8 Restoran Salad Terbaik di Johor 2023

Anda boleh memasukkan salad ke dalam pemakanan anda untuk meningkatkan kesihatan secara maksima. Anda ambil salad yang berdaun hijau gelap dan sertakan dengan pelbagai sayur dan buah yang cerah. Untuk mempelbagaikan tekstur dan rasa, anda boleh menambah bijiran seperti taburan kekacang atau quinoa. Selain itu, pemilihan sos dressing juga penting kerana ini akan menentukan kesedapan salad dan khasiatnya. Jadi, kami syorkan anda memilih sos dressing yang rendah minyak, mayonis dan bahan-bahan lemak yang lain. Adakah anda sedang mencari tempat makan yang sihat?

Salad adalah hidangan sihat yang boleh dinikmati oleh semua orang. Jika anda sedang mencari restoran terbaik yang menghidangkan salad di Johor, anda boleh teruskan membaca artikel ini. Dalam artikel ini, kami telah menyenaraikan 8 restoran terbaik yang menyajikan salad untuk anda. Senarai ini kami himpunkan dengan mengambil kira kualiti makanan, harga dan kemudahan yang disediakan di restoran tersebut. Jadi, jika anda inginkan snek yang pantas dan sihat, marilah berkunjung ke 8 restoran terbaik yang menyajikan salad di Johor 2023.

Adakah Bahan-Bahan Yang Digunakan Berbeza Dalam Salad Di Restoran Barat Dan Itali?

Salad di restoran Barat biasanya menampilkan pelbagai jenis daun hijau dan bahan-bahan seperti ayam, bacon, telur, avokado, buah beri, kacang-kacang dan pelbagai jenis sos. Manakala salad di restoran Itali pula mementingkan kesederhanaan dan kualiti dengan menggunakan pelbagai jenis salad segar, tomato, timun, zaitun dan keju Itali. Kemudian, salad ini diberi sedikit sos dengan campuran minyak zaitun, cuka balsamik, garam, dan lada, bergantung kepada tradisi kulinari kawasan yang berbeza.

Bagaimanakah Salad Boleh Menyumbang Kepada Diet Yang Seimbang?

Salad boleh memberi sumbangan besar kepada diet seimbang kerana ia menawarkan cara yang mudah dan lazat. Melalui salad, anda akan mengambil pelbagai sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin, mineral dan serat diet yang penting. Apabila anda menggabungkan sumber protein yang berbeza dan lemak yang sihat, anda telah mempelbagaikan pengambilan nutrien anda. Selain itu, salad rendah kalori dan dapat membantu anda menguruskan badan.

8 Restoran Salad Terbaik di Johor 2023

Advertise With My Weekend Plan

1. The Replacement – Lodge & Kitchen

The-Replacement-Lodge-Kitchen-
Kredit Gambar: Halal Ke | The prettiest halal directory
The-Replacement-Lodge-Kitchen-
Kredit Gambar: Sharene Ang

The Replacement – Lodge & Kitchen menghidangkan salad yang sungguh menyelerakan. Sajian salad yang mengandungi avocado dan Smoked Salmon daripada chef mereka benar-benar memuaskan hati ramai pengunjung. Walaupun restoran ini lebih mengutamakan pembayaran tunai, pengalaman menjamu selera di sini sungguh memuaskan. Bagi melancarkan urusan pembayaran, pastikan anda mempunyai wang tunai yang mengcukupi. [ Walaupun restoran ini lebih suka pelanggan membayar menggunakan wang tunai, mereka perlu menyediakan wang yang secukupnya untuk membayar hidangan mereka.]

Waktu Operasi: 9:00 pagi – 4:30 petang (Setiap hari)

Alamat33, Jalan Dhoby, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 012-5477885

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/thereplacementlandk/

Instagram: https://www.instagram.com/thereplacementlandk/

2. Flowers in the Window

Flowers-in-the-Window
Kredit Gambar: Steven Sim
Flowers-in-the-Window-
Kredit Gambar: Alicia Leong

Flowers in the Window menawarkan suasana yang selesa dan klasik dengan hiasan dalaman yang menarik. Anda akan berasa tenang sambil menikmati makanan anda. Selain itu, susunan tempat duduk mereka juga memenuhi pelbagai kehendak pelanggan. Mereka menyajikan pelbagai makanan yang lazat dan unik. Anda boleh mencuba salad mereka yang segar dan berkhasiat jika anda mencari snek yang ringan dan cepat disediakan.

Waktu Operasi: 
9:00 pagi – 3:00 petang (Rabu – Isnin)
Tutup (Selasa)

Alamat9, Jalan Dhoby, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 07-2227489

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100053078803166

Instagram: https://www.instagram.com/flowersinthewindowstore/

3. Rosmarino Italian Restaurant

Rosmarino-Italian-Restaurant-
Kredit Gambar: Foodadvisor.my
Rosmarino-Italian-Restaurant-
Kredit Gambar: TripAdvisor

Rosmarino Italian Restaurant menawarkan hidangan yang lazat daripada salad segar dan berkhasiat sehinggalah kepada hidangan makanan laut yang sedap. Saiz hidangan yang disajikan sesuai untuk  lima orang, jadi anda boleh mencuba pelbagai hidangan bersama rakan-rakan anda. Walaupun harga hidangan sedikit mahal, tetapi kualiti makanan tetap dijaga di sini. Kakitangan mereka juga mesra dan sedia membantu anda membuat pesanan.

