Shawarma ialah hidangan Arab yang menggunakan banyak daging yang dipotong nipis daripada rotisserie mereka. Kemudiannya, ia dibalut dengan beberapa sayur-sayuran dan roti rata termasuk sos unik sebagai gandingan hidangan. Sebagai pencinta daging, anda tidak sepatutnya ketinggalan menikmati hidangan ini kerana mereka biasanya menggunakan daging yang berbeza seperti ayam, daging lembu, kambing dan banyak lagi. Begitu banyak pilihan untuk dipilih!
Shawarma merupakan salah satu hidangan terkenal dalam hidangan Arab. Kebanyakan mereka yang mencuba hidangan Arab ini akan memilih Shawarma sebagai hidangan mereka. Disebabkan kebanyakan hidangan Arab mempunyai porsi yang besar, maka saiz Shawarma ini juga besar. Namun, ia bergantung kepada kedai dan jenis Shawarma yang anda pilih.
Hidangan ini bukan sahaja menjadi hidangan universal, bahkan ia juga terkenal di luar Malaysia. Di mana sahaja ada kedai Arab, pasti akan ada menu Shawarma. Selain itu, hidangan ini juga sihat kerana terkandung protein dan juga sayur-sayuran. Untuk menceriakan hidup anda, apa kata anda cuba hidangan Shawarma ini agar ia dapat mewarnai cita rasa anda dalam dunia makanan.
7 Restoran Shawarma yang Wajib Anda Cuba 2026
1. Shawarma Al-Siddiq


Mereka terkenal dengan Shawarma mereka. Baik penduduk tempatan sehinggalah kepada pelancong asing ingin mencuba Shawarma mereka. Hidangan Shawarma mereka sungguh menyelerakan sehinggakan ramai yang berminat untuk merasainya. Shawarma mereka mempunyai daging yang lembut dan menyelerakan. Jika anda ke sini, anda mungkin terpaksa beratur panjang sebelum dapat merasai Shawarma anda. Anda boleh memilih antara daging yang berbeza dan menganggap diri anda bertuah jika mereka tidak kehabisan bahan sebelum tiba giliran anda.
Waktu Operasi: 11:00 pagi – 8:00 malam
Alamat: Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur. (Berdekatan bank Hong Leong)
Facebook: https://www.facebook.com/alsiddiqrestoran/
2. Al-Amar


Shawarma di sini sedap dan didatangkan dalam Meat Platter. Adalah lebih baik jika anda datang bersama rakan atau keluarga supaya anda boleh menikmati tawaran yang diberikan di restoran ini. Restoran ini terkenal dengan hidangan asli Timur Tengah jadi anda dan keluarga boleh mencuba hidangan mereka yang autentik dan cukup menyelerakan. Pastiya anda gembira dengan menu yang dihidangkan di sini kerana ia banyak pilihan dan berbaloi dengan harganya.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam
Alamat: 168, Bukit Bintang St, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Facebook: https://www.facebook.com/AlAmarLebaneseCuisine/
SEMAK LAMAN WEB DI SINI3. Damascus BBQ


Restoran ini juga merupakan satu lagi lokasi yang sesak dengan ramai pengunjung, terutama apabila waktu pulang daripada kerja. Ramai yang mengidam akan Shawarma mereka yang ‘juicy’ dan meleleh dengan sos yang lazat. Sesetengah orang suka memulakan hidangan mereka dengan Shawarma ayam dan menambah hummus serta kebab sebagai hidangan sampingan. Semuanya sedap! Walau bagaimanapun, anda perlu menjangkakan bilangan pelanggan yang mungkin bertambah dek kerana tempat ini sememangnya terkenal dengan Shawarma mereka.
Waktu Operasi: 8:00 pagi – 12:00 tengah malam
Alamat: Bukit Bintang St, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Facebook: https://www.facebook.com/DamascusBBQ/
SEMAK LAMAN WEB DI SINI4. Shawarma Restaurant


Mungkin ada yang mengatakan bahawa Shawarma di kedai ini adalah yang terbaik di kawasan ini. Namun begitu, setiap orang mempunyai cita rasa dan selera yang berbeza. Penuh dengan pilihan daging seperti ayam, daging lembu, dan kambing, restoran ini juga menghidangkan pelbagai menu Timur Tengah yang asli dan menyelerakan. Bahkan, mereka juga menghidangkan sepinggan besar nasi dan daging jika Shawarma tidak cukup untuk membuat anda kenyang!
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam
Alamat: 8, Jalan Menara Gading 1, Taman Connaught, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Facebook: https://www.facebook.com/RestaurantShawarma/
5. Bedouin Arabian Cuisine


Restoran ini menghidangkan sajian mereka dalam porsi yang besar. Jadi, untuk para pelanggan yang memiliki selera yang besar, anda boleh berkunjung ke sini dan menikmati hidangan mereka dengan gembira. Shawarma mereka juga akan memberikan anda setiap suapan yang penuh rasa kerana ia penuh dengan isi daging, sos, dan sayur yang segar. Hummus di sini juga sangat lazat untuk anda cuba. Jadi, jangan buang masa dan segeralah ke sini untuk menikmati keenakan hidangan mereka!
Waktu Operasi: 11.30 pagi – 11:00 malam
Alamat: 6, Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Facebook: https://www.facebook.com/bedouin.my/
SEMAK LAMAN WEB DI SINI6. Halab Gate Shawarma


Shawarma yang dihidangkan di sini berjus dan penuh dengan rasa. Anda boleh mengharapkan hidangan yang mereka sajikan di sini bakal memuaskan selera anda. Malah, persembahan makanan yang disajikan juga boleh membuatkan anda terliur dan tidak sabar merasai makanan tersebut. Mereka juga menghidangkan Kebab dan hidangan lain jika anda ingin mencuba hidangan yang lain. Jangan risau, semuanya sedap dan berbaloi dengan kualitinya!
Waktu Operasi: 10:00 pagi -11.45 malam
Alamat: 51, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Facebook: https://www.facebook.com/Halabgate/
7. Syawarma Raihani, Kebab Jalan TAR


Kedai ini pernah menjadi gerai makanan kecil sebelum akhirnya menjadi sebuah kedai makanan yang digemari ramai. Jika anda hendak tahu, kedai ini bukan sahaja terkenal dalam kalangan penduduk di sekitarnya, malah di halaman media sosial. Ramai yang gemar membeli makanan di kedai ini kerana harga makanan dan Shawarma yang mereka sediakan adalah berpatutan. Jangan terkejut kerana di sini anda boleh mendapatkan Shawarma yang berkualiti dengan daging berjus yang disirami sos yang enak. Semasa anda berkunjung ke sini, anda mesti mencuba kebab mereka kerana itu adalah salah satu hidangan yang menjadi pilihan ramai. Tunggu apa lagi, datanglah ke sini!
Waktu Operasi: 12:00 tengah hari – 6:30 petang
Alamat: No. 6, Food court Medan Bunus, Jalan Tuanku Abdul Rahman, City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Facebook: https://www.facebook.com/kebabjalantar/
Daging yang digunakan dalam Shawarma biasanya diperisakan dengan rempah-ratus. Tempat yang berbeza mempunyai gaya memasak mereka tersendiri. Mereka akan meletak sos dan sayur-sayuran yang sesuai dengan hidangan supaya ia membuatkan anda teruja dan tidar sabar untuk merasainya.
Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini】
Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.