6 Restoran Naan Cheese Terbaik di Ipoh 2023

Naan adalah sejenis roti yang berasal dari Asia Selatan seperti India, Pakistan, dan Afghanistan. Naan Cheese, juga dikenali sebagai Cheese Naan, merupakan variasi roti Naan tradisional yang mengandungi keju sebagai isi atau hiasan. Walaupun Naan Cheese bukanlah hidangan tradisional Malaysia, tetapi ia telah terkenal dan dinikmati oleh ramai orang di negara ini. Masakan Malaysia adalah pengaruh daripada pelbagai budaya dan ini termasuklah masakan India yang juga terkenal di Malaysia.

Di Ipoh, anda boleh meneroka kawasan-kawasan India yang terkenal dengan masakan budaya mereka. Little India adalah kawasan yang terletak di sepanjang Jalan Sultan Iskandar. Ia merupakan kawasan yang berwarna-warni di Ipoh dan terkenal dengan kedai-kedai atau restoran-restoran India. Jadi, anda boleh memulakan pencarian Naan Cheese anda di sini kerana restoran atau kedai yang anda kunjungi pasti menghidangkan sajian ini kepada pelanggannya. Untuk menjimatkan masa anda, berikut adalah 6 restoran yang menyajikan Naan Cheese terbaik di Ipoh yang boleh anda cuba.

Apakah Perbezaan Antara Naan Cheese Dan Naan Biasa?

Naan Cheese dan Naan biasa mempunyai beberapa perbezaan dari segi hiasan dan juga rasanya. Naan biasa adalah roti India tradisional yang dibuat daripada tepung, air dan ragi. Kadangkala, mereka meletak yogurt di dalamnya dan kemudian roti itu dipanggang dalam oven Tandoor.  Roti ini mempunyai tekstur yang lembut dan gebu. Biasanya, ia dihidangkan begitu sahaja atau disapu dengan mentega jernih (ghee). Naan Cheese pula adalah roti Naan yang ditambah keju parut ke atasnya. Biasanya, mereka meletak keju Mozzarella atau campuran keju ke atas Naan tersebut sebelum dipanggang. Oleh sebab itu, Naan Cheese meleleh dengan keju yang cair dan rasanya sedap.

Apakah Bahan Yang Biasa Digandingkan Dengan Naan Cheese?

Naan Cheese biasanya dinikmati dengan pelbagai sos bagi menyempurnakan rasa kejunya yang sedap. Antara salah satu sos yang sering digandingkan bersama adalah  Chutney Pudina. Sos ini adalah sos masam dan menyegarkan yang dibuat daripada daun pudina segar, ketumbar, jus limau, dan rempah-rempah. Sos ini akan memberikan kontras kepada rasa keju yang berkrim. Selain itu, Raita atau sos yang berasaskan yogurt ini juga disajikan bersama Naan Cheese. Sos ini diperisakan bersama timun, pudina, dan rempah-rempah untuk memberikan kesegaran kepada sesiapa yang memakannya.

6 Restoran Naan Cheese Terbaik di Ipoh 2023

Advertise With My Weekend Plan

1. Nasi Kandar Naina

Nasi-Kandar-Naina
Kredit Gambar: Mark Mie (Google Review)
Nasi-Kandar-Naina-
Kredit Gambar: Wai Gulam (Google Review)

Nasi Kandar Naina adalah sebuah restoran di Meru Bestari, Ipoh. Restoran ini terkenal dengan kepakarannya dalam menyediakan roti India dan masakan Nasi Kandar. Salah satu hidangan yang sering dipesan di sini adalah Naan Cheese. Naan Cheese di Nasi Kandar Naina terkenal dengan tekstur yang lembut dan gebu. Selain itu, kepingan keju ditabur pada roti ini sehinggakan menjadikannya meleleh pada roti ini. Selain menggoda selera para pelanggan, hidangan ini menawarkan kombinasi rasa dan tekstur yang menyenangkan kepada penggemar keju.

Waktu Operasi: 7:00 pagi – 12:00 tengah hari (Setiap hari)

Alamat: 21, Jln Meru Bestari B5, 30020, Jln Meru Bestari B5, 30020 Ipoh, Perak

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/nasikandarnaina/?locale=ms_MY

2. Nasi Kandar Pelita

Nasi-Kandar-Pelita-
Kredit Gambar: Terence Kong (Google Review)
Nasi-Kandar-Pelita-
Kredit Gambar: Jesus Arroyo (Google Review)

Nasi Kandar Pelita merupakan restoran terkenal 24 jam yang pakar dalam menyediakan roti India dan Nasi Kandar. Salah satu hidangan yang menjadi kegemaran ramai adalah Naan Cheese. Hidangan ini mempunyai keju yang banyak sehingga membuatkan ramai yang ingin memakannya. Selain itu, hidangan ini juga digandingkan dengan sos celup yang lazat. Tekstur roti Naan Cheese mereka sangat lembut dan kenyal serta keju yang meleleh membuatkan ramai yang menyukai hidangan ini. Sos-sos yang disediakan juga kena dengan rasa roti berkeju ini. Oleh sebab itu, Naan Cheese Nasi Kandar Pelita adalah salah satu hidangan yang wajib dicuba oleh penggemar keju dan peminat makanan.

