15 Restoran Smoothie Bowl Terbaik di Kuala Lumpur & Selangor 2023

Smoothie Bowl baru-baru ini telah menjadi pilihan sarapan atau snek yang sihat dan menyegarkan. Hidangan ini adalah versi yang lebih pekat daripada Smoothie biasa yang disajikan dalam mangkuk dan ditaburi dengan pelbagai bahan yang berkhasiat. Smoothie Bowl sangat lazat dan penuh dengan vitamin, mineral, dan antioksidan. Walaupun Smoothie Bowl boleh dikatakan hidangan yang baru di Malaysia, tetapi ia mempunyai bilangan peminat yang semakin bertambah dari hari ke hari. Hidangan ini menjadi kegemaran mereka yang ingin menjaga kesihatan dan juga pemakanan mereka.

Di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur dan Selangor, anda akan mendapati terdapat beberapa kedai jus, kafe atau restoran yang menyediakan hidangan Smoothie Bowl atas kepekaan mereka terhadap kesihatan. Kedai-kedai ini pakar dalam menyediakan hidangan kesihatan ini untuk memenuhi pelbagai cita rasa. Selain itu, mereka juga menawarkan pelbagai perisa dan topping bagi hidangan ini agar ia dapat disesuaikan dengan selera para pelanggan. Jika anda ingin merasai nikmati hidangan yang sihat dan lazat ini, anda boleh datang ke 15 restoran yang menyediakan Smoothie Bowl terbaik di Kuala Lumpur dan Selangor.

Apakah Perbezaan Antara Smoothie Bowl Dan Smoothie Biasa?

Biasanya, Smoothie Bowl mempunyai konsistensi yang lebih pekat berbanding dengan Smoothie biasa. Oleh sebab itu, anda memerlukan sudu untuk menceduknya apabila anda ingin memakan Smoothie Bowl. Smoothie biasa pula mempunyai tekstur yang lebih cair dan boleh dinikmati dengan straw. Konsistesi cecairnya tidak terlalu pekat dan boleh dinikmati seperti minuman biasa. Selain itu, perbezaan dari segi tekstur dan penyajian secara visual antara 2 Smoothie ini menjadikannya sesuai untuk keutamaan dan majlis yang berbeza.

Apakah Topping Yang Popular Untuk Smoothie Bowl?

Untuk topping pada hidangan Smoothie Bowl, anda boleh menggunakan buah-buahan segar, kekacang mahupun makanan berkhasiat dalam hidangan ini.  Sebagai contoh, hirisan buah-buahan digunakan untuk menambah keceriaan dan memberikan rasa buah yang segar kepada hidangan ini. Contoh buah yang biasa digunakan adalah hirisan strawberi, blueberi, kiwi dan pisang. Ada juga yang menambah makanan berkhasiat seperti granola, chia seed, flaxseeds atau biji hemp untuk memberikan rasa rangup dan sihat. Anda juga boleh menambah kelapa parut, hirisan badam, biji labu, goji berries, atau serpihan koko untuk menambah tekstur dan rasa yang lazat bagi hidangan ini.

15 Restoran Smoothie Bowl Terbaik di Kuala Lumpur & Selangor 2023

Advertise With My Weekend Plan

1. POKOK KL Cafe

POKOK-KL-Cafe
Kredit Gambar: POKOK KL Cafe (Google Review)
POKOK-KL-Cafe-
Kredit Gambar: E (Google Review)

POKOK KL Cafe adalah kafe yang bertemakan alam sekali gus mencipta suasana dan persembahan makanan yang menarik secara visual. Kafe ini terkenal dengan  Smoothie Bowlnya yang dihidangkan dalam mangkuk kayu bagi menambah nilai estetika semula jadi kafe ini. Selain itu, hidangan ini dihiasi dengan kelopak bunga yang boleh dimakan dan hirisan buah-buahan segar bagi meningkatkan rasa dan daya tarikan visual hidangan ini. POKOK KL Cafe menawarkan pengalaman makan yang unik serta menggabungkan kecintaan terhadap alam dengan memfokus pada detail estetika. Secara tidak langsung, kafe ini  menjadi tempat yang popular bagi mereka yang mencari pengalaman makan yang menyenangkan dan sesuai untuk Instagram.

