8 Restoran Cheese Naan Terbaik di Pulau Pinang 2023

Selami kelazatan Cheese Naan, iaitu gabungan roti gebu dan keju yang dibakar untuk memberikan anda rasa keju yang kaya dan memuaskan. Dari dapur purba Parsi sehinggalah kepada restoran mewah di Pulau Pinang, hidangan ini mengalami revolusi yang perlu diraikan. Hari ini, ramai yang gemar memesan roti Cheese Naan kerana ia kaya dengan keju dan mengenyangkan. Siapa sahaja yang tidak suka hidangan yang lazat ini, bukan?

Jadi, marilah berkunjung ke Pulau Pinang untuk mencuba hidangan roti Cheese Naan yang lazat ini. Sama ada anda penggemar roti Cheese Naan atau baru sahaja mahu mencubanya, anda perlu membaca artikel ini. Dalam artikel ini, kami telah menyenaraikan 8 restoran yang menyajikan roti Cheese Naan terbaik untuk anda cuba. Jadi, tunggu apa lagi? Marilah mencuba roti Cheese Naan yang lazat ini di 8 restoran Cheese Naan terbaik di Pulau Pinang.

Apakah Yang Dihidangkan Bersama Cheese Naan?

Biasanya, Cheese Naan sering dihidangkan dengan kari dan sos. Antara sos yang mungkin dipadankan bersama hidangan ini adalah chutney pudina pedas, dal yang enak atau kari ayam mentega yang lazat. Selain itu, campuran sos dan keju roti ini memberikan rasa yang mengagumkan di dalam mulut sewaktu anda memakannya.

Apakah Cara Terbaik Untuk Memanaskan Semula Cheese Naan?

Untuk memanaskan semula Cheese Naan, anda boleh menggunakan ketuhar atau ketuhar pembakar roti. Panaskan Cheese Naan pada kira-kira 350°F (175°C). Jangan lupa untuk membungkus Cheese Naan itu dengan kerajang aluminium untuk mengelakkannya kering. Anda perlu panaskannya selama 10-15 minit. Kaedah ini akan memastikan Cheese Naan anda kekal lembut.

8 Restoran Cheese Naan Terbaik di Pulau  Pinang 2023

Advertise With My Weekend Plan

1. Kapitan Tandoori House

Kapitan-Tandoori-House
Kredit Gambar: As Double BB
Kapitan-Tandoori-House-
Kredit Gambar: Crisp of Life

Kapitan Tandoori House menjamin pengalaman kulinari yang menggiurkan. Hal ini kerana, restoran ini menawarkan pelbagai pilihan masakan asli India Muslim yang lazat. Hidangan Tandoori mereka dimasak dengan teliti manakala Briyani mereka kaya dengan rasa yang enak. Anda boleh mencuba Roti Cheese Naan mereka yang berpatutan dan lazat bagi meningkatkan pengalaman anda menjamu selera di sini. Selain persekitarannya bersih dan luas, tempat ini juga sesuai untuk berkumpul bersama rakan atau ahli keluarga. 

Waktu Operasi: 11:00 pagi – 1:00 pagi (Setiap hari)

AlamatR-01-05 Setia Triangle, Persiaran Kelicap, Sungai Ara, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

No. Telefon: 010-268 7011

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

2. Bhai Biryani Penang

Bhai-Biryani-Penang
Kredit Gambar: Bhai Biryani Penang
Bhai-Biryani-Penang-
Kredit Gambar: Yujin

Bhai Biryani Pulau Pinang terkenal dengan Biryani yang lazat, terutamanya Briyani Ayam Goreng. Alami kepedasan yang menyaluti lapisan masala pada ayam, sekali gus menjadikannya lazat apabila digandingkan dengan nasi Briyani. Roti Cheese Naan mereka pula dicampur dengan keju yang banyak bagi menggoda selera anda. Anda juga mesti mencuba Teh Madras mereka kerana hidangan ini terkenal di sini. Walaupun masa menunggu mungkin lebih lama atau anda sukar mencari tempat letak kereta di sini, tetapi hidangan yang disediakan memang berbaloi dengan masa dan wang anda.

Waktu Operasi: 11:00 pagi – 11:00 malam (Setiap hari)

Alamat119, Lebuh King, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

No. Telefon: 012-788 7815

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/bhaibiryanipenang/ 

3. Indian Palace Penang

Indian-Palace-Penang-
Kredit Gambar: YM_YM
Indian-Palace-Penang-
Kredit Gambar: YM_YM

Indian Palace Pulau Pinang menyajikan pilihan makanan yang baik dan perkhidmatan yang cepat. Hidangan ikan terkenal di sini kerana rasa dan kesegarannya. Selain itu, Roti Cheese Naan mereka pula kaya dengan keju dan dihidangkan panas-panas untuk memberi anda pengalaman menjamu selera yang memuaskan. Nama restoran ini mungkin mengelirukan kerana menggunakan nama ‘GEM Restaurant’ dan ‘Indian Palace’, namun pengalaman menjamu selera di sini tidak dapat dilupakan.

