10 Restoran Korea Terbaik di Mont Kiara 2023

Adakah anda mencari makanan Korea yang terbaik di Mont Kiara? Jangan risau kerana kawasan ini menawarkan pelbagai pilihan hidangan Korea klasik dan tulen. Restoran-restoran ini menawarkan menu yang pelbagai seperti Bibimbap dan ayam goreng Korea. Semua hidangan yang disediakan ini menggunakan bahan yang segar dan terbaik. Tidak kiralah sama ada anda peminat makanan Korea atau baru sahaja mahu mencuba makanan ini, anda akan menemui sajian yang anda suka di sini.

Kami telah menyenaraikan 10 restoran terbaik yang menyajikan hidangan Korea  di Mont Kiara untuk memberikan anda pengalaman menjamu selera yang memuaskan. Setiap restoran menawarkan suasana dan menu yang unik agar ia dapat menepati cita rasa pelanggan yang pelbagai. Jadi, apa kata anda menggembirakan diri anda dengan makanan Korea yang lazat ini bersama rakan atau keluarga? Berikut adalah 10 restoran terbaik yang menyajikan hidangan Korea di Mont Kiara.

Adakah Restoran Korea Di Mont Kiara Menawarkan Pilihan Vegetarian?

Jika anda seorang vegetarian dan merancang untuk makan di restoran-restoran Korea di Mont Kiara, anda boleh mencari sajian seperti Bibimbap sayur dan sup tauhu. Namun begitu, pilihan seperti ini berbeza dan bergantung kepada menu yang ditawarkan di restoran tersebut. Jadi, anda boleh memeriksa menu atau bertanya kepada kakitangan mereka mengenai pilihan vegetarian atau vegan demi memudahkan urusan anda. Tindakan ini juga dapat memastikan anda mempunyai pelbagai pilihan untuk dipilih.

Apakah Bahan Yang Biasa Digunakan Dalam Masakan Korea?

Masakan Korea menggunakan banyak bijirin seperti beras, gandum, barley, soba, milet, millet Cina, dan millet Afrika dalam hampir setiap hidangan. Bahkan, mereka meletak bahan-bahan tersebut ke dalam bubur, kek, dan pencuci mulut. Kekacang seperti kacang soya, kacang merah, kacang hijau, dan kacang pea sering digunakan dalam masakan Korea. Mereka digandingkan dengan nasi dalam pelbagai hidangan. Selain itu, kekacang digunakan dalam hidangan sampingan dan makanan yang telah diperam seperti sos kicap dan pes kacang soya. Ubi kentang dan ubi manis turut digunakan dalam masakan Korea sebagai pengganti nasi. Bahan ini juga digunakan dalam kek dan makanan bergoreng untuk menghasilkan tepung kanji dan produk lain yang telah diproses.

10 Restoran Korea Terbaik di Mont Kiara 2023

Advertise With My Weekend Plan

1. Gangnam88 Korean BBQ Restaurant

Gangnam-Korean-BBQ-Restaurant
Kredit Gambar: Bob Fang
Gangnam-Korean-BBQ-Restaurant-
Kredit Gambar: Gangnam88 Korean BBQ Restaurant

Gangnam 88 Korean BBQ Restaurant di Solaris menawarkan pengalaman makan yang hebat dengan hidangan yang sedap pada harga yang berpatutan. Tempat ini mempunyai suasana yang selesa dan menarik, serta perkhidmatan pelanggan yang diberikan adalah cemerlang. Mereka prihatin terhadap setiap keperluan para pelanggan bagi memastikan mereka berpuas hati sepanjang menjamu selera di sini. Mereka menawarkan pelbagai hidangan termasuk ramen yang sering disyorkan dan hotpot sotong. Selain itu, restoran ini adalah restoran yang mesra untuk keluarga dan kanak-kanak.

