6 Restoran Cheese Platters Terbaik di Johor 2023

Cheese Platter merupakan sajian yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia yang suka mengadakan majlis sosial. Hal ini kerana, hidangan ini menawarkan pilihan makanan yang lazat dan menarik secara visual untuk dinikmati bersama rakan-rakan dan ahli keluarga.  Biasanya, sajian ini dicari oleh mereka yang menghargai pelbagai rasa dan keunikan keju yang berbeza-beza. Di kawasan bandar, khususnya di bandar-bandar besar, anda akan menemui pelbagai restoran atau kafe yang menyajikan Cheese Platter dalam menu mereka.

Walaupun hidangan Cheese Platter ini tidaklah popular seperti hidangan tempatan tradisional di Malaysia, namun hidangan ini ada peminatnya yang tersendiri. Di Johor, anda boleh menemui restoran dan kafe yang menyajikan hidangan yang lazat ini. Semakin lama, semakin banyak kedai yang menyajikan hidangan Cheese Platter ini untuk memuaskan selera para peminatnya. Malah, ramai juga yang berminat dengan trend kulinari antarabangsa ini. Jika anda berada di Johor, anda boleh datang ke restoran-restoran yang kami senaraikan untuk mencuba Cheese Platter mereka. Berikut adalah 6 restoran yang menyajikan Cheese Platter terbaik di Johor.

Apakah Makanan Popular Yang Disajikan Dalam Cheese Platter?

Hidangan ini biasanya disajikan bersama pelbagai jenis makanan ringan yang lain seperti madu, buah-buahan yang diawet, kacang dan juga roti keras. Ramai yang menggunakan madu dalam hidangan ini untuk memberikan sentuhan manis pada makanan. Manakala buah-buahan yang diawet seperti buah Ara dan Aprikot pula dapat memberikan rasa buah yang segar. Anda boleh menambah kacang untuk kerangupannya dalam hidangan ini. Biasanya, kacang seperti walnut dan almond banyak ditemui dalam hidangan Cheese Platter. Untuk memberikan hidangan ini rasa masin, anda boleh menambah zaitun atau Tapenade Zaitun. Dan akhir sekali, ramai orang menambah biskut atau roti keras ke dalam hidagan ini. Roti keras dan biskut ini ditambah untuk kerangupan dan pengangkutan bagi anda menikmati keju bersama-sama dengan sos yang dihidangkan.

Apakah Jenis Keju Yang Perlu Digunakan Dalam Cheese Platter?

Apabila anda menyediakan Cheese Platter, adalah lebih baik jika anda dapat menawarkan pelbagai jenis keju bagi memenuhi pelbagai cita rasa. Anda boleh mempertimbangkan untuk mencampurkan keju lembut seperti Brie atau Camembert bersama keju separa lembut seperti Gouda atau Havarti. Anda juga boleh menambah keju keras seperti Cheddar atau Manchego dan keju biru seperti Roquefort atau Stilton ke dalam Cheese Platter anda. Campuran keju ini memberikan kepelbagaian rasa, terkstur dan kekuatan yang berbeza. Oleh sebab itu, ramai peminat keju yang akan menggemarinya.

6 Restoran Cheese Platters Terbaik di Johor 2023

Advertise With My Weekend Plan

1. Coppola Pizza Restaurant

Coppola-Pizza-Restaurant-
Kredit Gambar: Coppola Pizza Restaurant (Google Review)
Coppola-Pizza-Restaurant-
Kredit Gambar: Sze Yong Sim (Google Review)

Coppola Pizza Restaurant terkenal dengan kepakaran mereka dalam menyediakan pizza dan masakan Barat. Cheese Platter yang mereka sediakan adalah pilihan yang menyenangkan untuk dicuba. Restoran ini menyusun 5 jenis keju di atas platter dengan cermat. Keju-keju yang dipilih dengan teliti itu akan memberikan pelbagai rasa dan tekstur. Selain hidangan ini disajikan dengan menarik, rasanya juga lazat dan memuaskan bagi mereka yang gemarkan keju. Persembahan visual hidangan ini memberi sentuhan yang memukau kepada pengalaman makan anda di sini.

Waktu Operasi: 
2:00 petang – 11:30 malam (Monday – Thursday)
1:00 petang – 1:00 pagi (Jumaat – Ahad)

Alamat: 1, Jalan Hijauan 3, Horizon Hills, 79100 Iskandar Puteri, Johor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/coppolapizza/

semak laman web di sini

2. Les Bouchons Puteri Harbour

Les-Bouchons-Puteri-Harbour
Kredit Gambar: Hax Mays (Google Review)
Les-Bouchons-Puteri-Harbour-
Kredit Gambar: Les Bouchons Puteri Harbour (Facebook)

Les Bouchons Puteri Harbour adalah sebuah restoran mewah yang terkenal dengan suasana yang selesa dan elegan, terutamanya pada waktu malam. Restoran ini menawarkan pelbagai hidangan yang lazat. Antara salah satu hidangan yang dipesan di sini adalah Cheese Platter mereka. Cheese Platter di Les Bouchons Puteri Harbour merupakan satu kegembiraan. Hidangan ini mempunyai gabungan kombinasi keju dan makanan lain yang cukup harmoni. Selain itu, ia juga dapat menawan dan menarik hari sesiapa sahaja yang gemarkan keju.

