Nasi Kukus atau “steamed rice” adalah hidangan tradisional Malaysia yang popular dan dinikmati oleh ramai orang di negara ini. Hidangan ini sering dijadikan santapan untuk makan tengah hari atau makan malam kerana rasanya yang sedap dan unik. Anda boleh menemui hidangan ini di gerai makan tepi jalan, restoran tempatan dan juga medan selera. Keistimewaan Nasi Kukus terserlah melalui tekstur nasi yang lembut. Selain itu, rasanya yang sedap menjadikan hidangan ini pilihan di hati rakyat Malaysia.
Ipoh merupakan salah satu tempat yang terkenal dengan makanan yang sedap dan kaya dengan budaya. Nasi Kukus sangat popular di Ipoh. Hidangan ini mempunyai peminatnya yang tersendiri dari kalangan penduduk tempatan dan juga pelancong asing. Banyak restoran dan kedai makan menyajikan masakan ini. Jika anda ingin merasai kelazatan Nasi Kukus, anda boleh mengunjungi 6 restoran yang menawarkan Nasi Kukus yang lazat di Ipoh ini. Jangan lepaskan peluang untuk merasainya bersama ahli keluarga atau rakan-rakan anda!
Apakah Yang Membuatkan Nasi Kukus Unik?
Nasi Kukus menonjolkan gabungan unik antara nasi yang dikukus dan kari yang pekat. Nasi Kukus dimasak dengan sempurna melalui kaedah kukusan. Kaedah ini menjadikan nasi lebih lembut dan wangi berbanding dengan nasi biasa yang digoreng. Selain itu, kari pekat yang digandingkan bersama nasi ini memberikan aroma yang menggoda. Aroma rempah-ratus yang wangi akan membuatkan anda berasa terliur untuk menikmatinya,
Bagaimanakah Mencari Nasi Kukus Yang Sedap Di Ipoh?
Anda boleh bertanya kepada penduduk tempatan untuk mencari Nasi Kukus yang lazat di kawasan ini. Biasanya, mereka lebih mengetahui lokasi tempat makan yang sedap. Dalam hal ini, anda boleh bertanya kepada mereka tetang restoran mana yang menyediakan Nasi Kukus yang asli dan lazat. Selain itu, anda juga boleh berkunjung ke restoran yang menghidangkan masakan Melayu tradisional. Anda boleh datang pada waktu makan tengah hari kerana pada waktu ini, makanan baru dimasak dan disediakan. Restoran yang menyajikan masakan Melayu tradisional sebenarnya dapat memberikan anda pengalaman menjamu selera yang asli.
6 Restoran Nasi Kukus Terbaik di Ipoh 2023
1. Nan Station 18
Nan Station 18 adalah sebuah restoran terkenal yang mahir dalam menyediakan pelbagai masakan terutama masakan Timur Tengah. Dekorasi restoran ini berunsurkan pengaruh Timur Tengah yang unik dan cantik. Nasi Kukus mereka merupakan antara makanan yang sering dipesan di sini. Ramai yang menyukai Nasi Kukus mereka kerana bertekstur lembut dan kenyal. Tidak kiralah sama ada anda peminat masakan Timur Tengah atau sekadar mencari makanan baru untuk dicuba, anda boleh memesan Nasi Kukus di restoran ini. Percayalah, Nasi Kukus di Nan Station 18 adalah hidangan yang wajib anda cuba.
Waktu Operasi:
4:00 petang – 11:00 malam (Sabtu – Khamis)
Tutup (Jumaat)
Alamat: No 37, Jalan Pengkalan Utama 1, Taman Pengkalan Jaya, 31650 Ipoh, Perak
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/nanstation18/
Instagram: https://www.instagram.com/nanstation18/?hl=en
2. Nasi Kukus AD
Nasi Kukus AD adalah sebuah restoran yang cantik dan selesa. Mereka mahir dalam menyediakan masakan kampung dan tradisional Malaysia. Salah satu hidangan utama mereka adalah Nasi Kukus yang lazat. Di sini, Nasi Kukus mereka disajikan bersama ayam atau ikan. Selain itu, mereka juga meletak Sambal Belacan untuk memberikan rasa yang pedas dan mengimbangi hidangan ini. Di Nasi Kukus AD, anda akan menikmati pelbagai masakan tradisional yang asli serta mendapat pengalaman menjamu selera yang memuaskan.
