Setiap kali topik pemakanan sihat atau diet dibangkitkan, salad pasti menjadi perkara pertama yang terlintas dalam fikiran. Jika anda pencinta daging, pengambilan salad secara berkala mungkin cabaran buat anda. Salad sering dilihat sebagai hidangan yang hambar dan lebih mahal daripada makanan yang lebih mengenyangkan. Tidak hairanlah ramai yang sukar konsisten dalam pengambilan salad untuk meningkatkan gaya hidup yang sihat.
Daripada anda pening kepala, apa kata anda teruskan membaca artikel ini kerana kami menyenaraikan beberapa restoran yang menyediakan salad yang lazat dan berpatutan. Anda tidak perlu rungsing lagi kerana anda boleh menikmati hidangan salad segar tanpa membazirkan wang. Berikut adalah 8 restoran salad terbaik di Pulau Pinang 2023.
Apakah Bahan Utama Bagi Salad Yang Sihat?
Komponen utama dalam salad yang sihat adalah gabungan makronutrien dan makanan yang seimbang. Anda perlu mengambil daun hijau sebagai sumber serat dan menambah protein seperti ayam, tofu atau kacang untuk mengenyangkan perut anda. Jangan lupa kita juga perlukan lemak yang sihat seperti seperti avocado atau minyak zaitun ke dalam salad anda. Apa yang penting, anda perlu menggabungkankan salad anda dengan sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna untuk mendapatkan vitamin dan antioksidan.
Adakah Restoran Di Pulau Pinang Menawarkan Fusion Salad Dengan Rasa Tempatan Dan Antarabangsa?
Ya, banyak restoran di Pulau Pinang menggabungkan rasa tradisional masakan Pulau Pinang dengan trend salad antarabangsa. Mereka menggabungkan bahan-bahan tempatan ke dalam salad yang diinspirasikan daripada seluruh dunia. Sebagai contoh, anda mungkin menemui salad yang menggunakan buah-buahan tempatan seperti limau bali dan belimbing serta bahan-bahan dari luar negara seperti avocado dan quinoa. Selain itu, ada juga Caesar Salad yang menggunakan sedikit belacan atau kerisik dalam sos dressingnya. Dengan gabungan rasa tradisional dan antarabangsa ini berjaya menghasilkan hidangan salad yang menarik, unik dan juga lazat.
8 Restoran Salad Terbaik di Pulau Pinang 2023
1. Il Bacaro
Chef di Il Bacaro sentiasa memperbaharui menu mereka dengan hidangan istimewa yang dicipta bagi meningkatkan pengalaman menjamu selera di sini. Selain itu, mereka menawarkan pelbagai hidangan yang lazat untuk memenuhi cita rasa anda. Hidangan salad mereka bersaiz besar manakala kentang tumbuk mereka pula lazat. Hidangan utama dan pencuci mulut yang disajikan juga bakal memuaskan anda. Restoran ini sentiasa memastikan para pelanggan berpuas hati dengan hidangan dan perkhidmatan yang diberikan, sekali gus membezakannya dengan pesaing yang lain.
Waktu Operasi:
12:00 tengah hari – 10:30 malam (Isnin – Khamis)
12:00 tengah hari – 11:00 malam (Jumaat – Ahad)
Alamat: Campbell House, 106, Lebuh Campbell, Georgetown, 10200 George Town, Pulau Pinang
No. Telefon: 04-261 8290
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Instagram: https://www.instagram.com/ilbacaropenang/
semak laman web di sini2. Harvest In Café
Harvest In Cafe mendapat gelaran “Kafe Terbaik di Pulau Pinang”. Ia bukanlah mudah tetapi kafe ini berjaya menyandang gelaran ini dengan menawarkan pelbagai hidangan enak dalam menu mereka. Di sini, anda boleh mendapat hidangan ayam yang lembut, salad yang luar biasa, kentang tumbuk yang enak dan sup cendawan yang secukup rasa. Semua ini memberikan para pelanggan mempunyai pengalaman menjamu selera yang memuaskan.
Waktu Operasi:
11:00 pagi – 3:00 petang, 5:30 petang – 10:00 malam (Isnin, Rabu – Sabtu)
11:00 pagi – 3:00 petang (Selasa)
Tutup (Ahad)
Alamat: 10, Jalan Irrawaddi, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang
No. Telefon: 04-226 1718
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/Harvest-In-Cafe-148143198709506/
3. Lilys Vegetarian Kitchen
Jika anda mencari restoran yang menawarkan pelbagai hidangan vegan yang lazat, anda boleh berkunjung ke Lilys Vegetarian Kitchen. Anda boleh mencuba salad vegan mereka kerana hidangan ini adalah hidangan yang sering dipesan oleh para pengunjung di sini. Selain itu, hidangan ini boleh dijadikan hidangan akhir seleps hidangan utama untuk pengalaman menjamu selera yang menyihatkan.
