Nasi Ayam telah diperkenalkan ke Asia Tenggara oleh imigran Hainan. Sejak itu, hidangan ini menjadi hidangan utama dalam dunia masakan. Nasi Ayam sering dihidangkan di kebanyakan negara seperti Singapura, Malaysia, Thailand dan Vietnam. Untuk memikat hati penduduk tempatan, pemilik restoran atau kedai di negara berkenaan mengubah rasa Nasi Ayam agar dapat menepati cita rasa tempatan. Anda boleh menjumpai hidangan ini di seluruh Malaysia kerana Nasi Ayam adalah salah satu hidangan yang kerap dipesan oleh penduduk di negara ini.
Nasi Ayam Penang adalah variasi hidangan yang popular dalam dunia masakan di Pulau Pinang. Jika anda hendak tahu, negeri ini adalah kaya dengan pelbagai jenis masakan yang menyelerakan. Tidak kira sama ada anda berkunjung ke restoran mewah, kedai tepi jalan mahupun hotel 5 bintang, hidangan Nasi Ayam ini boleh didapati di mana-mana sahaja. Jadi, mari berkunjung ke 10 restoran Nasi Ayam terbaik di Pulau Pinang 2025 untuk memuaskan selera anda.
Apakah Yang Membuatkan Nasi Ayam Penang Berbaloi Untuk Dicuba?
Biasanya, Nasi Ayam Penang dihidangkan bersama hirisan timun yang segar bagi menambah unsur rangup pada hidangan ini. Selain itu, ia juga dihidangkan bersama daun bawang hijau yang dihiris halus bagi memberikan hidangan rasa yang segar dan harum. Nasi Ayam ini juga mempunyai 2 pilihan masakan iaitu dipanggang atau distim. Jadi, pelanggan boleh memilih pilihan Nasi Ayam yang mereka suka.
Bagaimanakah Mencari Kedai Yang Menyediakan Nasi Ayam Yang Sedap?
Pertama, anda perlu mencari restoran tempatan yang pakar dalam menyediakan Nasi Ayam di Pulau Pinang. Anda boleh melihat menu yang disediakan di restoran yang anda kunjungi. Kedua, anda boleh bertanya kepada penduduk di kawasan tersebut. Hal ini kerana penduduk tempatan lebih mengetahui restoran mana yang menyajikan Nasi Ayam yang lebih lazat berbanding dengan kedai lain. Selain itu, mereka juga mungkin mempunyai kedai kegemaran mereka yang menyediakan Nasi Ayam yang lazat.
10 Restoran Nasi Ayam Terbaik di Pulau Pinang 2024
1. Awe Nasi Ayam Budu


Awe Nasi Ayam Budu di Bayan Lepas adalah sebuah restoran kecil yang mendapat lebih daripada 300 ulasan positif di Internet mengenai sajian Nasi Ayam mereka. Apa yang menjadikannya istimewa adalah sos budu yang dihidangkan bersama dengan hidangan Nasi Ayam ini. Sos budu merupakan sejenis sos tradisional yang berasal dari kawasan timur laut Malaysia, iaitu dari Kelantan dan Terengganu. Dengan adanya sos budu, hidangan Nasi Ayam menjadi penuh perisa dan sedap.
Waktu Operasi:
5:30 petang – 11:00 malam (Jumaat – Rabu)
Tutup (Khamis)
Alamat: 8, Solok Mahsuri 2, Bayan Baru, 11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
2. Adik Nasi Ayam Jelutong


Adik Nasi Ayam Jelutong adalah sebuah restoran Nasi Ayam yang terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong di negeri ini. Walaupun persekitaran restoran ini biasa sahaja, tetapi mereka menyajikan pelbagai menu yang lazat. Nasi Ayam yang dihidangkan di Adik Nasi Ayam Jelutong terkenal dengan porsi ayam yang banyak serta sos-sos yang berbeza. Bahkan, anda boleh berkongsi hidangan Nasi Ayam anda bersama rakan kerana hidangan ini berporsi besar.
Waktu Operasi:
10:00 pagi – 5:00 petang (Isnin – Sabtu)
Tutup (Ahad)
Alamat: Jelutong, 11600 Jelutong, Pulau Pinang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
3. Nasi Ayam Ida Delight


Jika anda datang ke food court di Bukit Mertajam, anda perlu mencuba Nasi Ayam yang terkenal di Nasi Ayam Ida Delight. Hidangan ini mungkin biasa pada pandangan mata anda, tetapi ia digandingkan bersama 3 sos sampingan seperti kicap, chutney cili dan sambal bawang yang enak. Selain itu, nasinya juga sedap dan harum. Bahagian ayam pula dimasak mengikut resipi tradisional agar anda dapat merasai keenakan Nasi Ayam ini.
Waktu Operasi:
8:00 pagi – 9:30 malam (Selasa – Ahad)
Tutup (Isnin)
Alamat: 7200, Jln Perda Utama, Bandar Baru Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
semak laman web di sini4. Nasi Ayam Apple


Batu Maung adalah sebuah kawasan perumahan yang terletak di pantai tenggara Pulau Pinang, Malaysia. Jika anda melawat kawasan ini, anda boleh mencuba Nasi Ayam yang sedap di restoran Nasi Ayam Apple. Walaupun restoran kecil ini terletak di kawasan luar bandar, namun ia menyediakan pelbagai masakan yang lazat dan enak. Anda boleh mencuba Nasi Ayam di sini kerana ia menghidangkan ayam yang segar dan nasi yang lembut untuk memenuhi selera anda sekali gus memberikan pengalaman makan yang menyeronokkan.
Waktu Operasi:
9:00 pagi – 5:00 petang (Ahad – Khamis)
Tutup (Jumaat – Sabtu)
Alamat: 7269, Lintang Permatang Damar Laut, Rumah Murah Fasa 1, 11960 Batu Maung, Pulau Pinang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/nasiayamapplepenang/?locale=ms_MY
5. Che Nah Nasi Campur & Nasi Ayam