Waktu Operasi10:00 pagi – 9:00 malam (Setiap hari)  

Alamat: MAHSA Avenue (Jalan Universiti Campus), Block B, Level 1 Jalan Ilmu, off, Jln Profesor Diraja Ungku Aziz, 59100 Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/pokok.kl/?locale=ms_MY

Instagram: https://www.instagram.com/pokok.kl/?hl=en

2. Feeka Coffee Roasters

Feeka-Coffee-Roasters-
Kredit Gambar: YS Wong (Google Review)
Feeka-Coffee-Roasters-
Kredit Gambar: P L (Google Review)

Feeka Coffee Roasters adalah kafe yang selesa dan moden. Kafe ini terkenal dengan kopinya yang lazat dan Smoothie Bowl yang berkhasiat. Kafe ini menyediakan suasana yang selesa untuk pelanggan menikmati hidangan mereka. Smoothie Bowl mereka dihidangkan dengan banyak buah-buahan segar yang manis. Feeka Coffee Roasters adalah tempat yang sempurna untuk menikmati hidangan yang lazat dan sihat bersama rakan-rakan atau ahli keluarga.

Waktu Operasi:  8:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: 19, Jln Mesui, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/feekacoffeeroasters/

Instagram: https://www.instagram.com/feekacoffeeroasters/?hl=en

semak laman web di sini

3. Common Man Coffee Roasters

Common-Man-Coffee-Roasters
Kredit Gambar: Bernard Kung (Google Review)
Common-Man-Coffee-Roasters-
Kredit Gambar: Flo Yeow (Google Review)

Common Man Coffee Roasters adalah kafe kontemporari dan menarik yang memberi tumpuan kepada penyediaan pilihan makanan yang sihat. Kafe ini memasukkan banyak sayur-sayuran ke dalam hidangan mereka kerana mereka mementingkan penyediaan makanan yang berkhasiat. Smoothie Bowl mereka lebih menonjol berbanding dengan kafe lain kerana persembahannya yang unik dan menarik dari segi visual.  Oleh sebab itu, ramai yang datang ke sini untuk memesan Smoothie Bowl mereka yang unik dan lazat.

Waktu Operasi: 8:00 pagi – 10:30 malam (Setiap hari)

Alamat: Plaza Vads, A-G-1 New Podium, 1, Jalan Tun Mohd Fuad, 60000 Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/commonmanKL/

Instagram: https://www.instagram.com/commonmancoffee_kl/?hl=en

semak laman web di sini

4. La Juiceria Superfoods TTDI

La-Juiceria-Superfoods-TTDI
Kredit Gambar: Goodness Greens Cafe TTDI Healthy Salad & Bowls (Google Review)
La-Juiceria-Superfoods-TTDI-
Kredit Gambar: Goodness Greens Cafe TTDI Healthy Salad & Bowls (Google Review)

La Juiceria Superfoods adalah kafe terkenal yang menawarkan pilihan yang sihat dan berkhasiat. Smoothie Bowl mereka telah menjadi sorotan menu, menarik pelanggan yang mementingkan kesihatan. Kafe ini menyediakan Smoothie Bowl yang berkhasiat dan penuh kebaikan. Hidangan ini disajikan dengan teliti untuk mencipta pengalaman makan yang seimbang dan lazat. Daripada topping yang berwarna-warni sehinggalah kepada campuran yang lazat, Smoothie Bowl La Juiceria Superfoods adalah pilihan kegemaran bagi mereka yang mencari hidangan yang menyegarkan dan berkhasiat.

Waktu Operasi: 9:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: 32, Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/lajuiceriasuperfoodsTTDI/

Instagram: https://www.instagram.com/lajuiceria/?hl=en

semak laman web di sini

5. Mingle Cafe

Mingle-Cafe
Kredit Gambar: Khor Meng Siang (Google Review)
Mingle-Cafe-
Kredit Gambar: Kevin D’Mello (Google Review)

Mingle Cafe adalah kafe yang cantik dan terkenal dengan reka bentuk dalaman yang diilhamkan oleh desa. Reka bentuk dalaman yang dipilih ini berjaya mewujudkan suasana yang selesa dan mesra untuk pelanggannya. Kafe ini menawarkan sentuhan yang menyenangkan pada Smoothie Bowl dengan menggabungkan pelbagai jenis kacang seperti pistachio dan biji bunga matahari sebagai sebahagian daripada hiasan mereka. Penambahan ini memberikan tekstur dan rasa yang lazat kepada hidangan Smoothie Bowl mereka. Mingle Cafe menawarkan pengalaman makan yang unik dan memuaskan di mana pelanggan boleh menikmati Smoothie Bowl yang menarik dan lazat dalam suasana yang selesa di kafe desa.

