Smoothies yang ideal adalah bertekstur halus, menyegarkan dan berperisa. Ia mengandungi semua makronutrien yang penting untuk memulakan hari anda dengan positif. Namun begitu, ia boleh menjadi sukar untuk mencapai keseimbangan antara makanan bergizi dan sedap, bukan? Smoothies boleh memberikan kedua-dua ciri ini. Ia penuh dengan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan nutrien dan vitamin yang badan anda perlukan. Selain itu, anda juga boleh menambah herba segar, kacang mentega dan rempah yang wangi untuk menjadikannya lebih sihat dan beraroma. Boleh dikatakan ia adalah minuman yang sesuai untuk anda yang sibuk.
Nikmati trend pemakanan yang sihat ini dan terokai smoothies yang kaya dengan nutrien di Ipoh. Minuman yang berkhasiat ini sesuai untuk semua peringkat umur. Tidak kiralah sama ada anda seorang yang mementingkan kecergasan atau anda hanya mahu mencuba minuman ini. Kami akan membawakan anda 8 restoran yang menyajikan smoothies terbaik di Ipoh. Teruskan membaca artikel ini.
Adakah Smoothies Makanan Yang Sihat?
Smoothies boleh menjadi pilihan yang sihat sekiranya ia diperbuat daripada bahan-bahan yang kaya dengan nutrien. Minuman ini adalah cara yang mudah untuk anda mengambil pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran. Hal ini kerana buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi vitamin, mineral dan antidoksidan. Walau bagaimanapun, anda perlu menentukan saiz hidangan dan jumlah gula atau kalori yang diambil dengan berhati-hati kerana ia boleh meningkatkan kandungan gula dalam darah dan kandungan kalori anda.
Bolehkah Anda Minum Smoothies Setiap Hari?
Anda boleh mengambil smoothies pada setiap hari kerana ia boleh menggantikan nilai pemakanan yang badan anda perlukan. Namun begitu, anda perlu memastikan saiz dan kandungan smoothies itu seimbang agar kandungan kalori anda berada pada tahap yang sewajarnya.
8 Restoran Smoothies Terbaik di Ipoh 2023
1. Shake & Bake Cafe
Shake & Bake Cafe menyajikan hidangan yang lazat pada harga yang berpatutan bagi menarik pelanggan mereka. Mereka juga menyediakan tempat letak kereta yang luas secara percuma. Selain berfungsi sebagai bakeri dan kafe, para pelanggan boleh menikmati hidangan mereka sambil menghidu bau segar hidangan pastri dibakar. Bagi mereka yang ingin bekerja atau makan tanpa gangguan, tempat ini sesuai untuk anda. Selain itu, mereka juga menyediakan smoothies yang lazat dan pelbagai bagi melengkapkan hidangan anda di sini.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 12:00 malam (Setiap hari)
Alamat: 14, Jln Sultan Nazrin Shah, 30250 Ipoh, Perak
No. Telefon: 017-408 3833
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/shakenbake.cafe
Instagram: https://www.instagram.com/shakenbake.cafe/
semak laman web di sini2. Fish and Chips By. Bareeseta
Fish and Chips By. Bareeseta telah memenangi hati ramai pengunjung dengan hidangan yang unik dan suasana yang selesa. Hidangan salad yang penuh perisa dengan Fish and Chip asli adalah kegemaran pelanggan di sini. Anda boleh memesan minuman Yuzu Chamomile yang menyegarkan untuk melengkapkan hidangan anda yang lazat. Selain itu, minuman smoothies juga menawarkan pelbagai pilihan yang menarik untuk anda cuba. Dengan reka bentuk dalaman British, restoran ini berjaya memancarkan aura yang menyenangkan kepada setiap pelanggan yang berkunjung ke sini. Mereka juga memberikan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang serta harga yang berpatutan agar dapat memuaskan hati para pelanggan mereka.
Waktu Operasi:
12:00 tengah hari – 9:30 malam (Selasa – Ahad)
Tutup (Isnin)
Alamat: 26, Jln Medan Ipoh 1B, Medan Ipoh Bestari, 31400 Ipoh, Perak
No. Telefon: 016-433 2626
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/fishandchipsbybareeseta
Instagram: https://www.instagram.com/fishandchipsbybareeseta/
3. Asow Eatery Station
Asow Eatery Station menonjolkan suasana yang tenang dengan dikelilingi kehijauan yang mendamaikan. Selain itu, restoran ini boleh menjadi tempat berkumpul yang ideal. Mereka juga menghidangkan sajian yang lazat pada harga yang berpatutan. Anda boleh mencuba Cappuccino dan Espresso mereka kerana minuman ini adalah minuman yang sering dipesan oleh ramai pengunjung sewaktu mereka menjamu selera di sini. Bagi mereka yang suka minuman sejuk, anda boleh memesan smoothies yang pelbagai dan menyegarkan untuk anda.