Che Nah mempunyai banyak pengalaman dalam masakan hidangan tempatan termasuklah Nasi Ayam Klasik. Jika anda berada di Georgetown, anda boleh berkunjung ke restoran Che Nah Nasi Campur & Nasi Ayam ini. Walaupun restoran ini kecil, tetapi ia sering dipenuhi oleh pelanggan. Selain menghidangkan nasi biasa dengan pelbagai hidangan sampingan, anda boleh memesan Nasi Ayam mereka yang bakal membuatkan anda terdiam apabila merasainya.
Waktu Operasi:
7:00 pagi – 5:00 petang (Sabtu – Khamis)
Tutup (Jumaat)
Alamat: 8, Jln. Utama, George Town, 10450 George Town, Pulau Pinang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/CheNahFoodInternational/?locale=ms_MY
6. Udin Hainanese Chicken Rice


Nasi Ayam Hainan menggabungkan ayam yang dikukus atau dipanggang bersama nasi wangi yang dimasak dalam broth ayam. Selain itu, mereka juga menyajikan pelbagai sos untuk hidangan ini. Di Udin Hainanese Chicken Rice, anda boleh menikmati Nasi Ayam yang lazat dengan persekitaran yang selesa. Anda juga boleh membungkusnya untuk dinikmati bersama ahli keluarga di rumah.
Waktu Operasi:
9:00 pagi – 4:00 petang (Isnin – Sabtu)
Tutup (Ahad)
Alamat: No. 70, Kompleks Sri Selera Bayan Baru, Jln Mayang Pasir 3, Bandar Bayan Baru, 11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/udinnasiayamhainan/
7. City Chicken Rice


City Chicken Rice di Bayan Lepas menyediakan hidangan Nasi Ayam yang paling ringkas. Nasi Ayam mereka terdiri daripada nasi yang lembut, ayam yang sedap dan sos-sos yang penuh perisa. Jika anda sukakan Nasi Ayam yang ringkas dan tidak banyak bahan di dalamnya, anda boleh berkunjung ke restoran ini bersama ahli keluarga atau rakan-rakan anda.
Waktu Operasi:
12:00 tengah hari – 9:30 malam (Rabu – Isnin)
Tutup (Selasa)
Alamat: Unnamed Road, Kampung Nelayan, 11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100063633037125
8. Paklongwan Otai Nasi Ayam


“Pak Long” adalah nama panggilan yang digunakan di Malaysia bagi merujuk kepada bapa saudara yang paling sulung. Di Paklongwan Otai Nasi Ayam yang terkenal, anda akan dapat menikmati hidangan Nasi Ayam yang lebih sedap dan menggiurkan. Pemilik restoran ini menggelarkan dirinya sebagai “Pak Long Wan” untuk mencipta ikatan yang lebih mesra dengan para pelanggan. Nasi Ayam yang sedap ini harganya berpatutan. Oleh sebab itu, ramai yang datang ke restoran ini untuk mencuba hidangan Nasi Ayam mereka.
Waktu Operasi:
12:00 tengah hari – 2:30 petang (Sabtu – Rabu)
Tutup (Khamis – Jumaat)
Address: No 9. Lorong Alma Jaya, Pusat Penjaja, Taman Alma Jaya, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://m.facebook.com/@Paklongwan-Otai-Nasi-Ayam-100063600968416/
semak laman web di sini9. Aisyah Nasi Ayam


Aisyah Nasi Ayam adalah sebuah restoran gaya warung di Butterworth yang terkenal dengan Nasi Ayamya. Di restoran ini, nasi akan dihidangkan berasingan dengan ayam. Anda boleh mencampurkan nasi dan ayam mengikut cita rasa anda dengan mengenakan sos yang digandingkan bersama hidangan ini. Mereka menyediakan sos cili yang sedap dan menambah perisa pada hidangan terkenal ini. Oleh sebab itu, ramai yang datang ke restoran ini untuk mencuba hidangan Nasi Ayam mereka.
Waktu Operasi:
11:00 pagi – 6:30 petang (Isnin – Sabtu)
Tutup (Ahad)
Alamat: Jalan Pantai Bersih, Kampung Bagan Ajam, 13000 Butterworth, Pulau Pinang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100063645966663
Instagram: https://www.instagram.com/aisyahnasiayam/?hl=en
semak laman web di sini10. Nasi Ayam 10 Beradik


Jika anda mencari restoran yang menyajikan Nasi Ayam yang lazat dan pemandangan pantai yang cantik, anda boleh berkunjung ke restoran Nasi Ayam 10 Beradik di Kampung Nelayan Teluk Kumbar. Di sini, anda akan menikmati Nasi Ayam yang sungguh lazat sambil melihat pemandangan pantai yang indah. Restoran ini mengenakan hiasan klasik untuk memberikan anda aura kekampungan ketika menjamu selera di restoran ini.
Waktu Operasi:
11:00 pagi – 8:00 malam (Ahad – Jumaat)
Tutup (Sabtu)
Alamat: Dekat 926 Mukim 9, Kampung Nelayan Teluk Kumbar, 11920 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/people/Cafe-10-Beradik/100066779130080/
Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda【Di Sini】
Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee【Di Sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.