10 Restoran Lamb Chop Terbaik di Pulau Pinang 2025

Lamb Chop adalah antara bahagian daging yang sering dicari oleh pencinta makanan. Bahagian daging ini sedap, tidak kira sama ada ia diperap dalam sos, ditambah rempah atau dipanggang. Hidangan Lamb Chop ini bukan sahaja mengenyangkan malah ia memberikan anda vitamin B1, B2 dan E yang diperlukan oleh badan anda. Jika anda mahukan Lamb Chop yang sedap tetapi sukar membuat keputusan, anda boleh mengunjungi 10 restoran terbaik yang menyediakan Lamb Chop sedap di Pulau Pinang ini.

Mengapakah Hidangan Ini Diberi Nama Lamb Chop?

Di Great Britain, idea tentang Lamb Chop berasal dari abad ke-17, ketika chophouses di London mula memasak bahagian daging secara individu. Jika anda hendak tahu, Lamb Chop adalah potongan daging kambing yang dibuat dengan memotong pada sudut yang tegak lurus bersama tulang belakang. Potongan bahagian ini menghasilkan hidangan daging tunggal yang secara tradisionalnya dimasak dan dihidangkan bersama tulang.

Adakah Hidangan Lamb Chop Mahal?

Daging kambing sebenarnya lebih mahal berbanding dengan daging lain. Kambing mempunyai kos penyelenggaraan yang lebih tinggi daripada haiwan lain sebelum ia disembelih. Haiwan ini juga sering dijual kepada penjual daging. Apabila ia disembelih, dagingnya memerlukan penyediaan dan penjagaan yang berbeza berbanding dengan daging lain. Oleh sebab itu, harganya mahal. Untuk pengetahuan anda, Lamb Chop adalah bahagian yang paling mahal daripada kambing per paun, dengan purata sekitar $35. Bahagian lain daripada biri-biri seperti dada, blade chop, lamb shank atau peha adalah jauh lebih murah jika dibandingkna dengan Lamb Chop.

10 Restoran Lamb Chop Terbaik di Pulau Pinang 2024

1. Lagenda House & Cafe

Lagenda-House-Cafe-
Kredit Gambar: Lagenda House & Cafe
Lagenda-House-Cafe-
Kredit Gambar: Tripadvisor

Lagenda House & Cafe mahu anda menikmati hidangan yang enak dan menarik dari segi visual. Lamb Chop yang dihidangkan di restoran ini mempunyai lapisan daging yang lembut dan beraroma. Anda boleh memakannya begitu sahaja atau mencicahnya dengan pelbagai jenis sos atau yogurt-mint.  Selain itu, hidangan ini disajikan bersama salad segar dan kentang lecek bagi memberikan rasa yang seimbang dan warna yang menarik.

Waktu Operasi:
12.00 tengah hari – 10.00 malam (Isnin – Jumaat)
12.00 tengah hari – 11.0 malam (Sabtu)
Tutup (Rabu)

Alamat: 2, Lebuh Carnarvon, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

No. Telefon: 04-2519300

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

2. The Forest- Heritage

The-Forest-Heritage
Kredit Gambar: Open Rice
The-Forest-Heritage-
Kredit Gambar: Food Crush

The Forest- Heritage sentiasa menarik selera anda dengan pelbagai hidangan Barat yang sangat berpatutan. Pastikan anda memesan hidangan Lamb Chop mereka kerana hidangan ini sering dipesan oleh pelanggan mereka. Selain itu, mereka juga menambah kentang goreng, coleslaw, kepingan bawang, timun, dan sos lada hitam pekat bersama hidangan ini. Sungguh sedap!

Waktu Operasi: 11.00 pagi – 12.00 malam (Isnin – Ahad)

Alamat: No. 36, Church St, Georgetown, 10200 George Town, Pulau Pinang

No. Telefon: 010-9251028

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

3. Olive Kitchen & Bar Penang

Olive-Kitchen-Bar-Penang
Kredit Gambar: Zig Hunt
Olive-Kitchen-Bar-Penang-
Kredit Gambar: FoodAdvisor

Lamb Chop yang disediakan di Olive Restaurant & Bar Penang merupakan salah satu hidangan istimewa di restoran ini. Hidangan ini dihiasi dengan asparagus putih, kentang dan sos pekat. Brokoli putih yang ditambah ke dalam sajian ini sedap dan lebih lembut berbanding daripada asparagus hijau. Selain itu, sayur yang ditambah dalam sajian ini dapat melengkapkan hidangan daging yang lembut, berjus dan segar.

Waktu Operasi: 11.00 pagi – 11.30 malam (Isnin – Ahad) pm

Alamat: 3J, Jln Penang, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang

No. Telefon: 011-26279517

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

semak laman web di sini

4. Big Ben Breakfast & Western Cafe

Big-Ben-Breakfast-Western-Cafe
Kredit Gambar: Kok Chee Hou Blogspot
Big-Ben-Breakfast-Western-Cafe-
Kredit Gambar: Big Ben Breakfast & Western Cafe

Peminat daging kambing pasti akan tertarik dengan sajian Lamb Chop yang disediakan di Big Ben Breakfast & Western Café. Anda boleh memesan hidangan istimewa mereka iaitu Grilled Lamb Chop yang sungguh lazat, lembut dan berjus, Selain itu, dekorasi di restoran ini minimalis dan ringkas menjadikan pengalaman makan anda lebih memuaskan.