Waktu Operasi:
10:00 pagi – 8:00 malam (Isnin – Sabtu)
Tutup (Ahad)
Alamat: Laluan Simee 13, Kampung Simee, 31400 Ipoh, Perak
Google Map: Ikuti Sekarang
Facebook: https://www.facebook.com/p/Nasi-Kukus-AD-100067981885889/
3. Nasi Kukus Ayam Dara
Nasi Kukus Ayam Dara adalah sebuah restoran kecil yang terkenal di Malaysia. Nasi Kukus yang disajikan di restoran ini sungguh unik. Mereka menyajikan Nasi Kukus bersama keropok, Sambal Belacan dan ayam dara yang lembut. Hidangan yang secukup rasa dan lazat ini telah membangkitkan selera para pelanggannya. Oleh sebab itu, ramai yang datang ke Ipoh untuk merasai keunikan hidangan ini.
Waktu Operasi: 10:30 pagi – 8:00 malam (Setiap hari)
Alamat: Jalan Padang Kg Tengku Husin Lama (Padang Lintau)
Facebook: https://m.facebook.com/people/Nasi-kukus-ayam-dara/100069358083400/
4. J’mie Nasi Kukus Ipoh
J’mie Nasi Kukus Ipoh adalah sebuah restoran yang popular disebabkan oleh Nasi Kukus yang mereka sediakan untuk para pelanggan mereka. Nasi Kukus ini menjadi hidangan yang laris dan sering dipesan kerana kuahnya yang secukup rasa. Selain itu, nasi ini dimasak dan disajikan dengan pelbagai jenis bahan-bahan yang segar seperti sayur-sayuran dan ayam. Ramai yang berpuas hati dengan hidangan ini kerana ayam gorengnya lembut dan lazat. Jika anda ingin mencuba makanan yang baru, anda boleh memesan masakan tradisional yang lazat ini.
Waktu Operasi:
11:00 pagi – 4:30 petang (Isnin – Khamis)
Tutup (Jumaat – Ahad)
Alamat: Depan Asrama KPTM, Medan Selera, Jalan Bakti, Rapat Setia, 31350 Ipoh, Perak
Google Map: Ikuti Sekarang
Facebook: https://www.facebook.com/jmienasikukus.ipoh/?locale=ms_MY
semak laman web di sini5. Nasi Kukus Palembang
Nasi Kukus Palembang adalah sebuah restoran kecil yang dekat di hati penduduk tempatan. Nasi Kukus mereka mempunyai sentuhan unik dari Palembang, Indonesia. Hidangan ini disediakan dengan teliti bagi memastikan para pelanggannya berpuas hati dengan makanan yang disajikan. Apa yang istimewa mengenai hidangan ini adalah kuahnya yang pekat. Kuah kari yang secukup rasa akan diasingkan dalam mangkuk kecil dan disajikan bersama nasi untuk menambah keenakkannya. Nasi Kukus Palembang menggambarkan keaslian masakan Palembang dan dapat menarik selera orang ramai untuk mencubanya.
Waktu Operasi:
11:00 pagi – 5:00 petang (Isnin – Sabtu)
Tutup (Ahad)
Alamat: 1, Selasar Rokam 7, Taman Ipoh Jaya, 31350 Ipoh, Perak
Google Review: Di Sini
6. Nasi Kukus Ayam Rempah YALLAH AQIL
Nasi Kukus Ayam Rempah YALLAH AQIL adalah sebuah restoran kecil dan terkenal kerana Nasi Kukus yang lazat. Para pelanggan yang datang ke restoran ini akan berpeluang untuk menjamu selera di bawah kanopi yang unik serta mencipta suasana yang selesa. Ada banyak pelanggan lama yang menggemari kuah kari mereka yang lazat. Kuah hidangan ini dibuat berdasarkan resipi istimewa daripada pemilik restoran tersebut. Anda akan merasa setiap suapan Nasi Kukus mereka sungguh lazat dengan kombinasi rasa yang seimbang.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 3:30 petang (Setiap hari)
Alamat: 3, Lebuh Rapat Baru 7, Taman Song Choon, 31350 Ipoh, Perak
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/Ijad79/?locale=ms_MY
Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di Sini】
Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di Sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kam