Waktu Operasi: 
11:00 pagi – 10:00 malam (Selasa – Khamis)
11:00 pagi – 11:00 malam (Jumaat, Sabtu)
11:30 pagi – 10:00 malam (Ahad)
Tutup (Isnin)

Alamat: No. 1-1, Jalan Solaris 3, Solaris Mon’t Kiara, Off, Jalan Kiara, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan

No. Telefon: 03-6206 5888

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/gangnam88.net/ 

Instagram: https://www.instagram.com/gangnam_88/ 

semak laman web di sini

2. Sae Ma Eul BBQ, Solaris Mont Kiara

Sae-Ma-Eul-BBQ-Solaris-Mont-Kiara-
Kredit Gambar: Sae Ma Eul BBQ
Sae-Ma-Eul-BBQ-Solaris-Mont-Kiara
Kredit Gambar: Saemaeul BBQ

Sae Ma Eul BBQ terletak di Solaris Mont Kiara dan menyajikan hidangan BBQ Korea yang autentik. Pemiliknya berasal dari Korea Selatan, jadi anda akan disajikan dengan makanan Korea yang lazat dan asli. Bahan-bahan yang digunakan untuk hidangan mereka adalah segar bagi memberikan anda pengalaman BBQ Korea yang memuaskan. Walaupun restoran ini sesak pada waktu puncak, tetapi anda masih boleh menemui tempat duduk di sini. Anda perlu mencuba hidangan popular yang sering dipesan di sini seperti hidangan sotong yang segar, mi sejuk dan sup kimchi.

Waktu Oerasi: 3:00 petang – 12:00 malam (Setiap hari)

Alamat: 1, Jalan Solaris 4, Solaris Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No. Telefon: 014-368 6050 

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/Saemaeulbbqsolaris 

3. Bon Ga Korean BBQ Restaurant

Bon-Ga-Korean-BBQ-Restaurant
Kredit Gambar: Micheal Chai
Bon-Ga-Korean-BBQ-Restaurant-
Kredit Gambar: Monica chee

Bon Ga Korean BBQ Restaurant merupakan restoran Korea yang terkenal dengan pelbagai hidangan sampingannya seperti terung goreng yang sedap, rangup, dan berperisa. Mereka menawarkan saiz hidangan yang besar dan memuaskan. Selain itu, perkhidmatan pelanggan yang diberikan juga terbaik dengan kakitangan mereka yang mesra dan prihatin terhadap keperluan anda. Selain itu, kakitangan mereka sentiasa mengisi semula hidangan yang telah habis dan menawarkan untuk menyiapkan lif bagi pelanggan yang ingin pulang. Untuk pengalaman terbaik, anda disarankan untuk berkunjung ke restoran ini pada hujung minggu seawal 11.30 pagi agar dapat merasai hidangan tengah hari yang lazat.

Waktu Operasi: 11:30 pagi – 3:00 petang, 5:00 petang – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: 3A, 2, Jalan Solaris 3, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

No. Telefon: 03-6204 0012

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

4. Daorae Korean BBQ Restaurant

Daorae-Korean-BBQ-Restaurant-
Kredit Gambar: EmoBananaBoy
Daorae-Korean-BBQ-Restaurant-
Kredit Gambar: Geertz Clifford

Daorae Korean BBQ Restaurant menawarkan pengalaman makan yang menarik dengan menyediakan pelbagai bilik persendirian. Kakitangan mereka berpengalaman dan memberikan perkhidmatan yang cekap. Anda boleh memesan hidangan perut babi mereka kerana ia adalah hidangan yang sering disyorkan oleh ramai. Selain itu, sos cili yang mereka sediakan pula mempunyai rasa pedas yang sensasi. Restoran ini sentiasa menyediakan hidangan sampingan yang sedap dan segar. Mereka akan mengisi semula hidangan sampingan yang telah habis agar pelanggan dapat merasainya. Restoran ini merupakan tempat yang popular, terutamanya pada hujung minggu.

