa dan selera anda. Ia terletak di Aras 11 Hatten Hotel Melaka di Bandar Hilir, Melaka. Restoran ini merupakan antara restoran bufet yang mesra Muslim. Jadi, anda tidak perlu ragu lagi mengenai status halal restoran ini. Bukan itu sahaja, jika anda menggemari masakan makanan laut, anda boleh mencuba set bufet Fiesta Makanan Laut yang ditawarkan di restoran ini. 

Waktu Operasi: 8:00 pagi – 8:00 malam (Setiap Hari)

Alamat: Hatten Square, Jln Merdeka, Bandar Hilir, Melaka

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/ChatterzAllDayDining/

LAMAN WEB

8. Qasreena Cafe

Qasreena Cafe
Kredit gambar: Facebook Qasreena Cafe
Qasreena Cafe
Kredit gambar: Daily Makan

Qasreena Cafe terkenal dengan hidangan istimewa bufetnya iaitu Mee Racun Melaka. Kafe ini pakar dalam membuat makanan barat, ‘ala carte’ dan makanan tempatan. Oleh itu, anda boleh mendapati pelbagai jenis makanan yang disediakan di dalam menu bufet mereka. Selain itu, Qasreena Cafe juga mempunyai persekitaran yang menyenangkan dan selesa serta sesuai untuk berkunjung bersama keluarga. 

Waktu Operasi:
8:00 pagi – 10:00 malam (Isnin – Sabtu)
Ditutup pada hari Ahad

Alamat: 15, Jalan Puncak 2, Taman Puncak Bukit Katil, 75450 Ayer Keroh, Melaka 

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Review: Di Sini

Facebook: http://www.facebook.com/qasreenacafe

9. Melaka Steamboat

Melaka Steamboat
Kredit gambar: Facebook Melaka Steamboat
Melaka Steamboat
Kredit gambar: Facebook Melaka Steamboat

Melaka Steamboat merupakan salah satu restoran steamboat halal terbaik di Alor Gajah, Melaka. Restoran ini terkenal dengan rasa Tom Yumnya yang unik dan lazat. Ia juga menawarkan panorama langit dan udara malam yang boleh anda nikmati sambil menjamah juadah anda. Restoran ini bukan sahaja menawarkan harga yang berpatutan, malah hidangan yang disajikan juga berkualiti tinggi. 

Waktu Operasi:
5:00 pagi – 12:00 pagi (Selasa – Ahad)
Ditutup pada hari Isnin

Alamat: 41 Pusat Niaga, Jalan Gangsa, 76100 Alor Gajah, Melaka

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Review: Di Sini

Facebook: https:// www.facebook.com/melakasteamboat/

10. Peai Steamboat Melaka

Peai Steamboat Melaka
Kredit gambar: Facebook Peai Steamboat BBQ
Peai Steamboat Melaka
Kredit gambar: Facebook Peai Steamboat BBQ

Peai Steamboat Melaka terletak di Kampung Mata Kuching, Melaka. Restoran ini antara tempat yang sesuai untuk anda menikmati pelbagai jenis steamboat BBQ Halal. Mereka menawarkan pelbagai hidangan tempatan yang enak pada harga yang berpatutan. Selain itu, restoran ini juga mempunyai reka bentuk yang luas dengan persekitaran yang santai, menjadikannya tempat yang sesuai untuk anda meluangkan masa bersama rakan mahupun keluarga

Waktu Operasi: 6:00 petang – 12:00 pagi (Setiap Hari)

Alamat: Peai steamboat melaka, Kampung Mata Kuching, 75400 Melaka

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/peaisteamboatbbq

LAMAN WEB

Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini

Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close