Siapa sahaja yang tidak mahu berehat pada hujung minggu, bukan? Setelah penat bekerja, berehat adalah satu kemestian untuk mengecas kembali tenaga. Biasanya, waktu hujung minggu dihabiskan dengan beraktiviti bersama keluarga ataupun rakan-rakan. Malah, ada juga meluangkan masa tambahan bersama haiwan peliharaan mereka. Anda mahu menjamu selera tetapi tidak ingin meninggalkan haiwan peliharaan anda di rumah? Jangan risau kerana terdapat beberapa restoran di Johor yang mengamalkan polisi pet-friendly.
Restoran pet-friendly atau mesra haiwan peliharaan adalah tempat makan unik yang direka khas untuk pemilik haiwan peliharaan dan haiwan mereka. Biasanya, tempat seperti ini mempunyai ruang luar untuk haiwan peliharaan serta menu untuk menampung selera pemilik haiwan peliharaan dan haiwan mereka. Jadi, melalui artikel ini, kami menyenaraikan beberapa restoran pet-friendly untuk anda lawati bersama haiwan peliharaan anda di Johor. Berikut adalah 6 restoran pet-friendly terbaik di Johor 2023.
Apakah Jenis Haiwan Peliharaan Yang Dibenarkan Berada Di Restoran Ini?
Jenis haiwan peliharaan yang dibenarkan berada di restoran pet-friendly adalah berbeza-beza. Biasanya, anjing dan kucing dibenarkan berada restoran ini kerana mereka mudah dilatih untuk berkelakuan baik di tempat awam. Selain itu, mereka mempunyai sifat sosial yang baik. Ada juga restoran lain yang memberikan layanan mesra kepada haiwan peliharaan lain kerana mereka berkelakuan baik dan mudah diurus seperti arnab, burung, landak mini dan banyak lagi. Semua ini bergantung kepada dasar dan peraturan kesihatan tempatan di tempat itu.
Adakah Restoran Pet-Friendly Memerlukan Haiwan Peliharaan Dikawal Dengan Menggunakan Tali?
Kebanyakan restoran memerlukan pemilik haiwan menggunakan tali untuk mengawal haiwan mereka sepanjang masa. Hal ini kerana ia selamat untuk haiwan peliharaan dan memberikan keselesaan kepara pengunjung yang lain. Selain itu, penggunaan tali untuk mengawal haiwan peliharaan juga dapat mengekalkan persekitaran yang terkawal dan tenang di mana semua orang, termasuk haiwan peliharaan mereka dapat menjamu selera dengan selesa. Walau bagaimanapun, sesetengah tempat mungkin menawarkan kawasan khas yang tidak memerlukan tali di mana haiwan peliharaan boleh berjalan bebas di bawah pengawasan pemiliknya. Anda perlu sentiasa memeriksa tali kawalan tersebut sebelum berkunjung ke restoran ini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
6 Restoran Pet Friendly Terbaik di Johor 2023
1. off day cafe
Ramai yang mengesyorkan untuk melawat off day caffe. Kafe ini menawarkan pelbagai hidangan lazat seperti Croissant dengan telur salmon yang unik dan enak. Barista mereka berpengalaman dalam mencipta seni pada minuman sekali gus menambah daya tarikan tambahan pada pengalaman menjamu selera anda. Walaupun suasana kafe ini tenang dan selesa, ia akan menjadi sibuk pada waktu tengah hari. Mereka mempunyai ramai pelanggan tetap yang berkunjung ke sini disebabkan sambutan mesra yang diberikan kepada haiwan peliharaan pengunjung. Oleh sebab itu, kafe ini adalah sebuah kafe pet-friendly yang hebat.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 6:00 petang (Setiap hari)
Alamat: 57, Jalan Eko Botani 3/7, 79100 Gelang Patah, Johor
No. Telefon: 07-585 9539
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/offdaycafe/
Instagram: https://www.instagram.com/offdaycafe/
2. Shiba Cafe
Shiba Cafe sering dikunjungi oleh haiwan peliharaan seperti Shiba Inus, German Shepherds, Toy Poodles, dan Alaskan Malamutes. Haiwan peliharaan ini akan bermain dengan riang sewaktu mereka ke sini bersama pemillik mereka. Kakitangan mereka sentiasa menjaga kebersihan kafe bagi memastikan tiada bau yang kurang menyenangkan di kafe ini. Tempahan boleh dibuat untuk slot 60 minit di ruang anjing bermain, jadi makanan atau kasut tidak dibenarkan di ruangan ini. Shiba Cafe adalah kafe pet-friendly yang hebat kerana anda boleh berinteraksi dengan anjing dalam persekitaran bersih dan terkawal.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 3:00 petang, 4:00 petang – 10:00 malam (Setiap hari)
Alamat: No 01, Mount Austin, 12, Jalan Austin Heights 8/4, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor
No. Telefon: 019-960 1040
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100077342015837
Instagram: https://www.instagram.com/shibaindahouse/
3. Fika Farmhouse
Di Fika Farmhouse, mereka menawarkan hidangan yang sangat lazat dan berkualiti tinggi. Mereka ada menyajikan Steak Rib-eye yang dimasak sempurna sehingga medium-rare, sajian salad yang penuh dengan pelbagai sos dressing yang enak, dan burger daging yang besar dan mengagumkan. Anda juga boleh memesan kentang goreng truffle dengan campuran pasta cendawan di sini. Kafe ini turut menyajikan bir untuk anda. Semestinya, harganya juga berbaloi dengan hidangan dan perkhidmatan yang ditawarkan.