Waktu Operasi: 12:00 tengah hari – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: R-GL1, Menara Teega, Lebuh Laksamana, Puteri Harbour, 79250 Iskandar Puteri, Johor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/BouchonsMalaysia/

semak laman web di sini

3. La Olla Tapas Bar

La-Olla-Tapas-Bar
Kredit Gambar: La Olla Tapas Bar (Google Review)
La-Olla-Tapas-Bar-
Kredit Gambar: aries covis

La Olla Tapas Bar adalah sebuah restoran unik yang mengamalkan konsep terbuka. Oleh sebab itu, suasana disekeliling restoran ini adalah meriah dan menyenangkan. Dengan dekorasi tanpa dinding dan mempunyai atap yang unik untuk melindungi pelanggan, restoran ini dapat menawarkan pengalaman makan yang berbeza. Selain itu, menu yang sering dipesan adalah Cheese Platter di sini. Sajian ini lebih menarik dan lazat kerana digandingkan bersama hirisan daging yang empuk bagi memberikan kombinasi rasa yang pelbagai.

Waktu Operasi: 2:30 petang – 12:00 malam (Setiap hari)

Alamat: No. 8, Blok B, Sebahagian PTD 213067, Persiaran Senibong, 81750 Masai, Johor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/laollatapas/

Instagram: https://www.instagram.com/la_olla2020/?hl=en

4. La Belle Vie Restaurant And Bar

La-Belle-Vie-Restaurant-And-Bar
Kredit Gambar: SH II (Google Review)
La-Belle-Vie-Restaurant-And-Bar-
Kredit Gambar: E C (Google Review)

La Belle Vie Restaurant and Bar adalah sebuah kedai makan yang selesa dan pakar dalam menyediakan bir dan masakan Barat. Selain menawarkan pelbagai menu mereka yang lazat, mereka juga menyediakan hidangan Cheese Platter yang menggiurkan. Cheese Platter di La Belle Vie disajikan dengan penuh teliti dengan visual yang menarik dan rasa yang menggoda. Mereka meletak sekeping biskut yang rangup untuk disajikan bersama keju. Kehadiran biskut dalam sajian ini menambahkan keseronokan untuk mengunyah kerana ia rangup dan lazat.

Waktu Operasi: 
5:00 petang – 12:00 malam (Selasa – Ahad)
Tutup (Isnin)  

Alamat: 54, Jalan Molek 2/2, Taman Molek, 81100 Johor Bahru, Johor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Instagram: https://www.instagram.com/la_belle_vie_restaurant/?hl=en

5. Le Reveur Parisian Cafe

Le-Reveur-Parisian-Cafe
Kredit Gambar: Cheng Choong Yih (Google Review)
Le-Reveur-Parisian-Cafe-
Kredit Gambar: Suzie Joe (Google Review)

Le Reveur Parisian Cafe adalah sebuah kafe yang indah dengan dekorasi dalamannya berunsurkan Paris. Selain itu, keseluruhan dinding dicat putih bagi memberikan suasana yang lapang dan menyenangkan. Apabila anda melangkah masuk ke kafe ini, anda akan berasa seolah-olah anda di Paris. Di sini, mereka menghidangkan pelbagai makanan yang lazat. Namun begitu, Cheese Platter adalah hidangan ringan yang memuaskan dan sering dipesan oleh para pelanggan di sini. Hidangan Cheese Platter yang disajikan di sini sungguh lazat dengan keunikan setiap rasa keju dan makanan lain yang disediakan dalam sajian ini.

Waktu Operasi: 
9:00 pagi – 4:00 petang (Rabu – Isnin)
Tutup (Selasa)

Alamat: GF-12, Puteri Cove Quayside, Persiaran Tanjung, Puteri Harbour, 79100 Iskandar Puteri, Johor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Instagram: https://www.instagram.com/le.reveur.cafe/?hl=en

6. Romans Winehouse

Romans-Winehouse
Kredit Gambar: Boy Tay (Google Review)
Romans-Winehouse-
Kredit Gambar: Sienna C (Google Review)

Romans Winehouse adalah sebuah bar wain yang berkelas dan mewah. Apabila anda masuk ke bar ini, anda akan disambut dengan suasana yang selesa dan mesra. Setiap hidangan disajikan dengan penuh teliti dan profesional demi memastikan penyajiannya memukau mata sesiapa yang memandangnya. Tidak kiralah sama ada anda menikmati Cheese Platter, Charcuterie Board atau hidangan lain, anda akan mendapat pengalaman menjamu selera yang memuaskan di sini.

Waktu Operasi: 
4:00 petang – 1:00 pagi (Selasa – Ahad)
Tutup (Isnin)

Alamat: GF-007, Austin International Convention Centre, Jalan Austin Heights 8/1, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/romanswinehouse/

Instagram: https://www.instagram.com/romanswinehouse/?hl=en

semak laman web di sini

Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di Sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close