10 Restoran Murtabak Terbaik di Pulau Pinang 2025

Gerai atau restoran India Muslim di Pulau Pinang menyediakan murtabak bagi memenuhi selera para pelanggan yang berbeza-beza. Murtabak adalah sejenis hidangan penkek berinti yang popular. Biasanya murtabak diisi dengan daging lembu, kambing, sardin dan juga ayam. Walaupun hidangan ini berasal dari Arab, khususnya dari negara Arab Saudi dan sekitarnya, hidangan yang mengeyangkan ini popular di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Dalam Bahasa Arab, “murtabak” membawa maksud “dilipat”. Dan perkataan ini merujuk kepada lapisan-lapisan tepung yang dibentuk dalam menghasilkan sajian ini.

Di Pulau Pinang, anda boleh menemui murtabak yang mempunyai isi daging biri-biri, ayam, rusa mahupun daging lembu. Hidangan ini juga mempunyai kuahnya yang tersendiri. Ada yang menyediakan kuah kari yang pedas dan acar bawang untuk mengimbangi rasa makanan ini. Jadi, inilah 10 restoran murtabak terbaik yang boleh anda nikmati di Pulau Pinang 2025.

Apakah Murtabak?

Murtabak adalah sejenis doh tebal yang berisi inti dan digoreng dalam minyak sehingga menjadi perang keemasan dan rangup. Murtabak atau martabak ini sering diisi dengan campuran daging cincang dan telur. Walaupun ia adalah hidangan Arab, namun murtabak kini dinikmati di seluruh negara, terutamanya di Malaysia.

Negara Manakah Yang Mencipta Murtabak?

Murtabak adalah makanan tradisional yang berasal dari Yaman, yakni sebuah negeri yang memiliki populasi India yang besar. Melalui aktiviti perdagangan, hidangan ini telah sampai ke India dan Asia Tenggara melalui pedagang India.

10 Restoran Murtabak Terbaik di Pulau Pinang 2024

1. Hameediyah Restaurant

Hameediyah-Restaurant-
Kredit Gambar: Spring Tomorrow
Hameediyah-Restaurant-
Kredit Gambar: Ken Hunts Food

Hameediyah Restaurant menawarkan pelbagai jenis murtabak yang berintikan daging lembu, biri-biru, udang dan ayam. Mereka mendapat permintaan yang tinggi untuk murtabak ayam daripada pelanggan mereka. Campuran daging ayam dan telur diadun sebati dalam doh yang tebal dan gebu. Selain itu, masala dan acar bawang turut disertakan bersama hidangan ini. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa hidangan ini berjaya membuat para pelanggan tidak sabar untuk memakannya. Ia bukan sahaja besar malah berpatutan.

Waktu Operasi:
10.00 pagi – 10.00 malam (Isnin – Ahad) 
10.00 pagi – 12.30 tengah hari, 3.00 petang – 10.00 malam (Jumaat)

Alamat: 164 A, Lebuh Campbell, street, 10100 George Town, Pulau Pinang

No. Telefon: 04-2611095

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

2. Restoran Mohamed Rafee Nasi Kandar

Restoran-Mohamed-Rafee-Nasi-Kandar
Kredit Gambar: Raffe Nasi Kandar Pulau Tikus
Hameediyah-Restaurant--
Kredit Gambar: FoodAdvisor

Restoran Mohamed Rafee Nasi Kandar yang popular juga menawarkan hidangan murtabak terbaik di kawasan tersebut. Anda boleh mendapatkan murtabak yang enak di restoran ini. Antara murtabak yang sering dipesan adalah murtabak daging biri-biri kerana daging kasarnya penuh dengan rasa dan diliputi dengan lapisan roti yang rangup dan nipis. Selain itu, mereka juga menyediakan kuah kari yang dihasilkan daripada rempah yang wangi. Rempah ini digiling dengan tangan bagi menjadikan kuah kari penuh beraroma buat para pelanggan.

