5 Restoran Souffle Pancake Terbaik di Johor 2023

Souffle Pancake atau dikenali sebagai kek gaya Jepun adalah variasi kek tradisional yang ringan dan gebu. Souffle Pancake ini berasal dari Jepun dan terkenal di seluruh dunia kerana teksturnya yang ringan dan lembut. Kek gebu ini semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia yang gemar mencuba makanan baru dan unik. 

Souffle Pancake semakin terkenal di Malaysia, termasuklah di Johor. Terdapat beberapa restoran di Johor yang menyediakan kek ini. Jika anda berada Johor, pastikan anda mengajak rakan-rakan atau ahli keluarga anda untuk mengunjungi 5 buah restoran terbaik yang menyediakan Souffles Pancake yang lazat dan gebu ini!

Apakah Perbezaan Antara Souffle Pancake Dan Pankek Biasa?

Souffle Pancake sebenarnya berbeza daripada pankek biasa. Dari segi tekstur, Souffle Pancake lebih ringan dan gebu. Chef menggunakan putih telur yang dikacau sehingga berbuih untuk menyediakan masakan ini. Putih telur ini kemudiannya dituang bersama adunan untuk memberikan tekstur yang lembut dan ringan. Pankek biasa mempunyai tekstur yang lebih padat dan tebal. Manakala, Souffle Pancake pula lebih tinggi dan tebal daripada pankek biasa. Oleh sebab itu, ia mempunyai tekstur yang lembut dan ‘jiggy’.  

Apakah Topping Terbaik Untuk Souffle Pancake?

Anda boleh menyajikan satu scoop aiskrim seperti aiskrim vanila atau matcha sekiranya anda mahukan kombinasi hidangan yang sejuk dan berkrim. Jika anda lebih gemar sirap pula, anda boleh menggunakan sirap maple, karamel atau sirap coklat bagi menambah rasa yang kaya. Bahkan, ada yang meletak buah-buahan segar seperti beri, strawberi, dan hirisan pisang sebagai hiasan pada Souffle Pancake bagi memberikan rasa ‘fruity’ dan menaikkan seri pencuci mulut ini.

5 Restoran Souffle Pancake Terbaik di Johor 2023

Advertise With My Weekend Plan

1. Bloom by Mokmok

Bloom-by-Mokmok-
Kredit Gambar: Sharmila Muniandy (Autophile)
Bloom-by-Mokmok-
Kredit Gambar: James Hong (Google Review)

Bloom By Mokmok adalah sebuah kafe elegan yang mahir dalam menyajikan masakan Barat dan pencuci mulut yang lazat. Kafe ini dicat hitam bagi memberikan suasana yang berkelas dan anggun. Mereka menyediakan pelbagai jenis hidangan yang lazat dan antara salah satu hidangan yang sering dipesan di sini adalah  Souffle Pancake. Kek gebu ini disajikan bersama semangkuk kecil sos coklat cair. Para pelanggan akan menuang coklat cair tersebut ke atas pankek ini bagi menambah rasa coklat padanya. Jadi, sesiapa yang gemarkan coklat dan pankek wajib mencuba hidangan ini.

Waktu Operasi: 12:00 tengah hari – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: 87, Jalan Mutiara Emas 2A, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/bloomjb/

Instagram: https://www.instagram.com/bloombymokmok/?hl=en

2. A Bread & Coffee Place

A-Bread-Coffee-Place
Kredit Gambar: John Tang (Google Review)
A-Bread-Coffee-Place-
Kredit Gambar: Remmy (Google Review)

A Bread & Coffee Place menyediakan pelbagai pilihan roti, pastri, dan kopi yang lazat. Kafe yang selesa ini mendapat rekomendasi daripada ramai pelanggan kerana Souffle Pancake mereka yang sedap. Selain besar, lembut dan gebu, Souffle Pancake mereka juga disajikan bersama krim putar, coklat cair dan satu scoop aiskrim vanila yang menyelerakan. Oleh sebab itu, ramai yang menggemari pencuci mulut ini!