Waktu Operasi: 
12:00 tengah hari – 2:30 petang , 6:00 petang – 10:30 malam (Selasa – Ahad)
Tutup (Isnin)

Alamat65, Jalan Kuning 2, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 07-3339033

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/RosmarinoAuthenticItalianRestaurant/

4. George & Dragon Cafe

George-Dragon-Cafe
Kredit Gambar: Chiang Hong
George-Dragon-Cafe-
Kredit Gambar: George & Dragon

Dekorasi di George & Dragon Cafe unik dan hidangan yang disajikan juga berkualiti tinggi. Ramai yang mengesyorkan untuk mencuba hidangan daging merah yang bertemakan medieval. Selain itu, mereka juga turut menyajikan Iceberg Lettuce Salad yang mempunyai sos dressing Thousand Island yang lazat. Walaupun hidangan ini nampak ringkas, tetapi ia boleh melengkapkan hidangan utama. Boleh dikatakan harga makanan di sini berbaloi dengan kualiti dan rasa makanan yang disajikan. Jadi, kunjungilah George & Dragon Cafe untuk pengalaman menjamu selera yang memuaskan.

Waktu Operasi: 12:00 tengah hari – 10:30 malam (Setiap hari)

AlamatNo. 1 & 3, Jalan Glasiar, Taman Tasek, 80200 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 07-2323761

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/georgendragoncafe/

Instagram: https://www.instagram.com/georgeanddragoncafe/

5. Awagyu Restaurant

Awagyu-Restaurant
Kredit Gambar: Awagyu Restaurant
Awagyu-Restaurant--
Kredit Gambar: Apple Yeo

Awagyu Restaurant menawarkan hidangan yang berkualiti dan lazat serta perkhidmatan pelanggan yang terbaik. Kakitangan mereka, terutamanya Lynn dan Aaron, sangat komited dan sedia membantu anda dengan memberi cadangan menu yang sesuai mengikut kehendak anda. Setiap wang yang dibelanjakan di sini amat berbaloi dengan hidangan mereka, khususnya gabungan hidangan salad dan Wagyu yang disajikan kepada anda.

Waktu Operasi: 12:00 tengah hari – 3:00 petang, 5:30 petang – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat25c, Jalan Dato Abdullah Tahir, Taman Abad, 80300 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 011-57764363

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/awagyujb/

Instagram: https://www.instagram.com/awagyukl/

semak laman web di sini

6. Tosca Italian Trattoria

Tosca-Italian-Trattoria-
Kredit Gambar: Johor Kaki
Tosca-Italian-Trattoria-
Kredit Gambar: Cornelius Koshy

Suasana di Tosca Italian Trattoria sungguh selasa dan meriah dengan hiasan yang menarik dan unik. Selain itu, acara seperti hari lahir turut diraikan di sini. Restoran ini menawarkan susunan tempat duduk yang selesa dan luas. Saiz hidangan mereka juga besar dan berpatutan. Anda boleh memesan hidangan Itali di restoran ini yang terletak di Hilton Hotel JB. Mereka sangat menjaga kualiti dan kesegaran hidangan mereka.

Waktu Operasi: 12:00 tengah hari – 12:00 malam (Setiap hari)

Alamat12, Jalan Ngee Heng, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

No. Telefon07-2686868

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

semak laman web di sini

7. Anmour Cafe

Anmour-Cafe
Kredit Gambar: Alex Chu
Anmour-Cafe-
Kredit Gambar: Johor Kaki

Anmour Cafe telah mengemas kini menu dan meningkatkan tahap kulinari mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Antara hidangan yang sering dipesan oleh pelanggan di sini adalah Chili Cheese Clam Sauce with Mantou. Hidangan pembuka ini menyajikan mantou yang harum bersama sos yang berperisa. Selain itu, anda boleh mencuba Chili Crab Baked Rice yang menggunakan gabungan keju, sos cili ketam, sotong dan udang goreng. Jika anda inginkan makanan yang ringan dan berkhasiat selepas hidangan utama, anda boleh memesan salad yang lazat sebagai hidangan tambahan. Semua hidangan mereka berkualiti tinggi dan memenuhi pelbagai cita rasa.

Waktu Operasi: 
12:00 tengah hari – 11:00 malam (Jumaat, Sabtu)
12:00 tengah hari – 10:00 malam (Ahad – Khamis)

Alamat61, Jalan Kuning 2, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 07-3363285

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/anmour/

8. Raw – Brew & Dine

Raw-Brew-Dine
Kredit Gambar: Raw – Brew & Dine
Raw-Brew-Dine-
Kredit Gambar: Raw – Brew & Dine

Raw – Brew & Dine layak mendapat rating 5 bintang. Restoran ini bukan sahaja menyediakan kopi dan makanan yang sedap, malah mereka memberikan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang. Kakitangan mereka sangat komited dan sedia membantu. Mereka akan memastikan para pelanggan mendapat pengalaman menjamu selera yang memuaskan. Selain itu, kakitangan mereka juga prihatin terhadap isu yang timbul seperti menstabilkan meja yang goyah dan menyahkuman kerusi bayi selepas digunakan. Mereka juga cekap mengisi semula air tanpa diminta. Suasana yang selesa dan profesional ini benar-benar memuaskan hati ramai pelanggan.

Waktu Operasi: 
11:00 pagi – 10:00 malam (Jumaat – Ahad)
11:00 pagi – 9:00 malam (Isnin – Khamis)

Alamat70, Jalan Pingai, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 017-6631336

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/raw.johor/

Instagram: https://www.instagram.com/raw.johor/


Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini

Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close