Waktu Operasi: 7.30 pagi – 11.59 malam  (Isnin – Ahad)

Alamat: 295-A, Jalan Burma, Pulau Tikus, 10350 George Town, Pulau Pinang

No. Telefon: 04-2288466

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

3. New World Park Food City

New-World-Park-Food-City--
Kredit Gambar: Penang Foodie

Gerai murtabak di New World Park Food City menawarkan pelbagai pilihan makanan yang lazat. Gerai ini layak diberi pujian kerana menyediakan hidangan ringan seperti murtabak yang enak. Murtabak ini disajikan bersama sos pedas berbanding dengan kuah kari dalca yang sering digandingkan bersama hidangan ini. Anda boleh mendapatkan murtabak mereka yang mengeyangkan di gerai ini dengan mudah kerana ia dibuka pada setiap hari.

Waktu Operasi: 10.00 pagi – 11.30 malam  (Isnin – Ahad)

Alamat: Jalan Burma, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang

No. Telefon: 017-4839683

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

4. Astaka Taman Tun Sardon

Astaka-Taman-Tun-Sardon
Kredit Gambar: Crisp of Life
Astaka-Taman-Tun-Sardon-
Kredit Gambar: FoodAdvisor

Ramai pelanggan berkunjung ke Astaka Taman Tun Sardon kerana ingin menikmati murtabak yang sungguh lazat. Semua murtabak yang dibuat adalah mengikut permintaan para pelanggan mereka sahaja. Namun begitu, gerai ini tetap beroperasi bagi memenuhi selera para pelanggan mereka. Anda akan mendapati murtabak yang mereka sajikan adalah berbeza dengan murtabak yang lain. Rasa inti daging yang enak dan kulit lapisan doh yang halus benar-benar memikat hati dan selera anda. Mereka juga menyajikan kari pedas dan acar bawang bersama hidangan ini untuk kombinasi rasa yang sempurna.

Waktu Operasi:
6.00 pagi – 12.00 malam  (Isnin – Ahad)
6.00 pagi – 1.00 petang (Rabu)

Alamat: Taman Tun Sardon, 11700 Gelugor, Pulau Pinang

No. Telefon: 016-4778425

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

5. Restaurant Tajuddin Hussain

Restaurant-Tajuddin-Hussain
Kredit Gambar: Migrationology
Restaurant-Tajuddin-Hussain-
Kredit Gambar: Marli Sulaiman

Murtabak dari Restoran Tajuddin Hussain mempunyai 2 bahagian yang besar dan berisi daging lembu yang segar dan enak. Murtabak mereka boleh dikatakan seperti penkek yang menyelerakan. Hidangan ini disajikan dengan acar bawang dan kari yang lazat. Untuk murtabak berinti daging ayam pula, ia berisi rempah yang penuh perisa dan daging ayam yang banyak. Sesiapa sahaja akan suka apabila menikmati murtabak yang besar dan penuh dengan inti.

Waktu Operasi:
11.00 pagi – 3.30 petang, 6.30 petang – 10.00 malam (Isnin – Sabtu)
Tutup (Ahad)

Alamat: 45-63, Queen St, Georgetown, 10200 George Town, Penang

No. Telefon: 04-2625367

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

6. NS Nasi Kandar

NS-Nasi-Kandar
Kredit Gambar: NS Nasi Kandar
NS-Nasi-Kandar-
Kredit Gambar: NS Nasi Kandar

NS Nasi Kandar menyediakan pelbagai hidangan yang lazat, antaranya murtabak dan roti canai. Kedua-dua hidangan ini disajikan pada waktu petang. Murtabak mereka memiliki kulit yang nipis dan berisi daging yang tebal, sekali gus menjadikannya hidangan yang paling digemari ramai. Anda boleh menikmati murtabak mereka bersama kuah dhal dan acar bawang yang enak. Boleh dikatakan setiap gigitan hidangan ini akan memberikan anda pengalaman menjamu selera yang sungguh menyeronokkan.