Waktu Operasi:
8:00 pagi – 8:00 malam (Selasa – Ahad)
Tutup (Isnin)
Alamat: 98, Lorong Madras, 10400 George Town, Pulau Pinang
No. Telefon: 04-226 3810
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/lilysvegetariancafe
Instagram: https://www.instagram.com/lilysvegetariancafe/
4. More by Arang Coffee (Halal)
More by Arang Coffee (Halal) berjanji untuk memberi pengalaman menjamu selera yang memuaskan kepada para pelanggan. Selain terletak di lokasi yang mudah untuk dicari, restoran ini juga mempunyai kakitangan yang mesra dan sedia membantu. Mereka bersedia memenuhi keperluan pelanggan yang pelbagai. Di samping itu, mereka turut menghidangkan sajian dalam porsi yang besar. Anda boleh melihat hidangan salad mereka yang pelbagai dan menggiurkan. Semua ini adalah untuk memastikan pelanggan meninggalkan restoran dengan hati yang riang.
Waktu Operasi:
9:30 pagi – 5:00 petang (Selasa – Ahad)
Tutup (Isnin)
Alamat: 170G-2 Livingston Tower Argyll Road, 10050 George Town, Pulau Pinang
No. Telefon: 010-434 4794
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/MOREbyarangcoffee/
Instagram: https://www.instagram.com/morebyarangcoffee/
5. Green Island Western Food Icon City
Green Island Western Food Icon City menawarkan hidangan yang lazat dalam suasana yang selesa. Perkhidmatan pelanggan mereka juga cemerlang walaupun pada waktu sibuk. Mereka sentiasa memastikan setiap keperluan pelanggan ditangani secepatnya. Restoran ini adalah tempat yang ideal untuk mereka yang mencari hidangan berat di tengah-tengah suasana yang sibuk.
Waktu Operasi: 12:00 tengah hari – 10:45 malam (Setiap hari)
Alamat: 31, Jln Icon City, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
No. Telefon: 010-558 6863
Google Map: Ikuti Sekarang
Facebook: https://www.facebook.com/GreenislandwesternfoodIconcity
semak laman web di sini6. Kafe The Leaf Healthy House
Kafe The Leaf Healthy House terletak di Little India. Kafe ini menyajikan pelbagai jenis hidangan yang sihat seperti hidangan tempatan, masakan barat, sup, salad, pasta, dan pizza. Kafe ini sentiasa mengutamakan rasa hidangan yang terbaik dan konsisten. Selain itu, perkhidmatan pelanggan mereka juga baik. Kakitangan mereka mesra dan terbuka menerima maklum balas daripada para pelanggan. Oleh sebab itu, kafe ini adalah tempat yang sesuai jika anda mencari tempat makan yang sihat dan menyenangkan.
Waktu Operasi:
12:00 tengah hari – 3:00 petang, 6:00 petang – 9:00 malam (Khamis – Selasa)
Tutup (Rabu)
Alamat: 5, Lebuh Penang, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
No. Telefon: 012-498 8491
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/TheLeafHealthyHouse/
7. Ms Nocino
Ms Nocino dikenali dengan pelbagai hidangan yang menarik seperti pasta pesto yang wangi, sup tomato yang enak dan salad yang lazat. Restoran ini terletak di Pulau Tikus. Ia adalah tempat makan yang santai dan menyenangkan. Kakitangan di sini sopan, mesra dan sedia membantu anda. Makanan yang lazat dan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang adalah gabungan istimewa yang meningkatkan pengalaman anda menjamu selera ke tahap yang lebih tinggi.
Waktu Operasi:
8:30 pagi – 8:30 malam (Ahad, Selasa – Khamis)
8:30 pagi – 10:00 malam (Jumaat, Sabtu)
Tutup (Isnin)
Alamat: 387, Jalan Burma, Pulau Tikus, 10350 George Town, Pulau Pinang
No. Telefon: 010-827 6762
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/galahouse.com.my
Instagram: https://www.instagram.com/msnocino/
8. Real Food Grocer
Real Food Grocer merealisasikan keinginan anda untuk mencari pilihan makanan yang sihat dan lazat di Malaysia. Mereka pakar dalam menyediakan hidangan vegan dan vegetarian. Masakan mereka akan membuatkan anda berasa seperti menikmati masakan homemade.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 9:00 malam (Setiap hari)
Alamat: 3A-G-13D, Straits Quay, Jalan Seri Tg Pinang, Seri Tanjung Pinang, 10470 Tanjung Tokong, Pulau Pinang
No. Telefon: 04-890 8295
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100063704632469
Instagram: https://www.instagram.com/realfoodgrocer/
semak laman web di siniDapatkan Baucar Lazada Percuma Anda【Di Sini】
Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee【Di Sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.