Waktu Operasi: 11:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: 55, Jalan Sultan, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/minglekl/

Instagram: https://www.instagram.com/minglecafekl/?hl=en

6. Quack

Quack
Kredit Gambar: Alric Tong (Google Review)
Quack-
Kredit Gambar: Candice Neo (Google Review)

Quack adalah kafe yang trendy dan selesa. Kafe ini menyajikan masakan Barat. Kafe ini terkenal dengan Smoothie Bowlnya yang boleh disediakan mengikut selera pelanggan. Para pelanggan boleh memilih bahan-bahan dan topping yang mereka mahukan ke dalam hidangan Smoothie Bowl mereka. Ini menjadikannya pilihan yang ideal untuk mereka yang ingin menikmati Smoothie Bowl yang unik dan personal. Quack juga mempunyai pendekatan yang mesra alam. Pelanggan digalakkan untuk membawa mangkuk mereka sendiri untuk mengurangkan sisa mangkuk pakai buang.

Waktu Operasi: 8:00 pagi – 9:00 malam (Setiap hari)

Alamat: 60 Jalan Sri Hartamas 1, Plaza Damas, Lot K-0-8B (Ground Floor), Dorchester Service Apartment, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

7. Fin

Fin
Kredit Gambar: Fin (Google Review)
Fin-
Kredit Gambar: Lay Tyng Chan (Google Review)

Fin adalah kafe yang luas dan minimalis di Johor. Kafe ini terkenal dengan menu makanan sihat dan berkhasiat. Kafe ini menanam salad hijaunya sendiri bagi memastikan kesegaran dan kualiti bahan yang digunakan. Smoothie Bowl mereka adalah salah satu hidangan yang paling popular di sini. Makanan ini dihidangkan dalam mangkuk kayu yang cantik. Mangkuk-mangkuk ini kemudiannya dihiasi dengan buah-buahan segar yang meriah, sekali gus menjadikannya pilihan yang sempurna untuk sarapan, makan tengah hari, atau makan malam.

Waktu Operasi: 9:30 pagi – 8:00 malam (Setiap hari)

Alamat: 06, Block D3, Level G3 Publika, Jln Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

Google MapIkuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/thefinpeople/

Instagram: https://www.instagram.com/fin.kl/?hl=en

8. Jamboo

Jamboo-
Kredit Gambar: Rhonda S. (Google Review)
Jamboo-
Kredit Gambar: Jumbo (Google Review)

Jumboo adalah kafe kontemporari dengan rekaan dalaman yang sempurna dan unik untuk menangkap momen Instagram anda. Kafe ini menyediakan menu yang memenuhi keperluan individu yang mementingkan  kesihatan. Salah satu ciri hebat kafe ini adalah menu Smoothie Bowl mereka. Apa yang membezakan mereka dengan Smoothie Bowl lain adalah Smoothie Bowl di sini dihidangkan bersama buah beku. Sentuhan kreatif ini menambah rasa yang menyegarkan dan menyenangkan sewaktu anda makan Smoothie Bowl ini.  Semasa pelanggan menjamu Smoothie Bowl ini, mereka boleh menikmati warna dan rasa buah beku yang meriah.

Waktu Oparasi: 9:30 pagi – 7:00 petang (Setiap hari)

Alamat: 19G, Jalan Tun H S Lee, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/jamboostory/

Instagram: https://www.instagram.com/jamboostory/?hl=en

9. Wise Crafters Cafe

Wise-Crafters-Cafe
Kredit Gambar: Wise Crafter Cafe (Google Review)
Wise-Crafters-Cafe-
Kredit Gambar: Chew Mingwen (Google Review)

Wise Crafters Cafe adalah kafe yang pakar dalam menyediakan Smoothie dan Yogurt Bowl. Kafe ini komited untuk menyediakan pilihan hidangan yang sihat dengan pilihan buah-buahan dan bahan-bahan yang segar. Snek ini disediakan dengan teliti. Mereka menambah banyak buah-buahan segar untuk mewujudkan keseimbangan yang menyenangkan antara rasa dan tekstur. Tambahan pula, Wise Crafters Cafe menawarkan pelbagai topping bagi membolehkan para pelanggan menyesuaikan Smoothie Bowl atau Yogurt Bowl mereka mengikut pilihan yang diinginkan.

