5 Restoran Pork Noodle Terbaik di Pulau Pinang 2023

Di Pulau Pinang, Pork Noodle mempunyai ramai peminatnya kerana disediakan menggunakan bahan yang segar dan rasanya sedap. Hidangan ini merupakan hidangan yang sering dimakan pada waktu pagi kerana ia mempunyai sos masam-manis yang menyegarkan bagi memulakan hari anda. Kesedapan Pork Noodle bergantung pada sup yang cukup rasa. Anda boleh menikmati kemanisan yang asli daripada daging babi yang segar. Oleh sebab itu, ramai yang menggemari hidangan ini.

Kalau anda hendak tahu, Pork Noodle merupakan hidangan yang terkenal di Malaysia. Kami telah menyenaraikan 5 kedai yang menjual Pork Noodle yang lazat untuk anda cuba di Pulau Pinang. Ada restoran yang menyajikan Pork Noodle bersama bebola ikan dan enoki. Selain itu, mereka juga menggunakan kuah yang dibuat berasaskan sup tulang tradisional atau dicampur dengan herba. Menarik, bukan? Jadi, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke restoran Pork Noodle terbaik di Pulau Pinang ini.

Apakah Bahan Yang Sesuai Digandingkan Bersama Pork Noodle?

Pork Noodle sering disajikan dengan pelbagai hidangan sampingan bagi meningkatkan tekstur dan rasa keseluruhan hidangan. Anda boleh memasukkan bawang yang dihiris, taugeh, sayur jeruk, dan herba segar seperti ketumbar atau pudina ke dalam hidangan anda. Jika anda inginkan hidangan anda berasa sedikit masam, masukkan sedikit perahan limau nipis untuk membangkitkan selera. Selain itu, hidangan sampingan seperti serbuk cili atau sambal juga sering disediakan bersama hidangan ini. Ada juga beberapa tempat yang menawarkan hidangan sup jernih atau sup tulang sebagai tambahan kepada Pork Noodle ini.

Adakah Pork Noodle mempunyai pilihan untuk Vegetarian atau Vegan?

Anda boleh mencari sajian ini di sesetengah restoran atau kafe vegetarian. Biasanya mereka menggunakan tauhu atau pengganti daging yang berasaskan tumbuhan untuk menggantikan daging babi. Mereka juga menawarkan sup cendawan atau sayur bagi menggantikan kuah yang berasaskan daging babi. Untuk memastikan hidangan ini bebas daripada bahan yang berasaskan haiwan, anda boleh bertanya kepada kakitangan mereka terlebih dahulu atau menyemak menu di kedai itu kerana ia berbeza di sesetengah tempat.

5 Restoran Pork Noodle Terbaik di Pulau  Pinang 2023

Advertise With My Weekend Plan

1. Hon Kei Food Corner

Hon-Kei-Food-Corner
Kredit Gambar: The Hungry “Vagabond”
Hon-Kei-Food-Corner-
Kredit Gambar: Nakoa

Hon Kei Food Corner menawarkan sup yang mantap, serupa dengan kuah tonkatsu yang penuh dengan daging babi cincang yang secukup rasa. Mi yang digunakan tebal, lembut, dan licin. Kebanyakan orang mengelak untuk memakan usus babi tetapi Pork Noodle ini menggunakan usus yang segar dan lazat. Mereka juga memberikan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang dan menjadikan restoran ini sebagai destinasi yang sering disyorkan oleh ramai pencinta Pork Noodle.

Waktu Operasi: 
9:00 pagi – 9:00 malam (Jumaat – Rabu)
Tutup (Khamis)

Alamat43, Kampong Malabar, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

No. Telefon: 016-443 9085

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

2. Lye Lee Restaurant

Lye-Lee-Restaurant
Kredit Gambar: Hoseok Yun
Lye-Lee-Restaurant-
Kredit Gambar: Lup Chun Heaw

Lye Lee Restaurant mahir dalam menyediakan Pork Noodle dan mereka boleh menyesuaikan hidangan itu mengikut cita rasa pelanggan mereka. Anda boleh memilih sama ada mahukan pilihan gabungan daging dan organ dalaman, pilihan gabungan daging dan bebola daging atau pilihan gabungan daging cincang dan bebola daging. Selain itu, anda juga boleh memilih hidangan karbohidrat dan hidangan sampingan untuk melengkapkan Pork Noodle anda. Tidak kiralah sama ada anda pencinta mi tradisional atau mahu mencuba kombinasi hidangan yang baharu, restoran ini menawarkan pelbagai hidangan lazat untuk anda cuba.