Waktu Operasi: 11:30 pagi – 3:00 petang, 5:30 petang – 11:00 malam (Setiap hari)

Alamat: Mont Kiara, 7-1, Jalan Solaris, Solaris Mont Kiara, 50480, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No. Telefon: 03-2856 6183

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Instagram: https://www.instagram.com/daoraekoreanbbq/ 

5. QingHeGu 청학골 Korean BBQ Restaurant

QingHeGu-청학골-Korean-BBQ-Restaurant
Kredit Gambar: Qinghegu Malaysia
QingHeGu-청학골-Korean-BBQ-Restaurant-
Kredit Gambar: K W

Sebagai restoran Korean BBQ yang diperakui ramai, QingHeGu telah menerima gelaran restoran Korean BBQ terbaik di Shanghai, China selama 5 tahun berturut-turut, iaitu dari 2016 hingga 2020. Restoran ini mempunyai 3 cawangan yang beroperasi di Malaysia, termasuklah cawangan Uptown yang dibuka pada bulan Ogos 2017. QingHeGu menawarkan pengalaman makan yang unik dan memuaskan. Kakitangan mereka sangat mahir dalam memasak daging dan menjadikan hidangan daging mereka sungguh lazat. Jadi, tidak hairanlah mereka sering dipuji oleh pelanggan mereka.

Waktu Operasi: 11:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: Lot 2F – 17, 163 Retail Park, 8, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No. Telefon: 011-6933 5361

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/qinghegumalaysia/ 

Instagram: https://www.instagram.com/qinghegumalaysia/ 

semak laman web di sini

6. Little Korea Restaurant

Little-Korea-Restaurant
Kredit Gambar: Little Korea
Little-Korea-Restaurant-
Kredit Gambar: Swee Ing Teh

Little Korea menawarkan hidangan perut babi yang diperap dan menggiurkan. Hidangan ini tidak terlalu pedas dan sesuai untuk dinikmati oleh kanak-kanak. Dagingnya sangat lembut dan disajikan dengan pelbagai hidangan sampingan seperti tofu, kimchi, ikan bilis, taugeh, dan sayur-sayuran lain. Hidangan sampingan mereka ini boleh diisi semula. Mereka juga menawarkan perkhidmatan pelanggan yang cekap dan mesra. Selain itu, hidangan sampingan mereka berbeza-beza dan berkualiti tinggi. Seperti hidangan sampingan mereka, hidangan utama yang disediakan menggunakan bahan-bahan yang segar. Restoran ini sentiasa mementingkan kebersihan agar pelanggan berasa selesa ketika berada di sini.

Waktu Operasi: 11:00 pagi – 3:00 petang, 5:00 petang – 11:00 malam (Setiap hari)

Alamat: 5-3, 7-3, 9-3, Jalan Solaris 1, Solaris Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No. Telefon: 03-6203 7217

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/people/Little-Korea/100061183219829/ 

7. Ola! Korea Barbeque Garden

Ola-Korea-Barbeque-Garden
Kredit Gambar: chia kok fei
Ola-Korea-Barbeque-Garden-
Kredit Gambar: Alvin Leow

Ola! Korea Barbeque Garden adalah restoran Korea yang terletak di Solaris Mont Kiara. Restoran ini telah beroperasi selama 10 tahun dan dikendalikan oleh pasangan Korea. Pasangan ini menyediakan semua hidangan sendiri, termasuklah sos yang diimport terus dari Korea Selatan. Anda boleh merasai hidangan yang disajikan di sini sama seperti yang didapati di Korea Selatan. Selain Soy Sauce Crab yang terkenal, mereka juga menjual pelbagai hidangan tradisional Korea. Anda juga boleh mendapati pelbagai pilihan barangan Korea seperti daging barbeku, belut hidup dan hotpot, snek Korea, sup, nasi, mi dan minuman ringan ada dijual di sini. Jika anda peminat makanan Korea, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke sini!