Waktu Operasi: 
8:30 pagi – 5:00 petang (Ahad – Jumaat)
Tutup (Sabtu)

Alamat: 2, Jalan PJS 10/2, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/wisecrafters/

Instagram: https://www.instagram.com/wisecrafters/?hl=en

semak laman web di sini

10. Acai Lab

Acai-Lab-
Kredit Gambar: Jay Jung (Google Review)
Acai-Lab-
Kredit Gambar: Jimmy Cheng Jit Ming (Google Review)

Acai Lab adalah kafe yang pakar dalam menyediakan acai dan Smoothie Bowl selain daripada hidangan lain. Smoothie Acai adalah menu utama mereka dan mereka berbangga dengan penyediaan Smoothies Bowl yang lazat dan berkhasiat dengan menggunakan acai sebagai bahan utama. Anda juga boleh mendapatkan Smoothie Bowl lain kerana mereka menyediakan pelbagai bahan dan topping untuk anda pilih bagi Smoothie Bowl anda. Di sini, anda boleh menikmati hidangan anda dengan puas.

Waktu Operasi: 1:00 petang – 8:00 malam (Setiap hari)

Alamat: 17, Lorong Datuk Sulaiman 7, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/acailab/

Instagram: https://www.instagram.com/acailab/?hl=en

semak laman web di sini

11. Lushbowl

Lushbowl-
Kredit Gambar: Amanda L. (Google Review)
Lushbowl-
Kredit Gambar: Lushbowl (Google Review)

Lushbowl adalah kafe yang menawarkan pelbagai menu masakan Barat tradisional yang sihat. Dengan fokus untuk mempromosikan kesejahteraan, kafe ini menggabungkan bahan-bahan berkhasiat ke dalam hidangan mereka. Lushbowl terkenal dengan pilihan rasa yang luas untuk Smoothie Bowl. Pelanggan boleh menyesuaikan Smoothie Bowl mereka dengan memilih topping buah kegemaran mereka. Ciri ini membolehkan individu mencipta Smoothie Bowl yang sesuai dengan pilihan rasa dan keperluan diet mereka. Lushbowl adalah destinasi yang ideal bagi mereka yang mencari keseimbangan antara pilihan yang enak dan berkhasiat, menjadikannya pilihan popular dalam kalangan penggemar makanan yang mementingkan kesihatan.

Waktu Operasi: 
10:30 pagi – 6:00 petang (Isnin – Sabtu)
Tutup (Ahad)

Alamat: Plaza Damas, G-0-3, Block G, 60, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/lushbowlmy/

Instagram: https://www.instagram.com/lushbowlmy/?hl=en

12. Cabana @ Publika Shopping Gallery

Cabana-@-Publika-Shopping-Gallery
Kredit Gambar: Cabana @ Publika Shopping Gallery (Google Review)
Cabana-@-Publika-Shopping-Gallery-
Kredit Gambar: Cabana @ Publika Shopping Gallery (Google Review)

Cabana adalah kedai yang menarik di Publika Shopping Gallery yang menyajikan pelbagai Smoothie. Daripada minuman Smoothie tradisional sehinggalah kepada Smoothie Bowl, Cabana menawarkan pelbagai pilihan untuk selera yang berbeza. Anda boleh memilih untuk memesan minuman yang menyegarkan atau Smoothie Bowl dipenuhi dengan kebaikan nutrisi yang terkandung dalam makanan ini. Dengan menu smoothie yang pelbagai, pelanggan boleh menikmati pengalaman yang menyegarkan dalam suasana yang selesa. Cabana adalah destinasi yang mesti dilawati jika anda mencari tempat untuk menghilangkan dahaga atau menikmati Smoothie Bowl yang berkhasiat.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: Lot 63, Level UG, Publika Shopping Gallery, No. 1, Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/Cabana.Acai.MY/