Waktu Operasi: 24 jam (Setiap hari)

Alamat: 2, Jalan Kamaruddin Isa, Taman Fair Park, 31400 Ipoh, Perak

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

3. Restoran Di Naina

Restoran-Di-Naina
Kredit Gambar: LyZa Nazlyza (Google Review)
Restoran-Di-Naina-
Kredit Gambar: Jerlyn Goh (Google Review)

Restoran Di Naina adalah sebuah restoran selesa yang terletak di Taman Sri Ampang. Kedai makanan ini menyajikan pelbagai hidangan yang lazat, namun salah satu hidangan yang kerap dipesan di sini adalah Naan Cheese mereka. Penggemar Naan Cheese akan berpuas hati di sini kerana roti Naan mereka kaya dengan keju yang meleleh dan tekstur rotinya yang lembut. Oleh sebab itu, bagi mereka yang ingin merasa Naan Cheese yang berkrim dan lazat, bolehlah berkunjung ke sini.

Waktu Operasi: 6:00 pagi – 11:30 malam (Setiap hari)

Alamat: No. 37, Jalan Sri Ampang 1, Taman Sri Ampang, 31350 Ipoh, Perak

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

4. SK Selalu Kandar

SK-Selalu-Kandar
Kredit Gambar: Aakil Official (Google Review)
SK-Selalu-Kandar-
Kredit Gambar: Louisa Loh (Google Review)

SK Selalu Kandar adalah sebuah restoran popular 24 jam yang terkenal dengan pelbagai masakan India, termasuklah hidangan yang digemari ramai, iaitu Naan Cheese. Walaupun Naan Cheese di SK Selalu Kandar mungkin lebih nipis berbanding restoran lain,  tetapi ia mempunyai taburan keju yang banyak. Anda akan melihat lapisan roti ini mempunyai keju meleleh di atasnya. Restoran ini menyajikan roti Naan Cheese yang sedap dan keju yang banyak bagi memastikan anda puas hati memakannya.

Waktu Operasi: 24 jam (Setiap hari)

Alamat: 2-1, Jalan Tawas Baru 1, Taman Tasek Damai, 30010 Ipoh, Perak

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

5. Naina Mohamed Restaurant

Naina-Mohamed-Restaurant-
Kredit Gambar: Google (Google Review)
Naina-Mohamed-Restaurant
Kredit Gambar: Sahara S (Google Review)

Restoran Naina Mohamed ini terletak di Kampung Jawa, Ipoh. Restoran ini menawarkan pengalaman makan yang selesa dan memuaskan. Walaupun Naan Cheese bukan salah satu hidangan yang paling digemari di sini, tetapi ia tetap mempunyai peminat yang tersendiri. Hidangan Naan Cheese di restoran ini tetap dipesan kerana menyajikan roti yang lembut dan keju yang banyak. Jadi, bagi mereka yang inginkan hidangan berkeju, anda boleh memesan Naan Cheese di restoran ini ketika berkunjung ke Ipoh. 

Waktu Operasi: 7:00 pagi – 12:00 malam (Setiap hari)

Alamat: 2, Jalan Lim Bo Seng, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/p/Restaurant-Naina-Mohamed-100069889296900/

6. Nasi Kandar D Naina

Nasi-Kandar-D-Naina
Kredit Gambar: Muhammad Imran (Google Review)
Nasi-Kandar-D-Naina-
Kredit Gambar: Zoe Choo (Google Review)

Nasi Kandar D Naina, yang terletak di Taman Kim Mee adalah sebuah restoran India Muslim di Ipoh. Di sini, mereka menyajikan pelbagai hidangan yang sedap. Salah satu tarikan utama mereka adalah Naan Cheese. Naan Cheese di sini terdapat dalam 2 versi iaitu, versi biasa dan versi unik.  Untuk Naan Cheese biasa, mereka meletak banyak isian dalam roti manakala untuk Naan Cheese Unik pula, mereka meletak banyak keju pada bahagian dalam dan luar roti. Bagi mereka yang sukakan keju, anda boleh memilih Naan Cheese Unik yang lazat ini.

Waktu Operasi: 24 jam (Setiap hari)

Alamat: 24, Jalan Ghazali Jawi, Taman Kin Mee, 31400 Ipoh, Perak

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/NasiKandarNainaTF/?locale=ms_MY


Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di Sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close