Waktu Operasi: Buka 24 jam

Alamat: 142, Jalan Burma, 10400 George Town, Pulau Pinang

No. Telefon: 04-2261924

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

semak laman web di sini

7. Ramzan Restaurant 

Ramzan-Restaurant-
Kredit Gambar: Open Rice

Bagi sesiapa yang meminati murtabak, anda boleh berkunjung ke Restoran Ramzan. Di sini, mereka menyajikan pelbagai pilihan murtabak yang lazat seperti murtabak ayam, murtabak daging kambing, murtabak daging rusa, murtabak sardin dan murtabak sayur. Anda boleh memesan beberapa jenis murtabak yang anda suka dan menikmatinya di rumah bersama ahli keluarga.

Waktu Operasi:
6.30 pagi – 6.30 petang (Isnin – Sabtu)
Tutup (Ahad)

Alamat: 48, Lebuh Ah Quee, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

No. Telefon: 04-2614967

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

8. A Ghaffoor Martabak Original

A-Ghaffoor-Martabak-Original-
Kredit Gambar: A Ghaffoor Martabak Original
A-Ghaffoor-Martabak-Original
Kredit Gambar: A Ghaffoor Martabak Original

Berdasarkan nama restoran mereka, iaitu A Ghaffoor Martabak Original, restoran ini juga menyediakan murtabak yang enak untuk para pelanggan mereka. Anda boleh memilih pelbagai jenis murtabak seperti murtabak daging ayam atau murtabak daging lembu untuk mengeyangkan perut anda. Selain itu, hidangan ini juga disertakan dengan sambal cili, kuah kari dan acar bawang untuk mengimbangi rasa murtabak tersebut.

Waktu Operasi:
11.00 pagi – 5.00 petang (Isnin – Jumaat)
10.00 pagi – 5.00 petang (Sabtu)
Tutup (Ahad)

Alamat: 504, Jalan Dato Keramat, 10460 George Town, Pulau Pinang

No. Telefon: 012-4968937

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

9. Eifi Murtabak & Roti Canai

Eifi-Murtabak-Roti-Canai
Kredit Gambar: Foursquare
Eifi-Murtabak-Roti-Canai-
Kredit Gambar: Syed Yohanson

Eifi Murtabak & Roti Canai adalah gerai yang menyediakan hidangan roti canai dan murtabak yang lazat. Anda boleh memesan murtabak mereka yang berisi daging cincang yang banyak sekali gus memberi pengalaman makan yang menyeronokkan buat anda sekeluarga. Mereka juga menyediakan kuah dhal dan kuah pedas bersama hidangan ini untuk anda celup dan nikmati kombinasi rasa yang pelbagai. Oleh sebab itu, ramai pelanggan yang kembali ke sini untuk menikmati murtabak mereka yang lazat.

Waktu Operasi:
7.00 pagi – 12.15 tengah hari (Selasa – Ahad)
Tutup (Isnin)

Alamat: P3, 13220 Kepala Batas, Pulau Pinang

No. Telefon: 017-5967623

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

10. Bismie Murtabak Cheese House 

Bismie-Murtabak-Cheese-House-
Kredit Gambar: Bismie Murtabak Cheese House
Bismie-Murtabak-Cheese-House-
Kredit Gambar: Bismie Murtabak Cheese House

Murtabak keju adalah hidangan utama di Bismie Murtabak Cheese House yang terletak di Pulau Pinang. Murtabak yang unik ini merupakan salah satu hidangan yang sering dipesan di restoran ini. Selain mempunyai inti keju yang penuh berkrim, anda boleh mencelupnya ke dalam sos keju untuk mendapatkan rasa keju berganda. Ajaklah rakan atau ahli keluarga anda yang menggemari keju ke sini kerana mereka pasti akan menyukai murtabak ini!

Waktu Operasi:
7.00 pagi – 11.00 pagi (Selasa – Ahad)
Tutup (Isnin)

Alamat: G-25, Pusat Penjaja Bertam Putra, Persiaran Seksyen 4/14, Bandar Putra Bertam, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang

No. Telefon: 010-5419296

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

semak laman web di sini

Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda【Di Sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close