Waktu Operasi:
11:00 pagi – 9:00 malam (Rabu – Isnin)
Tutup (Selasa)
Alamat: PT 188913, Jln Tambun Baru, Ampang Baru New Village, 31350 Ipoh, Perak
No. Telefon: 011-1116 0518
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/asoweaterystation
Instagram: https://www.instagram.com/_asoweaterystation_/
4. Breda Cafe
Breda Cafe memberikan pengalaman makan yang selesa kerana kakitangan mereka teliti dan begitu mementingkan kebersihan. Makanan di sini juga lazat dan seni kopi yang dipersembahkan oleh barista berpengalaman boleh menarik perhatian ramai. Anda juga boleh mencuba smoothies istimewa mereka bagi melengkapkan sajian anda dan kekal hidrat. Walaupun kafe ini popular dan sering penuh, anda boleh mendapat tempat letak kereta yang sesuai dan dekat.
Waktu Operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang (Setiap hari)
Alamat: 22, Jalan Medan Ipoh 9, Bandar Baru Medan Ipoh, 31400 Ipoh, Perak
No. Telefon: 011-5622 3182
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/bredacafe/
5. Mooghurt
Mooghurt adalah tempat yang selesa untuk meraikan pelbagai acara seperti ulang tahun dan hari jadi. Pelbagai pencuci mulut berkualiti tinggi disediakan untuk memuaskan hati penggemar makanan manis. Walaupun harganya sedikit mahal, namun ia sangat berbaloi dengan kualiti makanan dan perkhidmatan pelanggan yang disediakan. Anda juga boleh memesan smoothies yang sejuk untuk digandingkan dengan pencuci mulut yang manis bagi melengkapkan pengalaman menjamu selera anda.
Waktu Operasi:
11:30 pagi – 10:30 malam (Ahad, Isnin, Rabu – Jumaat)
11:30 pagi – 11:00 malam (Sabtu)
Tutup (Sabtu)
Alamat: 77, Jalan Raja Ekram, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak
No. Telefon: 017-423 9910
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/p/Mooghurt-100083754862124/
Instagram: https://www.instagram.com/mooghurt/
6. The Story Juice Bar Ipoh
The Story Juice Bar Ipoh menyediakan jus buah yang asli dan menyegarkan. Para pelanggan yang tinggal di Ipoh boleh menikmati diskaun dengan menggunakan semula botol kaca untuk kelestarian alam sekitar. Selain itu, mereka menawarkan sandwic yang dibuat dengan bahan berkualiti tinggi bagi memuaskan hati pelanggan. Anda juga boleh memesan smoothies yang menyegarkan untuk dicuba ketika cuaca panas terik. Minuman ini sesuai dinikmati oleh pelbagai peringkat umur.
Waktu Operasi:
10:00 pagi – 11:00 malam (Ahad – Jumaat)
Tutup (Sabtu)
Alamat: L1-10, Wisma Octagon Ipoh, Jalan Raja Ekram, 30450 Ipoh, Perak
No. Telefon: 018-573 0885
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/TheStoryJuiceBarIpoh
Instagram: https://www.instagram.com/thestoryjuice/
7. Smooth Café
Smooth Cafe menawarkan menu yang lazat dan menarik seperti Shepherd Pie dan smoothies strawberi. Suasana kafe ini selesa dan perkhidmatan pelanggannya yang mesra menjadikan ia tempat yang sesuai untuk berkumpul bersama rakan atau keluarga. Shepherd Pie mereka mempunyai kentang tumbuk yang banyak, sekali gus menyeimbangkan rasa hidangan ini. Jika anda menginginkan hidangan yang ringan dan mengenyangkan, anda boleh memesan Shepherd Pie bersama smoothies.
Waktu Operasi:
9:00 pagi – 2:30 petang, 6:30 petang – 9:30 malam (Isnin, Rabu – Jumaat)
9:00 pagi – 3:00 petang, 6:30 petang – 9:30 malam (Sabtu, Ahad)
Tutup (Selasa)
Alamat: 23, Jalan Medan Ipoh 7, Bandar Baru Medan Ipoh, 31400 Ipoh, Perak
No. Telefon: 012-737 6427
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100063584317407
Instagram: https://www.instagram.com/smoothipoh/
8. Silantra Coffee Sdn Bhd
Silantra Coffee Sdn Bhd terletak secara strategik di tengah-tengah bandar Ipoh yang meriah. Restoran ini menawarkan pelbagai pilihan makanan yang lazat untuk anda cuba. Anda boleh memesan Croissant yang lazat dengan menggandingkannya bersama pelbagai jenis minuman kopi yang menyegarkan. Jika anda tidak minum kopi, anda boleh memesan smoothies yang menarik bagi memuaskan selera anda.
Waktu Operasi:
11:00 pagi – 6:00 petang (Selasa – Ahad)
Tutup (Isnin)
Alamat: 23 Ground Floor, Jalan Sultan Iskandar, 30000 Ipoh, Perak
No. Telefon: 016-921 4903
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di Sini】
Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee【Di Sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.