Jika anda penggemar masakan Korea yang autentik, anda berada di tempat yang betul! Setia Alam mempunyai beberapa restoran Korea yang terkenal dan menyajikan hidangan Korea yang sedap daripada bahan-bahan yang segar dan terbaik. Daripada hidangan kegemaran klasik seperti Bibimbap dan Bulgogi sehinggalah kepada pilihan yang lebih mencabar seperti Kimchi Jjigae dan Dak Galbi, restoran-restoran ini komited untuk mengekalkan teknik memasak tradisional dan cita rasa Korea bagi memberikan pengalaman menjamu selera yang tidak dapat dilupakan.
Tidak kiralah sama ada anda pengemar makanan Korea atau baru mencuba hidangan ini, anda akan menemui banyak pilihan yang akan memuaskan cita rasa anda dalam menu yang pelbagai. Kami telah menyenaraikan restoran-restoran Korea terbaik di Setia Alam. Setiap satunya menawarkan suasana yang unik dan hidangan yang istimewa. Jadi, apa kata anda merasai hidangan Korea yang menggoda dan singgah ke restoran-restoran Korea yang sering disyorkan oleh ramai pengunjung ini? Berikut adalah 7 restoran Korea Terbaik di Setia Alam.
Apakah Yang Menjadikan Makanan Korea Unik?
Masakan Korea dikenali dengan perisa yang kuat, rumit dan biasanya menggabungkan rasa pedas, masam, dan umami. Bahan-bahan yang difermentasikan seperti kimchi dan sos kacang soya sering digunakan. Penggunaan bahan-bahan ini memberikan rasa yang unik dan berkhasiat. Sayur-sayuran dan makanan laut menjadi bahan utama dalam hidangan Korea, manakala nasi pula sering disajikan sebagai makanan pengiring.
Apakah Pengalaman Yang Biasa Dihadapi Ketika Anda Makan Di Restoran Korea?
Apabila berada di restoran Korea yang biasa, anda mungkin akan duduk di meja yang mempunyai grill pada bahagian tengah untuk membolehkan anda memanggang daging sendiri. Kebanyakan meja di restoran Korea dilengkapi dengan dapur ‘built-in’ yang sesuai untuk memesan hidangan hot pot atau ‘stew’. Banchan adalah hidangan kecil seperti sayur-sayuran acar dan kimchi. Banchan akan disediakan bersama hidangan anda. Selain itu, anda mungkin akan diberikan gunting untuk memotong daging menjadi potongan kecil di restoran-restoran BBQ Korea.
7 Restoran Korea terbaik di Setia Alam 2023
1. Bulgogi House – Setia Alam
Bulgogi House di Setia Alam adalah sebuah restoran Korea yang menawarkan hidangan BBQ Korea yang sedap dalam bentuk bufet. Restoran ini sangat disyorkan kerana hidangan yang disediakan adalah berpatutan dan enak. Kakitangan mereka sangat efisien dan restoran ini pula teratur serta menjaga standard sebenar bagi sebuah restoran Korea. Bufet mereka menawarkan pelbagai hidangan grill seperti daging babi dan ayam. Mereka juga mengesyorkan patty babi dan kek beras grill untuk anda cuba. Bulgogi House mempunyai cawangan lain di lokasi yang berbeza. Untuk memastikan pengalaman menjamu selera yang memuaskan, anda disyorkan untuk membuat tempahan terlebih dahulu.
Waktu Operasi:
11:30 pagi – 3:00 petang, 5:00 petang – 10:30 malam (Isnin – Jumaat)
11:30 pagi – 10:30 malam (Sabtu, Ahad)
Alamat: No.11, 1-1, Jalan Setia Prima H U13/H, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
No. Telefon: 03-3362 5089
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/bulgogihousesetiaalam/
2. HONG DAE IP GU
Hong Dae Ip Gu adalah sebuah restoran Korea yang pakar dalam Tonkatsu (Pork Cutlet) Korea. Mereka menyediakan hidangan ini pada waktu makan tengah hari. Jika anda mencari pengalaman menjamu selera yang unik, restoran ini menyediakan menu yang segar. Oleh sebab itu, restoran ini berbeza dengan restoran lain. Saiz hidangan di sini adalah besar dan harganya berpatutan. Anda tidak akan kecewa dengan kualiti hidangan yang disajikan. Jadi, pastikan anda singgah ke sini untuk merasai Tonkatsu Korea mereka.