Waktu Operasi: 
11:00 pagi – 3:00 petang, 5:00 petang – 8:30 malam (Selasa – Ahad)
Tutup (Isnin)

Alamat1-1-10, Tingkat Mahsuri, Bayan Baru, 11950 Bayan Lepas, Penang

No. Telefon: 012-439 7355

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

3. Penang Pork Soup

Penang-Pork-Soup
Kredit Gambar: Chow Hon Keong
Penang-Pork-Soup-
Kredit Gambar: Theresa Ling

Penang Pork Soup menawarkan hidangan unik dan menarik yang anda tidak akan temui di tempat lain. Walaupun harga hidangan mungkin sedikit tinggi, tetapi porsi hidangannya sungguh besar. Anda boleh mencuba pelbagai jenis hidangan yang disediakan di sini. Sos cili mereka sering menjadi kegemaran para pengunjung. Jika anda mahu ke sini, anda perlu tiba awal bagi mengelakkan anda beratur panjang untuk mendapat tempat di restoran ini.

Waktu Operasi: 11:00 pagi – 3:00 petang, 5:00 petang – 9:00 malam (Setiap hari)

AlamatJalan Bukit Beruang Utama 2, Taman Bukit Beruang Indah, 75450 Melaka

No. Telefon: 016-664 0183

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/PenangPorkSoup/ 

4. Lucky Bowl Noodle Penang

Lucky-Bowl-Noodle-Penang
Kredit Gambar: Dropby Today
Lucky-Bowl-Noodle-Penang-
Kredit Gambar: Lucky Bowl Noodle Penang

Lucky Bowl Noodle Penang adalah restoran yang terletak di jalan yang sibuk di Lorong Selamat. Restoran ini mahir dalam menyediakan hidangan sup babi Sabah. Tidak kiralah sama ada anda inginkan sup peria babi atau sup biasa, anda akan merasa hirisan daging babi yang nipis dan dimasak sempurna. Hirisan daging ini sungguh lembut dan terasa cair dimulut anda. Sup Pork Noodle mereka juga kaya dengan aroma yang sungguh menggiurkan. Mereka menggunakan sedikit mi telur kering yang menjadikan hidangan ini kenyal dan kaya dengan rasa lemak babi.

Waktu Operasi: 
8:30 pagi – 3:00 petang (Khamis – Selasa)
Tutup (Rabu)

Alamat112, Lorong Selamat, 10400 George Town, Pulau Pinang

No. Telefon: 012-405 2319

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/luckybowlnoodlepg/ 

Instagram: https://www.instagram.com/luckybowlpg/ 

5. Ah Hai Pork Keoy Teow

Ah-Hai-Pork-Keoy-Teow
Kredit Gambar: The Hungry “Vagabond”
Ah-Hai-Pork-Keoy-Teow-
Kredit Gambar: Eric Tan

Ah Hai Pork Keoy Teow merupakan salah satu restoran yang menyediakan Pork Noodle terbaik di bandar ini. Mereka menyediakan sup yang kaya dengan pelbagai perisa dan hirisan daging yang diperap enak. Anda boleh memilih untuk meletak Kway Teow, mi kuning atau mi segera ke dalam sajian anda. Jika anda mahu berkunjung ke sini, anda perlu bersedia untuk menunggu pesanan anda tiba selama lebih daripada setengah jam kerana tempat ini popular dan hidangan Pork Noodle mereka cepat habis.  Jadi, untuk memastikan anda berjaya merasai hidangan Pork Noodle mereka, anda perlu tiba ke restoran ini sebelum jam 9:00 pagi.

Waktu Operasi: 
8:00 pagi – 1:00 petang (Rabu – Ahad)
Tutup (Isnin, Selasa)

Alamat14110 Simpang Ampat, Pulau Pinang

No. Telefon: 010-395 2988

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini


Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di Sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close