Waktu Operasi:
8.00 pagi – 2.00 petang, 5.00 petang – 10.30 malam (Selasa – Ahad)
Tutup (Isnin)

Alamat: Lot 2652, Jalan Kebun Bunga, 10350 George Town, Pulau Pinang

No. Telefon: 016-5002286

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

5. Emily’s Steakhouse Penang

Emilys-Steakhouse-Penang
Kredit Gambar: Penang Local Stuff
Emilys-Steakhouse-Penang-
Kredit Gambar: Tripadvisor

Di Emily’s Steakhouse Penang, anda boleh memesan hidangan daging pelbagai gred seperti daging lembu dan kambing yang berkualiti tinggi. Sekiranya anda berkunjung ke restoran ini pada waktu petang, anda akan dapat melihat chef mereka membakar daging kambing yang segar dan enak di hadapan anda. Ia pasti akan membuatkan anda terliur!

Waktu Operasi: 11.30 pagi – 3.00 petang, 5.30 petang – 10.30 malam (Isnin – Ahad)

Alamat: 89, Muntri St, Georgetown, 10200 George Town, Pulau Pinang

No. Telefon: 019-8396630

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

semak laman web di sini

6. Harvest In Cafe

Harvest-In-Cafe
Kredit Gambar: MylovelyBlueSky
Harvest-In-Cafe-
Kredit Gambar: Crisp of Life

Hidangan Lamb Chop yang disediakan di Harvest In Café hanya menggunakan bahan-bahan segar dari pasar bagi memberikan anda sajian yang lazat dan mengenyangkan. Mereka menggunakan bahan-bahan segar yang dipilih teliti untuk menyediakan Lamb Chop dengan sempurna, sekali gus memberikan rasa daging yang berbeza dan bertekstur lembut yang memikat selera anda.

Waktu Operasi:
11.00 pagi – 3.00 petang, 5.30 petang – 10.00 malam (Isnin – Sabtu)
Tutup (Ahad)

Alamat: 10, Jalan Irrawaddi, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang

No. Telefon: 04-2261718

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

7. Don Western & Grill Cafe

Don-Western-Grill-Cafe-
Kredit Gambar: Food Crush
Don-Western-Grill-Cafe-
Kredit Gambar: Don Western & Grill Cafe

Di Don Western & Grill Café, hidangan Lamb Chop yang disajikan di sini adalah menu yang popular dalam kalangan para pelanggan. Hidangan ini disediakan dengan teliti serta dilapisi dengan sos lada hitam yang pekat. Mereka juga menambah kentang ruffle dan coleslaw yang lazat pada hidangan ini. Sebelum anda berjalan-jalan di Pulau Pinang, apa kata anda nikmati daging yang lazat di restoran ini bersama ahli keluarga anda?

Waktu Operasi:
6.00 petang – 11.30 malam (Selasa – Khamis)
6.00 petang – 2.00 pagi (Jumaat – Sabtu)
Tutup (Isnin)

Alamat: 3E, Jln Penang, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang

No. Telefon: 012-7736385

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

8. Yaw’s Roast & Grill

Yaws-Roast-Grill-
Kredit Gambar: Crisp of Life
Yaws-Roast-Grill-
Kredit Gambar: Tripadvisor

Yaw’s Roast and Grill menawarkan suasana yang selesa dan menenangkan dengan persekitarannya yang dikelilingi oleh tumbuhan hijau. Anda boleh mencuba Grilled Lamb Chop mereka yang sedap dan lembut kerana ia merupakan hidangan yang popular dalam kalangan pelanggan di sini. Selain berjus, lembut dan sedap, daging mereka ditambah dengan  sos homemade dan hidangan sampingan lain seperti coslelaw dan kentang goreng yang enak. Anda pasti berpuas hati apabila melihat porsi makanan yang besar di sini.

Waktu Operasi:
5.30 petang – 10.00 malam (Selasa – Ahad)
Tutup (Isnin)

Alamat: 1, Gerbang Midlands, Pulau Tikus, 10250 George Town, Pulau Pinang

No. Telefon: 018-4600829

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

9. Salsas Penang

Salsas-Penang-
Kredit Gambar: FoodAdvisor
Salsas-Penang-
Kredit Gambar: Zig Hunt

Fakta bahawa masakan di Salsas Penang yang disediakan oleh seorang chef yang berpengalaman telah menarik perhatian ramai. Restoran ini menawarkan pengalaman makan yang luar biasa kerana ia menyediakan menu yang banyak dan dekorasi yang cantik. Antara menu yang popular di sini adalah Lamb Chop dan Steak Chop yang sedap. Kedua hidangan ini sering mendapat pujian daripada pelanggan kerana tekstur dagingnya yang lembut dan berjus. Hidangan ini istimewa kerana disediakan sendiri oleh chef yang berpengalaman dan professional.

Waktu Operasi: 11.30 pagi – 2.30 petang, 6.30 petang – 10.30 malam (Isnin – Ahad)

Alamat: Hotel Continental, 5, Jln Penang, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang

No. Telefon: 019-4574189

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

10. Hungry Ranch

Hungry-Ranch
Kredit Gambar: Ken Hunts Food
Hungry-Ranch-
Kredit Gambar: Ken Hunts Food

Hungry Ranch merupakan sebuah restoran Barat ‘full-service’ yang menawarkan makanan yang sedap dan berkhasiat. Di restoran ini, anda boleh menikmati makanan yang sedap dalam porsi yang banyak. Antara hidangan yang popular di sini adalah Lamb Chop mereka yang lembut dan berjus. Ajaklah kawan-kawan anda ke sini sambil menghabiskan masa dengan mereka.

Waktu Operasi:
12.00  tengah hari – 10.00 malam (Isnin – Jumaat)
12.00 tengah hari – 12.00 malam (Sabtu – Ahad)
Tutup (Rabu)

Alamat: 31, Jalan Sungai Ujong, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini


Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda【Di Sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close