Instagram: https://www.instagram.com/cabana.acai.my/?hl=en

semak laman web di sini

13. The Carpenter’s Daughter Artisan Bakery & Cafe

The-Carpenters-Daughter-Artisan-Bakery-Cafe
Kredit Gambar: Jee Kwan Ng (Google Review)
The-Carpenters-Daughter-Artisan-Bakery-Cafe-
Kredit Gambar: Wong Sweecheng (Google Review)

The Carpenter’s Daughter Artisan Bakery & Cafe adalah sebuah kafe menarik dengan dekorasinya yang diinspirasikan dari Barat. Reka bentuk dalaman kafe ini akan mengingatkan anda tentang bakeri Inggeris, sekali gus mencipta suasana yang selesa dan mesra. Kafe ini pakar dalam menyediakan masakan Barat dan hidangan yang lazat untuk memenuhi pelbagai cita rasa pelanggannya. Antara salah satu hidangan yang menonjol adalah Smoothie Bowl klasik mereka yang dihias dengan kiwi segar dan buah beri. Kombinasi buah-buahan ini menjadikan hidangan ini berwarna-warni dan menawarkan rasa manis buah yang segar. Anda akan merasai hidangan yang sihat dan menarik dari segi visual semasa anda memesan Smoothie Bowl di sini.

Waktu Operasi: 8:00 pagi – 9:30 malam (Setiap hari)

Alamat: 26, Jalan USJ 9/5p, Subang Business Park, 47620 Subang Jaya, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/thecarpentersdaughter.artisanbakerycafe/

14. Pickle & Fig Eco Ardence

Pickle-Fig-Eco-Ardence
Kredit Gambar: tia idrus
Pickle-Fig-Eco-Ardence-
Kredit Gambar: PinPin Tan (Google Review)

Pickle & Fig Eco Ardence adalah sebuah kafe yang memberi penekanan kepada penyediaan makanan yang sihat dan lazat. Mereka komited untuk menawarkan pelbagai pilihan yang sihat untuk para pelanggan. Smoothie Bowl yang ditawarkan di sini amat menarik perhatian kerana ia boleh disesuaikan mengikut selera seseorang individu. Para pelanggan boleh memilih mana-mana topping yang mereka suka untuk ditabur di atas Smoothie Bowl mereka. Mereka juga menawarkan topping seperti chia seed, mangga dan delima kepada mereka yang berminat untuk memakannya. Topping yang ditawarkan ini dapat meningkatkan tekstur dan rasa Smoothie Bowl mereka serta memberikan nilai nutrisi yang diperlukan oleh badan.

Waktu Operasi: 
11:00 pagi – 9:00 malam (Selasa – Ahad)
Tutup (Isnin)

Alamat: No 36-G, Jalan Eco Ardence C U12/36C, Eco Ardence, 40170 Shah Alam, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/pickleandfig/

semak laman web di sini

15. Sugar Milked

Sugar-Milked
Kredit Gambar: Sugar Milked (Google Review)
Sugar-Milked-
Kredit Gambar: GrabFood

Sugar Milked adalah sebuah kafe yang menarik dengan dekorasi yang unik. Kafe ini dicat dengan warna pink secara keseluruhannya, dan memberikan suasana yang cantik dan selesa. Kafe ini direka khas untuk memenuhi cita rasa kanak-kanak. Sugar Milked menawarkan pelbagai pilihan makanan yang sesuai untuk kanak-kanak bagi memastikan mereka mendapat pengalaman menjamu selera yang menyenangkan. Salah satu hidangan istimewa mereka bertajuk ‘Mermaid Smoothie Bowl’ adalah hidangan yang memukau secara visual. Smoothie Bowl ini dihias dengan reka bentuk seperti pantai dan coklat pula direka bentuk seperti ekor duyung yang berwarna-warni. Ramai pelanggan yang ke sini menyukai hidangan yang cantik dan lazat ini.

Waktu Operasi: 
12:00 tengah hari – 10:00 malam (Selasa – Ahad)
Tutup (Isnin)

Alamat: 31-G, Jalan Maju Ria 2 Plaza Wangsa Maju, Seksyen 10 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/SugarMilked/

Instagram: https://www.instagram.com/sugarmilked/?hl=en


Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di Sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close