Waktu Operasi: 
8:00 pagi – 5:00 petang (Khamis – Selasa)
Tutup (Rabu)

Alamat: 208, Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/abreadncoffeeshop/

3. Fam Cafe

Fam-Cafe
Kredit Gambar: X Shan (Google Review)
Fam-Cafe-
Kredit Gambar: Toshimitsu Shimada (Google Review)

Fam Cafe adalah sebuah kafe yang memberikan suasana selesa dan unik dari segi estetika. Kafe ini menawarkan pengalaman makan yang memuaskan. Di sini, menu yang terlaris adalah Souffle Pancake yang lazat. Mereka menghidangkan 3 Souffle Pancake yang ditaburi gula pada satu pinggan. Hidangan ini disajikan bersama sirap maple bagi menambah rasa. Jika anda menginginkan sesuatu yang manis dan mengenyangkan, anda bolehlah mencuba menu terlaris mereka ini.

Waktu Operasi: 
9:00 pagi – 6:00 petang (Khamis – Selasa)
Tutup (Rabu)  

Address: 93, Jalan Sutera Tanjung 8/2, Taman Sutera Utama, 81300 Skudai, Johor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/famcafejb/

Instagram: https://www.instagram.com/famcafe_jb/?hl=en

4. Colobaba Eko Botani JB

Colobaba-Eko-Botani-JB
Kredit Gambar: Tee Ken Hong (Google Review)
Colobaba-Eko-Botani-JB-
Kredit Gambar: Yvonne Low (Google Review)

Colobaba Eko Botani JB adalah sebuah kafe estetik yang berwarna putih. Di kafe ini, mereka memberikan pengalaman makan yang menyenangkan secara visual. Salah satu menu yang sering dipesan oleh pelanggan adalah Souffle Pancake mereka yang lembut dan gebu. Pankek ini terdiri daripada 2 biji kek gebu yang disusun secara bertingkat. Kemudian, pankek-pankek ini akan dimakan dengan sirap karamel yang manis bagi membangkitkan selera. Anda boleh menikmati hidangan ini bersama ahli keluarga anda tatkala anda berkunjung ke sini.

Waktu Operasi: 12:00 tengah hari – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: 25, Jalan Eko Botani 3/4, 79100 Gelang Patah, Johor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/Colobaba.EcoBotanic/?locale=ms_MY

Instagram: https://www.instagram.com/colobaba_ecobotanic/?hl=en

5. Onefifteen Coffee

Onefifteen-Coffee
Kredit Gambar: Naila Tan (Google Review)
Onefifteen-Coffee-
Kredit Gambar: Sze Yah Chng (Google Review)

Onefifteen Coffee adalah sebuah kafe yang menggunakan warna pastel dan semula jadi bagi menghias dekorasi dalaman kafe mereka. Penggunaan warna ini boleh mewujudkan suasana yang tenang dan santai. Kafe ini menyediakan pelbagai jenis hidangan yang lazat seperti Souffle Pancake. Souffles Pancake mereka disajikan dengan persembahan visual yang memikat hati. Mereka meletak 3 biji pankek ini pada satu pinggan dan menabur sedikit gula di atasnya. Selain itu, hidangan ini juga akan disediakan bersama krim putar dan pelbagai buah-buahan segar seperti strawberi, blueberi, dan pisang bagi membangkitkan rasa.

Waktu Operasi: 
12:00 tengah hari – 7:00 petang (Rabu – Isnin)
Tutup (Selasa)

Address: 29, 7, 1, Jalan Persiaran Mutiara Mas, Taman Mutiara Mas, 81300 Skudai, Johor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/one15coffee/

Instagram: https://www.instagram.com/115coffee/?hl=en

semak laman web di sini

Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di Sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close