Waktu Operasi: 11:00 pagi – 11:00 malam (Setiap hari)

Alamat2A-G-18 Quartermile, Solok Mayang Pasir, Bayan Baru, 11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang

No. Telefon: 04-638 6382

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/indianpalace.pg/ 

Instagram: https://www.instagram.com/indianpalace.pg/ 

4. Thali-NR Sweets Cafe @ NR SWEETS 

Thali-NR-Sweets-Cafe-@-NR-SWEETS-
Kredit Gambar: KS Lok
Thali-NR-Sweets-Cafe-@-NR-SWEETS-
Kredit Gambar: NR SWEETS

Thali-NR Sweets Cafe @ NR SWEETS terkenal dengan pelbagai jenis pencuci mulut India. Laddu dan Nei Urundai (bola minyak sapi) mereka rasanya cukup manis dan lazat. Selain itu, mereka juga memperkenalkan Blueberry Cheese Naan kepada pelanggan yang ingin mencuba makanan yang baru. Hidangan ini diberi sentuhan moden dengan mencampurkan perisa beri yang manis bersama keju yang masam bagi menghasilkan hidangan yang unik dan lazat.

Waktu Operasi: 8:30 pagi – 9:30 malam (Setiap hari)

Alamat75, Lebuh Penang, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

No. Telefon: 012-462 0987

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100057319785828 

5. Family Curry House

Family-Curry-House
Kredit Gambar: Jeremiah Seelan
Family-Curry-House-
Kredit Gambar: Jackie Boo

Family Curry House adalah tempat makan tengah hari yang baik untuk anda kerana restoran ini menawarkan pelbagai jenis hidangan asli India untuk dicuba. Hidangan ini sedap dan lazat kerana disediakan oleh chef India yang berpengalaman. Roti Cheese Naan mereka kaya dengan keju sehinggakan ramai yang memesannya. Harga makanan di sini juga berpatutan. Jadi, pengalaman anda menjamu selera di sini memuaskan.

Waktu Operasi: 11:30 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat 131, 103, Jalan Kendi, Taman Merak Jaya, 14100 Simpang Ampat, Pulau Pinang

No. Telefon: 04-502 4249

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

6. Hassan BRIYANI & CHAPATI

Hassan-BRIYANI-CHAPATI
Kredit Gambar: Arshid Abrar
Hassan-BRIYANI-CHAPATI-
Kredit Gambar: Halima Farra

Pemilik dan kakitangan Hassan BRIYANI & CHAPATI memberikan layanan yang mesra kepada para pelanggan mereka. Ramai pelanggan gemar memesan Teh Pakistan yang rasanya kuat dan berperisa di sini. Roti Cheese Naan mereka pula begitu kaya dengan keju. Apabila anda memakan roti ini, anda akan berasa keju mencair di dalam mulut anda! Anda juga boleh menjamu selera di sini sambil menyelami budaya asli Pakistan di kedai ini.

Waktu Operasi: 11:00 pagi – 11:00 malam (Setiap hari)

Alamat196, Jalan Transfer, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang

No. Telefon: 016-448 9060

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/HassanBiryaniHouse/ 

Instagram: https://www.instagram.com/hassan_briyani_house/ 

7. SRI ANANDA BAHWAN RESTAURANT TANJUNG BUNGAH

SRI-ANANDA-BAHWAN-RESTAURANT-TANJUNG-BUNGAH
Kredit Gambar: Soo Hin Yeoh
SRI-ANANDA-BAHWAN-RESTAURANT-TANJUNG-BUNGAH-
Kredit Gambar: Soo Hin Yeoh

RESTORAN SRI ANANDA BAHWAN TANJUNG BUNGAH menawarkan pelbagai hidangan masakan India yang lazat. Selain itu, perkhidmatan pelanggan mereka juga memuaskan. Roti Cheese Naan mereka adalah antara hidangan yang sering dipesan kerana begitu kaya dengan keju. Anda juga boleh mencuba Set Nasi Briyani, Set Nasi Daun Pisang dan Nasi Goreng Vegetarian di sini.

Waktu Operasi: 7:00 pagi – 11:00 malam (Setiap hari)

Alamat14, Jalan Tanjong Bungah, Tanjung Tokong, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang

No. Telefon: 04-890 9771

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

8. Restoran Karaikudi

Restoran-Karaikudi
Kredit Gambar: somsomcandy
Restoran-Karaikudi-
Kredit Gambar: Haviineesh

Restoran Karaikudi adalah restoran yang sering dipenuhi pelanggan di Little India. Oleh sebab itu, tempat letak kereta agak sukar didapati di sini. Namun begitu, pelanggan boleh menjamu selera di sini pada harga yang berpatutan. Roti Cheese Naan mereka dipenuhi dengan Goey cheese yang lazat dan mesti dicuba. Perkhidmatan pelanggan mereka juga cemerlang dan memuaskan. Sebab itulah ramai pelanggan kembali ke restoran ini.

Waktu Operasi: 11:00 pagi – 11:00 malam (Setiap hari)

Alamat20, Lebuh Pasar, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

No. Telefon: 04-263 1345

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/KaraikudiRestaurant/ 


Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di Sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close