Waktu Operasi:
5:30 petang – 11:00 malam (Isnin, Rabu – Jumaat)
11:30 pagi – 3:00 petang, 6:00 petang – 11:00 malam (Sabtu, Ahad)
Tutup (Selasa)
Alamat: Y2, 1, Jalan Hijauan 1, Horizon Hills, 79100 Iskandar Puteri, Johor
No. Telefon: 011-1054 9166
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/fikafarmhouse/
Instagram: https://www.instagram.com/fikafarmhouse/
4. Yu Quan Pet Kingdom
Yu Quan Pet Kingdom adalah tempat yang hebat untuk haiwan peliharaan mencari kawan baru. Kakitangan mereka sungguh mesra. Oleh sebab itu, ramai yang gemar ke kafe ini. Anjing anda akan diberi sekeping kek sebagai tanda sambutan yang mesra apabila tiba ke sini. Layanan yang mesra haiwan ini membolehkan anda menikmati teh bubble sementara haiwan peliharaan anda bermain bersama haiwan peliharaan pengunjung lain. Kafe ini turut menyajikan makanan yang menyelerakan buat pemilik haiwan peliharaan dan juga haiwan peliharaannya. Kafe ini menawarkan suasana yang menyenangkan untuk pemilik haiwan peliharaan menikmati teh sambil bermain dengan anjing.
Waktu Operasi: 11:00 pagi – 7:30 petang (Setiap hari)
Alamat: 9-01 & 9-02, Jalan Mutiara Emas 10/19, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor
No. Telefon: 018-287 9927
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/YuQuanPetKingdom/
Instagram: https://www.instagram.com/yuquanpetkingdom/
5. HOME by Tales Of Paws
HOME by Tales Of Paws merupakan restoran yang menawarkan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang untuk anda dan haiwan peliharaan anda. Kakitangan mereka yang mesra bersedia membantu anda untuk memastikan anda selesa di sini. Mereka menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk hotel haiwan peliharaan serta penjagaan dan penjualan produk haiwan peliharaan. Tiket untuk kafe anjing dan kucing mereka disertai dengan satu scoops aiskrim, sebotol air, dan diskaun 20% untuk makanan & minuman di lounge.
Waktu Operasi:
10:00 pagi – 8:00 malam (Khamis – Selasa)
Tutup (Rabu)
Alamat: 121, Jalan Serampang, Taman Sri Tebrau, 80050 Johor Bahru, Johor
No. Telefon: 018-780 0138
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/homebytalesofpawsdogcafe
Instagram: https://www.instagram.com/homebytalesofpaws_dogcafe/
6. Petspawrents X pets bakery’s
Petspawrents X pets bakery’s menawarkan kemudahan boarding yang terbaik untuk haiwan peliharaan anda. Mereka sentiasa mengalu-alukan anda dan haiwan kesayangan anda di sini. Suasana kafe ini sungguh menyenangkan dengan anjing-anjing yang berkelakuan baik dan mendengar kata. Kakitangan mereka amat berpengalaman dalam mengendalikan haiwan peliharaan. Selain itu, kafe ini turut menyajikan makanan yang sedap dan lazat untuk anda cuba. Mereka menyediakan ruangan untuk anjing bermain dan berinteraksi sesama mereka. Bagi anjing yang agresif, mereka juga mempunyai ruangan berasingan agar mereka selamat dan selesa. Selain itu, kafe ini sentiasa bersih dan diselenggara secara konsisten agar pengunjung sentiasa selasa berada di sini.
Waktu Operasi:
10:00 pagi – 7:00 petang (Rabu – Isnin)
Tutup (Selasa)
Alamat: 53, Jalan Serampang, Taman Sri Tebrau, 80050 Johor Bahru, Johor
No. Telefon: 018-788 2113
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/zoomanji2017
Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda【Di Sini】
Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee【Di Sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.