Waktu Operasi:
11:30 pagi – 3:00 petang, 5:00 petang – 10:00 malam (Khamis – Selasa)
Tutup (Rabu)
Alamat: S, No. 19-1 Setia Avenue Jalan Setia Prima U 13, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
No. Telefon: 017-367 0916
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/hongdaeipgukoreanbbq/
3. Galbi King Olban
Galbi King Olban adalah sebuah restoran Korea dengan dekorasi yang minimalis dan unik. Restoran ini menyediakan suasana yang menyenangkan untuk anda berbual dengan rakan-rakan. Pemilik restoran ini adalah orang Korea. Kakitangan mereka sangat sopan dan sedia membantu bagi mencipta suasana yang bersih dan mesra. Restoran ini menawarkan pelbagai hidangan Banchan yang hebat. Antara hidangan Korea mereka yang autentik adalah mi soba yang sedap dan tulen. Jika anda mencari hidangan rasa Korea yang sebenar, anda bolehlah berkunjung ke Galbi King Olban ini.
Waktu Operasi: 11:00 pagi – 3:00 petang, 5:00 petang – 10:00 malam (Setiap hari)
Alamat: Jalan Setia Prima M U13/M, 1-2 40170 Shah Alam, Selangor
o. Telefon: 03-3358 0432
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100064749529687
Instagram: https://www.instagram.com/galbiking/
4. Mashigetta Koreanfood Setia Alam
Mashigetta Koreanfood di Setia Alam menawarkan suasana yang menyenangkan dan ruang letak kereta yang mencukupi di bahagian luar. Hidangan ayam mereka lazat, rangup dan segar, terutamanya ayam goreng Dakganjeong yang sering menjadi pilihan ramai. Set Sindang mereka menawarkan pelbagai hidangan yang lazat dan berbaloi dengan harganya. Anda boleh meminta untuk menggunakan WiFi mereka kerana liputan rangkaian Celcom tidak tersedia di sini. Selain itu, perkhidmatan yang diberikan adalah sangat baik dan sesuai untuk keluarga.
Waktu Operasi:
11:30 pagi – 9:30 malam (Sabtu – Khamis)
11:30 pagi – 12:30 tengah hari, 2:30 petang – 9:30 malam (Jumaat)
Alamat: No 7-GF, Jln Setia Perdana BC U13/BC, Bandar Setia Alam Seksyen U13, 40170 Shah Alam, Selangor
No. Telefon: 011-6134 0853
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/Mashigetta.SetiaAlam/
Instagram: https://www.instagram.com/mashigetta.koreanfood/
5. EC Ne Korean Restaurant
EC Ne Korean Restaurant adalah sebuah tempat yang selesa dan mesra. Restoran ini mempunyai kertas dinding yang memaparkan makanan Korea dan seorang wanita yang memakai pakaian tradisional Korea. Mereka menawarkan menu yang lazat dengan satu bahagian yang khusus untuk pilihan sayur-sayuran. Selain daripada kualiti makanan, kakitangan mereka aktif dalam mengisi semula hidangan sampingan selain sentiasa memeriksa kepuasan pelanggan.
Waktu Operasi:
11:30 pagi – 3:00 petang, 5:30 petang – 10:00 malam (Khamis – Isnin)
11:30 pagi – 10:00 malam (Selasa)
Tutup (Rabu)
Alamat: No 8-1-2,jalan, Persiaran Setia Prima, U13 Shah Alam
No. Telefon: 03-3359 0491
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/ecneverynice/
6. Ko Hyang (Setia City Mall)
Ko Hyang di Setia City Mall menyediakan peluang untuk anda menikmati hidangan Korea yang ‘home-cooked’ dan autentik. Hidangan di restoran ini berkualiti tinggi dengan porsi yang besar. Harganya juga berpatutan. Kakitangan Ko Hyang sangat mesra dan ramah. Ramai pelanggan yang memuji restoran ini kerana menawarkan hidangan Korea yang terbaik. Suasana di restoran ini juga selesa dan memberikan pengalaman menjamu selera yang hebat.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)
Alamat: Ground Floor, UG30(a), Setia City Mall Upper, 7, Persiaran Setia Dagang, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
No. Telefon: 012-570 9966
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/kohyangsetiacitymall/
Instagram: https://www.instagram.com/kohyangscm/
semak laman web di sini7. Haechi BBQ restaurant
Haechi BBQ Restaurant adalah sebuah restoran BBQ Korea yang menyajikan makanan Korea autentik dengan hidangan sampingan yang lazat. Mereka menawarkan hidangan sampingan yang boleh ditambah sehinggalah daging yang dipanggang itu habis. Porsi hidangan mereka juga besar dan terbaik. Jika anda alergi terhadap makanan laut, anda perlu beritahu kakitangan mereka sebelum memesan hidangan set kerana sup yang disajikan mungkin ada makanan laut.
Waktu Operasi:
12:00 tengah hari – 3:00 petang, 5:30 petang – 10:00 malam (Selasa – Ahad)
Tutup (Isnin)
Alamat: 19-1-2, Jalan Setia Prima R U13/R, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
No. Telefon: 03-3358 7464
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/haechibbqsetiaalam/
Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda【Di Sini】
Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee【Di Sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.