Waktu Operasi: 
10:00 pagi – 3:00 petang, 5:00 petang – 11:00 malam (Isnin – Jumaat)
10:00 pagi – 11:00 malam (Sabtu, Ahad)

Alamat: J-01, 12, Jalan Solaris, Solaris Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No. Telefon: 03-2300 5423

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Instagram: https://www.instagram.com/olakoreanbbq/ 

8. Jin Jin Soo Ra

Jin-Jin-Soo-Ra
Kredit Gambar: 진진수라 jinjin soora
Jin-Jin-Soo-Ra-
Kredit Gambar: K W

Kawasan makan di Jin Jin Soo Ra Restaurant mempunyai reka bentuk yang minimalis dan elegan. Jika anda ingin berkunjung ke restoran ini pada hujung minggu, anda perlu membuat tempahan terlebih dahulu kerana restoran ini dipenuhi pelanggan pada waktu itu. Mereka menyajikan pelbagai hidagan Korea yang popular seperti daging daging BBQ, sup, mi, hidangan nasi, sup cair, kaserol, bulgogi, dan pankek. Walaupun pilihan daging terhad kepada daging babi dan daging lembu, terdapat pelbagai jenis kaserol untuk dipilih seperti Kaserol Cendawan, Kaserol Pau dan Kaserol Makanan Laut. Restoran ini menawarkan pengalaman makan yang memuaskan dengan masakan Korea asli dan hidangan sampingan yang pelbagai.

Waktu Operasi: 11:00 pagi – 3:00 petang, 5:00 petang – 9:30 malam (Setiap hari)

Alamat: Block C-g-02 Plaza Mont Kiara,No2, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur

No. Telefon: 03-6206 3115

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/jinjinsoora.malaysia/ 

9. DJ Kitchen buldojang @ 1 Mont Kiara

DJ-Kitchen-buldojang-@--Mont-Kiara
Kredit Gambar: Hock福福
DJ-Kitchen-buldojang-@--Mont-Kiara-
Kredit Gambar: DJ KitcheN

DJ Kitchen Buldojang menawarkan pengalaman makan yang hebat dengan hidangan yang sedap dan berporsi besar. Makanan yang sering dipesan di sini adalah Jjajangmyeon. Ia adalah hidangan mi yang dimasak sempurna dan digaul dengan sos hitam yang berperisa. Selain itu, hiasan dalaman restoran ini sungguh elegan dan menarik. Sistem pengaliran udara masih perlu dibaiki kerana anda boleh mencium bau yang kuat bagi makanan yang digoreng di sini. Mereka menawarkan perkhidmatan pelanggan yang terbaik kepada pelanggan mereka. Anda akan jatuh cinta dengan sajian Crispy Pork Cutlet kerana digandingkan dengan sos-sos yang lazat. Donbokki dan Donkase yang mereka sediakan juga rangup dan sedap.

Waktu Operasi: 11:00 pagi – 9:00 malam (Setiap hari)

Alamat: 50480 WP Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Mont Kiara, Jalan Kiara

No. telefon: 03-6206 3202

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/djkitchenbuldojang 

Instagram: https://www.instagram.com/dj_kitchen_/ 

10. Mr. Dakgalbi

Mr.-Dakgalbi
Kredit Gambar: KH Seh
Mr.-Dakgalbi-
Kredit Gambar: Jerry Lee

Mr. Dakgalbi menawarkan tempat duduk dalam dan luar untuk anda. Bagi mereka yang ingin berasa tenang sambil menikmati makanan, anda boleh memilih untuk duduk di luar. Harga makanan di sini berpatutan. Hidangan yang disediakan sungguh sedap, terutamanya di cawangan Solaris Mont Kiara. Berbanding dengan cawangan lain, cawangan di sini adalah terbaik dari segi sajian dan rasa. Selain itu, mereka juga memberikan perkhidmatan pantas dengan menyediakan hidangan yang memuaskan kepada pelanggan.

Waktu Operasi: 11:30 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: Soho KL, No. J – G _ 02, Jalan Solaris, Solaris Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur

No. Telefon: 03-2332 0626

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini


Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda【Di Sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close